Friends Of Mine

Monday, February 28, 2011

Petua Agar Isteri Sentiasa DiCintai Suami

Ada segelintir isteri beranggapan bahawa mereka berhak atas cinta suami mereka.  Anggapan ini tidak sepenuhnya salah, kerana memang salah satu asas, tegaknya sebuah rumah tangga bahagia adalah adanya mawaddah (cinta) antara suami isteri.  Tetapi harus direnungkan bahawa cinta tidak datang dengan sendirinya, dan ketika ia hadir, tidak ada yang dapat menjamin ia akan menetap selamanya. Cinta memerlukan usaha. Jika ingin suami selalu cinta kepada anda, anda tidak boleh hanya diam dan berkata, "Alaa, dia kan suami saya, secara automatik dia mencintai saya! Kalau tidak, mengapa dia memilih saya untuk jadi isterinya?"

Bahawa suami mencintai anda kerana anda adalah isterinya memang betul, tetapi apakah anda yakin cintanya selalu ada dan terus ada selamanya?

Ramai juga wanita yang tidak berasa yakin setelah menjalani kehidupan rumah tangganya sekian tahun, apakah suami saya masih mencintai saya seperti dulu? Kerana itu, berhentilah bersikap pragmatis. Berusahalah membuat suami anda selalu cinta, malah dari hari ke hari semakin bertambah cinta kepada anda

Seseorang isteri yang ingin selalu dicintai suaminya hendaknya menyedari bahawa jurus yang paling penting dan efektif untuk meraih itu adalah dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Bagaimana caranya?  Caranya ialah dengan berusaha sedaya upaya untuk mentaati dan menjalankan perintahNya serta menjauhi laranganNya. Dalam kata lain, dengan berusaha menjadi seorang muslimah solehah. Harm bin Hayyan, seorang ulama di masa Khalifah Umar bin Khattab ra berkata, "Tiada seorang hamba yang mendekatkan dirinya kepada Allah SWT, melainkan Allah akan mendekatkan hati orang-orang mukmin kepadanya, dan istri yang senantiasa mendekatkan dirinya kepada Allah, maka Allah akan mendekatkan hati suaminya kepadanya sampai ia mendapatkan cintanya."

Petua Agar Suami Selalu Cinta
1) Berusaha dengan tulus dan ikhlas 'menyerahkan hidupnya' untuk berbakti kepada suami sambil berharap pahala Allah. Potensi yang dimilikinya, kedudukannya di masyarakat dan kesibukannya beraktivitas diluar rumah tidak membuat dirinya terlena dan lupa bahwa ia memiliki peluang meraih syurga Allah dengan berbakti kepada suaminya. "Apabila seorang perempuan menunaikan solat, puasa, memelihara kemaluannya dan berbakti, mentaati suaminya, dia akan masuk syurga." (HR al-Bazzar).

Isteri seperti ini memiliki nilai yang tinggi di mata suaminya dan akan selalu dicintai suaminya. Berusaha untuk menjadi perempuan yang bersahaja dalam nafkah. Tidak banyak menuntut, menerima dengan rasa syukur betapa pun sedikitnya pemberian suami, dan tidak berlebihan dalam membelanjakan nafkah yang diberikan suami. Bila Anda sanggup selalu bersikap seperti ini, cinta suami akan selalu tercurah untuk Anda.

2) Sederhana dalam penampilan. Sebuah penelitian menyebutkan bahawa umumnya laki-laki tidak menyukai perempuan yang berpenampilan wajah penuh riasan atau mekap tebal, sebaliknya kesederhanaan lebih menarik bagi mereka kerana menurut mereka lebih memancarkan kecantikan perempuan. Tetapi ini tentu saja relatif, kerana itu, kenali kecenderungan suami Anda, apakah ia menyukai penampilan yang anggun atau yang sederhana? Kemudian setiap bersamanya, sesuaikan penampilan Anda dengan kecenderungannya itu. "Sebaik-baik perempuan adalah yang menyenangkanmu bila engkau memandangnya, mentaatimu bila engkau perintahkan dan menjaga dirinya dan hartamu bila engkau tidak di rumah" (HR Thabrani).

3) Berusaha untuk selalu sabar dan tidak menyakiti hati suami. Adanya perselisihan atau perbezaan pendapat diantara suami isteri terkadang dapat memicu terjadinya pertengkaran kecil atau besar. Apabila anda menghadapi keadaan ini, ingatlah, anda sedang berhadapan dengan seseorang yang Allah berikan kepadanya hak yang sangat besar atas diri Anda. "Seorang perempuan belum dianggap menunaikan hak Tuhannya sehingga ia menunaikan hak suaminya." (HR Ibnu Majah).

Oleh itu apapun yang bergelojak di hati anda, berusahalah untuk tetap sabar dan menahan diri untuk tidak menyakiti hati suami anda.

"Tidaklah seorang perempuan menyakiti hati suaminya di dunia, melainkan bidadari calon isterinya (di akhirat) berkata, "Janganlah engkau sakiti dia, Allah s.w.t. membencimu. Sesungguhnya dia di sisimu hanya sementara waktu, dan akan berpisah dari mu untuk berkumpul dengan kami." (HR Ahmad).

Percayalah, isteri yang mampu bersikap seperti ini akan selalu dicintai suaminya. Dapat mendampingi suami dalam suka dan duka. Roda kehidupan selalu berputar, kadang manusia mengalami saat-saat yang menggembirakan dimana kehidupan berjalan sesuai dengan harapan. Adakalanya manusia mengalami hal yang sebaliknya. Nah, apapun keadaan yang dialami suami Anda, berusahalah menjadi pendampingnya yang setia. Di saat suka menjadi pengingat agar suami tidak terlena, disaat duka menjadi penglipur lara.

4) Belajarlah cara dan teknik menyenangkan suami di tempat tidur dan anda akan mendapati suami selalu melimpahkan cintanya untuk anda.

Tuesday, February 22, 2011

Fadhilat Surah Al-Fatihah

1. Untuk Penawar Racun dan Kala Jengking
Isilah gelas dengan sedikit air yang dicampur dengan sedikit garam. Bacakanlah surah al Fatihah 7 kali pada air di dalam gelas itu. Kemudian berilah orang yang disengat lipan itu minum dan usapkanlah sedikit di bahagian sengatan tadi. Insyaallah dengan ikhtiar itu racun yang ada di dalam badan akan menjadi tawar sehingga cepat sembuh kembali.


2. Untuk Menghilangkan Sifat Lupa
Tulislah surah al Fatihah pada bekas air seperti gelas, piring, dan lain-lain) yang bersih lagi suci. Lalu tuangkanlah air ke dalamnya supaya tulisan itu terhapus. Kemudian berilah minum kepada orang yang selalu pelupa. Insya Allah usaha ini akan berhasil dengan kesabaran.


3. Untuk Penyembuhan Segala Penyakit
Ambillah sebaldi air lalu dibacakan surah ini kepada air itu sebanyak 40 kali. Kemudian basuhlah kedua tangan, kedua kaki, muka,kepala dan seluruh anggota badan sampai rata dengan air itu. Insya Allah dengan ikhtiar ini, penyakit yang dialami akan sembuh. Lakukanlah berkali-kali.


4. Untuk Penyembuhan Penyakit Mata
Bacalah surah ini 41 kali sehabis sembahyang subuh kepada orang yang sakit mata. Kemudian usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air ludah iaitu selepas membaca al Fatihah. Insya Allah akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah al Fatihah ini.


Penawar Untuk Panas Baran

pertama
Surah Ali Imran : 200
Ertinya : "Wahai org-org yg beriman! Bersabarlah kamu 
(menghadapi segala kesukaran dlm mengerjakan perkara-perkara kebajikan) 
dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih drpd kesabaran musuh di medan perjuangan) 
dan bersedialah (dgn kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) 
serta bertaqwalah kamu kpd Allah, supaya kamu berjaya."

kedua
Surah Al-Anbiyaa' : 69
Ertinya : "Kami berfirman : Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kpd Ibrahim."
 
ketiga
Berusahalah utk berwudhuk ketika sedang marah.
 
keempat
Jika sedang berdiri di waktu marah, maka duduklah. 
Jika sedang duduk ketika marah, maka baringlah.

 kelima
Berbanyakkan beristighfar ketika sedang marah.

 keenam
Selalu ingat dalam hati ketika marah:
"Syaitan yg buat aku marah dan dia akan bergembira kalau aku marah. 
Buat apa nak buat syaitan gembira, siapa dia tu? 
Buang masa je dan tak ada faedahnya. 
Ingat Allah lagi berpahala besar. 
Dialah yg bagi aku rezeki dan segala yg aku ada sekarang. 
Syaitan tak bagi apa-apa, bagi masuk neraka lagi adalah!"

 ketujuh
Banyakkan berselawat atas Nabi Muhammad s.a.w. dan zikir kpd Allah. 
Satu kali kita selawat di atas Nabi s.a.w, 10 kali Allah selawat atas kita. 
Jadi, kalau dah banyak kali Allah selawat atas kita, 
mesti kita selamat drpd apa-apa yg Allah tak suka 
termasuklah semua perangai buruk manusia spt panas baran.

kelapan
Banyakkan berdiam diri, insyaAllah sejuklah hati. 

Sunday, February 20, 2011

Mama boleh main Golf lagi ke?

tadi suami pulang bawak mini bar untuk hadiah tornement kali ni.. Tahniah2... wlwbagaimanapun h/cap beliau sure lah kene potong... takpe... ader  improvement at least...

tadi hubby sms ckp dpt 2nd place utk tornement td.. aku ingat dpt lcd tv.. leh la aku gantikan tv 21inch haziq yg kat ats tuh.. da tua tv tu.. haziq pun asik berebut nak tgk tv kat bwh ngan papa.. tapi syukurla dpt mini bar pun..

aku ckp kat hubby gini :
aku : pasni ma xley main gop lagi lah ek.. da der baby ni
hubs: pesal lak.. boleh jek.. sekali sekala kita g main la mcm selalu..
aku : eh yeke.. bole ek.. 
hubs: nanti pa sambung membership kat damai kita main kat sana sesama bila free, tapi kene tunggu kuat dulu la.. skrg takleh..

aku ingat time untuk berleasure2 dah takde.. tapi hubby mmg understanding.. tak pnh kongkong n paksa aku .. kebanyakan perkara yg aku suke buat selagi x salah dimata dia selalunya dia courage lagi. Dulu pun masa aku x main golf lagi aku salu bising dia balik lambat.. tp bila dia dah hangkut aku sekali, baru lah tau .. balik lambat bukan kemana pun.. kdg matahari terbenam pun masih mukul lagi..

tadi hubby ckp kene kurus lagi.. ni yg x syok dgr.. susah tol nak kurus .. kene turun lg 10 kg.. adei..... letihnya makcik!

Saturday, February 19, 2011

BAHAGIA dengan cara kita

BAHAGIA

apa definisi bahagia pada anda?ada yg mentafsir bahagia bila

duit tidak menjadi masalah
menghuni rumah yg besar bagai istana
jadi boss besar di opis besar
boleh main poker di vegas saban minggu
bercuti ke luar negara bila2 perlu
kahwin dengan anak raja...

dan mcm2 lagi..

tapi bagi aku, bahagia terletak dalam hati kita sendiri.. jika rasa bahagia.. bahagia lah.. jika merasakan tidak. tidak lah. Ini juga bersangkut paut dengan mental set kita.. Ini cerita BAHAGIA aku.Klw masa kanak2 dulu aku sgt bahagia bila bila ayah ada disamping aku dan mak sbb ayah selalu takde tinggalkan kami pergi sailing. Bila dah bersekolah, aku bahagia menjadi orang paling pandai dalam kelas, bila menginjak remaja, aku bahagia punya kawan2 yg boleh hang out dengan aku wlwpun kami terpaksa naik bas hijau (yg kini xde lagi) kesana kemari.. (Izza.. do u remember?) dan remaja juga tak pnh lari dari perasaan jatuh cinta buat pertama kali. Itu juga bahagia.. selepas itu aku bahagia bila diterima masuk Universiti ketika usia 18 thn wlwpun bukan Universiti pilihan aku tapi aku tetap meneruskan pengajian hingga tamat , melihat orang tua aku bahagia, aku sgt bahagia..

Tapi aku kurang bahagia bila mula bekerja pada mulanya, di tempat kerja pertama, aku mula kenal masalah ditempat kerja, masalah menguruskan kewangan bilamana dipertengahan bulan aku terpaksa meminta sedekah pada mak demi mengisi minyak kereta  (satria ketika itu) , stress bilamana kena outstation.. dan mcm2 lagi. Tapi itu mula2 kerja.. smentara nak stabil..

Bahagia datang lagi bila aku berkahwin dengan lelaki pilihan aku dengan restu ayah dan mak, majlis perkahwinan diadakan sgt meriah wlaupun simple.. punya suami membuat kan hidup aku mula teratur kerana suami adalah orang yang sgt well organized.. klw dulu aku suka buat sepah, almari baju ikut dan jek aku susun, bilik jarang aku yg kemas, tunggu ayah bising baru kemas, kemas tempat tidur pun kadang tak sempat. Tapi bila berkahwin, bangun seawal suami untuk siapkan wlw hanya secawan milo. Kemas katil, gosok baju, kemas rumah dan kerja2 lain dirumah.. wlwpon penat , tapi aku bahagia. Aku bahagia wlwpun dah berkahwin dan ikut suami tinggal dirumah beliau, aku masih dikelilingi oleh orang yang aku sayangi.. erti kata lain, tempat tinggal aku masih lagi di hometown aku.. dugaan perkahwinan tetap ada.. tapi, disitu aku kenal erti sabar, tolak ansur dan sebagainya untuk mengekalkan rumahtangga terus dlm trek bahagia..  dikurniakan anak lelaki pada usia perkahwinan kami 2tahun membuat kan kami lebih bahagia.. membesarkan anak bersama wlwpun kdgkala aku hampir hilang sabar menagani anak yg seringkali diserang asma, tapi berkat kesabaran itu, haziq seakan2 pulih dr asma, hingga hari ini beliau dah 1 thn setgh tak diserang asma... baru2 ni,setelah usia anak sulung kami hampir 4 thn aku dan suami dikurnikan lagi seorang anak perempuan, tiada apa yg aku mampu ucapkan selain syukur kerana mengabulkan doa aku untuk mendapatkan seorang anak perempuan selepas anak lelaki..

BAHAGIA pada aku bila hati sentiasa fikirkan bahagia.. wlwpun duit tidak melimpah ruah, tinggal setakat dirumah teres, memandu kereta biasa2 aja.. aku tetap bahagia dan bersyukur. Apa yang aku harapkan cuma Allah tidak menarik apa yg aku rasa ini, selagi aku hidup, aku nak merasa bahagia selama2 nya dikelilingi suami, anak2, mak ayah, adik beradik dan keluarga yg lain yg menyayangi aku. Semoga rezeki kami sentiasa berkat untuk membesarkan anak2 .. dan juga dikurniakan dengan kesihatan yg baik untuk terus membanting tulang mencari rezeki yg halal, semoga anak2 aku menjadi anak2 yg soleh dan solehah yg menjadi ahli syurga di akhirat nanti.. Amin...

Friday, February 18, 2011

Entri Dikala Bosan..

Amni tido.... mama wat pe? baca novel, pening baca novel, tgk tv, malas tgk tv tgk hp plak.. pastu tgk dinding, tgk facebook.... haih... gini lah sementara nak habeh 44 hari pantang. wlwpon sebenarnya rasa dah sihat, mak x kasi balik umah lagi. Hubby pun sama.. dia kata nanti balik umah kene urus rumah lak.. Rindunya
 
nak g keje
nak g TESCO ngan haziq
nak teman haziq makan KFC bila haziq balik skul
nak bawak kete round2
nak balik rumah
nak makan banyak2

hehe..yg last sekali tu da tak bleh da... time untuk bekerja keras nak kurus kan badan.. klw x, naik keje kang xde baju nak pakai.. takkan nak pakai baju pegnen lagi. kang kene pegnen lagi plakk.. Oh no! Buat masa ni aku dah lost 12kg lebih kurang.. tapi angka itu statik dr minggu lepas. hmm.. susah nye nak kurus ye.. nak gemok senang jek. Tapi nasib baik pegnen Amni aku tak gain kg sebanyak mcm aku pegnen haziq. Time pantang ni selalunya kurus la.. sbb mak jaga kan.. itu xleh ini xleh.. kang habeh pantang sume bantai. Tak kot.... kali ni berazam nak diet sungguh2.. Semoga aku berjaya. Hubby pon klw ckp aku x lalu mkn pas beranak ni dia mcm suka jek.. yela.. dah mcm kapal tangki (makbed kata)  selama 9 bulan cukup2 lah kan..

nak wat apa lak ni?? nak g kejut Amni lah.nak main dgn beliau!

Monday, February 14, 2011

Selamat Hari Jadi Mak...

Harini hari jadi mak saya....

"SELAMAT HARI JADI MAK... SEMOGA MAK PANJANG UMUR N MURAH REZEKI"

mak genap 49 tahun tahun ni... muda lagi kan?? semoga mak saya terus sihat...  dan dikurniakan dengan rezeki yg melimpah ruah... saya syg... mak saya!