Friends Of Mine

Showing posts with label his vios n my waja. Show all posts
Showing posts with label his vios n my waja. Show all posts

Monday, July 11, 2011

And Finally.. My Car is Alive!

Ingat x entry NI?

And Finally setelah berbulan2 kereta ni direhatkan dirumah .. sesekali jek berjalan  itupun isi minyak. sampai habehlah bateri seketul tuh duduk saje jek dalam porch.

walaupun hanya seketul kereta buruk, ianya sangat berjasa pada aku !

kertas ni lah yg nak beli yg mahal sgt tuh!


Disebabkan berbulan2 aku mengumpul duit nak bayar saman ekor yg menjumlahkan kesemuanya adalah RM1500.00. mmg ngambik masa 5 bulan gak lah aku nak hidupkan roadtax kereta ni. (itupun mampu hidupkan 6 bulan jek dulu). Bukan x boleh sekarang henjut bayar saman2 ni, tapi banyak lagi keperluan lain yg lebih mendesak.Nasib baik Viva adik aku beliau tinggal kat umh mak, boleh lah daku melenjan pinjam. Sakit sangat jiwa bila membayar saman ni, bulan March haritu kereta husband, kami sepakat kasi idup roadtax kereta dia dulu, sebab kereta beliau bawak kemana2 balik kg dsbnya plus kereta beliau baru sikit. Nak buat cemana kan? u not follow the rules... akibatnya tanggung lah sendiri (this is best bro!) klw duit tuh aku bawak g shopping ke simpan ke bole g haji dah tahun depan. Tu la.. x beringat.. rasa cam pemandu F1 sangat bila bawak kereta buruk tu. Kereta ni laju okeh! sape nak boleh call saya. haaa haaaaaaa

Akibat saman ekor ni, bukan sahaja roadtax x boleh hidup, malah lesen memandu jugak x boleh hidup. Nasihat aku, pada korang yg punya kereta sendiri, pandu cermat, duit selamat! pandu x cermat , jadilah cam aku, nganga jek la. nak wat cemana.. tak bayar, saman tuh semua dah blacklist. Jadi azam aku tahun ni, aku nak menggunakan jalanraya semax mungkin, sebab aku dah banyak bayo. ha haaaaa... buleh?? (minyak?isi seniri!)

Tuesday, March 8, 2011

Haruskah Aku carutkan si pembuat saman trafik ni?? atau aku sebenarnya yg bersalah?

T.E.N.S.I.O.N

sebab kene bayo saman!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 1200 total kereta aku n hubby. Klw tak 2 kete x leh jalan! nak taknak kene kuarkan segala saving yg ada pegi sedekah.


haih la hai.............

Friday, October 1, 2010

Benci Bila Kene Menunggu..

Hari ni appoiment ganti absorber vios. Since office dengan toyota service centre adalah dekat maka mmg tukar kereta la dgn hubs harini. Dia bawak kete kebal aku. Tapi bengang betul sbb sekarang da pukul 3 ptg kereta masih blom siap.Dari pukul 830 pagi aku anta. tah hape yg dibuat nya aku x tahu la. Klw kete kebal aku tu aku anto jek kat mekanik memana janji bleh siap, tp ni hubs nak anto gak kat Toyota. Aku benci dengan Toyota service ni antaranya:
-klw tetibe kete dah sampai masa utk servis , call utk appointment, akan ikut time diorang, bukan ikut time kita
-pastu klw hantar x kiralah minor servis , or major servis mmg xakan bole siap dlm masa setengah hari, mesti mkn 1 hari punya. apa gaknye mekanik2 tu buat ek?
-mmg la ada ruang menunggu ada tv beso, tenet , cafe n sebagainya. tapi kat situ xde tilam pun. sbb aku ni sakit pinggang klw dok lama. Tahu dok?pastu takkan aku nak bekampung kat situ, kembung minum cofee diorang , macam aku xder keje nak wat.
-cuci kereta mmg x pnh bersih!cuci mcm org xde jari
- Mahal nak mampos.

sekarang pon aku masih menunggu, tak tahu ke aku ni nak pakai kereta. keje aku bukan dok kat opis je. aku nak g site, nak g  potostat, nak g kedai komputer byk keje aku terganggu. Hubs mmg jgn kira lah.. dah selamat p men golf nek kete kebal aku. Geram gak. Tapi kang klw aku anto dia g men golf , then klw kete siap cemana aku nak usung 2 bijik kete sekali?