Friends Of Mine

Monday, September 20, 2010

R.A.Y.A

**introduce my family blkang kiri : ayah, kakngah, me, hubs
depan kiri : adek akim, we, haziq, mak, fidaus..


sumber : fesbuk alen
**introduce in laws family
belakang dr kiri : kakngah, angah
tengah dr kiri : rizman, ain,neny, alen, apin
depan kiri : emy, mak, fazly, abah, noi.. ( family aku jek takde)

raya ni aku jadi hantu raya!(wlwpon kata malas nak raya)
sbb mmg sakan ar aku beraya tahun ni
kan turn raya blah aku thn ni...
tapi wlwpon blah aku aku tidaklah kejam
balik umh mertua raya ke -3
raya umh mertua pon syok pe... 

kenapa raya syok ek??
sbb sgt byk MAKANAN!!
hohoho

sehari sblm raya aku bertolak balik JB umh nenda cayang
ayah n mak n adik2 balik dulu sbb nak amik kakngah kat n9
aku tunggu hubs balik keje
gerak 11 pagi.. sampai kol 5 ptg..
otw aku tanye ngan hubs kol bape kite leh  sampai
dia kata kol 9 mlm. (saje jek ..)
sampai kol 5 sembang2 tgk we n makngah tgh prepare nak msk juadah raya
uhhhh! I LIKE....
tapi tgk.. asam pedas, ikan goreng, sayur goreng da siap utk bebuka..
bila buka..apalagi sume terkam. 

malam tuh, gi Jusco.. dah jusco dari umh nenek aku cuma 5 menet jek
mmg la gedik jek nak pegi
lagipon hubs janji nak belikan henbeg baru
tapi jln2 xde jugak yg bekenan.. ader yg suke tp rege dekat 5rat
aku ckp kat hubs camtu kite gi GUESS la.. 
tapi gi pon xde yg bekenan.. simpan jekla duet tu utk sementara wktu

esoknye raya.. pkl 6 hubs da kejut aku bgn mandi..
nanti dia kata bilik air penuh nak mandi susah
baju sume aku da iron dr kat umh so pas mandi terus sarung jek
hasilnya aku,hubs n haziq adalah org 1st yg siap dlm umh tu
da mmg resmi hubs x suke siap lambat2 klw raya

seperti biasa aku pagi raya mesti nak cantek2 wlwpon gemok mcm tong dram
pas org lelaki balik semayang raya maaf2an dengan hubs.. biasa.. nangeh mesti!
sbb byk salah kan.. kan suke melawan
pastu ayah, mak, we..
ouw... i dapat duet raya lagi ok.. kalah haziq mama punya collection thn ni
kak ngah pon bg aku duet raya.. 

pastu sessi mentekedarah.. aku siap tanya kat adik2 aku..
bape ekor gaknye korang mkn ayam raya ni?
hahaha.. tukang tanye pon same..
yelah.. hubs kata ayam potong 16.. rasanya lebih 16 ketul mkn sepanjang raya ni
tapi takpe.. aku kan PEGNEN! alaasan terbaekkkk
antara yg syok raya ni sbb hubs x bising pon bape kali aku nak tambah
siap ckp, mkn x pnh x tambah!!

raya pertama dihabehkan dgn beraya kg mak kat pontian..
jln 6 rumah.. pastu balik.. MAKAN lagi...
mlm tiba tidor la.. pe lagi..

aku plan nak balik umh MIL raya ke-2..sian lak kat hubs  x jumpa mak dia lagi
aku tak kisah pon..
tapi dia kata raya ke-3 la.. sbb mak xde.. kat batu pahat lagi..
so ok.. 

raya ke-2 adalah pencarian PSP haziq. sbb haziq da wat muke kesian kat makngah n atok dia
papa haziq pon termakan dek muka kesian haziq kala tgk sepupu aku main PSP.
elokla klw men PSP pon dak tu da umur darjah 3.. haziq baru 3 thn..
kakngah da ckp.. kak! jom kongsi la.. aku kesian kat dia.. aku bg 350.. klw ko xmo..aku ajak ayah kongsi
haiyah!!!!!
ini berat..
aku ckp kat hubs.. hubs kata xyah.. papa leh belikan.. jap g kite g holiday plaza.
kakngah tetap nak share gak
aku amik jek.. so PSP haziq adalh hasil tong2 makngah n papa beliau
anak BERTUAH sungguh!tapi mmg sgt worth sbb beliau sgt behave.. dok diam jek
setelah survey2 jumpa yg ok .. tambah2 memori sume total harga RM850..
hmm.. aku geleng jek... anak... aku mmg xmo campo.. sbb aku mmg pemegang perbelanjaan kontegensi
kot jd pape tgh jln kang?? 
balik mmg haziq x wat ape dah.. tunduk main PSP..
sampai tertido..
aku berjalan p angsana petang tu pon dia xmo ikut..
aku g ngan hubs n adik2.. sbb nak g cari henbeg jugak2!
ayah kata nek kete dia. kang roboh kete ko bawak adik2 suma.. hahaha
adik2 aku  klw hangkut sume beratnye adalah dlam 1TAN! heeheh
aku ckp kat hubs nak tgk piranha.. 
dia kata ok.. p caru henbeg aku dulu
jumpa bekenan kat carlorino.. kakngah pon beli 1.. ok la.. budget yg diperuntukkan siap dpt purse lagi

balik singgah kat skudai parade, nak beli tiket piranha.. tapi citer tu main mlm..
so cancel la..


raya ke-3 pagi2 kitorang gerak g batu pahat (x sampai pon)
jumpa mak n all in laws kat sana.. abah jek xde.. jaga ayam itik kat umh
kami balik saing 3 kereta.. 
waa.. alen suda tukar cat kereta baru...
singgah umh paksedara mil..
terus balik tenggaroh..

sampai da mlm.. basuh2 baju sket...

esoknya ray ke-4.. in laws plan nak g umh adik badik blah abah..
aku on jek..
da nama raya kan..
uapcara makan masih lagi diteruskan..
begitu la sampai hari aku nak balik tu..

kesimpulannya raya ni adalah sgt bermakna bg aku sekeluarga..
sebab??
aku x gado ngan hubs kat kg sbb dia xmo tolong tgk anak
dapat bersama semua kesayangan aku raya ni.. 

haziq pon behave jek.. cume beliau suke nangeh klw nak mandi 
sbb beliau adalah pemalas mandi mcm bapa beliau

masalah tetap ada.. tapi xmo cerita..
tapi ianya tak menjejaskan perayaan aku bersama yg tercinta..

baru aku perasan raya ni aku tak beria pon tangkap gambo... 
adela sket2 kat henpon canggih aku tu.. 
nanti bila cable ayah pulang aku upload kat sini..
till then.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR BATIN

BAHAYA GULA (entri kopi & pes!)

Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan!
Adakah badan kita perlukan gula?
Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber
makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.
Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?
1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4.. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
8. Merosakkan buah pinggang
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)
11. Mengurangkan kromium dalam badan
12. Mengurangkan kuprum dalam badan
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu
17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat
18. 18, Melemahkan penglihatan
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah
20. Penyebab hipoglisemia
21. Penyebab perut berasid
22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak
23.. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
24.. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut
25. Membawa kepada ketagihan alkohol
26. Merosakkan gigi
27. Penyumbang utama kegemukkan
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser
29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik
30. Penyebab artritis
31. Penyebab lelah
32. Pembentukan batu dalam ginjal
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu
35. Penyebab sakit jantung iskemik
36. Penyebab sakit apendiks
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis
38.. Penyebab pendarahan
39. Penyebab Vena Varikos
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah
hamil
41. Penyebab sakit gusi
42.. Penyumbang kepada Osteoporosis
43. Penyebab air liur menjadi berasid
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa
46. Mengurangkan hormon tumbesaran
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh
tubuh
50. Penyebab alergi terhadap makanan
51. Penyumbang kepada sakit kencing manis
52.. Penyebab keracunan darah semasa hamil
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak
54. Penyebab penyakit kardiovaskular
55. Melemahkan struktur DNA
56.. Penyebab Katarak
57. Penyebab Emfisema
58. Penyebab arteriosclerosis
59… Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah
60. Merendahkan kemampuan enzim
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati
63. Meningkatkan lemak dalam Hati
64.. Membesarkan saiz buah pinggang
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan
67.. Penyebab sembelit
68. Penyebab rabun jauh
69. Penyebab lapisan rerambut
70. Penyebab hipertensi
71. Penyebab sakit kepala
72. Menganggu kemampuan berfikir
73. Penyebab kemurungan
74. Meningkatkan tindak balas insulin
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus
76. Penyebab ketidak seimbangan hormon
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer
Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis? Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain
seperti;
Glukosa
Fruktosa
Laktosa
Maltosa
Sukrosa
Sirap Glukosa
Sirap maple
Molases
Sirap hitam
Sirap kencana
Dektrosa
Sorbitol
Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?
1.. Minuman bergas 500ml – 14.4 sudu teh
2. Minuman dalam tin tanpa gas 350ml – 9.6 sudu teh
3. Minuman coklat malt dalam tin 125ml – 5.5 sudu teh
4. Kek buah-buahan 40g – 3.5 sudu teh
5.. Bijirin sarapan bersalu madu 220g – 10.1 sudu teh
6. Ubat batuk botol kecil di farmasi – 15.8 sudu teh
7.. Aiskrim coklat sepotong saiz biasa – 7.7 sudu teh
8. Sundae restoran makanan segera – 10.3 sudu teh
9. Rempah ayam segera satu pek – 4.7 sudu teh
10. Minuman berkultur satu botol kecil – 2.7 sudu teh
11. Susu pekat manis dalam tin kecil – 35.5 sudu teh!
Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia?
Ini dikira rekod dunia! Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit Kencing Manis yang paling ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia !
Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini.
Semasa saya di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dan sosio-ekonomi. Minum teh tarik di kedai mamak, disogok iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita merengek meminta untuk dibelikan set
yang didatangkan bersama minuman bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hati.
Untuk kata-kata akhir edisi kali ini, saya ingin menyarankan agar kita semua ambil tahu tentang kesihatan diri sendiri. Jika kita sakit, bukan sahaja diri sendiri susah, tetapi kita akan menyusahkan orang lain yang bergantung kepada kita. Sekurang-kurangnya kita mulakan dengan tidak makan gula! Selangkah demi
selangkah!
“Kita adalah apa yang kita makan”.

Tuesday, September 7, 2010

Antanatal cek up

Tadi g klinik pakar, untuk antanatal cek up..ala.. rutin punye jek.. kat gomen pon aku g gak.. tamak la katakan. tapi aku x ge kat klinik desa, aku g kat HAT... alatan sume canggih ok.. kat private bole hubs n haziq tgk skali baby dlm tummy aku ni.

Alhamdulilah dah 18 minggu.. tekanan darah ok.. air kencing ok.. BERAT lagi lah hoke....nak2 lepas buka pose tadi mak plak masak asam pedas ikan merah.. 3 pinggan tu.. berat xde la naik byk mcm pregnant haziq dulu.. untuk 1st trimester ni berat masih on track lagi.. (sebab pose.. klw x.. mau lagi gaban naik..) Aku tanya jantina baby kat doctor masa scan tadi.. tapi dia x nmpk.. aku soh wat 4D ..dia kata nanti la bulan depan.. yg penting progress baby ok.. saiz kepala, perut, dan kesemuanya ok.. cuma doctor kata baby ni besar sket dr 18weeks punya baby.. (aku tahu... sbbb dulu haziq pun mcm ni.. keluar hamik ko 4.2kg..) lelaki atau pompuan aku  x kisah.. janji sihat, sempurna.. hubs pon mcm tu.. ok lah tu..

Tadi ptg aku ckp kat hubs nak kemas baju boh dlm beg.. nak  lipat baju yg dah aku longgokkan selama seminggu kat ats ni.. tapi aku x wat pun.. aku tido! balik2 hubs ckp mama ni lipat mata mama la tu mcm biasa.. haih.. biasa... mcm tak tahu..

tadi chat ngan tet.. tanya dia bila dia balik jb.. dia kata x tau lagi abg jam x balik sailing lagi.. sian gak aku tgk kat derang.. raya thn lepas xde.. kat ostolia.. asik nomad jek since kawen.. nak wat cemana kan.. dah name pon askar.. tu aku ckp.. jgn beli brg byk2 ko beli gak.. skrg hamek ko.. nak pindah je penin.. dok venice ko beli barang, dok blok c ko pnhkan kuarters kerajaan tu.. dok ostolia pon ko beli brg gak smpai berkontena2 bwk balik cni ..tu la...

da kol 12... mata da ngantok.. tapi temankan haziq main game.. boring men game dia ajak aku tgk mulan plak, layan jek la.. hubs dah hanyut sampai afrika kot..katanye nak bgn kol 3 pagi kang nak tgk england lawan swiss kot.. jap g kang aku nak tido gak la.. esok2 la boh baju dlm beg..

Monday, September 6, 2010

Mood : Got Mood no Mood

apekah tu?

tadi pagi g spital manjung.. reset appoinment haziq ngan pakar.. balik dr tuh mak kata jom p tengok tudung ( aku raya pakai tudung hokey...) Ckp jek takde mood nak raya, tapi nak beli tudung, tebeli lagi sepasang baju.., so all together 3 pasang.. jadi da la kot.. kata xde mood nak raya. tapi sbb nak raya kat umh We (nenek haku) dulu.. so semangat la jugak.. syukur la.. ader baju raya, masih boleh belikan kelengkapan raya untuk anak skali.. dr orang yg nak raya langsung xde duit nak buat persediaan tu semua.. apapun aku masih beringat, settlekan sume hutang piutang duit kereta, kredit kad, loan belajo segalanya la.. kira oklah aku takde la bernafsu gajah macam selalu bila pegi bershopping.. da tua kot.. Eh ?? aku tak keje ke rini? lupa lak nak g keje,. bole gitu.. tgk ayah ok jek.... huuuuu

Klw xde pape insyaallah hari Khamis gerak balik johor... Yabedabedu... lame tak jumpa tet..... we... sayang sgt kat derang... to tet & abg jam  tahniah sbb dah dinaikkan pangkat ke Kdr TLDM.. at very young age.. 33.. bolehlah open table raya nanti..

oh ya lupa nak citer pasalbaju aku beli td.. ingat xde size ke baju readymade untuk aku yg membuyong ni? heh...ader taw...... baju tu kain jersi.. chantekkk. kaler kebangsaan aku ler.. purple pink... then yg bgsnya baju ni bole meregang hingga 1 km.. hahahaha.. bole makan byk2 tanpa bukak kancing kainnnnnn... mak bed sila la beli baju sebegini hokey.. jadi anda tidak risau kain ketat lagi..


Traffic kat manjung ni dah mula sesak.. jadi kepada sesiapa yg nak g beli belah sempenaa raya ni. selamat menjaga keselamatan jiwa raga .. sbb musim2 camni la org nak mencilok la.. nak langgar buntut kereta orang lah.. so carefull ok.. kang baik2 bole raya dengan aman.. ssh hati mengenang kan nasib diri plak

Takde apa dah nak beli raya ni... cuma klw dapat la... nak beli HENPON baru.. bole?bole? bole? sbb henpon aku ni dah sengal.. kepada sesapa yg berhajat nak beli N97.. rentikan lah ye.. sethn aku pakai henpon ni.. bateri x tahan.. selalu jem danlain2 lagi lah..  nak jual pon org kedai tu nak amik rege mcm taik! 6ratus jek??? alasan nya sbb ramai org xmo pakai henpon ni.. hotaks ko lah! aku beli dulu 2ribu tau.. (yelah klw nak untung sila lah beli tanah seekar dua ye Cik Semut!)

Oklah.. kat rumah mak ni. nak tulun beliau masak..selalu hantar bekas jek. Hubs duty today.. so buka umh mak=heaven of food.. Yibbba!!!!!! till then.. traaaaaaaaaa

Sunday, September 5, 2010

Kalau anda gembira tepuk tangan!

Klw anda gembira hentak kaki....

Klw saya tak gembira?

Saya malas M.A.S.A.K!!!
Saya malas kemas rumah!
Malas sume laH!!

Saturday, September 4, 2010

Weekend Yang Buhsan!!

Pagi td bangun pukul 9.. tu pon sbb bilik dah cerah mcm de kat tgh padang.. haih.. nampaknye kene tukar lgsir kaler gelap n tebal lagi ni.. tgk.. aziq n hubs belum bangun lagi.. turun bwh tgk2 apa leh makan buat... kan nak raya dah.. tgk2 bilik air clean jek.. dapor.. done.. sume dah lap lepas buka semalam, lantai pon dah mop semalam sbb haziq muntah melambak2 smlm stlh percubaan pertaama beliau setelah umur nya 3thn  nak minum air oren.. hahaha.. lawak2. tengok ruang tamu pon ok jek.. sawang pon xde.. haih..nak wat pe neh.. last2 amik kain baju cuci.. bukak tv.. then layan golf channel... boring gaks. kacau hubs bangun die turun main game aku mandi2 tgk2 dia main game aku lelap lagi atas kusi.. dah mental x tau nak wat apa.. nak kuar pon malas sbb kang haus n lapo plak.. lgpon sume menda dah ader..

Lagipon skrg malam aku da x berapa nyenyak nak tido. sbb since baby dah gerak ni aku asik nak tekencing jek.. rindu sgt time baby kicking ni sbb dah 4 thn x rasa kan.. Aku x wat 4D scan lagi.. saje nak bg surprise sket.. aku x kisah girl or boy janji sempurna dan sihat dah syukur..

Tinggal lagi 5 hari jek nak puasa lagi.. pastu dh raya cepat sungguh masa berlalu.. kenapa aku x bape suke bila nak raya ek?? ntah la.. aku ni mmg type yg suke dok kat umh.. tak berapa suke sgt nak berjalan2..sbb bila berjalan letih, poket pon letih..lagipon klw raya kan kat tv kan citer best2.. hahaha.. lagipon bosan jugak bila asik kita yg asik nak menziarah sedara mara, yg sedara pulak harapkan kite jek nak dtg umh dorang.. (dah2 tak mo wat entri jahat plak)

Kepada yg masih berpuasa.. well done,, kepada yg dah raya.. selamat hari raya..

Wednesday, September 1, 2010

Raya.. Apa Persiapan Korang..

harini dah 22 hari umat Islam berpuasa, dlm tempoh itu jugalah Ramdhan semakin meninggalkan kita.. Klw berpeluang lagi tahun depan, dptla merasa lg nikmat berpuasa tahun depan.

Entri kali ni aku nak citer pasal persiapan aku dan keluarga nak menyambut lebaran, aku seperti biasa.. takde la teruja sangat bila nak raya.. cuma rasa seronok sket bila ader anak ni la.. sbb time raya ni boleh kumpul sume adik beradik, sedara mara atuk nenek.. aku n husband  mengamalkan sistem bergilir bila raya maknanya.. pagi raya dirumah sape.. tahun ni turn aku.. wlwpon mak ayah aku dekat, tapi turn tetap turn.. tahun ni turn aku, so pagi raya akan ada kat rumah nenek aku.dan mungkin raya ke-2 or ke -3 baru gerak rumah mertua..

Aku mmg dari kecil memang tak dibiasakan berbelanja or sakan sgt time raya, cukup sekadar berganti baju . mcm kasut sume pakai je yg mana ada. Klw part rumah, rumah mmg la hari2 kena kemas, so ada kemas extra sket ar time raya  mcm cuci longkang ke, sapu sawang klw ader.. cuci sume langsir and gantung balik. Klw part kueh raya lak, mmg mak x suke wat kueh.. aku pon x ingat aku suke mak buat kueh apa.. sbb aku pon camtu.. tak pandai buat kueh.. pandai masak lauk jek.. huhuhu.. jadi memandangkan ramai org bisnes kueh jadi aku beli jek la.. lagipon klw org nak dtg umh selalunya aku akan masak menu lain.. sbb tepu gak klw asik mkn kueh jek.lagipon aku pk.. kos nak wat kueh lagi byk dr beli. so. baik beli..

Tahun ni aku de 2 pasang baju kurung jek.. alhamdulilah aku masih boleh pakai baju kurung. 1 pasang mak jahit, 1 pasang beli yg readymade utk sama satu family.. pkasut takde, pakai je kasut yg ader.. handbag? nantilah balik johor cari kat sana jek. Tahun ni haziq la yg muai,banyak beli baju dia jek.. takpela.. da anak pon sorang jek.. yg dlm perut blom boleh nak pakai baju lagi.

Kadang2 aku pelik tgk org yg xde lah berduit sgt, tapi klw beraya mak ai.. mengalahkan mcm xde hari lagi nak menggunakan duit..so.. baik kita tengok balik pengertian Syawal ni . Jgn sampai buat persedian menyusahkan diri dibelakang hari..