Friends Of Mine

Sunday, February 28, 2010

Selamat Pengantin Baru Tini & Happy Birthday Alen...

Semalam kenduri kawen best pren masa sekolah menengah dulu, ini adalah kenduri kali-2 beliau. Suami yg pertama, 9 bulan lepas mereka kawen, terbunuh dalam kemalangan. Semoga kau berbahagia Tini aku doakan dengan suami baru ko ni.. Semoga Jodoh kali ini hingga ke akhir hayat dan dikurnikan anak2 yg solehah.. Aku mintak maap sebab aku x dapat gi. ada je kekangan yg wat aku x leh nak pegi, anak aku tido plak smlm.. so aku mmg xmo kacau dia tido, laki aku plak p men gop.. Takpela b4 ko naik cuti nanti aku dtglah jumpa ko..

Hari ini juga merupakan hari lahir adik ipar aku, adik hubby no... no bape ek.. jap kira.. ha..no 6.. yg ke 22 i guess.. semoga ko panjang umur n murah rezeki jugak..

3 hari cuti ni aku x tido siang.. hari ni aku nak tido cemanepon.. mata pon dah kuyu pas mkn laksa mak masak adik hantar tadi. huuuuu.. tq...

Saturday, February 27, 2010

Kemana Pergi Tanggungjawab masyarakat? Ibu bodoh biar boypren bunuh anak!


KUALA KUBU BHARU: “Dia tendang budak itu macam bola dan langsung tak pedulikan jeritan orang ramai yang melarangnya,” kata Ahmad Fikri Khalis, 19, yang menyaksikan Syafia Humairah Sahari, 3, dibelasah sehingga mati di padang bola sepak di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini, petang kelmarin. 

Ahmad Fikri mendakwa, lelaki berusia 28 tahun terbabit yang juga pemandu teksi bukan saja menendang badan kanak-kanak malang itu, malah dia berulang kali memijak kepala mangsa hanya kerana Syafia Humairah masih di luar rumah ketika waktu senja.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, lelaki terbabit ‘naik angin’ apabila anak teman wanitanya itu tidak patuh arahannya supaya pulang ke rumah.

Difahamkan, kanak-kanak malang itu sedang bermain di padang itu sambil menyaksikan beberapa remaja bermain bola sepak sebelum diserang lelaki durjana itu.

Menurut Ahmad Fikri, lelaki terbabit secara tiba-tiba datang memarahi Syafia Humairah sebelum hilang pertimbangan lalu membelasah kanak-kanak itu tanpa belas kasihan.

“Mulanya dia menampar dan menendang budak itu. Apabila mangsa terjatuh, dia memijak kepalanya walaupun menyedari perbuatannya dilihat beberapa remaja yang sedang bermain bola sepak,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Menurut Ahmad Fikri, selepas lebih 10 minit membelasah kanak-kanak itu, lelaki terbabit beredar dari kawasan berkenaan sebelum orang ramai bergegas memberi bantuan kepada Syafia Humairah.

“Seorang daripada penduduk yang menyaksikan kejadian cuba mengangkat budak itu untuk dibawa ke hospital.

“Namun, belum pun sempat dia berbuat demikian, lelaki terbabit datang semula sebelum mengangkat mangsa memasuki teksinya.

“Dia mendakwa akan membawa sendiri ‘anak tirinya’ itu ke hospital,” katanya.

Ahmad Fikri berkata, berdasarkan pemerhatiannya, kanak-kanak malang itu sudah mati ketika dibawa masuk ke dalam teksi berkenaan.

“Mana tidaknya, saya lihat dia langsung tidak bergerak, sebaliknya muka dan tubuhnya kelihatan pucat seperti orang sudah mati.

Lebih menyedihkan, katanya, lelaki terbabit dilihat masih memukul mangsa ketika berada dalam teksinya.

“Kami (penduduk) bukan tak nak tolong, tapi diugut lelaki berkenaan supaya tidak campur hal keluarganya,” katanya.

Difahamkan, sebaik tiba di Hospital Kuala Kubu Bharu di sini, lelaki itu menyamar sebagai ‘bapa tiri’ mangsa sebelum mendakwa mereka terbabit dalam kemalangan menyebabkan anaknya itu cedera parah.

Ahmad Fikri berkata, dia dan puluhan lagi rakannya yang menyaksikan kejadian itu tidak mungkin dapat melupakan kekejaman lelaki berkenaan.
“Saya berharap pihak berkuasa mengenakan tindakan sewajarnya terhadap lelaki durjana terbabit berikutan kekejamannya itu.

“Saya yakin penduduk di sini sanggup tampil membantu siasatan jika diperlukan pihak berkuasa,” katanya.

 Ulasan dari aku..

Kepada org yg tengah main bola kat situ :
Pesal lah korang tak cepuk jek jantan tu. Dia bukan buat kat dalam rumah, dia buat depan korang? Kenapa boleh tengok je. Klw ye pon jantan tu ugut korang, dia kan hanya sorang. Kederat dia klw nak dibandingkan dengan korang yg reramai tuh apalah sangat. Takpun takkan takde hp telefon lah Polis ke, org masjidke RELA ke supaya boleh bantu korang stop jantan tuh dari pukul dak kecik tuh. Haih!

Kepada Ibu Mangsa:
Mana pegi ko waktu tu? Nape ko biar kan anak ko dipukul sampai mati dek jantan tak bertanggung jawab. Ke ko ader kat situ tengok je anak darah daging ko kene belasah sampai mati? Ko tak sakit beranak ke wei? Ke ko desperate sangat nak berlaki samapi biar jek jantan tuh pukul anak ko. Oi! pikirlah wei!Pepenat ko jaaga dak tuh sampai umo 3 thn sesenang ko biar orang bantai anak ko sampai mati.

Aku sedih dengan berita ni, sebab budak umur 3 tahun, dekat sebaya anak aku. Anak aku sekarang tengah keletah mencuba itu ini, bercakap macam2 menghiburkan hati aku dan suami. Betapa aku x boleh hidup klw sehari aku x jum;pa dia. Pegi kerja pun aku nak bawak dia. Dia memang nakal, tapi dia lah mengubat suka duka aku dan suami. Kadang2 memang x dinafikan, budak2 ni memang mencabar kesabaran dan keimanan aku dan suami, tapi bila difikirkan semula, dia adalah amanah Allah yang perlu kami jaga dengan sebaik mungkin. Ini? sanggup pula biarkan anak sendiri dipukul teman lelaki. bukannya suami beliau? apa hak lelaki itu atas anak ko lah pompuan! aku rasa lebih baik ko mandul jek tak payah beranak! org lain nak beranak mcm2 usaha nak dpatkan anak. tapi ko sesenang biar anak ko org len pukul. apalah bodoh punya mak ko ni!

Jenayah ni sama lah bodoh nya dengan jenayah buang bayi yg berleluasa sekarang ni. Dimana ibu2 tidak lagi punya perasaan. Dah bukan lagi boleh kata binatang, tapi klw ada ayat yg lebih teruk dr binatang, mmg itu lah sepatutnye dipanggil kepada golongan2 ini. Beromen mmg sedap! tapi beranak sakit tau tak?? sebab tuh Allah bagi perempuan yg mati beranak ni dikira mati syahid. Sangat sakit aku dah rasa . Lepas tu tergamak pulak buang bayi yang tak tau apa tu. Dia datang dari perbuatan tak bertanggungjawab ko. Haih! yg kes ni pun satu, dah jerih payah beranak, bela anak tuh sampai umo 3 thn, pastu senang2 teman lelaki ko pukul sampai mati, dah mati pun pukul lagi! Nauzubillah. mmg laknatullah org ini.

Friday, February 26, 2010

Pasangan Remaja Bercinta Dalam Pelbagai Ragam dan Aneka

Pernah bercinta? Sedang bercinta? Sedang ingin bercinta? Siapa sahaja anda, melainkan anda membiak melalui belahan dedua ataupun pertunasan, tentu ada keingingan bercinta. Hari ini kita melihat pelbagai ragam pasangan remaja bercinta yang pernah dilihat di dunia realiti.

Asexual Hardcore Porn

1. Pasangan Berpandangan Jauh
"Love and marriage, love and marriage

Go together like the horse and carriage

Dad was told by mother

You can't have one, you can't have none, you can't have one without the other"

Frank Sinatra - Love and Marriage

Ah, pasangan ini bercinta, dan objektif mereka adalah untuk mencapai jinjang pelamin. Tapi
bukan cinta memang sepatutnya membawa kepada kahwin ke?. Ye, betul, tetapi apa yang membezakan mereka ialah mereka berusaha ke arah itu. Berkenalan dan berbaik-baik dengan bakal keluarga mentua, turut serta dalam keluarga mereka dalam pelbagai urusan daripada menolong bakal adik ipar mengisi borang daftar Matrikulasi sehinggalah teman bakal nenek mertua beli jamu Sariayu Martha Tilaar. Juga tidak kekok menziarahi rumah walaupun setakat untuk berbual-bual tentang prosiding perbicaraan Anwar Ibrahim.

Kriteria Lelaki: Sudah menunjukkan kebolehan sebagai suami. Mempunyai kebolehan dan keinginan untuk bergaul mesra dengan keluarga perempuan. Imej adalah sangat penting. Tak boleh letak gambar hisap shisha dekat FB, melainkan bersama bapa mertua.

Kriteria Perempuan: Sudah menunjukkan kebolehan sebagai isteri. Mempunyai kebolehan dan keinginan untuk bergaul mesra dengan keluarga lelaki. Imej adalah sangat penting. Gambar FB dipenuhi dengan gambar masakan, pegang baby dan mengait.

Kriteria Tambahan: Keluarga kedua-dua belah pihak yang terbuka. Sesetengah keluarga tak suka ada orang lain dalam keluarga mereka. Sesetengah pula tak suka kecil-kecil dah gatal nak menikah.



2. Pasangan CUDIPT

"bangkit semangat keazaman
memburu cita dan impian

biar terpaksa merahsiakan hubungan
"
UNIC - C.U.D.I.P.T
Pasangan ini mungkin subset kepada "Pasangan Berpandangan Jauh"di atas. Pasangan ini adalah dua orang yang sama berpengaruh, sama berjawatan, sama berkarisma dan sama bersopan santun (atau mungkin, sama kontrol). Contoh, Presiden dengan Naib Presiden Majlis Perwakilan Pelajar. Sesetengah tengok diorang jeles sampai rasa nak gigit selipar. Sesetengah tengok diorang rasa meluat sampai rasa nak baling selipar.

Biasanya cinta diorang ni bukan dihebohkan diorang sendiri. Lebih kepada: "Eh, Senah. Kau tau Naib Pres kita tu si Melah tu, selalu betul dengan Presiden kita si Ujang tu. Diorang ada apa-apa ke?". Bagi mereka, cinta belakang-belakang sudah. Depan orang, profesionalisme kena jaga.

Juga selalu berlaku dengan gosip sebagai mangkin utama. Dulu sekolah rendah, ketua kelas tulis nama budak lelaki bising dekat papan hitam, penolong tulis nama budak perempuan bising. Itu dah kira habis romantik dah tu. Terus gosip.

Kriteria Lelaki: Kebiasaannya adalah Presiden MPP atau sebarang badan-badan yang berdaulat di situ. Presiden kelab-kelab yg chill tak kira, sebab isu utama di sini adalah sifat berhemah. Popular, skema, berkarisma dan baik dengan golongan atasan.

Kritera Perempuan: Tidak terhad kepada ahli jawatankuasa atasan sahaja. Setiausaha/bendahari dah boleh memenuhi kriteria ini. Kalau presiden juga, biasanya pasangan lelaki adalah presiden kepada badan lain yang sama berkuasa/berkuasa di tempat lain. Biasalah ego lelaki. Lagipun biasanya lelaki-lelaki yang tidak berjawatan tak berani nak ayat diorang ni. Ayu, popular, skema, berkarisma, idaman lelaki-lelaki nerd dan mangsa santau awek-awek yang lebih rough.

Kriteria Tambahan: AJK-AJK bawahan yang memang sangat supportive atau buat-buat tak nampak. Institusi pendidikan yang ada jawatankuasa-jawatankuasa yang berpengaruh. Kalau jawatankuasa kerja setakat tentukan jadual cuci tandas dorm tak kira la.



3.Pasangan Teman Tapi Mesra
"Aku punya teman
Teman sepermainan

Dimana ada dia selalu ada aku
"
Ratu - Teman Tapi Mesra

"Lafaz cintan-cintan? Uwek geli. Dating? Kitorang keluar jalan-jalan je la. Boyfriend? Die best friend I la...", kata Minah (bukan nama sebenar) kepada wartawan lokasi.

Pasangan yang dah berkepit macam belangkas yang digam UHU dan dipatri bersama dengan seperti timah di litar elektronik. Tapi bukan bercinta. Eh? Pasangan teman tapi mesra ialah pasangan yang dah macam couple, tapi tak mahu bercinta, masih belum melafazkan cinta atau memang tak pernah terfikir tentang bercinta.

Biasanya berlaku sesama best friend berlainan jantina (unless they're, you know, not straight). Juga fenomena biasa berlaku pada pasangan yang dah breakup, sudah berbaik semula macam dulu tapi tak mahu bercinta semula kerana "tak mahu luka lama berdarah kembali".

Membawa masalah agak besar jika salah seorang sudahpun mempunyai pasangan rasmi. Bayangkan girlfriend anda dating dengan anda sekali sebulan dekat times square, tetapi "best friend lelaki" dia "dating" dengan dia 2-3 kali sehari, dekat rumah dia. Haru beb, haru...

Juga bermasalah jika sebelah pihak memendam rasa. Bak kata pepatah, bertepuk sebelah tangan tak berbunyi, jadi tepuklah dahi



4.Pasangan Terlampau
"Jumpa dia Isnin

Bawa dia minum hari Selasa
Kita berzina hari Rabu dan hari Khamis Jumaat Sabtu
tapi kita lepak hari Ahad"

Karim Daud - 7 Hari

"Jemari Tejo mulai piknik dari wajah sampai lutut Surti
Tanpa sadar sarung mereka pun jadi alas

Mirip demo memasak Tejo mulai berakting di depan Surti
Masang (masang) alat (alat) kontrasepsi"
Jamrud - Surti dan Tejo
Ok, sesetengah orang agak gagal membezakan seks dan cinta. Maka inilah hasilnya. Oh tidak, jangan sangka mereka tidak bercinta. Mereka sayang satu sama lain. "Cuma gua je boleh *censored* dia. Kalo lu nak cari pasal, try la kacau dia."

Pasangan ini tanpa segan silu memuaskan nafsu serakah tanpa hubungan pernikahan yang sah. Tipu la kalau korang tak pernah dengar. Time hari kantin sekolah menengah member aku pernah ternampak couple bercium kat celah-celah blok kelas. Time form 4 penah dengar senior kena tangkap khalwat kat tandas dewan. Pastu dengar ada Kolej Matrikulasi (dirahsiakan) terlampau terlepas kat internet.

Dan mereka jugalah bahan utama untuk video-video yang memang banyak di internet. Time handphone boleh rakam video. Tak percaya search la 3gp (dan sebarang keyword berbahasa melayu) di internet.. Juga penyumbang utama kepada gejala buang bayi.

Kriteria Lelaki: Nafsu macam orang yang makan pil kuda macam makan nasi. Bermulut manis macam Saccharin. Pandai memanipulasi.

Kriteria Perempuan: sama ada-
a) sama macam lelaki di atas. Mengalami pheromone poisoning.
b) mudah termakan ayat manis lelaki. submissive. Sanggup tak pakai underwear pada valentines day untuk membuktikan cinta. LOLWUT?



5.Pasangan PJJ
"Please please please
Kamu jangan nakal

Ku pergi sebentar

Bukan untuk curang

Please please please

Kamu jangan nakal

Nanti aku datang

Bawa yang kau pesan

Diriku untukmu"

Aliff Satar - Jangan Nakal

Everyone together now: AAWWWWWWWWWWW...
Pasangan PJJ (pengajian jarak jauh) atau dalam bahasa kampung saya Long Distance Relationship adalah pasangan yang dipisahkan dengan jarak beratus-ratus atau beribu-ribu kilometer. Biasa disebabkan oleh belajar di tempat lain-lain. Lebih ummph kalau oversea.

Boleh menjadi sangat sweet kerana ini bukti kesetiaan yang mendalam. Juga boleh menjadi sumber keretakan rumahtangga sebab dah terlalu lama tak berjumpa dan kehadiran orang lain. Di sana menanti di sini menunggu?

Part paling heatwarming dalam hubungan ini ialah bila berjumpa semula selepas lama terpisah. Boleh buat hollywood love story atau drama korea. Siap sedia tisu sekotak dan popcorn jika anda berada di tempat kejadian.

Kriteria:
1. Kesetiaan yang tinggi. Anda kena setia dengan orang yang anda jumpa mungkin 2-3 kali sahaja setahun.
2. Internet yang bukan selaju siput yang sedang berjalan-jalan di taman. Untuk Skype, YM, dan apa sahaja cara berhubung di internet.
3. Kadar panggilan IDD yang rendah. Atau sebarang servis third party yang menjadikan bil telefon rendah. Jika sama-sama dalam negara, 8pax, Friends and Family dan Activ10 (juga Supersavers untuk yang dah mula makan maggi) banyak membantu.

Nah, he won't bite.

Jangan Percaya Apa Yang Anda Lihat

Laman web facebook selain mendapat tempat selaku laman paling addictive bagi aku,juga merupakan tempat untuk mendalami tabiat manusia. dan yang paling menarik ia juga digunakan bagi meraih perhatian dan medan untuk mempamerkan kelebihan masing-masing.tetapi kebanyakan orang melakukannya secara halus.

caption gambar,status dan wallpost kadangkala samada anda sedar atau tidak membawa maksud yang totally opposite. tak faham apa yang aku mengarut ini?usah gusar.meh aku terangkan meh

situasi 1:caption gambar

bayangkan rakan anda post gambar seperti ini;
normal_tyra_banks_02.jpg image by arozlan
kemudian letak caption: BURUKNYA MUKA AKU!!!

of kos lah caption itu mempunyai hidden meaning.rakan anda cuma mahukan perhatian dan pujian betapa lawanya beliau in that so called buruk pic of her.
ini memang annoying sebab letak gambar paling vass lepastu konon-konon macam itulah gambar paling selekeh seolah baru pulang dari ekspedisi Gunung Tahan. nasihat aku,usah beri pujian.biar beliau rasa bahawa orang lain juga setuju beliau buruk.

situasi 2:status emo

anda pernah jumpa status seakan-akan ini:

Konah says; daddy just got me a Porche,ughhh i hate Porche.

trenslet:im so rich i can afford a Porche. spesis ini juga mahukan pujian dan berharap orang ramai mengetahui betapa cool nya beliau. status seperti ini elok dibiarkan hambar.tetapi jika mahu balas boleh tulis; 'eh yelah Konah i hate Porche too. It sucks'. SENTAP

situasi 3:keluhan jiwa

selain status emo ada juga status keluhan jiwa. tapi seperti biasa orang seperti ini bukannya ada masalah apa pun cuma dahagakan pujian. contohnya orang yang bersaiz suku badan victoria beckham tiba-tiba status tulis OMG my weight dah 34 kg.IM SOO FAT. haih...

ataupun status yang berbunyi "got only 98% in my test,im so stupid". jawapan aku untuk status ini, YES YOU ARE.

situasi 4: photo album

kadang-kadang ada sesetengah makhluk yang nak tunjukkan betapa happening hidup beliau seharian.tetapi ini juga dilakukan secara halus.contohnya dengan mewujudkan satu album khas bertajuk My Boring Daily Routine. tetapi di dalam album ada gambar shopping,karaoke, dan aktiviti bermain jet ski. album seperti ini sengaja diwujudkan untuk beritahu dunia setiap hari pun beliau buat aktiviti yang seronok tapi untuk tidak kelihatan seperti menunjuk perkataan boring digunakan untuk mendescribe album gambar tersebut.

tapi kalau anda pelajar UCD dan upload gambar sedang bergelumang dengan nota Oncology dan secawan besar kopi O i setuju itu memang boring.

see,setiap ayat itu boleh membawa maksud lain walaupun pada zahirnya seakan-akan menggambarkan yang sebaliknya. tapi kalau i suruh KELIK iklan nuffnang tu i maksudkan tolong klik ah jangan pulak orang kelantan baca ingat i suruh balik kampung ke apa.Kelik tu ejaan pasar untuk klik.faham?

jadi rakan-rakan readers sekalian jika terjumpa situasi-situasi ini di facebook harap anda dapat tafsirkan maksud sebenar yang cuba disampaikan. selamat facebooking!
haih sekarang perlu sambung belajar. (belajar=main facebook)







Niyang Rapik Movie Trailers & Teasers


This my first time watching malay movie with Husband. Tetibe jek ajak aku tengok citer hantu melayu. Aku pon walaupon nak gelak tapi aku layann.. sbb memandang esoknye adalah hari cuti Cuti sempena Maulidur Rasul. Waalaupun aku ni spesis penakut, tapi aku masih nak tengok cerita hantu, sbb dlm pala otak aku ni masih tertanam yang hantu tuh sebenarnya takada! manusia jek yg mengada2 kan cerita hantu itu. Lagipun this lately aku dan keluarga mmg suka tengok cerita hantu melayu ni.. tetiap malam sblm tido layan cerita hantu. Takat ni dah tengok cerita SANTAU n JANGaN TEGUR. Haziq pon layan sama and surprisely anak lelaki aku nih mmg berani, sikit pon dia tak takut or menangis or terbawak2 kat tido. Even kitorang terkejut pon dia masih cool lagi. Ok sikit movie trailer dari aku tentang Niang Rapik arahan Pengarah Ahmad Idham ni ( laki aku suka dia)

Cerita bermula apabila dikejutkan dengan kematian Zack secara misteri disebabkan busung pada perutnya dan benar-benar memeranjatkan 4 rakan karibnya iaitu Helmi , Saiful , Zizan dan Amir. Mereka semua merupakan lepasan pelajar jurusan Kajian Sejarah. Setelah di selidik, mereka berempat mendapati Zack telah mengambil sebuah kendil lama dari kampung Niyang sewaktu mereka melakukan projek tahun akhir kajian peninggalan sejarah di kampung Niyang Rapik. Adakah kendil itu menjadi punca kematian Zack? Banyak adegan seram dan kelakar terdapat dalam Filem ini. Dari 5 Bintang aku dan suami beri 3 bintang untuk filem ini. Untuk lebih suspen. korang tengok lah sendiri.              

Thursday, February 25, 2010

Roadtax And Insurance Waja Expired..

Hari ni aku rase hari yg sgt hectic.. berlarian kesana kemari. Pegi bank, pejabat insurans, pegi bank balik. Tak seronok kan keje ni?  Tambah2 keje yg dimana perlu mengeluarkan duit yg x nmpk barang. Hari ni rodtax n insuran kereta aku mati. Suppose 2-3 hari lepas aku dah hidupkan memandangkan hari ni hari terakhir bekerja untuk minggu ni. Esok cuti maulidur Rasul. tapi aku tangguhkan sbb ingat nak hidupkan sekali dengan kereta adik ipar aku senang keja tak payah keluar banyak2 kali. Memandangkan beliau belum bank in lagi duitnya aku buatlah kereta aku dulu. Lagipon rodtax kereta beliau mati bulan 3 nanti. Mungkin beliau sibuk.

Nasib baik NCD aku dah 55%.. so klw nak hidupkan insurans takle mahal sgt.. yelah thn nih dah hampir 7 thn aku pakai kereta. Aku takleh tangguh2 hidupkan mende ni sbb JPJ dan polis sokmo wat rodblok kat hometown aku ni. Aku dah la kesana kemari hari2 kang kena tahan tak pasal2 mendapat pulak.

Sebab da pakai duit banyak bulan ni.. Jadi hari ni dan sampai hujung bulan 3 nanti, duduk je lah diam. Puasa dari membeli apa2 yg tak perlu. 12/3 nanti kereta hubby plak.. hmm?

wHAT IS d mEaNiNg oF PINK???

Pink is the color of universal love. Pink is a quiet color. Lovers of beauty favor pink. A pink carnation means "I will never forget you"

Wednesday, February 24, 2010

Cuaca Yang Panas Melampau

Semalam, aku rasa hari yg sgt panas, bahangnya smpai aku psg ekon disuhu maximum pon masih meleleh ketiak aku dek peluh. Aku tak tahan sampai aku balik kerja awal, masuk kete plak, duduk kat sit kereta rasa mcm nak tebakau bontot, pegang streng mcm nak melecur tgn, pegang gear pon sama, agaknye mcmana klw panas di api neraka ye? Aku sampai sempat berdoa bagi diturunkan hujan. Sampai begitu sekali.

Pagi ni alhamdulillah, hujan mula turun dan aku rasa sgt selesa untuk memulakan hari aku. Cuaca di malaysia ni dijangkakan panas melampau hingga pertengahan Mac depan, lama lagi tuh. Semua dinasihatkan minum air dengan lebih banyak dan kurangkan terdedah secara terus dengan cahaya. Aku mmg dah jarang main golf, sebab aku dah tak ada kaki nak main golf. Kawan2 main golf aku dulu tah mana perginya..mungkin dah mati kot???? jadi sekali sekala nak lepaskan gian, aku ajak lah hubby main . lagipun cuaca yg sgt panas membuatkan aku x tahan berada lama2 dibawah terik matahari. Kulit aku mmg senang makan matahari. belang kat tgn aku ni dah sethn tak hilang, mcm2 jenis sunscreen aku pakai, tapi x jalan, jadi yg ye nya x payah berjemur. Kulit muka pon bila kerap berjemur frackles makin menjadi2. Nak menghilangkan nya, nak pakai skin care yg bukan murah jugak. Sbb kulit aku jugak liat n tak jalan takat pakai temulawak or scrub biasa. Alhamdulilah aku dikurniakan dgn kesihatan yg baik wlw mcmana pon keadaan cuaca, sbb aku mmg sgt menjaga kesihatan, sbb aku takut klw aku jatuh sakit n tak larat bangun, anak dan laki aku akan terbiar, sape nak prepare mkn derang? sape nak kemas umah? aku mmg tak harap sgt kat laki aku sbb dia pon punya kerja dan tanggung jawab dia sendiri. Jadi mmg setiap kali lepas solat, aku akan mohon dikurniakan dengan kesihatan yang baik supaya aku boleh menjalankan tanggungjawab aku dengan sempurna. Kunci pada kesihatan yg sempurna ialah minum air putih lebih dari 8 gelas sehari, elakkan meminum air yg banyak mengandungi gula. Sbb bila glukos tidak dibakar ianya akan bertukar menjadi toksik. Tu yg boleh jadi kegagalan buah pinggang, kencing manis dan sebagainya. Tapi gula juga perlu sebagai sumber tenaga. apapun jua, jangan amibil berlebihan. aku harap aku akan sihat seumur hidup aku, klw boleh sampai tua. Macam ayah aku, beliay amat menitikberatkan kesihatan, Umur beliau akan menganjak ke 55 thn bulan depan, alhamdulilah beliau tidak ada penyakit, dan masih bersemangat. Masih bekerja dan terus mengejar cita2. Diumur begitu kadang2 aku lihat, ada yg dah sibuk buat treatment itu dan ini. Tapi alhamdulilah, ayah masih kuat. Bawak lah kereta sejauh mana pon, beliau masih gagah. Untuk pengetahuan readers, ayah aku berulang alik Lumut-KL setiap 2 hari adakalanya disebabkan urusan kerja. Beliau bukan memandu BMW 7 series atau mercedes C-class tetapi jeep buruk, manual yg sgt keras clutch nya. Itulah beliau, wlw ada kereta seelok mana pon, masih mahu memandu kereta buruk beliau. Tak boleh nak kata apa, bila suruh bawak kereta elok yg ada tuh, alasan beliau, beliau sudah bercita2 nak beli jeep buruk tuh dari masa beliau muda lagi. Hmm.. gasaklah ayah!

Ayah sgt bersemangat dan bercita2 tinggi, dulu kami orang susah, wlwpon ayah kerja kerajaan dulu, tapi gaji beliau bukan besar sepertimana kerja kerajaan sekarang, aku, mak dan adik2 mmg jarang berbelanja, hanya cukup makan setiap hari. Beli baju lagilah, hanya waktu raya jek, selebihnya pakai saja apa yg ada. Dari situ, aku bercita2 tak nak susah n belajar pandai2. hahaha.. and alhamdulilah aku berjaya mencapai cita2 aku. Dari rumah kuarters kerajaan ker rumah teres yg aku duduk skrg hasil titik peluh ayah, ayah beli. Dan ayah memang bercita2 nak jadi kaya. Berbelas thn kami tinggal di rumah teres yg harga nya 40k ketika itu (sekarang harga pasaran rumah itu sekitar 160k) . Ayah dikurniakan dengan rezeki dan ayah beli rumah banglo pula. Dan sekarang ayah , mak tinggal di rumah itu. Dan ayah terus manambah asetnya dengan memebli sebuah lagi apartment di KL. Dan rumah kedai dimana kami bekerja sekarang. Semuanya atas usaha keras ayah selama ini, walau demam, wlw sakit kaki, wlw hujan ribut, beliau gagah bekerja,naik turun tangga pejabat demi mengejar projek2 yg menhasilkan rezeki. Itu lah ayah!  SEMANGAT DAN DISIPLIN. aku nak jadi macam ayah juga.. Ayah tak pernah mengira harata2 pusaka arwah atok yg ditinggalkan untuk beliau. Sebaliknya hasil dari tnh pusaka itu, disedekahkan kepada adik beradik beliau yg lebih memerlukan.
***ini ayah aku (yg paling tua tu lah..)takada gambar beliau sorang..


dari cerita cuaca panas, ke cerita ayah pula.. hmm.. tapi aku sbnrnya tgh pns hati dengan mak sedara aku sebenaarnya. . Sedap2 je sekolah kan anak kat sini, pastu duit tmbg bas balik KL soh mak ayah aku beli, klw sekali 2 tak apa, ini tetiap kali! aku tau mak ayah tak merungut tapi aku sakit hati! x ada tanggungjawab ke? Pas tu adik aku plak jadik driver derang hamik hantar derang balik skola. Esok2 klw adik akim p sambung balajo sape plak? mak la plak kan? Ceh! dah la.. aku mls nak ulas pepanjang.Kang terkeluar bentuk maki hamun pulak.

Tuesday, February 23, 2010

What DO You Think??

http://www.youtube.com/watch?v=uc02ZEPJuF8

apa pendapat anda bila pertama kali anda mendengar ucapan lelaki ini? ucapan maaf beliau secara terbuka. Well, for refreshment aku imbas sket syncrony cerita beliau.. December lalu, peminat golf dunia dikejutkan dgn berita kemalangan Woods, pemain golf no 1 dunia. Tapi beliau hanya cedera ringan, beberapa hari kemudian barulah berita mengatakan punca beliau xcident adalah disebabkan beliau bergaduh dengan isteri beliau sebelum kejadian tersebut, pergaduhan tersebut disebabkan oleh isteri beliau telah mengetahui skandal2 seks beliau.Aku pon tak berapa ingat berapa puluh perempuan yg dikaitkan dgn skandal seks beliau. Macam2 tabiat buruk beliau terungkai susulan dr berita kemalangan beliau. Huh! Tak apelah.. beliau org kapir.

Apa yg ingin aku katakan disini ialah, adakah skandal atau skandal seks ini trend zaman kini? akhir zaman? yelah kan.. yg haram itu lah yg syiokkk.. tak kurang jua kisah2 sedih yang aku dengar dari teman terdekat yg menjadikan aku teman mengadu. Macam2 version ada, yg laki org dengan bini org, yg bini org dengan laki org, yg laki org dengan janda teman sekerja..mcm2.. aku tak boleh ulas dengan panjang sbb nanti dikatakan reveal rahsia org. So aku citer general2 jek lah.

Bila Kantoi..

Macam2 alasan.. antaranya : (alasan lelaki)

  1. bini aku tak berhias dirumah, duduk rumah macam org gaji
  2. bini aku dah gemok, x selangsing dulu, skandal ku yg baru lebih kurus (muke buruk tak henggat punye x plak dia kisah ye?)
  3. cinta dengan isteri dulu adalah cinta kilat, jumpa balik kekasih lama,.
  4. Perempuan a.k.a betina itu lebih memahami diri saya, dia lebih banyak meluangkan waktu dgn saya berbanding isteri saya.
  5. Isteri saya tidak lagi menjaga penampilan
dan.. pelbagai alasan lagi... ketahuilah..setiap alasan mesti boleh diterima selagi ianya logik. org yg sering melakukan alasan adalah org2 yang keji!

dan jawapan kepada alasan2 diatas adalah:
  1. Nak berhias camno? baru nak mekap kang nak wat sarapan lah, nak basuh kain, jemur kain, lipat kain , angkat kain.. hah?? mekap pon tak lekat dek kene asik berpeluh
  2. Dah ko tetiap tahun bagi bini ko anak, tak sempat kawan tuh nak diet ko dah bagi lagi. org lelaki tak tahu macamane larinya allignment badan pompuan lepas mengandung n melahirkan! hoish.. susah!klw ko yg gemok buncit macam org dah nak cukup bulan xde plak bini ko lari kan?
  3. hah! tuh la.. klw dah setan tu setan gak. dulu masa dok becinta ngan bini tuh mcm2 alasan diberi knp x kawen ngan x gf.. pastu bile jumpa balik mulalah mcm kucing nak mengawan balik!
  4. Yelah camane nak luangkan waktu ngan ko. dah siang ko keje ngan betina tuh, hari2 dok tgk betina tuh, benda haram, hari2 tgk elok lah dia! yg bini ni cantik cam puteri pon klw dah halal. hari2 tgk carik mana buruknye bini aku ni!
  5. Hmm. klw nak soh bini ko jaga penampilan, ko berilah duit nak menten camane yg ko nak tuh! hah, hanto lah g slim wolrd ke, terapi itu ini pedicure, manicure hah
hah? byk kan klw aku nak ulas.. tapi zaman skrg ni tak kira lelaki ke perempuan ke kadang sama ja bodohnya. Yang lelaki dah tau ada anak bini tapi scandal jugak, yg betina tuh plak dah tau laki org syok jugak nak menyelit. Huh! itu lah bila iman tipis, ilmu agama tahu tapi x diguna pakai, mmg selalu lemah dgn godaan syaitan . So ladies! cinta pakai otak ya!

Berbalik pada kisah Woods tadi, beliau meminta maaf secara terbuka pada saya hanyalah untuk kepentingan beliau kepada bisnes, pada sharepartner beliau dan juga pada PGA. lain tarak! dan wife beliau juga sudi memafkan beliau pon bukan kerana beliau boleh memaafkan Woods dengan begitu mudah, mungkin jua kerana kepentingan material beliau sendiri. Pada Woods, at ur end of speech, u ask us for an appology and trust.. so please prove it 1st ok.. apapun anda memang hebat, anda tak main golf saya rasa mcm malas nak tgk tornement2 yg de kat golf canel tuh..   Pegilah terapi sampai ko pulih.. hahahahahaha

Monday, February 22, 2010

Menda Paling Menyampah Nak Buat

Apa agaknya benda paling menyampah nak buat dalam hidup anda???

Hmm.. aku ada byk.. salah satu nya...


BAYO BIL UTILITI/ BIL KREDIT KAD/ BAYO HUTANG KERETA/BAYO LOAN BELAJAR


aku baru je buat mende2 tu sume kejap tadi.. melalaui cimbclicks.com.my (ceh! iklan sikit)

biasalah... bila dah nak masuk bulan baru.. n aku rasa bulan ni mcm cepat jek.. sbb bulan ni ada 28 hari je kan.. n gaji awal bg kakitangan kerajaan.. aku blom gaji lagi pon.. tapi da ada duit tu bayo jek la cecepat.. esok2 kene bayar jugak kan?

bila agaknye bole stop wat mende2 mcm ni ek? letih ar.. keje2 tapi end up mcm tu jugak.. beekerja= bayar hutang.. hmm.. nak buat camane kan... 1000x cakap pon tetiap bulankene wat jugak..

yg ye nya kene carik duit banyak2..

zaman kini mmg duit semakin kecil nilainya,.. kuasa membeli sudah tiada.. nak2 zaman ekonomi tahun ini..semua bajet kene cut.. jab kerajaan pon budget lebih 1/2 ken cut.. aku pon byk menda yg aku dah cut.. antaranya channel astro yg aku mmg dah cut sejak hujung thn lepas lagi tinggal chanel2 penting yg mmg kitorang tgk jek.. bil telefon celcom aku yg suka membohong tu aku semakin kurang menggunakan nya..aku topup jek hp aku yg prepaid.. lagi puas hati.. senang aku tau berapa byk aku consume.. ni aku jimat2 pakai pon.. alih2 dtg bil belambak2 yg aku x tahu hujung pangkal nya.. untuk subvscribe detail, kene tambah 5 ringgit lagik.. FUCK  U la celcom! yg aku perhatikan telco ni buat mcm2 promotion yg membohong! call mmg murah.. pastu ada hidden cost .. yg x tahu dr langit mana dtg nya. aku bertukar pada CELCOM awal thn haritu sbb aku dpti MAXIS yg aku gunakan byk sgt hidden cost yg aku tak tau dr mana.. tapi rerupanya lepas mulut buaya..aku masuk mulut harimau pulak! hmm. penyudahnye aku malas nak layan dah.. aku tunggu call in jek.. klw aku nak wat call aku pakai prepaid jek. senang citer. Broadband pulak aku pakai CELCOM. wlwpon servis mcm haram jadah tapi aku msh bersabar dengan harapan mereka akan menambah baik mutu perkhidmatan mereka. sbb aku da mals dah menjerit2 kat cust servis, sbb bila aku pk2 balik  aku maki hamun derang pon bukan aku dpt hape pon. CELCOM tu bukan mak ayah dorang punya pon. jadi SABAR JE LAHHHH!!elektrik n air aku dan keluarga gunakan sehemah yg mungkin sbb x leh nak wat apa dah.. itu semua keperluan. klw dah panas sgt baru pasang ekon.

LAgi apa?? ha.. kereta.. have to.. sbb aku mmg x bole share kereta ngan hubby sbb kami keje lain2 tmpt n arah yg berlainan, aku plak keje mobile kesana kemari.. credit card pon sama.. aku dah x bole wt pe.. hutang kene bayar kan.. tapi aku punya mission, aku nak settlekan hutang2 CC aku bu end of this year.. pastu lega sket pala hotak aku.. skrg mmg aku da tak pakai CC dah.. kecuali waktu2 dimana aku memerlukan oksigen tambahan hahaha.

Hutang belajo pulak masih berbaki 10 thn untuk dibayar.. nak settle semua mmg aku x mampu.. jadi bayar lah sesikit.. lelama habih gak.. umur aku 39 thn sok habih lah ia.. sbb aku belajo tersgt lah tinggi sampai gayat tuh yg tetiap bulan aku kene bayar lebih kuran 4 ratus .. bole bayar installment kereta sebijik lagi kan? hmm. 

Apa yg aku boleh buat untuk mengurangkan perbelanjaan keluarga ialah berbelanja dgn berhemah instead of cari duit2 tmbhan.. skrg mmg dah jarang aku dan keluarga mkn kat luar, aku lebih suka masak.. lagipon aku tau laki aku suka aku masak.. wlwpon die x pnh cakap aku masak sedap tapi klw aku masak, die mkn mmg x pnh mengecewakan. AKU TAU AKU MASAK SEDAP!! lagipon klw xde apa2 kat opis mmg aku boleh balik cepat n masak pon bukan susah sgt.. mak aku train aku masak since aku darjah 2 lagi! and darjah 3 aku mmg boleh diharap kat dapur. tak sesia mak aku wat action garang ala2 mak bawang putih! hahaha..dan lain2 aku mmg suka compare harga and berbelanja di tempat yg menawarkan harga yg murah. Hmmm.. untung laki aku kan?? kdg2 rugi gak sbb aku klw nak sesuatu benda sampai x boleh tido selagi x dpt.

apa yg aku boleh simpulkan dari apa yg aku tulih hari ni ialah.. JANGAN LAH MENGELUH! JANGAN SALAHKAN KERAJAAN SBB HARGA BARANG NAIK! CARILAH DUIT BEBANYAK UNTUK BERBELANJA.. KLW TAKDE DUIT  USAH BERBELANJA.. its all for now.. chiaaaaauuu

Saturday, February 20, 2010

Resepi Org Malas

Entry ni spttnya aku tulih semalam, tapi dek kerana bz mengurus kan rumahtangga,  mengurus kan itu ini, menguruskan badan yg jua x kurus2.. dah seminggu x mkn nasik nih.. huuu..

tapi memasak tetap masak untuk mengisi perut suami tersayang.. selalunye hari kerja tghari aku beli lauk siap jek untuk laki aku.. tapi disebb kan akhir2 ni laki aku complen lauk aku beli x sodap la.. jemu la.. jadik aku masak jek la yg senang2.. agak2 15 menet pon dah bole makan.. untuk yg nak coba resepi pemalas aku ni aku share kan kan sini.. untuk makan sorang punye jek..

SAMBAL SOTONG MAMA HAZIQ
Bahan2
3 ekor sotong gemok
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
secubit belacan ( x mo pon buleh)
2 sudu penuh cili yg siap dikisar
1 keping asam keping

cara2 nya
tumbuk/ blender bawang, bwang putih, belacan. Kemudian tumiskan semuanya td termasuk cili kisar tadi hingga pecah minyak kemudian masukkan sotong.Garam dan ajinomoto secukup rasa. Jangan letak air sebab sotong ni berair. masukkan asam keping dan kacau hingga sotong tersebut masak.. sedia dihidang

SAYUR GORENG MAMA HAZIQ

Bahan2
Kobis agak2 untuk seorang makan
bawang merah 1/2 biji
bawang putih 3 ulas
setengah kiub pati ayam
3 biji cili padi
10 ekor udang putih (yg kecik)

Cara2
tumis bawang, bawang putih, cili padi dan udang hingga naik bau.. kemudian masukkan kiub pati ayam, dan kobis kemudian tutup (jgn terlalu layu )angkat dan hidangkan . tak payah letak garam sbb kiub pati ayam sudah sedia ada rasa.. bagi yg x suka mnggunakan kiub boleh juga gunakan sos tiram.
SELAMAT MENCUBA! DLM MASA KURANG SETENGAH JAM ANDA DAH BOLEH MAKAN!!

Thursday, February 18, 2010

Avon Vs Pompuan

tadi masa break lunch td aku tros p Avon.. biaselah.. pompuan de je yg da abih.. sbnr nye niat aku cume nak beli feminine wash jek.. tapi aku belek2 katalog aku pk aku da x de minyak wangi nak pakai lepas2 mandi .. selalunye aku pakai minyak minyak wangi bese2 je pas mandi.. selalunye body shop.. pastu aku try la  vanilla soft musk ni.. wahhh bau nye sedap jugak.. beli lah murah jek 29.90 free mascara lagik.. selalunye aku mmg x bape suke pakai brg2 avon ni.. tapi hari ni aku sempat beli lipstik gak sebatang.. dan wahhh d colour so suit with me.. xpela.. bukan selalu kan..

pas solat zohor td aku spray lagik.. wahhhh sedap2.. x sgka perfume murah pon bau sodap n longlasting.. xpela.. ekonomi tgh merosot ni kene jadik pengguna bijak.. bandingkan harga. So klw nak compare EDT body shop dgn EDT vanilla avon ni mmg bezanye berpuluh2 ringit. so pasni aku pakai perfume avon jek la..  Perfume2 yg laki aku bg tuh untuk special occasion shaja (ops!)

apa yg aku peratikan di kedai avon tadi, mmg semua pembelinya adalah wanita.. hmm.. wanita dan brgn kecantikan.. mmg x boleh dipisahkan.. lagipon brgn avon ni mmg mampu untuk dibeli untuk semua org. dan brand nye pon dah establish kat m'sia ni berkurun lamanye.. mungkin dr aku blom lahir lagi. aku lom wat research lagi ttg bape thn kewujudan avon ni di Tanah Melayu.. hahaha..

Pada yg berminat nah aku tempek gambo perfume yg aku beli td.. sgt sedap ok.. so soft n so.. feminine.. pegi lah beli tgh offer..klw x regenye 59.90

KUMPULAN DOA2

Wednesday, February 17, 2010

OUR UPCOMING HEAVEN

 
TMN EMAS, JLN KG CINA, SITIAWAN PERAK
gambar ni rumah yg laki aku beli bulan 6 thn lepas.. (beli dgn loan kerajaan) tentative rumah ni siap adalah pada NOV 2011.. hahaha.. sethn lebih lagi kan? tapi pemaju ni gila babas punye laju siapkan umh ni.. yelah.. org bisness kan,,lagi siap cepat lagi cepat masuk payment.. rumah ni berukuran 22" X 70" .. 4 bilik dan 3 bilik air satu ruangan dapur basah dan satu ruangan dapur kering.. cukuplah untuk kami satu keluarga kecil belindung kat rumah ni..

tadi pegi tengok rumah ni  hmm.. sume dah siap.. kecuali tandas duduk jek derang blom pasang.. and more CF pon blom kuar lagi.. elok lah jugak. sbb klw x.. mau lari separuh budget famili selama ni.. tapi.. hidup mesti mau berubah kan.. zaman sekarang.. dlm dunia makin maju.. makin ramai manusia yg merempat dan tiada tempat berlindung.. itu lah DUNIA.. dan aku amat bersyukur dikurniakan dengan kehidupan yg sebegini.. wlwpon hidup dlm kesederhanaan.. tak kisah lah perumahan ini tidak terletak di kawasan elit sekalipon.. janji aku, suami dan haziq ada tempat berteduh hngga hari tua kami nanti.. ada rezeki beli ler rumah besar lagi..beli umh beso2 pon aku bukan rajin nak ngemas pon

bila fikir rumah nak siap.. haziq pula makin besar.. aku juga kena fikir untuk kerja lebih kuat dan gigih sementara tulang 4 kerat ni masih boleh dihayun..ye lah takkan nak harap kat laki aku sorang kan..dah la umh ni dia beli, potong gaji die somemore.. byk tuh.. dekat separuh gaji..zaman skrg bukan mcm zaman mak2 aku dulu.. sume bapak aku yg tanggung.. lgpon dulu mak tak kenal GUESS, GUCCI, CRISTIAN DIOR dsb nye.. aku ni.. klw x keje.. huh! berpeluh ketiak laki aku tetiap bulan nak bg duit mentenen aku.. mana duit skin care, duit baju, duit tah hape2 lagi.. hmm.. nasib baik ada ayah aku yg sudi bagi keje kat aku.. klw tak tah kat mane aku jadi buruh kasar ek..

haziq thn depan akan mula sekolah.. aku nak hantar die ke smart reader thn ni.. tapi xde kosong.. lgpon umur dia baru 2 stgh thn.. so xde priority diberikan.. baru2 ni smart reader ader call balik kata ada kosong klw nak masukkan haziq.. tapi bila aku diskas ngan hubby.. dia pon sependapat dgn aku kasi haziq leasure2 dulu thn ni.. thn depan baru kasik skola.. takut kang lama sgt skolah kang jemu pulak..

Cerita Ke kuantan..

sgt mengantuk ok bila sudah lama tdk bekerja dan hari ini adalah hari pertama bekerja setelah long weekend.. hari sabtu yg lepas , aku dan semua famili aku ke Kuantan.. spesifik.. Balok Perdana.. rumah Tet.. memandangkan minah ni baru pindah.. kami sgt exited untuk tengok rumah baru beliau.. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 9 jam.. pehh... berkumpul semua lemak2 kat bontot! aku rase perjalanan akan jadi lebih singkat klw x jem!.. perjalanan dimulakan pukul 9 pagi setelah kami semua bersarapan dan anak aku siap muntah dan salin baju segala.. masuk highway PLUS sgt suke.. sbb lane berlawanan arah jem dr tg malim hingga ke tol bidor.. aku cume gegelak.. ahahahahaha... kami keluar di tol tg malim melalui Batang Kali ke Genting Highland.. trafik lancar! hingga ke janda baik.. memasuki tol Karak.. peh.. jalan jem .. tapi x lah seterok jem yg aku tgk di PLUS tadi.. tapi sgt x syok sbb melalui jalan berbukit dan bersimpang siur.. dan pula ikut keta ayah.. jadi laki aku x bleh sesuka hati menjadi pembuli jalanraya.. hahaha... padan muka beliau! .. kami hanya berdua memandangkan haziq mmg klw diberi pilihan mmg beliau xmo naik ngan kami wlw papa nya bawak BMW 7 series pon.. lagi seronok naik kereta nenek beliau yg sendat itu.. selesai jem di hway karak.. kami terus masuk LPT (lebuhraya pantai timur) hmm.. melalui highway ini adalah sgt bosan kerana tiada RnR yg bersepah2 mcm kat PLUS yg aku bleh sesuka hati berenti makan dan buang air.. huhuhuhu..  jauh lah jugak umh tet ni.. untuk pengetahuan ini adalah kali kedua aku ke pantai timur.. dan pertama kali melalui LPT.. huh! kami exit di JEBOR, trengganu.. kiranya tempat tet ni da dekat ar ngan t'ganu.. ah lantak lah.. janji aku sampai!

sampai umh tet aku turunkan barang sume dan aku tros dok bersembang.. abg jam p beli kepok lekor yg sgt sodap! 10 hengget punye kepok tak cukup! mlm tuh xde aktiviti cume sembang2... umh beliau sgt besar! mmg puas hati! dengan laman yg terang anak aku sgt hepi berlari kesana kemari.. sgt nyaman.. tapi udara disini yg aku peratikan adalah lebih panas dr di lumut..mungkin dilumut angin laut dr Selat Melaka.. tapi kat sini dari laut terbuka, Laut Cina Selatan.. tambahan pula rumah beliau tidak terdapat pokok2 yg bole meredupkan keaadaan..

Esoknye beliau dan suami bawa kami keluar jalan ke Kuantan.. antara tempat yg kami kunjungi (kunjung aje! x kuase nak mandi sbb panas giler! )

 PANTAI BATU HITAM
takde pape pon kat sini just batu di pantai ni berwarna hitam.. (tapi laki aku kata pantai tg leman pon batu hitam jugak! )whatever la..


then kitorang g PANTAI TELOK CEMPEDAK
kat sini happening sikit... org pon ramai. siap ader disko bersepah
makcik2 yg gediks!haziq maleh nak layan!
 
sibuk jek org baju biru tu! i luv this picture.. ahhh aku sgt bahagia...

 
lagik post gedik

 dah cukup ar.. pastu biasalah.. aku ngan tet klw kuar klw x g shopping complex mmg x sah.. dlm kelam kelibut tu sempat gak masuk Carlo Rino beli kasut n handbag.. hahaha..
balik rumah we da masak! sgt sedap.. aku mmg x diet la bile jumpa diorg ni sume.. pastu sume kene tembak ptg tuh... cik joe plak smpai ptg tuh.. pastu mlm kitorang g mkn kat luar.. kedai seafood yg macam haram jadah! malas nak citer!.. 

esok nye bgn pagi lepas sarap ayah ajak balik.. tapi sume baru lepas kene nasik lemak baekkkk punya.. masing2 mata mcm ader gam.. tido2 dulu.. dalam 11 lebih gerak balik.. hmm.. bile la bole jumpe tet lagik! sob sob sob..

ayah ajak singgah temerloh.. memula tu refuse nak g sbb ingat kitorg nak pecut balik cepat... tapi mengenang kan ayah mcm beria jek ajak.. turutkan jek lah.. peh.. mmg x sia2 ikut.. pegi pon temerloh kan.. (terkenal dengan bandar ikan patin) dlm kete mmg laki aku citer klw ikan patin ni dia mkn klw masak tempoyak jek.. haa.. sesapai je kat umh kawan ayah (cik zahari- skot ayah masa dlm navy dulu yg da berbelas thn x jumpa)  hidangan tghri mmg da siap! mmg tinggal duduk bersila dan makan.... nah! ikan patin masak gulai tempoyak.. hahahaa.. aku mmg x mkn ikan air tawar.. bagi lah rase,. mmg aku x mkn! laki aku makan bertambah2..sdgkan dlm kete tadi beliau kata beliau kenyang lagik!.. lebih kurang sejam kemudian kitorang gerak balik tros.. sampai umah lebih kurang 8 setengah malam.. sgt letih.. siap2 mandi basuh baju sket trs lelap... zzzzzzzzzzzzzz

Sunday, February 14, 2010

Me N Family At Kuantan

Haloooooo readers...

aku dan family ada kat kuantan.. umh TET.. semlm bertolak pukul 8 pagi sampai pukul 5 ptg..pehhh sungguh mencabar journey ke sini dgn jam dan segala halangan2 lain.. pehhh.. yg x tahan.. masuk LPT (lebuhraya pantai timor) ni takde toilet.. perut pulak meragam.. berenti aku rase dekat 3 perhentian sume beratur mcm ader duit 1 juta dlm toilet tuh! last skali aku beratur jek kat toilet OKU! 

nanti bile free akan update lagik.. skrg nak g jalan2.. hmm.. umh tet sgt besar! anak aku happy giler dok cni

Friday, February 12, 2010

SUNGGUH CEKIK DARAH!

balik keje td tros pegi umh mak ingat nak amik Haziq memandang ayah bg cuti dah petang ni (eceh! mcm kite plak nak raya) sampai hari selasa ni.. hari rabu sila datang kerja seperti biasa ya!

hubby call tanye aku da mkn ke blom. aku tros ckp jom kite mknkat rojak  manjung la pa..

hmm.. bawak aziq sekali ..

aku mmg suke mkn kat sini sbb rojak nye mmg lain dr yg lain.. tapi sejak akhir2 ni aku rasa harga disitu mahal.. tapi gasak lah kan..mahal2 pon aku nak mkn kire apa!..

harini aku x mkn rojak.. aku makan nasik.. sbb rasa mcm da lama x mkn nasik.. aku amik lauk ayam masak merah n sambal tempe.. hubby pon lauk lebih kurang sama lah..  tapi beliau suke mkn ikan masin..jadi ikan masin mesti ada d pinggan.. haziq pulak aku amikkan die rojak beberapa ketul.. (hampeh xmo mkn!) untuk pengetahuan readers, aku ni mmg kureng sikit nak mkn nasi berlauk kat kedai.. aku lebih suke msk sendiri ataupon mak masak jek.. klw mak mls nak mask.. aku wat muke beruang kola jek soh mak goreng telur untuk aku.. hmm.. pon sodap mak goreng telur...

hmm.. bile dah selesai mkn sume hubby kata mama blanje harini.. ape nak kire kan? bukan apa sgt nak blnja laki mkn.. tapi bila aku sampai kat kaunter, aku terkejut sbb jumlah nye ialah RM17.. pd aku sgt melampau! sbb apa sgt yg kamii mkn..?? huh! bukannak berkira   tapi agak2 lah kan bang?? takkan rojak 3 ketul dengan nasik lauk ayam sorang seketul itu jumlah nye! pastu hubby cuma minum air masak plak tuh! huh mmg cekik darah! klw ye pon nak kaya n nak sgt charge mcm tu bukak lah restoran tu beso sket n ade hawa dingin didalam nya ok! jadi klw nak caj mahal2 pon aku x kisah! mcm mamak tuh kan.. kedai pon elok.. ini takat hawker restaurant nak caj mahal2 bukan buleh jadik millioneair pon kan!

nasib baik mkn sedap.. aku amponkan lah.. aku x kata aku takkan mkn kat sini lagi tapi aku cube xnak masuk lagi.. bukan aku berkira, tapi aku rasa mcm melampau.. dan cekik darah! takkan 2 org mkn caj sampai mcm tuh.. dah la tuh amik nasik campo jek pon. padanlah dorang ni dah meniaga berpuloh tahun tapi x jugak kaya2.. masih jugak masak sendiri, sendiri jaga konter, sendiri bagi nasik sendiri kira! x buleh lagi gajikan kuli! huh!

hmm.. haziq dah bgn tido.. td janji ngan hubby nak basuhkan kete dia (aku x basuh ye! tolong anto kedai cuci jek!)die da slamat p men gop...

MAK'S BIRTHDAY IS COMING UP...

14 feb nanti besday mak aku yg ke 48.. nak bg ape ek?? mungkin masa tu nanti kami ada di Kuantan.. umah TET.. nanti beli kek kat sana jek lah.. n kebetulan ahad malam tu nanti kami ada bbq..

uhhh
tak sabar nak tunggu p Kuantan.. da lama x  berkumpul sedara mara..  hubby plak awal2 da set nak p men golf.. mm.. gasak ar.. janji aku leh jumpe TET , we dan lain2... tak sabo2..

nak bg present pe ek kat mak??

tah ek.. mak da ader sume dah aku tgk.. takpelah.. rasanya thn ni x yah bg apa2 lah.. mak pon byk duit dr aku.. janji aku x susah kan dia.. tapi aku susah kan jugak.. jaga Haziq tu kira menyusahkan lah kan?? hmm.. die pon suke.. lagipon tu la satu2nye cucu dia buat masa ni.. dah la tu aku x bayo 1 sen pon kat die.. die lagi kengkadang bg duit kat aku ade! huhuhuhu.... itulah namanye MAK kan?? wlwpon aku da tua2 gini masih treat aku cam budak hingusan lagik.. tapi xpelah..aku suka... sementara mak masih ada.. dan masih kuat dan aku masih duduk dekat dia..

hari ni dah takde mood nak keje sebenarnya.. sbb esok sampai selasa dah start CNY holiday.. hmm..x sabo nak mulakan journey esok..

hutang piutang aku yg sepatutnye bayao untuk bulan ni aku da settlekan sume demi untuk aku berjalan dengan tenang dan x terover budget.. ye lah.. nak jumpe family belah aku kan... kene lah menyumbang sket..

tapi..


balik nanti ader 1 beban lagi ... nak idup rodtax n insuran kete aku yg nak mampos 25hb nih... hmm.. duit lagi... adei... tapi xpela kan.. overhead da mmg byk.. nak wat camno.. tanggung jelah.. selagi muda ni.. kerja je lah sekueknyo!

Thursday, February 11, 2010

KERETA BESAR???

"kak.. alihkan keta nih kak.. tau la kete akak besar, kang susah  patient saya nak lalu" (sambil menjeling!)

ini adalah dialog org melayu yang takde bahasa! tau la aku tersalah parking kete tapi x bole ke ckp elok2 sket? boleh kurap ke klw ckp baik2 ngan org?

untuk pengetahuan readers, opis aku berhampiran dengan pusat dialisis.. dan opis2 lain disekelilingnya.. dan disini amatlah sukar untuk mencari parking terutama waktu pagi dan selepas balik lunch.. insiden itu berlaku akibat dari aku parking kete bebetul kat depan tempat dialisis tu.. sbb aku nak cepat naik opis n aku malas nak jln jauh.. jd ambil jln mudah aku pon paking ler kat situ..salu aku wat xde org sound pon..arini ader mamat mana tah yg sound aku camtuh! tah2 pion jek kat situ! aku tau la aku salah kat situ tapi bole ckp leklok ka????

aku balas balik

ha ah mmg kete aku besar pon! sbb tu xde tmpt nak paking! pesal? kat sini ader tulih ke NO PARKING!

mamat 2 senyap dan teros berlalu...dengan muka yg jengkel

tapi aku alihkan jugak kete aku sbb aku pk.. kang susah plak patient die yg berkerusi roda nak lalu.. kang mati x sempat wat dialisis aku gak yg bedosa...

apa yg aku nak ckp n simpulkan kat sini.. BAHASA ITU BUDAYA BANGSA!

wlwpon aku balas dengan cara yg xde bahasa jugak tapi aku rase mmg patot pon nak ajar org yg kuang hajo mcm tu!


ORG BERBUDI KITA BERBAHASA, ORG MEMBERI KITA MERASA!


NAH! RASAKAN!!! HAHAHAHAA

mesti dlm hati mamat tuh kata ceh akk nih da la kete pon buruk ader hati nak belagak! tapi nasiblah! sape soh ko kuang ajo ngan aku kan??

Monday, February 1, 2010

Bila Hidup Menjadi Semakin Bosan


???
kenapa tajuk tu? da x sok nak idup ka?

hahahahaha

bukan hape..
bila kerja hari2.. kan bosan.. ce bgshopin hari2..kan siok...

huhuhuhu

pastu xyah bayo kete.. xyah bayo bil astro.. bil brodben..topap talipon..kan?? kan??


n 1 lagik.. xyah berdiet..

hohoho..

smlm suami kata aku makin gumuk... mmg aku gumuk kan??

hmm.. sian dia.. tapi x aci kan.. dia mkn byk dr aku.. die masih menten,... aku?? makan sket jek.. tapi gumok.. hmm..sungguh x syiok... jadi.. hari ni aku start berdiet..

mak pulak.....

masak lemak labu.....

sabo jek la......




DEMI SUAMI TERCINTA.. KUGAGAHI JUA BERDIET HARI INI!!!

semoga aku dpt body secantik beyonce.. ataupon jeniper lopes...

wahai suami....
saya berdiet hari ini.. silalah jangan ajak saya makan ok?? bila saya xmo makan nasik... awak slalu bawak saya p kedai cfud la... stimbot la.. oh... mane bole saya diet bila da mengunjungi tmpt2 hiburan spt itu??

balik nanti nak scan gambo lelama nak jadikan sumber inspirasi untuk aku trs berdiet...