Friends Of Mine

Tuesday, May 25, 2010

I luv this quote

Anyone who stops learning is old, whether at twenty or eighty. Anyone who keeps learning stays young. The greatest thing in life is to keep your mind young.

Thursday, May 20, 2010

An Annoying Cousin!

STUPID! BLOODY HELL YOU! ..


cukup setakat tu!

Wednesday, May 19, 2010

Makcik Poyo ber VC ngan en suaminya

Last week hubby aku g kursus kat Klang.. biasalah.. aku mana biasa kene tinggal lama2.. klw hubby nak g jejauh selalunya aku n haziq ikut.. tetibe last week aku ajak Video conf ngan aku.. konon rindu ar nak tengok dia.. aha.. bukannya ckp apa pon gelak je lebih.. yelah time kitorang kawan2 dulu mana ader menda2 ni.. klw ada pon cost nya mahal.. dulu nak beli laptop kan mahal.. skrg ni 1k lebih sket da bleh dapat. Papepon.. mmg poyo lah makcik ni!

Tuesday, May 18, 2010

Angah Engagement Day


Entri Ini sepatutnya ditulis pada 15 Mei ya pembaca sekalian...


Angah- satu-satunya adik perempuan aku yela.. aku bukan banyak adik pon.. adik ipar banyak la.. pada tarikh tersebut beliau telah selamat ditunangkan dengan tunang beliau Muhammad Syazwan.. Semoga ikatan ini akan kekal hingga ke gerbang perkahwinan dan seterusnya.

Perjanjian di kedua belah pihak adalh setahun hidup (pe tu???) maknanya klw depa gatai nak menikah awai pon boleh ar..  hahaha..nape ckp gitu ek.. dah tunang nya pon org Kedah.. ckp nye mak ai.. mmg tau dah hang org Kedah! Rombongan seramai 15 orang 2 kereta, 1 van. 6 dulang hantaran termasuk sebentuk cincin . Berbalas 9 dulang . Tangan aku yg x kretip ni la yang membede hantaran2 tersebut. Sedara mara jangan citer ar..mmg ramai.. N event ni disambut sekaligus birthday haziq anak aku yang ke-3 . Sebenarnya haziq blom 3 thn lagi.. this coming 25th baru cukup 25.. tapi ayah ckp, klw ikut bulan Islam haziq da cukup 3 tahun da.. Sbnrnya saje seronok2 potong kek ramai2. Da tanak citer panjang2.. enjoy da picture

Thursday, May 13, 2010

Miss My Hubby So much

huwaa..rindunye kat laki gue....tak sabar tunggu dia balik sok!

dan aku jua sedang letih... buat preparation angah bertunang...blerghhh

Wednesday, May 12, 2010

Doktor Pakar memang begitu kah?

Tadi bawak haziq pegi jumpa Pakar Pediatrik kat Hospital Manjung. Anak aku bukan sakit ape pon.. just appointment susulan dari penyakit asma beliau.

Sbnrnya da lama haziq x kena attack asma, since january haritu. Kira oklah aku cepat bawak dia amik treatment, klw x mmg asyik pegi private clinic jek. Prob settle kejap je, then kena attck balik. Since haziq masuk ward oct thn lepas, doktor da bagi dia pakai salbutamol yg sedut punya. 2 jenis, 1 untuk pakai hari2 satu untuk pakai bila kena attck/ batuk2. Klw x asik amik ventolin, sampai menggigil2 haziq. Sian aku tengok.

Hah..citer pasal jumpa doctor tadi, aku pon x kenal doktor tu, ni 1st time jumpa, selalunya doctor lain. Tapi aku nyampah doktor ni, kejanya tanye aku pastu tulih, tanya pastu tulih! mcmtu aku pon leh jadik doctor kan. Klw aku tanye jawapannye tak informative langsung!. aku tanye kat dia, haziq selalu selsema pagi2 then tghri baru ok. then dia jawap.. o..you punya anak ada resdung la. Haih dokter! itu haziq pon tau. Klw macam itu i bagi u ubat untuk treatment resdung. da la tu x bagtau apa jenis ubat, sampai bila     ubat tu haziq kena amik. apa side effect ubat tu. Tak macam masa haziq dok kat ward haritu, doktor siap brief aku tentang ubat2  yang haziq amik, x payah tunggu aku tanya. Aku ni mmg concern sket tentang ubat apa yg anak aku amik sbb takyah nak tipu aku ar, walaupon aku bukan doktor tapi aku banyak baca tentang ubat2 ni. Sbb tu klw aku g farmasi aku takyah ckp aku sakit apa, aku terus mintak jek ubat aku nak. sampai pharmacies tu tanya aku aku ni doktor ke? haha..

Macamtu ke dokter pakar? haih! klw macamtu aku malas da nak nunggu berejam2 semata2 nak tengok dokter tu tulih atas file haziq jek. Sbb tu la hubby aku mmg x ske g gov hosp ni. Sbb bila terjumpa ngan perangai doktor2 yang mcmni. Mcm seolah2 klw bg expalaination kat patient jadi mcm buang masa dia plak.  Itu doktor pakar kah? Aku teringat masa aku pegnen dulu, mmg aku cek up kat dr pakar jugak which is private clinic la.. aku mmg puas hati ngan doktor tu, sbb dia explain kat aku 1-1 very brief n clear. Nakbayar 100 sekali cek up pon berbaloi. Bukan nak ckp sumee private clinic tu bagus, tapi klw pegi gov hosp camni la. haih. Haziq wish good morning pon wat bodo jek.. nurse yg ada kat situ plak yg jawab. Penat aku ajo anak aku tau..

Overall, Haziq ok.. n doktor kata haziq is recover from athma, but need to continue using sabutamol . His weight 16.5kg, Gain 1kg from previous record. Tinggi 103cm. Growth diatas line.. and yg paling penting anak aku sihat dan bijak...

Al Fatihah to Nurul Ain Abu Bakar (1982-2010)

10 May 2010 2.06 ptg.. Ain menhembuskan nafas terakhir di hospital Serdang akibat denggi berdarah. Setelah 4 hari bertarung akhirnya beliau pergi jua.Al Fatihah

Aku n family dapat tahu sebelum Ain pergi sbb adik Ain call cakap at any time she will go.. kebetulan hubby nak pegi kusus kat Klang n he wiiling to accompany me to visit her. Aku bertolak dr sini jam 3.15 on d way call cik su, tapi mmg beliau da x mampu ckp pape.. then call adik arwah ckp jenazah akan dibawa pulang ke Melaka ( Lubok China). huh ..aku mmg x pnh sampai tempat ni. tapi ayah n mak pun pegi jugak, hubby nak follow gak, katanya dah alang2.. aku sian gak sbb he rushing to go back to Klang. Hmmm.. takpela.. at last aku sampai gak ke Kg cik bakar ni.. taklah jauh sgt , tempatnya sempadan antara Neg 9 dan Melaka. Sampai je. jenazah dah diangkat untuk dibawa ke kubur, tak sempat nak bg penghormatan terakhir. Apapun aku doakan beliau aman disana.. Alhamdullilah urusan pengkebumian jenazah berjalan  lancar dan sgt cepat, mlm tu jugak Ain selamat dikebumikan..

Yang pergi tetap pergi.. sesungguhnya KEMATIAN itu benar.. cuma masa dan bagaimana itu rahsia Allah.. Semoga Ain bersemadi dengan Aman di sana.. Amin.. Al-Fatihah...

NURUL AIN ABU BAKAR




Kepada ayahanda ain Cik Bakar, semoga cepat sembuh..


Saturday, May 8, 2010

Ain.. cepatla sembuh..

Ain... kawan lama.. walau pun aku x berapa rapat. Tapi beliau adalah teman sepermainan semasa kecil.. anak best friend ayah.. Cik Bakar n Cik Su..

Kesian Cik su. cik bakar blom pon sedar dr operation jantung 3 minggu lepas.. Ain pula menyusul di ICU sbb denggi berdarah.. terkini aku dapat tahu.. blood presure die goin down, hati bengkak, kidney not function, bergantung sepenuhnya dengan mesin, badan dah bengkak sbb air tak bleh kuar.. telinga keluar darah.. Oh Tuhan.. kau selamatkan lah hambamu yang bernama NURUL AIN ABU BAKAR ini..

tetiba rasa mcm sedih sgt2.. walaupun x byk memori kami bersama tapi klau sekali jumpa berderai ketawa sampai nak terbang atap.. mak n ayah dah pegi tadi ke Serdang melawat. aku terpaksa dok kat umah, sbb aku ada suami.. ada anak..ada komitmen pada mereka semua.. apa yang aku boleh buat aku doa dari jauh.. sesiapa yang baca tulisan aku ni.. mohon berdoa juga ye? Sian kat cik su.. cik bakar pon blom sedar.. berat sungguh  dugaan padanya. semoga beliau tabah..

Ya Tuhan.. Kau sembuhkan lah beliau.. AMIN ...

Happy Mothers Day to All mothers all over d world..

hoyehhh.. berjaya wat proper punye entry di bulan May ini..

seperti semua tahu.. May adalah HARI IBU.. Nyanyi sket.

"ibu...ibu... engkaulah ratu hati ku...."

Buat ibu aku.. yang aku panggil MAK..  (HAPSAH YUSOF)
"selamat hari ibu.. lyn sayang mak sangat2.. terima kasih sebab melahirkan lyn sempurna ke dunia ini.. beri pendidikan yang baik.. segala yang baik.. sampai sekarang.. mak tak putus2 berkorban.. Semoga mak dianugerahkan kesihatan yang baik, murah rezeki, panjang umur dan dikurniakan kehidupan didunia dan diakhirat yang baik2 semuanya.. terima kasih sebab sampai sekarang masih masakkan lyn yang sedap2.. klw lyn nak mkn pape.. mak x pnh x buat.. TERIMA KASIH SEMUANYA MAK.."


Buat ibu mertua .. ( ZUNAIDAH MOHAMMAD)
"selamat hari ibu mak.. lyn sayang mak jugak.. terima kasih sebab melahirkan suami saya kedunia.. beri segala-galanya hingga beliau menjadi seperti sekarang.. saya doakan mak beroleh kesihatan yang baik, bahagia dunia akhirat.. panjang umur beserta murah rezeki.. "


Buat nenda tersayang ( AMNAH HJ ABD MOIN)
" Selamat hari ibu we.. lyn sayang we sgt2.... semoga we panjang umur murah rezeki beroleh kesihatan yang baik dan bahagia dunia dan akhirat. Terima kasih atas doa2 we untuk kami sekeluarga..

Dan x lupa juga buat diri sendiri.. FARZLYNA MUSTAFAR.. semoga aku juga menjadi ibu yang baik pada anak2 aku.. AMIN...

Bila aku menjadi ibu... barulah aku tahu.. betapa besarnya pengorbanan ibu pada anak2 nya.. dari waktu mengandung, melahirkan.. berpantang.. dan mendidik anak supaya menjadi insan berguna..huwaaa... klw aku tahu mcmana susahnya jadi mak aku takkan lawan ckp mak dulu.. aku takkan bantah apa mak ckp. ..dr dulu aku jadi anak yang baik. ..sape2 yang pnh merasa mcmana sedapnya sakit bersalin.. mesti dah tahu kan.. Ada orang beranak senang.. ada orang susah. ikutlah rezeki mcmana Tuhan bagi kan.. klw aku.. wahh. rasa pengalaman bersalin tuh mcm mati hidup semula..Aku sakit 12 jam tapi haziq xmo keluar jugak.. last2 kena operate jugak.. klw aku cerita apa yg aku lalui .. esok pagi pon x habeh.. cukuplah aku ckp.. pada siapa yang rasa2 anak derhaka tu, bertaubat lah.. minta maaf pada Tuhan, pada ibu.. sbb tu lah aku realise doa seorang ibu tu makbul.. sbb ibulah yang bertarung nyawa ketika melahirkan selain dugaan mendidik anak ketika mahu membesar..

Semoga anak mama MUHAMMAD HAZIQ AZRI menjadi anak yang soleh.. yang cerdik yang beriman yang segala2 yang baik lah..

Tuesday, May 4, 2010

BZ!

Huh!!!!!!

~ tgh bz giler... x sempat wat pape.. mkn pon x sempat..!