Friends Of Mine

Thursday, April 29, 2010

Schedule Yang sgt tied hingga minggu depan

- proposal kontrak MINDEF (due on 2nd May)
- letter of prinsipal /meeting dgn prinsipal
- ticket balik adik neny
-  meeting kat MINDEF kontrak library rabu 5 mei 9 pagi
- bbq ~family gathering 1may
-tender-tender , quotation ongoing , hantar org wat keje kat site pfttt

heh? sikit kan? tapi nak menyiapkan sume mende tu perang rambut aku.
tu tak masuk lagi 1 hal lagi nak memotivasikan sorang adik ipar yg ada kat umh tu..
oh Tuhan... mudahkanlah kerja aku..

~listening to: wali band songs..

Tuesday, April 27, 2010

Tiada Kurusku...

td pagi blur..

sbb pe?

malas bgn tido.. da la lambat bgn..  sbb syok sgt tido sbb ujan plus econ baru sebis smlm..

pasmandi..  belek2 lemari.. try dekat 10lai baju tapi sume ketat! hampeh! takde mood tade mood! aku da gemok gile!

last2 amik kemeja, sarung cardigan tak gosok pon. lantak ar arini x kuar p jumpa customer pon.

pastu anta haziq umah mak.. mak ckp..

"jangan lunch kat luar plak rini, mak nak masak kari ikan merah, sambal blacan bacang, ikan goreng bla bla bla"

haih!

Kejamnye mak! baru nak diet.. aku xmo gemok xmo!
tapi nak g mkn kat umh mak gak lunch ni x kira! hahahahaha


Saturday, April 24, 2010

Picnic Ulu Kenas

Pagi2 aku da bgn siapkan nasi lemak nak bawak p picnic.. huu.. sungguh lama da x g picnic kat Ulu kenas.. Seingat aku umur haziq 6 bulan kot last g picnic.. aku lebih suke pegi waterpark sbb facilities kat waterpark bgs sket kan.. tapi hubby insist nak bwk adik2 dia p picnic gak .so ok jugak kan.. dr dok kat umh terperukjek..

O lupa lak citer, 2 org adik ipar aku dtg umh aku last monday, adik no 4 and yg bongsu. Sian gak kat derang dok kat umh jek sbb aku mmg hari2 pon bz.. so weekend2 camni je la nak jln pon. Lagipon Neny minggu depan nak balik da kot sbb die nak reg matrix on 10th may.

letih sgt.. dlm kete aku da tido pastu smpai umh sambung lg tido.. smpai sakit2 pala lah layan tido arini. pastu petang bgn terus bwk aziq g umh mak nak amik Hp aku. Aku mintak tolong ayah bwkkan Iphone aku balik kat kedai beli aritu sbb ader certain software xley pakai.

Baru pas masak nasi goreng untuk dinner, sume org pon da makan. aku nak rilex2 nak cont baca novel sbb da seminggu x sentuh novel.. So today is d day la lepas gian. So da........

Friday, April 23, 2010

I Love This quote

got this quote from old friends.. thanks wani..

Projek sebelum Kawin apa mesti buat?

as usual.. tajuk2 yg selalu aku bg mesti yg x ble blah punya..

Di barat, insiden2 seperti projek sebelum kawin ni adalah biasa bagi mereka, adalah luar biasa jika didapati perempuan itu masih lagi gadis ketika dia berkahwin. Tetapi, di Malaysia, masyarakat sering memandang jijik tentang isu2 seperti ini. Dan akibatnya terjadilah perkara seperti pembuangan bayi di merata2, pengguguran haram, dan lebih sadis lagi pabila si anak gadis membuat keputusan untuk memerbahayakan diri sendiri seperti merosakkan diri dengan meminum arak, menelan pil2 bg menggugur bayi, mengambil dadah berlebihan malah lebih teruk lagi pabila mereka mengambil keputusan untuk menjadi malaikat maut bagi diri mereka dengan membunuh diri, mengantung diri dsbnya. Akhir2 ini sejak 2 bulan kebelakangan ini isu pembuangan bayi umpama isu yg boleh dikatakan ditulis hari2 di akhbar2 tempatan. Dan aku sendiri bila membaca berita2 seperti ini umpama tepu dan tak ada apa nak kata. Pada aku, masyarakatlah sebenarnya yg bersalah selain dari makhluk yg membuang bayi ini.


Readers, korang takyah tipu la klw korang tahu ada kawan korang, jiran korang atau sape2 yg korang kenal mengandung diluar nikah. Apa yg terlintas kat pkiran korang? Klw aku lah frankly, aku akn kata jijik sungguh! tapi itu adalah 1st impression . Klw org yg baik mcm aku mungkin aku akn diam sahaja without nak sebar2 kan berita ni. Tapi klw xde apa nak sembang ngan laki aku pon aku akan bercerita juga. Tapi x berapa syokla klw nak citer kat laki aku ni. sbb die mmg x amik port or tak suke nak citer2 psl org ( i have to thank hubby sbb klw berminat aku akan menambah saham2 aku di neraka) So habeh2 pon dlm hati aku. Klw aku citer kat mak aku ke adik pompuan aku ke.. hmm.. mak akan skola kan aku balik, supaya jgn asik nak mengata korang. Tapi aku ulang skali lagi. ..itu AKU.. tapi klw org lain mcmana? contoh2 di kampung la kan.. dimana masyarakat mereka masih lagi mengamalkan budaya2  melayu yang masih kuat. Klw la berita anak gadis sipolan2 tinggal bersekedudukan dan akhirnya mengandung. Pe gaknya yg berlaku keats keluarga si polan? mesti dipulaukan masyarakat kan? korang setuju x? adake org kampung x ngata?


Dek kerana alasan2 diatas la masyarakat Malaysia masih lagi tidak boleh menbanteras masalah pembuangan bayi ini. Usaha kerajaan seperti mewujudkan KAMI PRIHATIN akan hanya sia2. Harus diingat, setiap orang melakukan kesilapan itulah dinamakan manusia. Manusia mempunya NAFSU. kerana nafsu jugalah Nabi Adam diturunkan didunia. Negara kita tidak mengamalkan hukum HUDUD ,, jadi kerana itulah juga maksiat zina ini semakin berleluasa. Jikan negara kita mengamalkannya, mesti sume org takut kan? btol tak? tapi aku bukan nak ckp psl hukum hudud ke hape ke.. sbb aku seniri pon masih blom layak untuk memperkatakan isu seprti itu. apa yg aku katkan disini attituide masyarakat especially masyarakat MELAYU. di ulang MELAYU. Aku akui.. hampir kesemua bangsa MELAYU adalah ISLAM.  ISLAM memang menentang keras perbuatan zina. Tetapi apa yg aku nak katakan tentang isu ini. bukan lah tentang benda yg klw kita ckp hari ini, benda ni akan tidak terjadi. Nak perkatakan sekarang adalah perkara yg telah terjadi, iaitu, gadis tersebut telah pun berzina dan telahpun mengandung. Adakah tertulis yg mengatakan masyarakat harus menghukum manusia sebegini? Hukum maksud aku disini adalah seperti memulaukan keluarga gadis tersebut, mencerca gadis tersebut. Atas sebab itu lah gadis itu lebih pasti untuk membuang bayi yg x bersalah tersebut dr menjaga bayi tersebut.


Kita hidup dizaman millineum bukan dizaman jahilliah. Ini adalah perlakuan masyarakat Jahilliah. bukan menggalakkkan persetubuhan haram, tetapi sekadar untuk membahteras pembuangan bayi yg samasekali tidak berdosa. Mak bapak bayi tu mmg dah tentu salah, mmg bodoh! ikut syok anu dia dah selesai baru terpikir. Tetapi masyarakat sepatutnya fikir lebih panjang  sebelum menjatuhkan hukuman. Bukan kita yg layak memberi hukuman. Hukuman di hari akhirat itu PASTI. pada aku masyarakat sebegini pon dah tempah share disana nanti.


Institusi keluarga memainkan peranan yg paling penting. Melentur buluh biar dari rebung. jangan sudah terhantuk baru tengadah. Ibu bapa sepatutnya haruslah tahu peranan masing2. bapa perlulah tegas, perlu ambil tahu, dengan siapa anak berkawan, jika sudah bekerja, dimana tempat kerja, wktu kerja, dengan siapa anak itu tinggal. Dan ambillah tahu walaupun anak itu tidak berapa bermakna pun. Tapi sebagai ibu bapa haruslah bertanggungjawab sepenuhnya atas anak itu. Sekiranya didapati anak itu melakukan perbuatan yang tak diingini, usahlah terus menghukum dengan membuang anak tersebut. Sebaliknya ambillah tindakan bijak seperti kahwinkan ataupun memberikan kehidupan baru kepada anak itu. Usahlah kisah lagi tentang hantaran, apa kata orang kahwin tergesa2 dan sebagainya. Apa yg harus ditakutkan adalah hukuman ALLAH SWT bukan hukuman dari manusia. Dahulukan mana yang patut dan WAJIB. Memang kita hidup bermasyarakat, tapi masyarakat bukanlah perkara yang perlu difikirkan sampai perlu bermatian2 menidakkan hukum ALLAH.


Pada gadis yg telah terlanjur, pintu taubat mesih terbuka luas, usahlah mengulangi dosa besar sekali lagi. Membunuh itu adalah salah satu dosa besar yg tidak diampunkan. Di dunia mungkin lepas, tetapi di akhirat kelak, hanya ALLAH yang tahu betapa azabnya seksa disana. Jika dibuang keluarga, pergilah kesaluran yg betul .

Friday, April 16, 2010

Mini Reunion

da lama x tulih blog..

bukan apa.. aku dlm keadaan hibernate mode.. pesal ek? sbb aku umpama mandi tak basah, tido x lena, mkn x kenyang2 menguruskan projek2 yg dtg.. percaya x? sampai x lalu mkn totak? klw mkn pon tawar jek.. seingat aku last aku rasa mcm ni masa zaman2 aku blom kawen jek.. hmm.. what to do kan.. mudah2 an aku buleh la kurus..

Hari Rabu lepas, pegi jumpa2 kawan2 lama.. Actually aku xdela baik sgt ngan derang ni masa sekolah.. tapi bila dah zaman2 skrg ni baiklah pulak bila ada zaman internet ni kan.. time kasih cik tenet kerana menghubungkan dan merapatkan hubungan kami. Sbnrnya derang nak jumpa Yati yg mana kawen ngan pakarab n terus dok UK tu.. meraikan beliau yg balik mesia selama 3 minggu ni.. pe gaknya perasaan dia kan kena tggl mak ayah adik beradik kat siniikut husband. papun aku tgk dia sgt bahagia disamping suaminya yg sgt sporting itu. agaknye bagi can lakan bini sekali sekala balik mesia nak gedik2 ngan member2 lama.. dah 3 anak beliau.. perempuan sumenya.. sgt cantik anak2 beliau.. ye la mix ngan arabkan.. kawan2 aku sume da advance.. paling sikit pun 2 org anak.. aku jek sorang. Aziq mmg x sedar diri main sampai x ingat donia da.. kawan2 aku bawak anak2 masing2 so mmg jadiklah geng sekejap..  appun aku sgt hepi mlm tu.. sian kat hubby sampai kol 11.30 mlm aku kuar tinggalkan dia. Aku harap aku akan selalu jumpa kawan2 aku ni.. seronok rupanya berkawan..

introduce.. piahh... 
makcik ni ader hati lagi nak tmbh lagi sorang gurl..
sesi tmbh lemak
makcik n baby gemoks
ni kwn2 haziq..
dua2 pon pandai posing

Wednesday, April 14, 2010

A difficulties to succeed

Haih!
Semalam punya sakit pala membawa ke hari ni.. rupanya x senang jugak nak senang ek.. byk betol ranjau duri nak tempuh sebelum sampai ke destinasi. Takpela..aku langgah jek.. bak kata hubby.. u're in the right track.. so just proceed..

Klw nak deal ngan org Melayu byk betui songehnya.. klw dgn mat salleh senang jek.. mungkin sbb aku ni bukan Puan Sri, Datin ke Dato' ke kan.. so senang jek nak kehek kan aku.. tape2.. I take it as a challenge..

Tuesday, April 13, 2010

Cara melajukan capaian internet anda.. (ni copy paste punyo entry..just share)

1. Defaultkan wallpaper anda,biarkan kosong.Bagi Windows 98/ME/2K/ ,default wallpaper ialah warna biru muda.Bagi Windows XP tidak dapat ditukar kerana wallpaper defaultnya ialah gambar Bliss.Jika gunakan wallpaper,terutaman ya yangberwarna- warni ia akan membuatkan PC anda lagging semasa melayari laman web.
2. Klik Start/Run dan taip msconfig.Klik pada bahagian Startup dan uncheck software yang anda fikir anda tidak mahu keluar pada masa anda start komputer anda.Semakin kurang yang keluar pada startup anda semakin lajulah proses permulaan komputer anda dan melajukan loading site didalam internet.
3. Kurangkan atau jangan run software yang terlalu berat seperti Microsoft Word semasa melayari internet, kalau anda ingin full acceleration semasa melayari internet jangan buka software yang lain seperti satu lagi window bagi internet explorer, ini akan melambatkan internet anda.
4. Clearkan segala benda yang terdapat didalam Recycle Bin anda sebelum menyambungkan connection anda ke internet. Tidak lupa juga History anda dan Records. Klik Start/Settings/ Taskbar and Start Menu/Advanced dan klik Clear.
5. Apabila anda connected daripada internet lebih daripada dua jam,restart computer anda dan reconnect kembali. Jika anda terus melayari internet connection anda ke server akan mula drop dan anda akan mula terasa data/connection anda mula menjadi perlahan.
6. Jika anda menggunakan dial up dan menggunakan modem internal/external jangan lupa untuk update driver anda setiap 2 bulan untuk memastikan segala information hardware anda diupdate kerana selalunya driver yang anda dapat daripada CD adalah tidak updated atau yang menggunakan versi lama, justeru itu anda haruslah mendapat update file yang updated daripada site manufacturer modem tersebut.
7. Pada pengguna Internet Explorer, klik ikon Internet Explorer di Desktop dan klik Properties,Klik di bahagian Advanced dan scroll down ke bahagian Multimedia, untick bahagian yang tertulis Play animations,Play sounds,Play videos,Show pictures,Smart image dithering. Selepas ini anda tidak perlulah terkejut apabila anda melayari apa-apa site jika mendapati site itu tidak memaparkan sebarang gambar/flash/ videos kerana yang ada hanyalah perkataan kerana anda telah set untuk tidak download sebarang gambar jadi ia akan melajukan internet anda semasa loading site.
8. Kemudian Klik Start/Settings/ Control Panel/Network ,di bahagian Configuration klik 2X di Dial-Up Adapter dan klik pula Advanced.Klik IP Packet Size dan dibahagian Value pilih Large dan dibahagian seterusnya Record a log file pilih No…Klik Ok dan Ok sekali lagi dan restart komputer anda..
9. Pastikan komputer anda sentiasa berada didalam keadaan yang baik setiap masa,connection akan drop jika komputer anda bermasalah seperti dijangkiti virus.
10. Jangan install game didalam PC anda walaupun mempunyai hard disk yang besar.Biarkan ruang yang lebih untuk swap file semasa anda surfing kerana file yang banyak didalam hard disk anda akan buat komputer lebih kerap hang/jam etc

Monday, April 12, 2010

Aku sedang sibuk dengan ini

aritu kat KL sempat p beli buku2 ni .. malam2 takde wat ape..haziq pon layan CD katun dia.. papa men game.. mama layan jiwang... teringat zaman2 nak amik SPM

Contract Nego 9 April 2010 ~aku yg nebes terlebeh2

salam ukhwah (ececeh..aku ikhlas..)

da lama rasa x tulih.. since aku teramat bz and teramat letih lepas balik dr KL aritu . Mcm yg aku citer aritu aku pegi 1 kontrak nego untuk software library kat MINDEF..so far alhamdulilah.. this week i'allah surat twaran kerja akan keluar.

Aku sampai KL awal, khamis, kontrak nego on jumaat -9 pagi . malam sampai tuh kitorang check in kat hotel Putera sebelah PUSRAWI kat jalan tun razak. tetiap kali p KL samada urusan kerja aku, urusan kerja suami, atau urusan perabih duit aka jalan2 aku mmg suke tido kat hotel ni.. sgt selesa n lokasi nya sgt strategik ke tempat2 yg aku suka pegi. Malam sampai tu ayah treat makan kat 1 restoran siam kat Sentol.. sgt sedap.. makan tak henggat punya.. best sgt sbb sume adik2 aku ada.. angah sebagai penyanyi jeputan keesokan hari nya pun ader.. tak henggat minah ni punya makan tak padan nak betunang.selesai makan trus balik hotel .. diskas2 sket untuk nego esok. then aku n adik kuar p uptown. cuci mata..


Esoknya awal aku bgn.. pukul 7 (hehe) siap2 pegi sarapan n dengan hati yg bedebar mcm nak pecah jantung aku betolak pegi MINDEF. bawak segala beg segala ..dokumen 1 opis . haha.. maklumlah 1st time ni.. dulu aku keje camni gak tapi nego besar2 ni aku tak buat.. sampai depan MINDEF park keta punya la jauh. dengan platform tinggi 4 inci tetonggek2 aku bawak file terus g melapor isi2 borang segala. siap tangkap gambar tu.. selesai nak masuk bangunan MINDEF.. wa.. nak naik bangunan ni mcm rasa  nak g jumpa profesor Klon plak.. ye la.. security punyala x henggat punya. nak masuk pintu je  kena tag id. nak masuk pintu pertama je kad aku x buleh detact aku ingat sbb aku besar sgt x muat pintu nak masuk kot.. then encik askar yg jaga pintu tu gelak je soh aku angkat kad tuh letak balik.. then detact.. buleh la aku masuk jumpa prof klon. haha.. jakun betul..

sampai tempat yg dituju ngam2 lagi 5 minit pukul 9. masuk meeting xde hape pon.. gelak2 sembang2.. briefing sket.. wa.aa..1 malam aku x tido hinggat menatang ni.. rerupa nya masuk meeting depa nak wat lawak jek. apapun derang respek la kat co aku sbb sume diteraju oleh anak beranak tanpa campo tangan org lain. ececeh.. padahal anyoh belakon jek pon jadi IT exec aku.. sib bek ader adik aku sorang ni.. klw x.. hmm.. mau ayah kene hire org lain yg kos nya paham2 je la.. tapi apapun well done to anyoh.. aku and ayah!. pastu makan,.. salam2 balik......  aku n anyoh lepak kat cafeteria bawah tu sementara tunggu ayah jumpa Dato;' hape tah kat tingkat 16. sejam lepas tu balik hotel.. haih! klw aku tau meeting tu sesimple itu aku tido nyenyak2 malam tadi,..

Wednesday, April 7, 2010

ChecKlist Check it out!

Checklist 4 Contract Nego
  1. File Contract Untuk Ditandatangani bagi kedua2 belah pihak
  2. Salinan Dokumen Tender 
  3. Salinan Harga Formatted
  4. Software Specification
  5. Business Card Aku dan Boss

Checlist Untuk Majlis Tunang Angah (part aku)

  1. Beli kain buat baju aku ikut tema cekelat emas
  2. Beli kain baju anyoh
  3. Tempah baju aku & anyoh
  4. Survey Mini Pelamin
  5. Contact Org cuci keliling rumah
  6. catering
  7. Baju haziq & baju papa haziq
  8. Tempah cameraman
  9. Gubahan hantaran

Wlwpon ceklist diatas nampak sikit, ia cukup membuatkan aku sakit pala.. ckp melayu mengeluh..ckp omputegh sigh!  haih! aku rasa blood presure aku turun la.  Sbb aku mcm berdebar2.. haih nak pegi contract nego mcm nak menikah plak esok. Auwwww

Btw, aku akan off FB and blog sepanjang 3 hari aku di KL.. eh yeke? sbb aku tinggalkan lappy kesayangan aku ni dengan laki kesayangan aku (senang dia tengok2 kan perniagaan cafe aku dan dia manage team bolasepak dia tu) aku pinjam lappy anyoh je lah. Beberapa hari ni tido pon x nyenyak. mana tak nya pukul 1pagi tetiba ader org call aku ckp good afternoon.. aku blur sekejap.. rerupanya mat salleh yg aku deal  utk projek ni kat England.. kan time dia lari dekat 12 jam dgn time kita.. haih!

Tuesday, April 6, 2010

Book Worm Cacing Buku?

Tgh bz2 pun still gak nak baca2 buku.. haih! arini aku place order lagi 3 buah buku.
 1)Wasiat Luqman Al-Hakim

2) Kaedah Mendidik Anak & Isteri


3) Efektif internet Marketing


Sume beli kat sini http://www.kedai-buku.com/


Harap2 buku ni sampai minggu depan .. x sabar rasa nak baca buku ni. Haih! novel yg aku beli pon ader lagi 4 buah tak habeh baca. Skrg tgh baca ni

Monday, April 5, 2010

Kad Kredit X Bole Bla

Haih.. baru nak terminate sume brg2 mewah yg ada.. tadi call cimb punye card centre konon nak terminate kad, lgpon kad tu da lama aku x pakai bayo jek. Dr membazir bayo tax baik aku terminate. Tapi operator tu kata xleh terminate sbb contract sampai 2012 then bank baru naikkan kredit limit. Haiyooooooooooooo.. tulunnnnnnn aku xmo terjebak lg da bersoping dengan kad. mcm neraka seksa nya nak bayo hutang2 tu balik.

Contract Nego On Friday

Contract Nego dengan Kem Pertahanan hari Jumaat ni, surat , kontrak all in my hands now. Aku dah keje hampir 8 tahun. 6 thun dengan co. lama. Ni adalah project terbesar yg akan aku handle. Boleh ke aku manage nanti ye? Semoga aku kuat nak mengharungi cabaran2 dalam nak melaksanakan projek ni nanti.

Dulu, masa kat co. lama aku lah muka nya klw ada tender2 ke hape ke.. tapi disebabkan teamwork yg lemah.. dann management yg hampeh, duit untuk membuat tender dan membeli tender terbuang begitu shaja.. takde 1 pun yg sgkut. Apapun aku dah buat kerja aku. Aku masih ingat lagi time tuh aku tengah sarat mengandung aku masih kerja hingga larut mlm, dan x cukup dgn tu, aku bawak balik siapkan kat umah. Huh! sungguh x ble bla.

Dan projek ni akan mencabar kewibawaan aku sbnrnya, tapi aku harap aku fit nak mengharungi semuanya dengan bantuan Ayah yg sentiasa support aku. Langkah pertama pergi contract nego, then pegi cari sumber kewangan. samada MARA, bank ataupon mana2 la yg kenalan charges terendah. Dengan MARA dah penah buat dulu, senang jek tapi dulu amaun nye x sampai 100k. tapi ni lebih 300k. Hmm.. byk mende kene pk. Sbb project ni involve international company, currency exchange, keaadaan ekonomi semasa. Huh! nak senget pala makcik. Blom time delivery and project implementation lagi ni.

Readers, doakan aku deh..

Friday, April 2, 2010

Entri Khas ini ditujukan Buat Warga V** ( Bukan nama sebenar)

i really bloody damn mad now .This people are so weird!. Fuck u people!

aku dah lama lupa pasal derang, tapi hari ni derang provoke bg memori ni dtg balik.

aku xnak maki hamun derang sbb aku nmpk bodoh dan sgt x pro klw marah membabi buta. Sbb perkara yg buat aku marah bukan pasal aku, tapi ayah aku. Tapi klw korang lah.. apa perasaan korang lah kalau ayah korang sesedap hati jek org nak ckp bebukan..

Cerita nya mcm ni..

As known, ayah aku businessman.. beliau dah tua pon.. dah umur 55thn. Klw ader rezeki nak buat haji dah tahun ni ( sbb tu lah beliau seorang yg sgt sabar). Dulu aku n ayah aku bekerja di company yg sama. Company melayu named V** . aku xnak sebut ar.. kang sian lak derang kan.. kang aku kene saman lak (eh tapi derang ader duit ke nak saman aku ek?) Krisis bermula bila krisis kewangan start thn 2005. For ur info ayah aku 1 of d BOD kat co. ni. aku mls nak citer dr akar umbi sbb wat ape kan wat sakit hati aku jek. Tapi apapun terima kasih lah kat boss derang sbb bagi peluang aku kerja masa aku mula2 graduate dulu.

Tiba2 je ayah aku call dr secretary bengong co. ni soh sign laporan AGM tahun lepas . Sory lah ayah aku nak sign. Sebab korang nak sign ke mende yg korang x tahu bijik butir. dah la AGM pon x mintak hadir. Klw sesapa yg bodo tak blajo bisness pon tahu BOD kene hadir AGM. Dan AGM kene dilakukan setiap tahun. Jgn ckp AGM, laporan audit, laporan kewangan untung rugi pon ayah aku tak tahu. For info ayah aku tinggalkan co. ni disebabkan krisis dlman n politik pejabat yg sgt teruk disamping keadaan co. yg running lost! runing LOST ok! mental ayah sgt fit! biasalah kan askar dulu. boss dulu cakap kat ayah.. " U r good for being staff. U are not d entrepreneur" HELLO! sini aku nak ckp, mungkin ko ckp kat diri ko sendiri kot! terima kasih lah sebab ckp kat ayah aku mcm tuh sbb dr situ la ayah aku built kejayaan 1 persatu. So terima kasih sekali lagi! Klw nak tahu, ayah aku dah ada 4 biji rumah, 1 rumah kedai , kereta pon aku x larat nak bilang (termasuk kete buruk dia ar) x termasuk ladang2 yg arwah atok aku tinggalkan dulu. Sbb tu lain cerita. pokoknya lebih kaya dr Abdul Wahub. Readers, aku bukan nak reveal berapa byk reta bapak aku ada. Tapi sikap derang yg melampau sgt buat aku sakit hati.

Knp aku marah sgt aku x citer lagi kan?

Itu 1 hal lah pasal call soh sign tuh, then dengan takde maruahnya dia hantar SMS kat ayah, benbunyi begini la lebih kurang " klw x ble running opetration all BOD kena tanggung all d liabilities" ewah2.. sedap nye ko taip black berry ko tuhkan? Hutang bukan sket.. dekat juta. macam aku x tahu..korang yg sedap belanja soh BOD lain lak tanggung. korang percaya x ayat bodoh tuh dikeluarkan oleh seorang CEO ( rasa nak gelakkan selalu nya CEO ni digunakan oleh co.2 yang di listedkan kat BSKL.. tapi x kisah lah.. tu co. dia ) betullah org kata experience is d best teacher! beliau lulusan luar negara, bukan degree je siap ader masterG besar tikar lagi. tapi aku peduli apa kan..lepas ayah balas sms mengatakan dia xkan sign selagi dia tak tahu report apa2 pasal business thn lepas. So goood ayah! Aku tahu derang ader cara lain .. tapi buat lah.. klw ko triru sign ayah aku.. WE SEE U IN COURT! sbb aku tau secretary kampungan dia sgt berbakat meniru signature org ! sgt x beretika!

Baru 2,3 hari lepas aku suarakan kat ayah, pasal co ni. Aku kata ayah x nak tuntut hak ayah kat sana ke? ayah kata biarlah buat apa susah kan orang, derang pon dah susah, itupon kita Alhamdulilah rezeki Allah beri. Lagipon ayah dah tua. Hmm.. tup2 dtg sms mcm tuh yg menyakitkan hati n nak menyusahkan ayah aku plak kan? Siap bole dia ckp ayah yg susahkan kerja derang sbb alasan dia nak bagi portion ayah yg lama terhutang tu bukan nak lantik jadi director balik. Sgt kurang ajar! citer pasal nak bayar portion ayah , dari dec 2008 dia berjanji dgn ayah nak pulang n nak bayar balik duit ayah. Bukan itu je janjinya.. banyak lagi sbnrnya. Klw org yg berjanji tapi x tepati tu apa ek? bukan MUNAFIK ke? Dan boleh plak dia ckp share yg dibagi kat ayah tuh adalah share ehsan semata dan dibayar dengan harga yg murah? ececeh. masa ko amik duit ayah aku byr share tuh x plak ko mcm mintak ehsan ayah aku plak ek. Sbb ayah aku tolong ko built up co tu. N ko rasa ayah aku bole jd share partner yg baik.

Hah? korang pnh ngok tak drama swata kat tv citer org2 korporat tuh? mmg dunia korporat adalah keparat sebenarnya. Pasal politik opis aku malas nak citer, kang tak cukup page blogspot bg kat aku nak tulih.

Kepada En B**
Bertaubatlah.. umur dah menginjak tua, xtahu bila Dia nak menjemput. Manusia berpegang pada janji, hutang perlu dibayar. Klw ko tak bayar pon, aku rasa ayah dah halalkan pon . Aku tahu. Apapun yg ko buat disitu 11% adalah milik ayah aku. Wlwpon ko ckp itu ehsan, HAK TETAP HAK! And 1 lagi tolong la bertindak bijak sebelum buat sesuatu, jgn sampai aku panggil ko EN kurang hajor! And sila habis bayo kan KWSP yg ko x bayo tu. Sbb aku bukan ayah, aku tak halalkan setitik pon titik peluh aku yg ko dah pakai tapi x bayar! Dan aku x maafkan apa jua yg ko dah buat pada ayah aku! Klw rasa dah tak bole x running co tu. sila lah fikir sebaagai ENTREPRENEUR bukan staff ye! Dah lama sgt co. tu running lost. Sblm ko masuk penjara akibat saman2 dr KWSP dan sblm OD ko x mampu bayo. Fikirlah mcm mana nak built up balik co yg ibarat hidup segan mati x mahu tu.Pada ko staff ko la yg menjadi org2 kuat ko, tapi sbnrnya merekalah sebenarnya tulang belakang yg menjaham kan ko. Dah dekat 5 thn keadaan begitu, ko masih x sedar kah? Klw agak2 tak boleh, tak lambat lagi untuk ko kembali ke pangkal jalan, klw ko keje ngan orang pun 10k gaji sebulan ko boleh dpt, and x byk dosa ko buat. Fikirlah, jgn asik pikir mcmana nak gali lobang n gambus lobang balik.

**bersambung

Din Beramboi Pergi Jua..

Alfatihah..Buat Arwah Din Beramboi

Beliau telah kembali ke rahmatullah jam 12.30am pagi tadi.. akibat dengue shock fever

Bangun pagi spt biasa aku cek hp, tgk ader sms dr angah malam td ckp din beramboi da meninggal.. aku tau dia bgtau aku sbb aku mmg suka Din Beramboi. Tak pasal2 aku boleh sedih lak pagi ni. Selalunya klw aku dgr berita kematian artin mana2 takde la aku nak sedey.. sbb aku bukan nya peminat fanatik artis mana2 pon. Tapi aku suka Din Beramboi. Wlwpon aku tahu dia bukanlah watak dlm majalah gila2 yg satu masa dulu aku suka baca. Tapi lawak mengarutnya yang membuatkan aku ceria pagi2 bila aku drive ke opis aku yg sekangkang kera tu. sampai sgp tunggu dlm kereta sampai habeh segmen sawancara dan gegelak dlm keta sampai org kat luar keta aku tenampak aku sambil geleng2 pala. Mungkin org tu ingat aku gila gelak sorang2.

Apapun mati itu pasti. Ianya sudah tertulis untuk setiap yang bernyawa di muka bumi ini. Aku tahu, tak semua org suka beliau.Apapun beliau meninggal semalam, malamm Jumaat .

“Sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau malamnya, nescaya dituliskan oleh Allah baginya pahala syahid, dipelihara daripada seksa kubur, dengan syarat dia beriman.”

Tapi nak kata apakan.. Tun Dr Mahathir pun ader org x suka wlw beliau yg membangunkan M'sia ni. Pada aku aku suka din Beramboi sbb dia sempoi even poyo sekalipon. Aku download setiap koleksi sawancara n drama sebabak yang dikendalikan oleh beliau.

Aku doakan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org2 yang beriman. Dan untuk keluarga Din beramboi , semoga redha dengan pemergian beliau. Amin..

Thursday, April 1, 2010

Turn aku plak X sihat..

Hari ni giler awal aku bangun.. bukan apa. aku mls nak tido balik sbb nanti malas menjadi2.. pastu rezeki pun Tuhan x mo bg. Lagipon klw aku masuk opis lambat aku pun sama malas nak wat keje.

Aku dah rasa dizzy since semalam. Sakit tekak. Simptom nak selesema. Aku gagahkan minum air bebanyak. Aku mmg x suke mkn ubat. Selagi aku ble tahan, aku bertahan. Sbb pada aku ubat tuh semua mengandungi dadah. So dadah which is not good. Ianya hanya bertindak untuk penghilang sementara. Xpun nanti aku imune dengan ubat. Seperti biasa, time takde keje mmg selalu sihat wal'afiat duduk membesarkan pungkoq di opis. Sekarang tgh byk kje, time tuh la sakit. So klw dulu time aku keje dengan orang aku sgt suka time sakit, time untuk aku amik MC lama2 dan melupakan kerja2 pejabat. Tapi klw ,aku buat mcm tu mmg miss la segla2 nya. Semoga selesema aku x melarat ke demam or batuk. Aku nak buat keje dengan focus.

2 hari lepas, ayah bgtau kami akan dapat 1 projek besar ( besar lah bg kami about nearly 1m) so bak kata ayah sblm pegi nego kene studi sket la sume term2 yg kami bagi. ayah kata nasi dah sampai ke pinggan cume tunggu masuk ke mulut.So aku harap kami betul2 akn dpt grab projek ni . Insyaallah.. readers doakan la ye.

Its ok 4 now aku nak g besiap p keje..