Kat hometown aku byk sgt tadika, pilih je mana 1 nak. Ikut bajet,keperluan and suka2 hati korang. Tadika mahal ado, murah ada, tamo bayo pun ado *gomen punye la* . Ramai parents yg suka hantar ke tadika yg memfokuskan pada pembelajaran semata2 pd mereka, tadika yg berkonsepkan bermain sambil belajar adalah x bagus.
Dulu aku pun berfikiran begitu, di usia Haziq 3thn aku dah hantar beliau ke Smart Reader Kids. Yg mana studentnya hanyalah 7org .pada aku bgslah kan.. So teacher bole fokus kat anak aku je. Tapi rupa2nya aku rasa aku silap pilih skolah. Budak 3thn da mcm skolah menengah lak gayanya. Bawak homework punya byk, then kat skul xde kawasan nak bermain. Membuatkan haziq makin hari makin bosan kesekolah, tambahan pula, rakan sebaya yg hanya 7 org! Tapi okla, haziq mengenal abc disitu *aku rasa dia hafal* dan pandai nyanyi lagu Negaraku hasil pengajaran dr sekolah itu. Yuran disitu adalah untuk 3bulan termsk registration adalah rm 1500 lebih kuranglah aku x ingat.
Bila aku lahirkan amni , of coursela aku kene amik kira cost sekolah klw dulu haziq seoarang, jd semua untuk beliau, bukan aku berkira tapi tambahan pula perkembangan haziq takde la wow! Sangat kat skul tu, aktivitinya pun mcm x menarik. Masuk tahun 2011, haziq 4tahun aku tukarkan ke Shining stars kindergarden. . Memula aku dah regist kat joyous kids tapi bila aku tgk ramai sgt anak cina, then uniform pun mcm x intelligent, aku hantar haziq ke shining stars, isu dekat atau jauh x jd masalah pd aku nak hantar. Aku bukan x ska anak aku campur dgn kaum2 1malaysia ni, tapi pd pandangan aku anak cina selalunya nakal walaupun mereka pandai! Lgpun skolah tu terlalu ramai.
Bermulalah sesi pembelajaran haziq di shing stars. 1bulan belajar beliau dah kenal dengan rapat ABC. Dan klw aku random suruh dia write pun dia boleh. Cuma ambil masa 1bulan. Nombor boleh read 1 to 100. Tapi suruh baca dlm malay failed sikit . Its okla.. Klw bahasa melayu meloncat2 lgpun bahasa ibunda takkan xleh dpt dikemudian hari kan? and aku sgt2 berpuashati bila ada statistik peningkatan pembelajaran anak aku. Headmaster sendiri terangkan pd aku perkembangan haziq everymonth bila aku datang bayar yuran. Skolah pun bersih, rakan2 pun ok2 je. Budak2 mana yg x nakal kan?cikgu pun neat n tidy je pakaiannye siappakai nametag lagi even skolah cuma sebuah rumah. Cara susunatur skolah pun nmpk sgt kemas. Aktiviti pun ok, ada assembly, ada sports, ada public speaking, ada hari konsert. So dunia kanak2 mmg suka akan aktiviti2 sebegitu. Dan yg paling penting haziq happy dan x berat ke sekolah. Disitu juga haziq start modul cepat membaca, mula bulan feb 2011 dan akhir tahun haziq da pandai membaca ayat 2 suku kata dgn lancar dan perkataaan2 yg ada imbuhan tu kdg2 beliau jem juga. Apapun aku puas hati lah, sbb target aku by umur haziq 4thn aku nak dia pandai membaca, and I almost done the target. Hingga tahun ini haziq masih disekolah yg sama and he improve day by day. Pada aku bukan sekolah itu yg bagus, kanak2 lebih cenderung belajar bersama rakan sebaya, dan juga management tadika berkenaan juga memainkan peranan pntg. Disitu juga mereka blajar kemahiran hidup spt adab dimeja makan, beratur, susun kasut b4 msk kelas, dsbnya.
Kesimpulannya ibubapa harus tahu dimana interest n kecenderungan anak2 mereka and know well the kindergarden. Yg penting pd aku diusia anak aku 5tahun, beliau kesekolah adalah untuk have fun dan blajar mengenal dunia. I should thanks the teachers coz teach haziq from 0. to the parents, tepuk dada tanya selera.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment