Friends Of Mine

Showing posts with label Rumahku Syurgaku. Show all posts
Showing posts with label Rumahku Syurgaku. Show all posts

Wednesday, April 4, 2012

Korang Suka Tak Orang Datang Rumah?

aku tak tahu org lain
tapi kalau aku..
aku sgt suka kalau orang datang rumah aku
terutamanya yg boleh make friends with haziq
haziq sgt happy kalau ada orang datang
tak kisah la.. girl or boy..
he can mix around.
Kegembiraan anak kan kegembiraan emak nya juga kan?
Satu lagi, kalau tetamu datang kan bawak rezeki
budak2 pulak.. lagi lah kan
Rumah aku hanya ada 4 orang peghuni
Aku, husband, Haziq n Amni
Husbandselalu ada aktiviti sosial *gop, snuker, tahlil , balik koje lambat, kusus, etc etc*
jadi tinggal lah kami ber -3
So.. kalau malas keluar, aku selalu la suruh mama mya nih dtg, buat bising sikit kat umah ni
Sebabnya, kalau kitorang hang out kat luar, mmg x dan nak nyembang keje ngejar budak2 ni
So baik sembang kat umah, bebudak nak tebalik kan umah terbalik kan je
pastu kemas je balik
Lagipun me and her best friend since secondary school.. and plus her husband are working abroad.
So senang la nak bersosial mak jemah ngan aku
Pastu masak2 makan. besh kan? Makan tambah je la sampai habeh pun xde sape nak pandang senget!
plus WE ARE FOOD LOVER. agaga. tgk size lah kan. Padahal masa skul dulu kamilah kerengga ituh!

Kalau ada coursemate yg lalu lalang ke pangkor tu pun aku ajak je nyinggah umah aku
Haritu mariana datang and her families. Dan aku sangat2 happy because We haven't meet almost 10years. We are classmate when we are doing our matriculation at UUM Sintok. Habeh study pun almost 10 y.. maybe more than 10y x jumpa pun. She have 3 kids, 2 boys and a girl. Mmg haziq x puas main dgn her kids sampai sedih and taknak say good bye. Nak buat cemana on that time masa sgt2 terhad, dah singgah pun dah cukup baik.

oklah. nak balik dah.. pukul 4 lebey dah ni. Rindu dah kat bau Amni and haziq. Sebelum penoff adasikit hadis yg aku nak share.

Dari abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda:” Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”

Tuesday, July 19, 2011

Entri Nak Cepat Dalam Kemarahan

Apa punya tajuk ni??
hahaa... aku nak cepat nih, nak siapkan dokumen nak p KL esok.
Tadi aku terawal amik ajiq balik sekolah, jadi tak tau nak buat apa..
aku g cari pasal....



di pejabat KARSIN ( pemaju rumah yg aku duduk)


aku da komplen pasal syiling umh aku belobang since aku duduk rumah ni setahun yg lalu,
tapi masih tak ada tanda2 kontraktor nak dtg betui
jadi, kali ni aku dtg, aku tak kira
aku dtg nak g MARAH orang!
nasib la sape yg ada kat konter

da 5 kali taw  aku buat report
ada ke patut budak konter tu ckp aku yg salah sebab tak follow up dia??
aku yg salah ke???
aku pun kompius.
aku nak marah dia, dia marah aku balik
last2 habeh dia cakap aku sembur dia balik

" I don't bloodycare, kontraktor u takde ke, nenek kontraktor meninggal ke, I tak kira, U must take priority complen I nih. Dah almost setahun, Klau U tak boleh handle bak nom tipon kontraktor buat syiling tuh! "

Minah ni terpinga2 tengok aku naik darah, eh2 sedap2 jek dia nak marah2 aku kan, ingat aku tak tahu marah? aku lagi lah raksasa pemarah!  adake patut dia ckp aku yg x follow up? bengong!

Sbnrnya aku takde lah nak marah kat minah tuh, sebab dia bukan tokeh umah tuh pun, yg kaya arwah Anak Karsin ni. Tapi disebabkan dia tak tahu nak jadi customer sebis , aku ajo la sesikit, bukan byk pun .. muka comei tak guna klw tak tau nak senyum kat customer. stupid!

Plus! yg aku bengang....

dia cakap apa taw kat kawan dia yg aku dengar

"Ang g la entertain akak eyeliner tebai tuh!"

Bengong!

I feel good la..! cantik eyeliner tebal dr kening tebal!
agagagagaga


cantik kan eyeliner tebal? cam hindustan pe??

Saturday, April 16, 2011

Letih ooo jadi surirumah sepenuhmasa!

As mentioned before, aku akan jadi 2 weeks lady of leasure sbb mak takde jaga anak
ni dah seminggu jadi surirumah secara exclusive

Mmg selalu idam2 kan nak dok umah
kalau bekerja, selalu pk.. syok nye kalau dapat dok umah . tapi kene masyuk lah kan
tapi bila dah cukup seminggu aku dok umah
wahhh.. lebih penat dari bekerja sbnrnya.
nak breakfast pun x sempat tau

bgn early morning, xleh bgn lewat
sbb anto ajiq skolah klw weekdays
then balik basuh kain, jemur kain sementara siang2 ikan ke ayam prepare2 nak masak lunch
pastu mandikan Amni
rumah takde heater, so kene masak air kat cerek ulang alik angkut air panas ke atas
then bagi Amni tido
aku siap masak
tau tak, nak bekfes pun x sempat, nak makan suppliment pun x sempat
lepas siap masak,
sarung suar panjang, g amik ajiq skolah pulak
pastu beliau balik terus bagi makan, susu semua
husband balik pukul 1 bagi dia makan pulak

bila haziq dah balik, jangan haraplah rumah nak kemas
dia mmg x puashati klw aku susun buku, toys, dia elok2
dah umur dekat 4 thn pun masih suka buat sepah tau..
dan kalau dia balik juga , mmg Amni takleh tido dengan aman

then pukul 230 camtu aku kasi dia tido
Amni pun tido jugak,
Aku? jgn haraplah nak tido, g kemas sume hasil kerjatangan haziq sebentar tadi
aku rimas tgk rumah sepah, pinggan x bercuci, dapur x bekemas, solat dsbnya
klw ada masa aku fesbuk ke blog jogging ke
pukul 5 camtu budak2 ni bgn, kasi siap2 mandi
dah pukul 6...
aku kasi haziq tengok tv plak
aku pegi dapo makan laju2
baru buleh makan time nih
Amni aku letak sekali dengan haziq tengok tv

tengok2 dah mlm
husband pulak, tengok ada nasik lebih dlm periuk,
"mama, wat nasik goreng ngan neskepe 1 ek"
mmg masak mcm charlie caplin la time nih
pas solat magrib aku tengok haziq wat homework lak
habeh dia buat homework
aku soh dia main lah lego ke PSP ke..
aku tidokan Amni, nasib baik Amni tido awal
kol 11 camtu aku ajak haziq tido
mmg aku pun berdengkur lah sampai Amni jaga 2jam sekali mintak susu..
gitulahhh hidup aku hari2....

klw weekend plak
jgn haraplah nak bersenang lenang
same jek.. takde jugak rest
bezanya cuma pegilah TEsco stocking barang dapo then g lah marina island ke bawak haziq kayuh beskal kat sana

jgn ingat surirumah seronok ye kawan2
LETIH!!!!

baik aku g KOJE

bila koje ada time makan, time rehat , dsbnya, boleh ngulo jugak

wlwpun aku sibuk, aku seronok,
dapat bela anak2 sendiri
bg anak & suami makan dengan air tangan sendiri (without fail selama seminggu ni taw!!)
tapi.. nak soh dok umah terus.................



tak mau la saya.................


sangat respek kepada ibu2 surirumah yg punya anak ramai n siap bole wat part time lagik!
dan pastinya aku respek dengan mak aku sendiri
surirumah, tukang jahit lagi satu masa dulu
anak 4 orang
patutla mak dulu garang,
ropenya........ penat ye mak........

mmg penat,mesti aku tido pun da tak comei
mulut menganga, ntah2 berdengkur
husband?????

dia kangkang dok kat bawah tengom tv beso dia tuh
cukup time nak milo tarik, neskepe tarik, megi goreng  dsbnya
tak apalah... kalau buat air untuk suami pun pahalanya macam memerdekakan 70 org hamba
inikan pulak klw sampai 2,3 gelas 1 mlm kan? tu x masuk pahala lain lagi..
semoga aku menjadi penghuni syurga hehehe...
tudung pun x tau pakai nak masuk syurga

kepada suami2 yg punya isteri seorang suri rumah,
hargailah isteri anda..
mereka tak sempat rehat pun kat rumah tu
apatah lagi nak tido
nak bersenang lenang

kepada suami saya
hargailah saya,
**sila beli saya gelang besar untuk enebeseri nanti ye


HOHOHOHOHO

Wednesday, June 9, 2010

Da dapat kunci rumah..

Semalam aku da dapat kunci rumah. tapi byk mende nak kene nak wat membuatkan aku menyampah. Nak pindah. huihhhhh.... malas sungguh!