Jangan Percaya Apa Yang Anda Lihat
Laman web facebook selain mendapat tempat selaku laman paling addictive bagi aku,juga merupakan tempat untuk mendalami tabiat manusia. dan yang paling menarik ia juga digunakan bagi meraih perhatian dan medan untuk mempamerkan kelebihan masing-masing.tetapi kebanyakan orang melakukannya secara halus.
caption gambar,status dan wallpost kadangkala samada anda sedar atau tidak membawa maksud yang totally opposite. tak faham apa yang aku mengarut ini?usah gusar.meh aku terangkan meh
situasi 1:caption gambar
bayangkan rakan anda post gambar seperti ini;
kemudian letak caption: BURUKNYA MUKA AKU!!!
of kos lah caption itu mempunyai hidden meaning.rakan anda cuma mahukan perhatian dan pujian betapa lawanya beliau in that so called buruk pic of her.
ini memang annoying sebab letak gambar paling vass lepastu konon-konon macam itulah gambar paling selekeh seolah baru pulang dari ekspedisi Gunung Tahan. nasihat aku,usah beri pujian.biar beliau rasa bahawa orang lain juga setuju beliau buruk.
situasi 2:status emo
anda pernah jumpa status seakan-akan ini:
Konah says; daddy just got me a Porche,ughhh i hate Porche.
trenslet:im so rich i can afford a Porche. spesis ini juga mahukan pujian dan berharap orang ramai mengetahui betapa cool nya beliau. status seperti ini elok dibiarkan hambar.tetapi jika mahu balas boleh tulis; 'eh yelah Konah i hate Porche too. It sucks'. SENTAP
situasi 3:keluhan jiwa
selain status emo ada juga status keluhan jiwa. tapi seperti biasa orang seperti ini bukannya ada masalah apa pun cuma dahagakan pujian. contohnya orang yang bersaiz suku badan victoria beckham tiba-tiba status tulis OMG my weight dah 34 kg.IM SOO FAT. haih...
ataupun status yang berbunyi "got only 98% in my test,im so stupid". jawapan aku untuk status ini, YES YOU ARE.
situasi 4: photo album
kadang-kadang ada sesetengah makhluk yang nak tunjukkan betapa happening hidup beliau seharian.tetapi ini juga dilakukan secara halus.contohnya dengan mewujudkan satu album khas bertajuk My Boring Daily Routine. tetapi di dalam album ada gambar shopping,karaoke, dan aktiviti bermain jet ski. album seperti ini sengaja diwujudkan untuk beritahu dunia setiap hari pun beliau buat aktiviti yang seronok tapi untuk tidak kelihatan seperti menunjuk perkataan boring digunakan untuk mendescribe album gambar tersebut.
tapi kalau anda pelajar UCD dan upload gambar sedang bergelumang dengan nota Oncology dan secawan besar kopi O i setuju itu memang boring.
see,setiap ayat itu boleh membawa maksud lain walaupun pada zahirnya seakan-akan menggambarkan yang sebaliknya. tapi kalau i suruh KELIK iklan nuffnang tu i maksudkan tolong klik ah jangan pulak orang kelantan baca ingat i suruh balik kampung ke apa.Kelik tu ejaan pasar untuk klik.faham?
jadi rakan-rakan readers sekalian jika terjumpa situasi-situasi ini di facebook harap anda dapat tafsirkan maksud sebenar yang cuba disampaikan. selamat facebooking!
haih sekarang perlu sambung belajar. (belajar=main facebook)
3 comments:
well.. tu semua biasa dlm dunia fb.. ada setengah lagi teruk.. muka hampeh, tunjuk muka vouge je semua, padahal bila godek2 gamba dia baru tau muka dah x sama dgn gamba profile, rupanya gambo lama... hahaha..
(aku la tu)..hahahhaa
hahahahahhaahahhaa..... totally agreed ~
hahahahahhaahahhaa..... totally agreed ~
Post a Comment