Friends Of Mine

Wednesday, April 11, 2012

GEGAR ~Gempa Rupanya

Series.. sebelum ni kalau org ckp ada gegar2 ke apa ke. aku tak pnh rasa.
Tadi masa lepak2 ngan anak2 kat ats.. aku baring tetiba aku tgk motor *dlm game haziq* begoyang then aku tgk kipas goyang aku pun rasa badan aku goyang dlm hati kata eh.. aku pening ke? tapi dlm 10sec or more camtu aku terus dukung kedua anak aku kebawah *kuat tetiba* keluar rumah. Aku panggil hubs tapi dia kata xde gegar. Haih mesti dia ingat aku tgh mimpi berjalan neh *pelik tgk muka dia yg masa tu baru nak makan*. Sudahnya aku n anak yg keluar. *lawak tak*

Aku tunggu dia tak keluar and jiran2 pun tak keluar, ye lah kot.. aku dreaming lah gaknya. Lepas tu aku ambik hp byk status kengkawan yg ckp ada gegar disana sini. Oh ya,. im not dreaming mr hubs! Rerupanya ada earth quack kat Acheh. *aku tak tulih detail psl byk blogger tulih detail so boleh surf sana ek* Semoga mereka semua selamat .. Gitulah Tuhan kasi gegar sikit je rumah aku, blom runtuh lagi, dah takut mcmana lah kalau kiamat nanti ye?

So kesimpulannya klw jd emergency mmg aku akan selamatkan anak2 aku and HP aku! hahaha. aku capai hp masuk poket dulu then dukung anak2 *kuat weh aku* haziq 20kg amni 10kg. haa amik. dah lumrah ibu kan.. mestilah nak selamatkan anak2. Laki? hahaha.. selamatkan diri sendiri.. bukan pentingkan diri sendiri, tapi aku rasa mmg semua ibu pun mcm tu walau pun selalu kata suamilah No 1. Nasib aku ada 2 org anak. cukuplah 2 tgn nak dukung. kalau 3? rasa dukung jugak kot . tapi cemana lah gayanya.

So, janganlah dekati pantai selama48jam ni. dengar je lah amaran tsunami sentiasa. Tak rugi pun.. Adios. Semoga umat Islam dimana sahaja dilindungi Allah SWT. Amin

3 comments:

Unknown said...

nasib x jadi pape....kuat betul ko....nampak cam kecik je...

FK said...

kak farz mmg supermak! hihihi...

Unknown said...

ogosh- kecik???????kecik kat gigi je kot