Friends Of Mine

Tuesday, October 5, 2010

Berdikari lah Firdaus!

potret famili aku : utk perhatian si baju melayu biru dari kiri hujung sekali

Beliau adalh adik aku yg ke-3. Entri ini mmg ditujukan khas buat beliau.(aku tahu ko bukak blog aku hokey!)

Baru balik dari tolong beliau. Kereta pancit depan giant! Rasa nak gelak sebab jantan..tapi tak tahu nak bukak tayar kereta! dah tu nak soh sape ?? aku??  wlwpon aku nak gelak tapi aku sgt berapi sbb ko lelaki yang berbadan gemok besar tapi kau malas nak bukak tayar tu. Tayar ko bukan saiz 15" mcm tayar aku. tayar tu lagi kecik dr spare tyre ko tau x? (tayar kancil jek pon). Tetiba call mak mintak tolong tayar pancit masa ko balik kelas tadik. Itu nasib ko dpt mak baik klw aku?? mmg aku tak tolong! lantak ko lah! ko bukan tua muda lagi baru umo 21 thn. mmg padan muka ko tayar pecah tengah2 panas rembang ni. tapi disebabkan aku ada ngan mak tadi, aku tolong lah jugak. Aku soh ko bukak tayar ko kata tak reti! pala hotak ko lah. Yang sbnrnya kau PEMALAS! nak semua senang!. Nak tak nak aku talipon la mekanik soh dtg. sbb klw aku yg bukak kan tayar ko kang terberanak pulak aku kat situ kang mak lagi yg susah. Ko jangan ckp aku tak reti  sbb pnh jadi kat aku, and aku boleh bukak tayar tu and gantikan dengan tayar spare ok!. Wlpon on that time aku ader laki and d same time aku tahu ayah ader boleh tolong aku klw aku call.. tapi aku tak call.. aku buat seniri. Aku bukan nak puji diri sendiri tapi aku nak ko learn something bukan tunggu org suap and sentiasa tolong ko! ko lelaki . Klw aku ckp apa2 ko pandai ckp ko lelaki sulung lah hape lah. Klw ko bukan adik kandung aku mmg da lama aku bg lagi lebih dr ni. Belajar lah... ini baru sikit dugaan hidup ko dpt. tayar pancit. tu jek.. byk lagi dugaan hidup lagi besar ko nak tanggung pas ni. Padan lah dengan badan ko yg besar tu, patutnya ko gagah nak hadapi semua ni. Bukan nya susah sket tipon mak susah sket tipon mak. Mmg lah mak kita kuat lagi. Boleh bawak kereta, tolong ko itu ini. Tapi sampai bila? ko asik berlingkar duduk dlm bilik satu jadah apa pon ko tak tolong. Yang ko tahu pegi kelas balik kelas, suar dalam ko pon mak cuci! tapi pada aku takpelah..suar dalam kecik jek pon, lagi pon basuh mesin, bukan nak kene pegi sungai basuh pon. Itu bukan persoalan nya. Tapi ATTITUDE! itu yg kena ubah dulu. so please la. tolong lah berubah. Kau malulah sket dengan kakak2 and adik kau yg semuanya tak tau susahkan orang.

Itu saje bebelan untuk kau untuk hari ni. Wlwpon tengah2 panas tadik aku dah bebel kat kau. Dah itu saje!



Aku mmg allergi dengan org yg tak tahu berdikari. Klw org tua or OKU aku tak kisah sgt. Sbb apa yg mereka ada adalah terhad. Tapi kita, adalah manusia yang normal n cukup sifat. Masih ada tulang 4 kerat untuk dihayun mencari rezeki atau tenaga.  Klw asik ditolong dan disuap, sampai bila2 pon tak akan belajar. Sbb aku adalah orang yg paling berdikari (aku rasa) sbb aku tak pnh susahkan husband aku dah hampir 6 thn aku kahwin. Pnh satu ketika, aku pregnant, ( anak no 1- yg gugur tu )  dlm keadaan contraction , aku drive sendiri pegi klinik. Tapi sbb doc nak sign husband aku untuk minor surgery then baru call husband. Dan ada byk lagi sbnrnya. Org langgar kereta aku lagilah. mmg aku takkan call sape2. sbb klw aku nak maki hamun pon, laki aku or bapak aku tak dgr  aku nak maki hamun org. biarlah mereka tahu aku ni bersopan santun org nya. hahaha. Dah settle buat report dapat ganti rugi baru aku gtau. Sbb tu aku rasa husband aku mmg tak kisah nak lepas aku kemana pon. Sbb dia yakin aku takkan susah kan dia. Bukan lah aku nak mendabik dada cakap aku takkan susah kan sesiap after this, mustahil. Sbb aku mati sok nak lah soh org mandikan, kafankan, tanam dsbnya.  Cuma selagi boleh mmg aku takkan susah kan org. Harapan aku, semoga aku dikurnikan dengan kesihatan yang baik sepanjang hidup aku supaya aku boleh menjalani kehidupan dengan sempurna tanpa menyusahkan org lain.

2 comments:

makbed said...

amoihh.. tayar pancit panggil mak ek? apsal tak telepon org bengkel sniri? hahhaa... takde duit kowt.

Farzlyna Mustafar said...

bukan xde duit..takde inisiatif. student lagi byk duit dr org keje.