Friends Of Mine

Thursday, October 15, 2015

UnPrivate The Blog

Alhamdulilah..
Masih berkesempatan untuk membuka private setting blog ni kepada umum. Banyak transformasi yang berlaku dlm hidup aku. Antaranya yang tidak sempat aku coretkan disini :
1. Haziq dah pun masuk ke alam persekolahan rendah tahun lepas. Alhamdulilah.. dah darjah 2 pun.
2. Amni Aqilah pun dah menghampiri usia 5 tahun tahun hadapan. Aku dah mula sekolahkan beliau di  tadika yg berkosepkan KAFA  awal tahun lalu. Dah mula pandai solat dan mengusai tulisan2 jawi, Rumi? blom lagi.. takpela.. mainlah dulu wahai anak.
3. Suami?  dah bertukar ke kapal (nama pun Tentera Laut kan) setahun yang lalu. Walaupun dekat tapi masih adakalanya berpisah sbb kekangan waktu belayar dsbnya.  So far aku masih in track dlm kehidupan aku.
4. Aku? masih mcm dulu.. mungkin yang berubah cuma fizikal aku. Aku cuba untuk menjadi insan yang baik. Semalam tahun baru. Aku cuba untuk menjadi muslimah yg baik, isteri yg solehah dan ibu yg mithali.
5. Ayah dan Emak. Alhamdulilah.. semoga mereka panjang umur dan sihat selalu. Baru balik mengerjakan haji minggu lepas. 54 Hari ditanah suci dengan segala macam ujian disana membuat aku serta adik beradik yang lain tidak senang duduk. Alhamdulilah mereka selamat sampai minggu lepas. Terima Kasih Ya Allah! diatas perlindungan dan kasih sayangmu keatas kedua orang tuaku.

Semoga aku terus menulis.. konsisten.. supaya kisah aku dpt aku kenang kembali pada masa akan datang. Kepada mereka yang pernah aku tuliskan disini dengan cara baik atau sebaliknya, sekiranya aku terkasar maafkan aku.  Aku cuba untuk jadi baik. Bantulah aku Ya Allah!.