Friends Of Mine

Tuesday, November 27, 2012

Haziq & Amni

Sudah sangat lama rasanya mama tak menulis tentang perkembangan anak2 mama.. mama asik bz tulis pasal diri sendiri aje ye..
Cinta Hati MAMA

Yang pertama mama nak menulis tentang cinta hati mama yg pertama,
Haziq,
Perubahan ketara semenjak cuti sekolah ialah mama lihat haziq semakin kuat makan.  Dan kebetulan mama banyak masa untuk masak untuk keluarga kita. Mama balik kerja pun pukul 1 tghri? haha kerja apa mama ni? oh.. sebaiknya aku takkan  menulis tentang diri sendiri di entri ini.  Semenjak kita boikot MCd lebih kurang 3w yang lalu, haziq dah tak minta kita drive thru lagi tgh2 malam. Haziq pun boleh faham bila mama cerita tentang rejim Zionis yg menyerang semenanjung Gaza yang mengakibatkan ratusan yg terkorban. Alhamdulillah. Haziq macam papa, pagi mmg tak berapa lalu makan, tekak haziq akn beroperasi bermula dr lepas waktu lunch. Apa yg mama nampak haziq tak suka makan nasi, haziq prefer makan ayam goreng sahaja, fetucine carbonara, pizza, mi goreng, mis sup dan angkatan mi yg lain, dan juga beger otai. Semua yg haziq suka tu, mama buat sendiri , kecuali beger otai tu lah, sebab mama tak suka simpan stok beger dlm peti ais, nanti mama lagi "gebu".  Selain dr makan, haziq suka tidur lambat, ini lah satu masalah besar yg mama selalu fikir hari2 macamana nak bagi haziq ngantuk cepat dan ikut duration tidur yg sepatutnya bagi kanak2 seusia haziq. Kalau mama tak jadi tarzan, alamatnya pukul 2pagi lah baru haziq tidur, bagi mama takde masalah, tapi papa selalu bising kat mama sebab haziq suka tidur lewat. tapi mama selalu kata kat papa "mana tak tumpahnya lauk klw x kenasi" kalau ikut mama, jam berapa pun mama boleh tidur. mama mmg flexible.hehe

Now cuti sekolah, haziq takde apa2 aktiviti, mama nak hantar haziq ke kelas renang , tapi papa prefer thn depan, So tahun depan aje lah ye. And I hope you enjoy the moment sebab ni last school holiday yg haziq boleh bersenang lenang. Belajar pulak mama tak risau, sebab kalau ikut graf kanak2 seusia haziq, mama rasa haziq dah super advance.Boleh baca melayu dan English , simple maths, oklah tu.. takkan mama nak ajar haziq theorem pitagoras pulak kan? Tapi being my son, mmg haziq takkan ada honeymoon year. Sebab mama dari dulu pun mama tak pernah ada masa tamat untuk menuntut ilmu. Cuma mama harap haziq enjoy moment haziq semasa kanak2 ni. mama taknak jadi macam mama, dulu2 hidup mama cumalah sekolah dan rumah. Sebab dulu2 ayah mama selalu takde kat rumah sebab belayar, mak mama pula tak pandai bawak kenderaan, jadi mama cuma ke sekolah dan balik rumah tapi mama tak menyesal, sebab sampai sekarang pun, klw duduk dirumah lama2 mama x bosan. HAziq untung ada mama dan papa, kalau papa bz, mama masih ada untuk drive kesana dan kesini bawak haziq jalan2. Tapi mama paling suka bawak haziq dan adik pegi makan kan?

Sejak haziq duduk dengan atok dan nenek, mama lihat haziq dah pandai bacaan dalam solat, kalau tak haziq cuma pandai baca Al Fatihah je, mungkin anak org lain dah pandai, tapi mama x peduli, haziq anak mama, apapun hasil dr haziq adalah hasil dr didkan mama, mungkin anak org lain pandai solat usia 3 thn. tapi takpe,mama harap haziq istiqamah. Tahun depan mama hantar haziq belajar sekolah agama ye petang2.

Haziq pun kadang2 nakal, taknak dengar ckp mama, tapi mama x heran, sebab klw mama dah jd raksasa haziq sure takut, mama belum amik hanger lagi haziq dah lintang pukang lari. Kadang2 haziqjawab balik apa mama ckp, takpe.. sebab otak haziq mungking berfikir the other way yg mama fikir, jdnya mama positive takpe.. jangan risau.. mama ni org yg suka membaca, psikologi kanak2 pun mama baca, jgn risau.

Mama minta maaf kdg2 mama macam mak tiri, tapi mama kena garang, sebab kalau mama tak garang nanti haziq jd anakku sazali. Sekarang mama muda lagi. *eceh* sebab tu mama masih bertenaga menjerit2 sampai jiran hujung rumah kita pun boleh dengar suara mama. hehe. Mama cuma nak yg terbaik untuk haziq.

Tahun depan haziq masih sekolah di tempat yg sama, mama dah bayar dah. Pra sekolah yg mama register tu pun nampaknya kena tolak, sebab bila mama fikir2 , takpelah haziq cont je lah kat sekolah tu.. Lagipun mama risau di Pra Sekolah haziq belajar balik apa yg haziq dah belajar. N again, mama cuma nak yg paling baik sahaja untuk haziq.
ni result akhir thn haziq yg lepas, takpelah 1 je tak full mark. *tu pun mama dah jerit mcm tarzan yek?*

Buat puteri mama yg tercinta,
Amni
Amni dah berusia 1 tahun 9 bulan, lagi 3 bulan Amni genap 2 tahun. Mama lihat Amni sangat petah bercakap, apa mama cakap Amni ikut. Kadang2 Amni ikut cara mama membebel, kadang2 mama rasa mama takut tengok Amni dan Abang makin besar. Reason yang paling besar kenapa mama tak cari kerja yg lebih bagus adalah sebab kalian berdua, biarlah mama gunakan degree yg mama ada untuk kalian berdua.

Amni banyak copy abang, apa abg buat, Amni buat, mama beli doll kat amni , amni prefer main ultraman dengan abg. Amni suka tengok boboiboy dan dengar lagu. Lain2 amni tak suka. Amni tak macam abg yg kaki tv, nasiblah. klw tak ada 3 piring astro atas bumbung rumah kita. Amni boleh operate ipad abg, hp mama, dan note mama. Amni dah faham arahan yg mama bagi, contoh buang sampah dalam tongsampah,kemas mainan, hantar botol susu ke sinki dapur.  Mama harap umur amni 2 tahun nanti mama nak ajar Amni free diapers. Harap2 amni pun macam abg, 3 tahun boleh kesekolah dah.  Tapi mama tengok, Amni tak berapa friendly macam abg, org tak kenal Amni takan tegur, mama takut bila mama nak hantar amni kesekolah amni tak nak.

Amni pun suka menulis, main dengan buku dan pensel. Kordinasi tangan amni masih belum kuat, jadi amni cuma pandai conteng aje. Tapi takpe, at least Amni dah kenal buku dan pensel. Alhamdulilah, Amni pun dah jarang kena attack asthma, mama harap amni takkan kenal lagi.. bulan 1 ni setahun genap Amni tak diattack asthma. Mudah2an lah anak2 mama semua sihat2  mcm sekarang. Sebab tu lah agaknya mama pun makin gebu bila anak2 pun sihat.

Tahun depan amni akan dapat adik, maybe on April. tapi bukan adik kandung, tapi adik sepupu.. anak makngah, mama harap amni dan abg pun happy. Nanti kita jaga adik tu macam adik beradik amni dan abang juga kan. Sebab nanti mesti makngah n pakngah bz kerja.

Amni sgt senang tidur, amni banyak mewarisi sifat mama, senang beralah, pun sifat mama. suka menjerit pun macam mama jugak. Abg banyak copy papa kan? tengok je lah muka dia. haha. Tapi Amni pun macam muka papa juga.. kesian mama.. Tapi tak apalah, janji cukup sifat sudahlah ye. Amni tak perlu ditepuk bila nak tidur. Amni pun suka makan macam mama, apa aje pun boleh. Tapi mama tengok amni suka makan makanan yg pedas, kalau tak pedas amni tak berapa suka.

Semoga anak mama membesar dengan bijak dan sempurna.. Kalian berdua adalah harta dan anugerah yg paling indah dan berharga yg dikirimkan oleh Allah pada Mama dan Papa. Semoga jadi anak soleh dan solehah yg membawa Mama dan Papa ke syurga. InsyaAllah. Ameen

No comments: