1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik -Apabila bila anak kita dipanggil dengan nama yang tidak baik, atau nama yang baik tetapi beri pula gelaran yang tidak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Dalam Islam pun sangat digalakkan kita beri nama yang elok untuk anak-anak.
2. Berikan anak anda pelukan setiap hari - Anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk anak kita setiap hari, dia akan tahu serta dapat merasa yang kita sayangkan dia. Dia tahu kita akan jadi penyokong dia yang paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada, jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - Ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Ada masa kita perlu marah tetapi janganlah buat muka marah sampai dia gentar untuk menghampiri diri kita.
4. Berikan penghargaan setiap kali anak anda berbuat kebaikan -Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Setiap kali kita menghargainya dia akan rasa ingin buat lagi dan ingint lebih baik lagi.
5. Jangan harapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan - Mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat kesilapan. Sebenarnya, mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.
gambar hiasan
No comments:
Post a Comment