Friends Of Mine

Wednesday, December 29, 2010

Doa Memohon Rezeki dari Setiap Penjuru

Maksudnya, "Wahai Allah limpahkanlah rahmat atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW; sebanyak aneka rupa rezeki. Wahai Zat Yang Maha Meluaskan rezeki kepada orang yang dikehendakiNya tanpa hisab. Luaskan dan banyakanlah rezekiku dari segenap setiap penjuru dan perbendaharaan rezekiMu tanpa pemberian dari makhluk, berkat kemurahanMu jua. Dan limpahkanlah pula rahmat dan salam atas nabi dan para sahabat beliau. "


Penjelasan :
Doa ini dibaca setiap kali selepas menunaikan solat fardu sebanyak  7  kali. Khasiatnya, untuk menarik rezeki  agar tetap mengalir pada kita.



Tuesday, December 28, 2010

Doa Untuk Dirindui Kekasih

“Yuhibbu Nahum Kahub Billah Wallazi Na Amanu Asyaddu Hubba Lillah Zuyyi Linnasi Hubbusyh Shahwati Minannisai Wal Bani Nawal Qanar Tiril Muqantharah”
- Ayat dari Surah An Nisa

Baca ayat ini sekali pun dah cukup untuk seharian. Ayat ini untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara seorang individu dengan individu lain. Insya Allah orang itu akan rasa rindu dengan anda. Ayat ini juga baik dan berkesan untuk hubungan suami isteri.

Tuesday, December 21, 2010

Petua ISLAM Untuk Bayi Kerap Menangis

Sekiranya bayi kerap menangis pada waktu malam atau pada bila-bila masa, usap kepala bayi sambil membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali.


Petua ISLAM Untuk Hati Runsing

1. Apabila hati kerunsingan bacalah " La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin " (doa Nabi Yunus) banyak kali.

2. Apabila ditimpa musibah ucapkan " Inna lillahi wainna ilaihi raji'un "

Dengan mengamalkan doa-doa ini dalam kehidupan seharian, hati anda akan tenang.

Monday, December 20, 2010

Besarnya MAKNA doa yang kita lupakan. DOA ANTARA DUA SUJUD.

Dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah


Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)



Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu

tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.

Sunday, December 12, 2010

Selamat Pengantin Baru Angah!

Hari ni baru sempat nak wat entry pasal pengantin baru ni.. nanti2 lah buat cerita pasal majlis pulak.. Thanks to all relatives & friends yg hadir memeriahkan majlis Perkahwinan adik aku tempohari :

Ucapan buat pengantin baru;
"selamat pengantin baru angah & Wan.. semoga berbahagia hingga keakhir hayat.. jagalah ikatan perkahwinan itu sebaik2 nya."

Sedih gak mengenangkan adik perempuan aku yg sorang ni da kawin, kira lewat lah dia kawin at 25thn .. aku dulu 23 dah kawin dah.. bukan apa.. aku kawin mungkin mak x rasa sangat sebab aku mmg keje kat manjung ni aja, husband pun navy bekerja pun kat lumut, at any time bole balik umh mak, tapi angah, dah tentu jadi weekend wife , dia keje kat kuala pilah, wan plak keje kat putrajaya, so weekend mesti nak spend time sesama. Klw dulu at least 2 kali sebulan angah mesti balik umh mak, tapi sekarang mesti dah tak lagi.. paling terasa mestilah haziq, hari perkahwinan makngah dia haritu pun asik meragam x tentu pasal pelik aku jadinya, sudahnya aku sekeluarga tak ada gambar dengan pengantin! Klw dulu balik x jumpa mak dah dtg amik haziq dulu, hmm.. sekarang mesti dah lain.. apapun, aku harap ikatan kekeluargaan kami akan utuh sampai bebila tak kiralah dah kawin ke belum..

Sikit gmbar masa hari majlis, gmbr dr photographer sebulan baru siap katanya..

Wednesday, December 8, 2010

Selamat Hari Jadi MIL!

Today is my Mother in Law's birthday.. 53rd (1957-2010)

"Hope your Birthday
is filled with all
your very favourite things!"


we Love u mak!


** haziq call nenek dia nyanyi hepi birthday~ lepastu terus jatuh terlanggar meja..Siannn dia...

Tuesday, November 30, 2010

EH .. bz la... lama x update blog..

Bukan bz pasal keje.. sbb ni da ujung tahun.. project pun xde nak masuk lagi.. habis2 pun nak audit jek.. tapi aku dah cuti.. sbb my sister wedding end of this week.. Aku yg gabra terlebey.. takut event x smooth jek..Papepun Im so exited.. sbb all d family akan ada kat sini.. termasukla.. my in law.. sbb dorang pun da lama x datang...

Cuma... aku makin sarat... aku baru p buang sawang jek sume orang soh aku duduk takut jatuh.. dah tu.. nak soh aku bungkus goodies pun aku x larat gak dok lama2 sakit pinggang. Tapi all d goodies are packed! hahaha..1 part aku yg dah settle..

Semalam pegi check up.. buat OGTT blood test.. & cucuk ATT (kancing gigi) aku dah 30weeks.. wa... times run so fast ... and sekali lagi nurse tu confirmkan its a girl.. baju2 pun banyak yg aku da beli.. all pink & purple.. kaler2 lain pakai abg haziq punya jek la.. sume seronok.. cuma takut jek nak menempuh bersalin sekali lagi.. klw dulu operate.. kali ni entahla.. semoga dipermudahkan cukupla.. tak kiralah apa saja caranya.. & anak aku lahir sihat .. haziq pun makin behave.. tapi dia macam x paham yg dia nak dapat adik.. mungkin sebab dia pampered dari kecik sampai sekarang.. cuma.. haziq suka buat sepah rumah .. while tengok tv.. menulis sepahkan stationary.. pastu capai psp..pastu main lori plak.. aku yg lenguh nak kemas balik..

Haziq dah bangun tido.. aku nak siap2 g umah mak buat apa yg patut.. nenda dah sampai malam tadi kot.. nak jumpa beliau.... sgt winduuuuuu..till then.. daaaaa!

Tuesday, November 23, 2010

Checklist Barang2 Keperluan Baby

1. Baju - long sleeve
- short sleeve
2. Seluar – panjang
- pendek
3. Barut (kalau boleh barut tali cam org dulu2 tu)
4. Napkin utk bedung (min. 4 helai)
5. Mitten n booties (at least 5 set)
6. Tuala kecik utk lap mulut
7. Baby lotion (saya x pakai pun... saje letak dalam list
8. Baby oil
9. Minyak yu yee cap limau (atau minyak panas lain utk elak kembung)
10. Sikat bulu lembut
11. Baby wipes
12. Bedak baby (x penting sangat sbb baby mmg sedia wangi)
13. Bekas bedak baby (bulat yg ada skali span bedak
14. Baby bath / baby shampoo
15. Steamer
16. Bottle drying stand
17. Bottle – small
- medium
18. Extra putting susu
19. Teat brush
20. Termos
21. Bekas air masak
22. Pampers
23. Basin mandi
24. Baby bath towel
25. Selimut
26. Bags and warmer
27. Cotsheet (alas lps mandi)
28. Tilam / bantal kepala / bantal peluk
29. Bedding set
31. Bakul besar utk letak brg2 baby (e.g. botol susu, susu, pampers, termos, etc.)
32. Bakul kecik utk brg lps mandi (e.q. lotion, bedak, vicks, etc.)
33. Bags and warmer

Ni pulak list barang2 yg tak semestinya kena beli.. tgk bajet dan keperluan la kan...
Barang Besar
1. Bakul rotan utk isik baby / baby carrier cot
2. Play pen
3. Stroller
4. Travelling cot
5. Baby car seat
6. Buaian

Untuk Mak Baby:
1. Set lps bersalin - c/w bengkung
2. Maternity pad
3. Pad biasa xtra long
4. Nursing Bra
5. Breast pad
6. Breast pump


Waa... aku ingat da cukup da.. byk lagi kene beli ni..

Monday, November 22, 2010

Dealing With Childish People

Aku mmg bosan plus meluat kat 1 family ni.. actually mmg dekat la jugak.. its my COUSINS.. tak tahu bape adik badik tah.. tapi almost of them mmg sama jek la.. Aku mmg x amik port klw org nak perasan lelebey ke.. nak perasan bagus ke.. itu hak memasing .. lantaklah kan.. jgn kacau aku cukup.. But diorang ni.. mmg annoying.. Klw annoying tak kacau hidup org takpe.. ni tak. x bleh tgk org lebeh punyo! Takmo citer lelebih la kan.. citer byk2 pon COUSINS sendiri.

As mentioned my sister's reception ceremony is this coming 4th Dec. So.. mmg bg invitation to all family members.. kisah bermulabila my sis tempek pic enggangement beliau.. org lain takde kutuk pun.. tapi they all adik beradik mmg sakan lah mengutuk.. (biasalah..sis aku mmg gumuks sket) tapi bg aku klw sesikit xpela.. ni.. mmg kutuk kaw2 punyo plak tuh yg mengutuk sume adik badik derang.. so mmg tahu lah kan dorang ni jenis camana.. bila kitorang sound sekali sume tak leh terima.. dah berlarutan sampai kata kitorang belagak la.. baru studi kat U dah belogok(oh my! sket pon xde mentioned okeh!so what??? mmg kitorang sume studi kat U.. sbb tu kitorang camni... humble to everyone.. haha..meh puji diri seniri plak)mcm2 la.. then ckp we all perabih reta mak pak la...bila tgk kitorang drive kete sorang sebijik keteburuk jek pon  (ni ayah ckp.. " la.. biarlah klw nak perabih pon anak aku.. takkan nak panggil derang habehkan kot!..) Tapi untuk menjaga relationships kedua blah pihak my parent ask for diam jek la.. jgn berbalas2 .. lantakkan..until now.. my sis hantar invitation kawen ader yg gamak ckp xmo dtg!! (just because of stetmen kutukan derang dlm fb and ayat kitorang soh stop then they all takleh accept) So sape yg putuskan silaturrahim rite now?
If you think you so pretty good.. then go to hell la! Mcmana p pon sedara gak.. kutuk2 pun sedara ko jugak. Wlwpon they all bukanlah sesape pon.. tapi kitorang masih nak ngaku u all as a cousins tau..

**Klw ada yg baca ni ckp aku pon childish jugak.. then takpela.. ini blog aku aku yg taip suke aku lah kan.

this is my sis... mmgla beliau tembun kan....
**dan ini adalah mereka2 itu.. they always said sume org jeles sbb they all kurus2 belaka.. uhhhh

Saturday, November 20, 2010

Aku Impress Lagi..

Tadi aku bukak wall kak zura kat fb.. aku impres lagi ngan mimi. Kak zura letak gambar hari graduasi mimi beserta dengan segala anugerah yg mimi dapat.. Sapu bersih dari no 1, student terbaik, maths, bm, bi, sains , byk membaca dan al quran. Bukan senang nak didik anak jadi mcmtu nowadays, dengan kerja, husband on off  kdg ada kdg xda. Tapi aku rasa tu bukan alasan untuk tidak mendidik anak. Aku selalu baca " jgn judge anak mcm anak org lain, kebolehan setiap individu adalah berbeza". Tapi pada aku peranan ibu bapa iaitu pendidikan dari rumah adalah pendidikan yg paling penting buat kanak2. Aku akan berdoa dan terus berdoa supaya haziq mampu menjadi anak yg soleh, bijak dan menjejakkan kaki ke syurga. So far yg aku tgk, haziq behave, tapi aku kene selalu bear in mind.. dia adalah kanak2 lelaki.. mmg dia adakalanya agresif dan nakal.. bak kata mak " klw budak tu x nakal namanya budak bodoh.. " ye jugak kan.. so far haziq mmg la takde nakal mana just dia mmg suka sepah2kan stationaries dia, toys dia dan cd2 collection dia sampai pening aku nak kemas balik.Tapi hubs ckp lets him explore his world.. klw mama larat kemas la.. klw x biarkan jek. So far mmg aku kemas kan jek. Tapi keadaan aku makin sarat, bukan sarat pasaipa.. sarat sebab aku gumuks! Doa aku semoga kami suami isteri mendapat anak yg soleh & solehah..

**Oh ya.. dah jumpa nama baby... next week nak g beli brg2 keperluan. Pregnant kali ni klw nak mengaji mcm tersemput2 (sbb gumuk lagi la ni!) Klw mengaji dlm hati bleh dak?

Friday, November 5, 2010

Syaitan Takut Ganggu Rumah Tangga Bahagia



Setiap orang hendaklah mengawal rumah tangganya daripada gangguan syaitan dan iblis. Antara cara untuk memelihara rumah tangga daripada gangguan syaitan adalah:

Membaca al-Quran. Membaca al-Quran dengan penuh khusyuk banyak kelebihannya. Membiasakan membaca al-Quran dalam rumah, selain beroleh pahala membawa berkat dan menyelamatkan penghuni rumah tangga daripada gangguan iblis dan syaitan.

Zikir ketika masuk dan keluar rumah. Daripada Abu Malik al-Asyaari bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang hendak masuk ke dalam rumah, hendaklah dia mengatakan: Ya Allah, aku mohon kepada Engkau sebaik-baik tempat masuk dansebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Engkau kami masuk dan dengannama Engkau kami keluar, dan kepada Tuhan kami, kami menyerahkan diri,kemudian memberi salam kepada keluarga." - (Riwayat Abu Daud).

Memberi Salam kepada Keluarga dan Ahli Rumah. Firman Allah bermaksud: "Maka apabila kamu masuk ke sebuah rumah darirumah-rumah ini hendaklah kamu memberi salam kepada penghuninya yangbererti salam sejahtera kepada diri kamu sendiri, salam yang ditetapkandi sisi Allah, yang diberi berkat lagi baik." - (Surah an-Nur, ayat61).  Imam an-Nawawi berkata: "Disukai untuk mengucapkan salam dan banyak berzikir kepada Allah serta memberi salam samaada dalam rumah itu ada orang atau pun tidak."

Harmonikan Rumah Tangga. Sabda Rasulullah bermaksud: "Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsana di atas air, kemudian mengutus pasukannya, maka yang paling dekat daripadanya (antara syaitan) kedudukannya adalah yang paling besar membuat fitnah sehingga datang salah satu daripada mereka mengatakanbahawa tidaklah dia tinggalkan seorang suami dan isteri, dia berkata:"Maka mendekatlah dia daripadanya dan mengatakan sebaik-baik orangadalah kamu." - (Riwayat Muslim dan Nawawi).

Oleh itu,wajib bagi suami isteri untuk bergaul harmoni, ceria dan mesra serta bergaul baik dengan keluarganya untuk mengelak daripada gangguan syaitan dan konconya.

Thursday, November 4, 2010

25 Top Secret Fact About Me - Tagged By Makbed

Once you have been tagged, you are supposed to write a note 25 random facts, or goal about you. 
At the end choose 25 people to be tagged, you have to tagged the person that tagged you. 
If I tagged you, it means I want to know more about you.



 I was tagged by Makbed to writedown 25 secret fact about me.. hoyeee... lets see .. secret ke x secret..

  1. Nama penuh Norfarzlinawati Binti Mustafar Kamar, lahir pada 3rd November 1981 (semalam my birthday) di Johor Bahru.
  2. Anak sulung dari 4 adik beradik. 2 lelaki 2 perempuan.
  3. Bersekolah merata2 tempat sebab hidup nomad sebab ayah juga Tentera Laut. Pendidikan tertinggi Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan (acct & Finance) UUM , 2003
  4. Sgt ambitious diwaktu kecil hingga tamat belajar, tapi setelah berkahwin lebih mengutamakan suami serta anak tapi masih menuntut ilmu secara tidak langsung buktinya aku suka buku , apa type pon. klw takde sgt iklan pun bole baca.
  5. Sgt suka facts & figure. I like maths, statistics & calculus very much!So tahu dah aku mcmana kan.. klw xde fact & figure jgn ckp ngan aku.. takat nak mengarut tah hape2.. Im not intrested.
  6. Sgt elergi dengan perempuan bertudung tapi not behave like dia tu bertudung. Klw mengumpat, sume dia tahu. baju bila tungging sket dah nmpk lurah dendam ngalahkan org x pakai tudung ( apapun masih percaya menutup aurat itu wajib bagi setiap wanita)
  7. Tak suka masak, tapi kena masak gak almost every day sbb rasa tanggungjawab pada suami dan anak. Wlwpon anak aku tak makan sgt, klw dia makan pon makan nasi n kicap sahaja. Suami sangat cerewet makan, sbb pe? sbb mak dia pandai masak kot.. so aku kenelah make sure makanan tu sedap kat tekak dia. 
  8. Berkahwin pada usia 23 tahun. Kenapa? sbb ayah soh kawin sebab da ader boypren. 
  9. Very easy to put on weight. Sebagai contoh hari raya tahun 2004, naik 3kg dlm 1 hari. percaya tak? Silalah percaya. 
  10. Mmg memilih sape nak jadi boypren aku. Beliau kena ada kerja tetap, ada kereta n ada duit. (tapi i tak kawen ngan org kaya pun!) Buktinya tak pnh ada boypren dikalangan students mahupun coursemate sbb aku tak suka dorang tumpang kete aku and soh aku tong2 bila kuar dating. hahaha.. jahat x? 
  11. Sgt independent. Mmg dididik mcm ni. Semua buat seniri. Dulu ayah selalu takde sailing. mak tak tahu bawak motor mahupun kereta, jadi urusan2 skolah atau apa2 sume buat sendiri sampai masuk U  (n sign report card sendiri klw dlm report card tu ada huruf "B" hape tah mak ayah ni.. sume nak huruf A)Jadi mmg sgt benci dengan orang yg x berdikari n semua harap orang, sampai nak bagi anak bini makan pon masih x reti berusaha. (eh apa emo lak ni!)
  12. Suke beli lipstik. Aku sangat banyak koleksi lipstik. Makeup2 lain pun suke beli tapi x byk mcm lipstik. Tapi x suke lipstik merah. (tak sesuai dengan aku)
  13. Dari mula keje hingga kini suka pakai handbag Carlo Rino. most of my handbag mmg sume carlo rino. Guess sekali sekala klw tetiba byk duit.
  14. Klw orang tanya. Klw dulu ayah tanya ada duit tak? tak pernah jawab takde.. sekarang pon same klw husband tanye ada duit tak.. pun x pnh jwb takde . 20sen pun ada lah jugak kan.. (ha ni mak salu ckp ) sbb percaya sebab klw selalu ckp takde2 duit, duit pun selalu takde.. 
  15. Suke gadgets seperti hp,notebook n camera. Tapi masih blom dapat beli DSLR.. 
  16. Takde spesifik makanan kegemaran. Makan semua, klw sedap makan banyak, klw xsedap tak payah makan, sekarang duduk sangat dekat dengan rumah mak aku jadi apa mak masak adalah semua sedap. Dan klw balik rumah mertua pun tanpa segan silu suruh beliau masak apa terlintas nak makan. (mak mertua aku punya nasi ayam , karipap n sup tulang best in d world tau..)
  17. Suami adalah anak saudara kepada pakngah aku (adik mak) pakngah kawen ngan maksedara dia . Jadi kami berkongsi pakngah/makngah(belah aku) mak uteh/pak uteh (belah suami) ha.. mana satu nak panggil bila jumpa .. cube teka?
  18. Tet adalah best friend merangkap autie (adik mak) . Klw takde duit ke, masalah rumah tangga kronik ke.. mmg selalu cari beliau.. Aku tak pnh pinjam duit orang lain selain dari duit dia.. aku rasa dia pon sama. Byk latar hidup kami adalah sama.. cuma sekarang beliau kurus dan aku gemok.
  19. Ada seorang anak lelaki. Tahun depan kuar lagi sorang.. dan mungkin perempuan. Sgt rasa bertuah dikurnikan nikmat menjadi seorang ibu wlwpon kadang2 pening kepala. 
  20. Tak lengkap kalau tak bereyeliner klw dah siap2 nak kluar.. Pakai hanya 1 brand.. brand SECRET ya.. bukan rahsia.. tapi secret.. kat billion pon ader jual.. beli lah yg mahal mana pun.. pakai mesti sememeh.. pakai brand yg murah 1 ni jek yg ok..
  21. Suka pakai baju warna hitam untuk mengelakkan diri nmpk gemuk. Wlwpon semua orang tahu i gemoks..
  22. Suke bersukan.. main bowling, futsal n golf. Suke bersukan jek la.. tapi jgnlah ingat aku teror plak.. Golf pon masih pakai handicap 36 tak gerak2.. ni lagi lah mahu setahun x sentuh kayu golf. Klw rasa  badan dah berat sgt, jogging pon bole..
  23. Tak canggung klw kene ke mana2 seorang diri.. makan ke meeting oh behalf co. ke.. sbb dr kecik mak kata "esok klw mati sorang jugak..jgn asik nak berteman jek"
  24. Sgt suke dengan rumah 2 tingkat.. tak kira lah teres ke banglo ke.. sebab rumah ayah semua 1 tingkat kecuali yg kat KL ada 23 tingkat (rumah beliau tingkat 13) . Mcm x klass jek dok umh setingkat.. tapi bila dah duduk rumah sendiri mak ai...  syok juga klw rumah setingkat.. klw barang tertingal xdelah nak ulang alik naik..nak kemas pun x larat..adehhhh
  25. Klw marah lebih suka diam dari membebel.. terutama dgn en hubby.. klw aku diam dia lebih takut sebenarnya dr aku membebel mcm machingan..
  26.  
     Hoish.. dr pagi sampai petang aku dok ngarang benda ni.. Sampai aku pun x kenal diri sendiri.. And Makbed... akk da wat.. sila lah gelak berguling2 ya...

    Tuesday, November 2, 2010

    Bila X gepren suami Menjejak Kasih..

    Bukan nak citer pasal org lain.. nak citer pasal diri sendiri.. huhuhu..

    Hubs baru dapat HP Mini  (yg package reg streamyx tu ar.. thanks adik!) So dia ckp senang nak on9 since umh pon da ader wireless.. dia malas nak pakai lappy aku sbb lappy aku mmg semak samun..yela.. I kan businesswoman.. hehehe..

    Beliau mmg da lama ada akaun fesbuk, tapi jarang nak cek.. tetiba smlm malam dia ckp kat aku " eh2.. ni adik nani rasanya (nani tu x gepren dia ar) " aku pon jwb endah x endah jek..aku tgk sekilas.. hmm.. So? rerupanya adik beliau tolong menjejak kasih bg pihak kakak beliau.. dia chat la ngan encik hubby... mintak num tipon segala.. oh ..hubby bagi.. tapi beliau tersilap.. bg num tipon aku lak.. hahahahaha kantoi!!! (tapi makcik x kisah pon.. x tercabar pon sebenarnya)

    Pagi ni aku cek la hp aku.. hehehe.. tetibe ada msg ni..


    Salam ukhwah.. blalalalalalalalala(malas nak taip..)

    then aku wat bodo jek.. then masuk g satu msg..

    Salam.. smlm saya ada mesej tapi awak tak balas sms saya. Nanti klw senang reply la. Dr nama beliau, nama husband beliau dan 2 org anak perempuan beliau..

    then aku terus je fwd sms tuh kat hubs sekali ngan num tipon beliau sekali...

    cume aku kata begini

     "dont get caught ha darling....."
     Actually aku x heran pun klw nak kontek kwn2 lama.. pe de hal la kan.. masing2 da kawen.. tapi untuk org macam aku.. tetibe jek p cari x boypren.. tak ke cari masalah namanye.. da la x boypren  tu pon da kawen.. pe la gaknye kata bini dia klw bini dia x sporting cam aku kan? Bagi hal cam aku ni .. aku x kisahlah sgt.. sbb 1- bukan laki aku yg beria2 mencari dia 2- dia da kawen pon 3- Yang paling penting ( dia x secun aku!! hahahaha).. 4- Menurut hubs , beliau adalah org yg baik..ala2 setazah la kot (aku caya..sbb aku pnh baca yasin.. tetiba kat belakang yassin tu aku  nmpk dia tulih nama dia danbeberapa ayat penyembuh -oh..rupanya dia hadiahkan yassin tu pada hubs masa hubs accident dulu)


    Balik keje tadi hubs tetibe sembang ngan aku kat dapo.. nak jaga hati lah tu.. dia ingat aku jeles kot.. (oh no my dear.. ) dia ckp dia tu kawan lama jek.. xde pape pun.. nani yg exited telebih bila dpt num fon dia.. oh begitu kah??? hahahaha.. xpelah papa... mama x kisah pon...tapi aku ckp kat dia.. klw over2 sgt.. i pon ramai x boypren seniri mau ingat ler.... dia gelak jek.. (mungkin dia ckp.. da mcm hippo pon ader hati lagi..)

    kepada isteri2... usahlah cemburu melampau.. sbb buruk padahnya nanti.. Yang mana bole tolerate... silalah tolerate.. dlm urusan berumahtangga.. bukan hati kita saja yg kita nak amik port.. hati suami, hati anak2 yg kecil, mak pak mentua.. So.. usahlah pentingkan diri sendiri.. klw laki tuh dah mmg sayang .. x kemana perginya.. Doa jelah yang terbaik buat beliau setiap kali lepas solat..Yang penting jagalah port kita sebagai isteri.. masak, kemas, kerja2 rumah segala.. esok2 xdelah dipersoalkan lagi..

    Buat penggemar Ribena......hantikan meminumnya.....

     Tak tahu ianya adalah propaganda tau hape..  just share untuk makluman semua.. nak save takyah amik la..


    BERITA SAHIH / RIBENA ADA KANDUNGAN ARAKShare. Tuesday, July 27, 2010 at 2:31am
    LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.
    Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas penggun! a mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.

    Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya
    mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

    Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya.
    Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

    Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.

    Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga deng! an lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi

    Pergerakan Bayi

    Bilakah pertama kali saya merasakan pergerakan bayi saya?

    Sensasi pergerakan lemah lembut bayi yang dirasai pada peringkat awal kehamilan merupakan satu saat yang amat penting bagi anda. Dan apabila pergerakan lemah ini berubah menjadi tendangan-tendangan kuat, anda akan pasti bahawa kehamilan anda berkembang dengan sempurna.

    Jika anda sedang hamil buat kali pertama, anda mungkin tidak akan menyedari bila masanya bayi anda mula bergerak, sebab anda belum pernah mengalami sensasi pergerakan tersebut – sebenarnya, ramai wanita menyatakan bahawa pergerakan awal itu menyerupai denyutan yang lembut dan halus.

    Bagi kehamilan pertama, anda mungkin mula menyedari pergerakan ini antara minggu ke-18 dan minggu ke-20. Bagi kehamilan seterusnya, di mana anda sudah dapat mengenali petanda tertentu, pergerakan ini akan disedari lebih awal lagi, iaitu antara minggu ke-15 dan minggu ke-18.

    Apakah yang bayi buat di dalam itu?

    Sebaik saja pergerakan awal dirasai, yang dikatakan seakan-akan kupu-kupu mengibaskan sayap, anda akan mula sedar bahawa sensasi tersebut menjadi lebih kuat dan berlaku dengan lebih kerap. Semasa bayi anda sedang membesar, sensasi ini akan berubah dari semasa ke semasa sehinggakan anda mengalami tendangan dan pukulan yang semakin hebat apabila kehamilan anda semakin maju dan matang.

    Bayi anda tidak akan menendang dan bergerak sepanjang masa sebab, seperti kita juga, ada masa-masanya ia hanya mahu berehat dan tidur walaupun untuk 40 minit sahaja setiap kali. Tetapi, anda merasakan bahawa tempoh rehat bayi itu lebih panjang dari itu sebab anda tidak dapat merasa dan mengesan setiap pergerakan.

    Untuk makluman anda, berikut diberikan sedikit panduan tentang apa yang akan berlaku kepada bayi anda semasa ia sedang membesar dalam kandungan.






    Dari minggu ke-20 hingga ke-24

    Aktiviti bayi anda akan bertambah perlahan-lahan dari minggu ke minggu. Pada minggu ke-20, dan selama 10 minggu berikutnya, bayi anda akan melalui perkembangan yang amat giat di mana ia akan banyak menendang dan berpusing-pusing.

    Dari minggu ke-24 hingga ke-28

    Bayi anda akan mula tersedu, dan inilah sebabnya anda kadang-kala mengalami pergerakan tersentak-sentak. Sak amnion (ketuban) anda pada masa ini mengandungi cecair sebanyak 750 ml (26 fl oz) yang membolehkan bayi bergerak secara bebas. Walaupun bayi telah lama dapat mendengar bunyi, baru sekarang anda mendapati bahawa bayi tersentak apabila mendengar bunyi-bunyian yang mengejutkan.

    Pada minggu ke-29

    Bayi anda akan mula membuat pergerakan jarak kecil yang lebih mantap, disebabkan ia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda.

    Pada minggu ke-32

    Pergerakan bayi anda berkemuncak pada masa ini, dan pada minggu-minggu berikut anda akan mendapati bahawa kekerapan serta jenis pergerakan semakin bertambah disebabkan bayi anda terus membesar dan menjadi lebih kuat.

    Dalam lingkungan minggu ke-36

    Pada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama sebab otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut. Pergerakan utama yang anda akan rasakan adalah pukulan tangan dan kaki bayi anda, dan bayi juga akan membuat tendangan kuat dan perit terhadap tulang rusuk anda.

    Sekiranya kehamilan ini bukan yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh kelahiran yang dijangkakan.

    Dari minggu ke-36 hingga ke-40

    Badan bayi mula menjadi lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi itu menghisap jarinya dan sekiranya terlucut jari itu, anda akan merasakan pergerakan yang pantas dan perit disebabkan pergerakan kepala bayi dari kiri ke kanan dalam usahanya mencari dan mendapatkan jarinya kembali.

    Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang dan kadar pembesaran bayi juga akan menurun sedikit. Ini semua adalah perkara biasa dan anda tidak perlu bimbang.

    Pergerakan dan posisi di peringkat akhir kehamilan

    Pada minggu-minggu terakhir, bayi anda akan menetap dalam mangkuk pelvis anda, dan bersiap sedia untuk dilahirkan. (Sekiranya ini tidak berlaku, nasihat lanjut boleh diperolehi dari kami tentang bagaimana meletakkan bayi anda dalam posisi optimum untuk kelahiran). Kepala bayi anda terasa seakan-akan sebiji tembikai yang menekan kepada lantai pelvis dan membuatkan anda agak berhati-hati semasa hendak duduk.

    Apabila kepala bayi menurun lagi ke dalam pelvis anda, anda akan terasa "ringan", disebabkan tekanan yang dahulunya berlaku di bawah tulang rusuk anda tidak begitu kuat lagi.

    Pada peringkat ini, anda tidak akan mengalami pergerakan yang dibuat oleh keseluruh badan bayi. Di sebaliknya, anda mungkin mengalami tendangan yang tidak berhenti-henti di bawah tulang rusuk samada di sebelah kiri atau kanan, yang dipengaruhi oleh posisi bayi tersebut. Jika kulit abdomen anda nipis, anda mungkin berpeluang memegang kaki bayi anda.

    Ada masa-masanya bayi anda akan diam berehat dan ada masa-masanya anda akan mengalami aktiviti bayi yang berlebihan, lazimnya pada lewat petang atau malam atau semasa anda sedang baring dan hendak tidur!

    Berapakah tendangan yang patut saya rasakan dalam satu hari?

    Semasa anda sedang sibuk, anda mungkin kurang menyedari pergerakan bayi anda. Anda akan lebih menyedari pergerakan ini semasa anda sedang duduk berehat.


    info courtesy from :  http://www.babycenter.com.my

    Monday, November 1, 2010

    Here N There..

    Tak tahu nak tulih apa kat title... yg sbnrnya nak citer perihal weekend jek..

    Sekarang badan tgh tak larat lagi... nape tah rasa berat jek...
    makan lalu jek.. tapi tu pun x lalu  jugak untuk certain food
    smlm hubs balik men golf, ajak p Tambun,
    aku cakap xyah p jauh2 la.. p marina jek dekat sket
    kitorang g la.. dlm keadaan badan aku yg sgt berat
    plus nak tido n mcm2 lagi
    tapi kenangkan Haziq.. sian kat dia..
    asik pusing2 kat rumah jek
    dah la dia mmg x main kat luar rumah
    lama2 dok kat umh kesian gak..lagi2 rumah, rumah nenek.. tu jek la..


    Minggu depan nak balik johor..
    syok gak..
    tapi mintak2 biarlah aku rasa badan syok sikit
    boleh mintak tolong MIL masak sedap2
    klw x sehat sure makan pon x lalu
    keje makan je la..
    smlm hubs sound...
    "mama x rasa badan mama dah gemok ke"
    huh!
    aku ckp jek..
    "mmg gemok pon..."nape?

    dia x jawab pon..
    sbb gaknye dia tgk lepas aku mkn nasik, aku makan currypuff beli kat secret recipe lak.
    tapi sbnrnya..smlm aku rasa sambal udang yg aku masak tak sedap...
    bebetul x sedap ke ataupon tekak yg rasa x besh aku pon x tahu
    tapi aku tgk hubs makan mcm biasa jek.. siap tambah2 lagi..
    aku habeh makan tuh mintak permission nak p secret recipe..
    spt biasa.. dia hangguk jek..

    Ni pon aku baru jek masuk opis..
    tadi pagi tunggu kat umah..
    Cina pasang mozek dapur..
    aku benci org wat kerja2 pecah sana sini ni
    besepah! bedebu habuk sume
    habeh.... sape nak bersih kan? klw tak aku?
    aku msg hubs dia kata nanti dia vacuum
    tapi klw nak tunggu dia petang..
    sempatlah habuk tuh sampai ke ats..lagi penat nak mop kang
    nak taknak.. aku wat jek lah
    pastu akibatnya.. aku yg sakit pinggang
    napela.. agaknye baby aku dah makin beso kot..
    buat keje sket penat mcm hape tah..
    haih... dah la nak kenduri kawen angah dah ni..
    dekat dah
    lagi sebulan jek....
    rumah aku sure jadi rumah bersanggar..
    n rumah tumpangan sekali
    MIL and alin kata nak datang.. (aku suke... sbb klw dorang ni ada.. bole tolong2 aku..)
    Filah.. pon kata nak datang.. Filah ang datang la.. aku rindu bangat kat ang.. lama da tak jumpa..

    Tak tahu lah on that time muat ke tak rumah aku.. tapi kasi muat jek la kan..
    nak tunggu muat mmg korang sume tak datang la rumah aku..

    Sunday, October 31, 2010

    Kenapa Tetiba Iron lady ni jadik Lembik lak?

    semalam.. aku rasa sgtlah tidak bermaya. Badan rasa sungguh berat.. dah memang berat pon.. pagi bangun aku rasa ada tak kena.. nape aku rasa baby dalam perut aku senget hingga rasa mcm turun kebawah mencucuk ari2 aku.. tapi aku gagahkan jua pegi breakfast kat paktam ngan hubby.. pastu trs g beli mozek nak touch up kat kitchen sket ari monday ni cina nak datang wat. Waktu tu aku rasa nak jalan pon x larat.. haziq ada kat umh nenek since makngah beliau ada mmg xmo dok umh la.. Hubs pukul 1 da cabut g Teluk Intan men gop.. gasak ar.. aku mmg x masak, x menyapu.. hape pon x wat..sebiji pinggan pon x cuci..tapi dah resmi laki aku x suke tengok umh sepah.. so dia mmg x wat sepah.. tapi tetap kena makan kan.. pas makan aku longgok jek pinggan kat sinki.. Hubs balik pukul sekitar 8.30 mlm setelah aku kirim beli susu haziq.. aku mmg baring jek kat depan tv..pastu balik dia belikan makanan siap hidang sume soh aku makan.. (baru ada akai klw bini xleh bangun ek.. ) Pas mkan layan bola neg 9 lwn Kelantan sampai habeh aku naik ats.. tido...

    Esoknya.... aku bangun .. hubs mmg awal2 pagi dah kuar arini ader tornement kat KGS ..

    Waa... dapur dah bersih... ruang tamu pun bersih.... waa.... suke2..............aku tinggal cuci baju jek.....

    Ginilah..klw selalunya sihat jek.. jangan ingat diri tu mcm Firaun tak pnh sakit segala.. hari ni rasa sangat best.. bole buat apa aku nak..

    Wednesday, October 27, 2010

    T-shirt Muslimah.... sgt selesa..

    I am 6 months ++ pregnant.. kdg2 kelihatan sgt selekeh.. tapi xpela.. just for a few months.. pasni kene gigih berdiet balik.. (mudah2 an) Just bought this:

     from Fiveroses butik ..

    arini aku pakai.. amik size giler besar.. pasni kene kurang kan 1/2 size sbb beso sungguh bile aku pakai... dan arini aku pakai.. rasa sgt selesa berada di opis.. huhuhu.. silalah tengok pic dibawah.. tapi mcm biasa snap atas jek .. bwh xleh tgk.. sensored..... tuttttttttt

    Tuesday, October 26, 2010

    Ubat Hati

    Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA. Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara dan ubatilah hati kita dengan lima perkara tersebut.
    Pertama
    Baca Al-Quran dan hayati maksudnya
    Kedua
    Mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasalah
    Ketiga
    Bangun (beribadat) di waktu malam
    Keempat
    Zikir malam berpanjanganlah
    Kelima
    Sentiasalah berkumpul dengan orang-orang soleh
    * * * * *
    Pada hati yang belum tenang, tenanglah
    Pada kalbu yang masih kelam, jernihlah
    Pada jiwa yang masih tandus, basahlah
    Pada ikhlas yang kian hilang, ikhlaskanlah
    Pada dosa yang begitu banyak, bertaubatlah
    Masa begitu mencemburui
    Entah berapa banyak waktu insaf sudah terkorban
    Oleh nafsu yang duduk ditempat pertama
    Oleh lalai yang menyaluti saraf dan raga
    Oleh dunia yang tidak jemu memayung ria
    Oleh dunia yang tidak ralat menjamu alpa
    Yang hanya akhirnya mengundang rengsa
    dan hati, kian lari dari tenangnya.
    Allah ya Rabbi,
    Ku cari damai di hati.

    Bilamana duit tidak menjadi masalah.. usahlah kufur nikmat

    Bukan sahaja kesusahan adalah dugaan, malah, kesenangan yg diberikan Tuhan jua adalah dugaan. Terpanggil nak tulih macam ni sebab, melihat status hari2 seorang teman umpama menjadi rutin beliau menunjukkan kesenangan yg dikecapi.. Opss.... bukan aku cemburu.. tapi hmm.. sekadar mengingat kan diri sendiri. Usahlah menunjuk2 apa yg ada jika ianya sekadar hasil dari suami yg tak tahu dtg dr mana sumber nya (Ya Allah, ampunkanlah dosa aku jika aku tersilap) Hmmm.. beliau adalah seorang rumah sahaja, bukan graduate, bukan tokeh butik online, dan bukan sape2 pun.. and.. ops.. suami beliau hanyalah Tentera Laut seperti suami aku! Tapi mak aih.. saban minggu bercuti merata2 tempat .. menginap di hotel 5 bintang, mengunjungi kelab2 5 bintang juga. Oh baru2 ini ada juga spekulasi ditempat kerja mengatakan suami beliau sedang diperhatikan.. (Allahualam... taktahu sejauh mana kebenarannya). Aku sebenarnya tahu semua itu cuma xtahu sejauh mana kebenarannya. tapi aku malas nak campur, jangan tutup periuk nasi aku sudah.. Oh jahatnya aku, beliau xde salah apa pun dengan aku.. cuma.. rasa mcm manusia ni terlalu kufur nikmat. Bayangkan dia boleh tulih camni
    " sedang mencari samsung corby and N97 saya.. mungkin ada di bakul mainan anak"
    mak aih... ada orang pnya lah susah nak cari benda2 macam tu .. tapi dia? hp yg masih punya harganya duduk dialam bakul mainan anak beliau.. Yang lain2 banyak lagi ayat2 beliau yg kadangkala betapa beliau ini kufur nikmat.. Tahu lah senang... usahlah begitu.. kerana segala2 yang ada adalah pinjaman dan ianya adalah sementara.

    Sentap lak makcik tetiba.. hehehe..

    Monday, October 25, 2010

    Petua Mendidik Anak

    Dalam kita mendidik anak, kita memang berharap anak kita jadi anak yang soleh, baik, tidak tinggalkan sembahyang dan sebagainya. Jadi setiap hari, setiap masa bersama anak seboleh mungkin kita cuba memberi contoh teladan yang baik, sediakan pelbagai peralatan (buku, CD, komputer, tv dan sebagainya) supaya anak-anak belajar dan mencontohi yang baik-baik, menjaga permakanannya dan sebagainya. Tetapi di samping itu jangan kita lupa, berdoa kepada Tuhan itu juga penting. Segalanya berlaku hanya dengan izinNya. Di sini aku nak letak petua ayat-ayat amalan dalam mendidik anak.
    Baca ayat-ayat berikut dan sapu atas ubun-ubun anak sambil berniat dan berdoa kepadaNya apa yang kita hajatkan. Boleh juga amalkan bila nak beri anak minum air, baca ayat-ayat tu tiup-tiup pada air. Tujuannya seperti yang disebut di ataslah, supaya anak-anak jadi orang baik, soleh, lembut hati, dengar cakap mak ayah, taat perintah Tuhan dan sebagainya.
    1. Surah Al-Fatihah (1 kali)
    2. Ayat kursi (1 kali)
    3. Surah al-Insyirah (1 kali)
    4. Surah Toha ayat 1 hingga 7 (1 kali)
    Saya rasa ramai yang tahu ayat-ayat di atas, dan ramai yang sudah menghafalnya kecuali surah Toha ayat 1 hingga 7. Jadi di sini saya letakkan ayat itu bagi memudahkan kita mengamalkannya. Mudah-mudahan dengan izinNya apa yang kita hajatkan dimakbulNya.
    Maksudnya:


  1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.




  2. Taa Haa.




  3. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.




  4. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah




  5. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.




  6. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.




  7. Dialah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.




  8. Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi.



  9. Didik Anak Dalam Kandungan

    Kenapa remaja hari ini lebih sukakan dendangan muzik dan lagu-lagu dari alunan al-Quran?
    Mereka boleh bertahan berjam-jam mendengar muzik dengan earphone tersumbat ditelinga.
    Terhenjut-henjut tangan, juga kaki.
    Berapa lama mereka boleh tahan jika mendengar alunan al-Quran?
    "Ustaz, bukan remaja belia saja minat lagu, 'remaja tua' pun sama. Mana nak dengar sangat al-Quran dalam kereta. Yang mereka pasang radio atau CD lagu-lagu," kata kawan saya, bila borak pasal muzik.
    "Memang la Sham, kalau kita tak biasakan dengar Quran, macam mana nak timbul rasa seronok. Memang la susah. Tambah pula kalau dari kecik lagi seronok dengan lagu. Kena pulak ibu bapa tak minat Quran," saya menambah
    "Aha, tengok la ni, ada pulak program realiti (hakikatnya: 'fantasi') TV untuk budak sekolah. Tergedik-gedik menyanyi. Mak bapak sokong pulak tu..." ulasnya lagi.
    "Betul tu. Berhibur memang tak salah, tapi bila melampau sangat, hilang haluan. Sebenarnya dari dalam perut lagi kita kena tarbiyah anak jadi soleh," balas saya.
    Allah jadikan telinga punya tujuan. Lantas, ibu bapa perlulah didik anak agar menggunakan telinga untuk tujuan yang betul.
    Sejak dari awal lagi ibu bapa berlu membuat persediaan untuk mendidik anak menggunakan teliga dan segala pancaindera dengan betul.
    Suatu yang pasti, pasangan ibu bapa perlu membuat persediaan awal sebelum menyambut kelahiran anak.
    Persediaan yang penting bukan sahaja dari sudut kewangan dan kesihatan, bahkan juga dari sudut kerohanian dan pendidikan.
    Keinsafan ibu dan bapa tentang besarnya tanggungjawab sebagai pendidik dan ketua perlu ditanam agar anak yang lahir nanti menerima layanan dan asuhan yang sepatutnya.
    Antara persediaan awal termasuklah mendedahkan kepada janin dengan alunan yang murni di samping bersedia memilih nama yang sesuai untuk anak itu.
    Seseorang anak sudah perlu dididik ketika dia masih dalam kandungan ibunya.
    Walau pun anak itu belum mampu berkata-kata atau melihat, namun dia dipercayai sudah boleh mendengar, merasai dan menerima gelombang perasaan dari ibunya atau orang-orang yang berhampiran.
    Oleh yang demikian, ibu dan bapa digalakkan banyak menenangkan perasaan dengan membaca al-Quran, berzikir dan bertafakur.
    Ayat-ayat suci yang dibacakan itu dapat mendamaikan hati ibu seterusnya membantu perkembangan jiwa murni anak.
    Suara bacaan al-Quran juga mampu mendatangkan barakah dan rahmah dalam pembentukan anak.
    Bahkan ada juga yang berpendapat pengaruh pengajaran yang terdapat dalam ayat-ayat al-Quran yang dialunkan itu mampu menyelinap masuk ke dalam sanubari janin, lantas membentuh potensi peribadi soleh sebagaimana terkandung dalam pengajaran ayat itu.
    Sebab itulah, terdapat gesaan agar anak dalam kandungan tadi diperdengarkan bacaan Surah Luqman yang mengandungi pengajaran-pengajaran ke arah menjadi anak soleh, di samping surah-surah lain seperti Surah Al-Fatihah, Surah Al-Insyirah, Surah Al-Alaq, Surah Maryam dan Surah Yusuf.
    Si ibu juga dianjurkan agar bertaubat dan membersihkan jiwa serta mengelakkan dari terjebak dalam maksiat dan lagha sepanjang mengandung.
    Perasaan ibu perlulah damai. Jika tertekan, bayi boleh menjadi lemah.
    Wujudkan suasana girang, gembira dan syukur. Elakkan kemuraman, pertengkaran dan kalimah-kalimah yang kotor.
    Oleh itu peranan bapa selaku lelaki yang paling hampir dengan ibu amatlah penting.
    Bahkan bapa disarankan juga perlu bergilir-gilir membaca al-Quran dan berzikir bagi menceriakan halwa telinga anak yang di dalam kandungan.
    Harap kita semua boleh laksanakan, agar nanti kita dapat anak-anak yang soleh dan solehah - bukan anak-anak yang derhaka pada kita.

    Biodata Kolumnis

    Ustaz Fathi Yusuf merupakan graduan ijazah Undang-Undang Syariah UIAM dan master Undang-Undang UKM manakala isterinya, Ustazah Ros Izanuri Jamaluddin merupakan graduan Bahasa Arab UIAM. Ustaz Fathi sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang PhD di UIAM manakala Ustazah Ros Izanuri mengajar di SMK Taman Melawati, Kuala Lumpur.

    Cara nak Boh Labels kat blog.. From Makbed..

    sgt pantas.... 10 markah untuk kamu.. tapi akk kene simpan dulu.. nanti balik umah baru nak wat:




    Tutorial caner nak boh labels kat blog.

    Memula....

    Kena tahu dulu apakah itu LABELS. Labels ni adalah macam ni ekk..

    Tengok kotak berwarna merah tu. Label ni bertujuan untuk memudahkan aku dan pembaca blog lain menyemak semula entry lama-lama. Antara LABELS yang paling feymes ditekan banyak-banyak kali ialah LABEL berjudul RESEPI RAHSIA MAKBED. Sebab: Kekadang, aku pun terlupa amende yang aku tulis sebagai rencah bahan masakan.

    Cara nak bubuhnya senang aje. Tapi nak explain ni mungkin cam lemau-lemau berikutan tukang explain ni plak weng sket kepala hotaknya. Hormon tak stabil. Tengah makan asam... TETT! Tapi, aku wat gak la sebaik yang boleh. Kalau tak paham, sila telepon saya ye. U have the nambah!!

     Nampak tak menda ni kat bawah new post entry kita?


    Katelah entry pada hari itu berkisar tentang MAKANAN, (kasi contoh makanan la senang sket) jadi letaklah label yang mudah dan senang diingat. Contoh, hari ni masak IKAN SINGGANG. Sangat sedap masakan saya hari ni. Saya sungguh hepi... Nak tau resepi? Saya letakkan kat sini ek.. bla bla bla...

     Jadi... taruk le label kat situ SINGGANG. Ataupun Ikan. Atau 'masakan Ikan' atau pun resepi Ikan. PERHATIAN: BOLEH TARUK BANYAK-BANYAK LABEL UNTUK SATU ENTRY. Suka ati mu. Caranya, taip je perkataan untuk dijadikan Label tu dalam kotak yang Makbed tunjuk ni. 

    Untuk memasukkan LABEL ke dalam BLOG, perlulah anda ke "DESIGN" dan seterusnya sampai ke page cam ni..



    Klik je kat ADD A GADGET dan kendian pilih la menda ni pulak..


    Haa... senang je. Pastu, dia akan suruh korang tentukan LABELs ape nak didisplaykan. Ikut suka la nak display semua ke taknak. Haa.. camne korang nak mendisplaykannye pun ada gak. Aku dah melalut dah ni. Cube awat dulu wahai Semut Merah. semalam saya sudah bagi laksa mi. Sedap tak laksa mi tersebut?


     Untuk entry lelama, buleh gak nak boh Label. Tapi, kena edit post satu persatu la. Leceh sikit. Tapi, kamu kan rajin....

    MakBed.. Tolong Bagi Tutorial sket Bleh tak?

    Makbed.. tolong bg tutorial sket.. cemana nak wat Labels kat blog ek?? Sbb makcik ni mmglah suka explore tapi nape tah  lem... sket nak dapat wat mende2 ni.. tolong ek....

    Ps:  thanks bagi laksa mi ritu.. mmg rezeki betul..baru pas bgn tido prot lapo tetibe laksa mi dtg depan umah... hiks..

    Asik Seronok jek.. bila time x seronok.. camni lah pulak

    Aku mmg seorang perempuan yg home type... dr kecik lagi mmg dok umh jek. klw vacation pun ngan family jek.. klw nak kuar rambu ramba ngan kengkawan , nak g rombongan skolah ke.. mmg jauh skali.. p tuisyen p skolah pun mak anto.. Sampai la kawen.. hubs pun type camtu jugak.. habeh2 pun kitorang g men gop, men bowling, tgk wayang , shopping adala sekali sekala.. tu pun tgk kewangan mcmaana.. Sbb aku mmg x suke klw nak p shoping complex tu takat tgk2 n window shopping jek..

    Ari jumaat ritu hubs bawak balik slip gaji... n SURPRISE........ alhamdulilah.. adalah kenaikan tahunan tu kan.. and yang tak syok nye.. dah start potong pinjaman perumahan kerajaan tuh.... dekat 1k... yownnnnn !!Hmm.. xpela.. bersusah2 dahulu , bersenang2 kemudian, at least ada 1 benda yg dah secure dlm hidup kami sekeluarga. Wlwpon rumah takdelah besar mcm dlm citer hindustan, aku bersyukur la ada jua tempat berteduh berbanding dengan manusia yg masih takde tempat perlindungan. dan peranan aku? mulalah membayar segala utiliti rumah berseorangan.. Sblm ni aku contribute half jek.. oh.. utiliti rumah aku mcm kilang ok... huhuhu... Hubs x suruh, tapi.. silalah faham2 sendiri.. Semoga Allah memurahkan rezeki kami sekeluarga.. Aminnnn...

    Nampaknya lepas ni dok rumah jek la.. Nasib baik haziq pun mmg home type.. petang2 pun xnak kuar main basikal.. Nak vacation tunggu setahun sekali jek la.. Balik kg pun kira vacation gak kan?

    Aktiviti Mengecat





    Ari jumaat aku balik keje awal.. pegi kedai hardware beli cat. Mission adalah nak cat bilik Haziq. aku dah inforn hubs nak mengecat.. dia ckp kat aku ok cat bawah2 jek.. atas biar dia habehkan. So haziq suke sgt warna blue.. so aku beli setong cat 7l untuk cat bilik haziq and plus cat oren nak kasi belang sket . Pastu g beli border animals lak. balik rumah aku salinkan baju haziq , aku pon salin baju mulakan kerja2 mengecat.. haziq bukan ngecat dinding. tapi mengecat lantai (hilang sabar aku kejap!) tapi aku pujuk2 dia soh tido sbb lagi lmbt keje aku nak siap klw dia asik megecat lantai.. mana aku nak ngelap lantai lagi, nak ngecat lagi. Pukul 5 ptg 1 bilik siap spnhnya.Memula tu aku ngecat lah takat aku mampu berdiri jek, tapi last2 aku fikir bila pulak papa haziq ni nak sudahkan kerja aku.. Aku amik tangga, aku panjat sudahkan juga finishing bahagian ats.. sblm naik tangga aku baca doa banyak supaya x jatuh.. huuuu.. and alhamdulilah, sbb niat aku baik untuk sediakan ruang yg selesa n menarik kat anak aku, kerja aku siap gak.. pastu kikis2 cat yg jatuh, buang segala sampah, sapu2, rendam semua peralatan cat.(nanti boleh pakai lagi)aku pun menyapu.. And aku ukur n label nak pasang border lak.. kejap jek.. n.. pukul 7 siap.. and time tuh haziq pon dah bangun.... tapi mak aih... mcm nak kena strok aku rasa lenguh nya tangan n kaki , yelah.. padanlah ibu mngandung x dibenarkan buat keje2 berat mmg beza betul time x pregnant. Bilik haziq bukan besar pun, dulu aku ngecat ruang tamu lagi besar, takde apa pon.. ni sakit nya sampai esok2 nya. Huh!


     **memula cat x sampai atas..


    **yang ni dah siap.. tapi x sempat nak snap bahagian warna oren..


    Saturday, October 23, 2010

    AGAR ANAK MAHIR MEMBACA


    Mama..I'm very busy today..banyak book yang saya nak baca ni..
    Kata orang bijak pandai, "Kunci untuk mendapat pengetahuan adalah daripada pembacaan dan penulisan." Kepada kanak-kanak, keupayaan membaca dan menulis sejak dari usia tiga tahun merupakan satu kelebihan kepada diri sendiri dan kebanggaan kepada keluarga.
    Minat membaca kanak-kanak ada kaitan rapat dengan keupayaan mereka berbahasa. Secara umumnya, kanak-kanak boleh membaca dengan lancar akan suka pada buku seterusnya menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi yang menarik.
    Kanak-kanak patut diajar membaca ketika kecil lagi.
    Ketika berusia 18 bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan kemahiran membaca secara beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi penekanan ialah kesedaran umum mengenai bunyi-bunyi perkataan dan penggunaannya dalam situasi seharian. Contohnya perkataan "mama" dan "papa".
    Kedua-dua perkataan ini boleh ditulis dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana kekerapan penggunaannya.
    Apabila kanak-kanak meningkat usia 3 hingga 4 tahun, mereka sebenarnya berada dalam peringkat pembinaan bahasa yang pesat. Menurut para pengkaji perkembangan kanak-kanak, perkembangan menyeluruh kanak-kanak ialah galakan untuk perkembangan fizikal, mental, emosi, sosial dan bahasa.
    Period yang paling kritikal untuk memperkenalkan kemahiran membaca kepada kanak-kanak ialah 0 hingga 3 tahun. Ibu bapa atau guru yang bijak akan sensitif dengan perkembangan kanak-kanak pada masa ini kerana :
    • Umur 1 ½ hingga 3 tahun adalah peringkat yang paling sesuai untuk belajar dan mengingat maklumat. Kanak-kanak yang diberi kemahiran membaca pada peringkat usia ini akan menyerap jauh lebih banyak pengetahuan berbanding kanak-kanak yang tidak tahu membaca.
    • Semasa membaca, selalunya kita akan mengingat perkataan yang disebut serentak dengan perkataan yang bertulis. Begitulah juga kanak-kanak. Jika berusia 3 tahun dapat membaca, tentulah kemahiran membaca akan mempercepatkan proses pemahaman bahan bacaan yang dibacanya.
    • Kanak-kanak sangat lasak ketika berumur 2 hingga 3 tahun kerana mereka sangat dahagakan pengetahuan. Ibu bapa atau guru dapat mengesan perubahan ini dengan mengamati pertanyaan kanak-kanak seperti, "Ni apa?" atau "Apa tu?" Ujian menunjukkan kanak-kanak sejak dari umur 2 hingga 12 tahun bertanya sehingga 80 peratus daripada percakapan mereka. Apabila ke sekolah menengah, pertanyaan telah berkurangan sehingga 40 peratus.
    Kanak-kanak belajar membaca ketika masih kecil biasanya lebih cepat bertindak dan lebih faham membaca berbanding kanak-kanak yang belajar membaca semasa di sekolah.
    Sebabnya ialah kanak-kanak belajar membaca dengan senang hati dan memahaminya seperti mendengar orang bercakap manakala kanak-kanak di sekolah belajar membaca dengan perasaan takut dan membaca diajar sebagai mata pelajaran yang berasingan.
    Masalah yang menghalang minat membaca kanak-kanak.
    Setiap ibu bapa dan guru sememangnya mengingini kanak-kanak yang dapat membaca dengan lancar dan cepat. Bagi pelajar-pelajar di sekolah rendah, mereka tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru disebabkan salah satunya kerana lemah keupayaan membaca. Antara masalah yang sering membantutkan proses pembahasaan dan pembacaan kanak-kanak dan para pelajar ialah :
    • Tidak dapat membezakan bentuk, kedudukan, nama, turutan abjad dan sebutan huruf yang dilihat.
    • Tidak dapat mengingat ciri dan atribut huruf.
    • Tidak dapat mengaitkan sebutan setiap abjad apabila diadunkan menjadi suku kata dan perkataan.
    • Pengamatan penglihatan yang bercelaru apabila melihat perkataan tersusun rapi.
    • Tidak dapat membezakan bunyi huruf dalam ejaan kerana abjad tidak berkaitan langsung dengan sebutan.
    • Keliru dengan huruf seperti b dengan d, g dengan j dan j dengan z.
    • Tidak dapat bezakan simbol-simbol huruf.
    • Tidak dapat menterjemahkan bahasa baku kepada bahasa loghat untuk mengetahui tujuan dan maksud.
    Kesan tidak tahu membaca.
    Tidak tahu membaca akan memberi masalah. Bermula dari awal lagi, masalah ini berlarutan sehinggalah mereka dewasa. Keadaan ini tentulah mempengaruhi keupayaan untuk bersaing dan berjaya dalam hidup.
    Pengaruhi minat belajar. Kesan yang agak ketara ialah dari aspek psikologi seperti rasa rendah diri, kurang yakin dan cepat mengalah.
    Kajian yang dijalankan oleh Universiti Yale menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai kepercayaan diri yang terhad tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik di sekolah rendah dan situasi-situasi yang baru. Mereka juga sukar belajar menulis dan membaca berbanding dengan rakan-rakan sekelas yang lain.
    Tidak mahu belajar. Bagi mata pelajaran yang sukar seperti sains dan matematik, mempelajarinya adalah suatu bebanan. Lama-kelamaan timbul rasa jemu dan terus tidak lagi minat untuk belajar.
    Bukan sahaja sains dan matematik tetapi mungkin semua mata pelajaran.
    Belajar dalam keadaan tertekan dan tidak khusyuk. Tanpa kata-kata pujian dan rangsangan, proses belajar akan berada di bawah tekanan dan hilang keseronokan. Apa yang berlaku, kanak-kanak belajar kerana takut dan dipaksa bukannya kerana hendak belajar.
    Kurang motivasi dan semangat berlumba-lumba. Apabila tidak dapat membaca dan memahami perkataan, keinginan untuk membaca perkataan-perkataan seterusnya akan menurun dan mengurang. Keadaan ini tentulah merugikan diri mereka sendiri dan ibu bapa terpaksalah memujuk supaya semangat dan minat untuk membaca dapat dipulihkan kembali.
    Bagaimana kanak-kanak belajar membaca ?
    Pelbagai kaedah yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mempelajari bahasa mengikut peringkat umur.
    0 hingga 2 ½ tahun
    • mula mengetahui dan memahami bahasa yang dipertuturkan oleh ibu bapa ketika berusia 18 bulan.
    • belajar bahasa dengan mengumpul perkataan.
    • kaedah belajar ialah melalui rangsangan deria pendengaran secara langsung dan tidak langsung.
    • rangsangan membaca ialah memperkenalkan buku-buku yang mengandungi banyak gambar dan berwarna-warni.
    • kosa kata berkembang sehingga 270.
    2 ½ hingga 4 ½ tahun
    • peringkat kritikal dalam proses belajar bahasa.
    • terbentuk satu unit bahasa dalam otak secara berasingan.
    • perkembangan bahasa akan membantu perkembangan mental dan sosial.
    • kanak-kanak belajar membaca dengan memperkenalkan huruf bersama gambar.
    • pada peringkat ini, kesediaan membaca masih belum terbentuk sepenuhnya dan ibu bapa harus bersabar semasa membimbing anak-anak mereka.
    • mampu mengingat sehingga 1500 kota kata.
    4 ½ hingga 7 tahun
    • perkembangan otak memasuki fasa terakhir.
    • kanak-kanak sudah menunjukkan minat dan kesediaan membaca dengan mengenali banyak perkataan dan suka bertanya serta melihat gambar.
    • corak pengajaran ialah mendedahkan kepada persekitaran seperti membezakan bunyi-bunyi binatang atau kenderaan; cara ini dapat melatih kanak-kanak meningkatkan daya pendengaran mereka.
    • mampu mengingat sehingga melebihi 4500 kosa kata.
    Walau bagaimana pun sesetengah kanak-kanak masih belum dapat membaca biarpun umur semakin meningkat. Keadaan ini mungkin disebabkan mereka tidak memahami tahap-tahap pengajaran bahasa yang betul.
    Membantu kanak-kanak membaca.
    Mengajar kanak-kanak berminat dengan membaca adalah sangat penting. Terdapat beberapa panduan yang mudah bagi melaksanakan usaha anda.
    1. Jadikan membaca satu tabiat. Jemput kanak-kanak membaca dengan anda setiap hari. Bantu anak anda membaca dari kiri ke kanan dan memahami setiap perkataan yang dikatakannya, dari satu perkataan ke satu perkataan.
    2. Bacakan buku yang sukai kanak-kanak berkali-kali. Mereka akan mempelajari perkataan baru dan mengingat cerita yang mereka sukai. Seterusnya akan diceritakan kepada rakan-rakannya pula.
    3. Bacakan cerita dengan rentak perkataan yang berkaitan dan ulang beberapa kali.Contohnya perkataan "terkejut." Tunjukkan bagaimana mimik muka dan nada suara "terkejut" kepada anak anda. Tunjukkan perkataan demi perkataan sepanjang sesi membaca berkenaan.
    4. Bincangkan perkataan baru dan buatkan mereka bermain-main dengan perkataan itu. Contohnya: Rumah yang besar ini adalah istana. Siapa yang kamu fikir akan tinggal di istana?
    Jika ada gambar, tanya apa yang dilihat dan kaitannya dengan cerita berkenaan.
    Bacakan buku yang mempunyai pelbagai jenis cerita kanak-kanak seperti kisah sirah nabi, kamus bergambar, puisi dan buku-buku bermaklumat yang bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak.
    Sumber : I luv Islam.

    Friday, October 22, 2010

    Tanggungjawab Ibu Bapa Terhadap Anak-anak dalam Islam, petikan drp Kitab Anakku Hebat Anakku Saleh Terbitan Telaga Biru

    1)          Menjaganya semenjak bayi di dalam rahim ibu.  Islam tidak hanya menjaga anak selepas ia keluar tetapi sebelum itu lagi dan perkara ini dapat dilakukan dengan cara :-
    a)     Memilih isteri yang sesuai dan baik kerana perkara ini penting untuk dapatkan zuriat yang baik sampailah ke hari mati.  Nabi s.a.w. ada bersabda:
    (تخيَّروا لنطفكم)[1]                     

          Maksud: Pilihlah isteri yang sesuai untuk benih-benih kamu (anak-anak).


                   Diriwayatkan ada seorang datang kepada Saidina Umar menceritakan keburukan perangai anaknya lalu Saidina Umar r.a. memanggil anaknya dan mengingatkannya tentang besarnya dosa menderhaka ibubapa.  Si anak tadi bertanya Saidina Umar : “Tidakkah anak juga ada hak ke atas ibubapanya”? Jawab  Umar : Ya! Anak itu tanya : “Apakah dia hak-hak mereka”?  Saidina Umar menjawab hak-hak anak ialah : “Hendaklah si bapa memilih ibu yang solehah, memberi nama yang baik untuk anaknya dan mengajarnya Al-Quran.  Si anak terus jawab selepas itu : “Dia tidak membuat satu pun daripada 3 perkara itu.  Yang pertama dia tidak pilih isteri yang baik, ibuku seorang Negro (زنجيه) hamba kepada seorang majusi. Kedua dia menamakanku Ja'lun (Ja'ranun). Ketiga dia tak mengajarku satu huruf pun daripada Al-Quran”. Saidina Umar r.a. pun berkata : “Adakah kamu datang untuk mengadukan kepadaku kederhakaan anakmu........ kamu yang telah menderhakainya sebelum dia menderhakaimu”.

          -        Usman b. Abi - Al 'Ash juga ada berkata kepada anak-anaknya : Aku telah memuliakan kamu semua dengan ibu-ibu kamu yang mulia, orang yang nikah itu adalah petani, maka hendaklah seseorang petani itu memastikan tempat dia meletak tanamannya.

    Jika dia berjaya berbuat demikian sesungguhnya dia telah berjaya mendidik anaknya 20 tahun atau lebih sebelum anak itu dilahirkan lagi.  Seorang ahli bijaksana ada berkata : Mulakanlah tarbiyyah anakmu 20 tahun sebelum anak itu dilahirkan.

    b)     Menjaga kesihatan ibu yang hamil :

                Ini termasuk menjaga makan minumnya supaya dapat menjaga kesihatan bayi.  Semua yang baik dan buruk akan memberi kesan pada anak itu.  Juga menjaga hubungan dengan isteri yang hamil itu supaya dia tidak terasa sakit hati.  Ibu juga dinasihatkan tidak mengambil makanan yang memudharatkan semasa mengandung seperti merokok, minum arak dan lain-lain.

                                        Terdapat banyak bukti menunjukkan kesan-kesan sampingan yang dahsyat pada anak-anak yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang memakan bahan-bahan yang merosakkan itu seperti yang tercatat dalam kajian-kajian yang dijelaskan.

                                        Tekanan perasaan, sakit jiwa dan spiritual anak banyak dipengaruhi oleh suasana semasa ia berada dalam kandungan dan semasa ia menyusu.  Seorang ahli perubatan Perancis mengatakan tindak-tanduk anak selalu dipengaruhi oleh keadaannya semasa 5 tahun pertama hidup di dunia.  Kajian juga menunjukkan seseorang yang sakit jiwa selalunya telah terdedah kepada unsur-unsur negatif di zaman kanak-kanaknya.

                                        Realiti ini berkaitan rapat dengan tempoh hidup kanak-kanak yang pertama (5 tahun pertama) semenjak dilahirkan termasuk tempoh dia berada dalam kandungannya.

    c)     Menjaga hak harta pesaka bayi.

                   Jika bapanya mati, maka harta yang ditinggalkan tidak boleh dibahagikan sampai bayi itu dilahirkan supaya masa depannya terpelihara. Jika dibahagikan juga, maka hendaklah dikhaskan sebahagian yang tertentu untuk diberi kepada bayi itu bergantung kepada jantinanya.  Sekiranya anak yang dilahirkan itu tidak tepat seperti yang dijangkakan, maka hendaklah diberikan yang baki yang merupakan haknya atau hendaklah dipotong sebahagiannya.



    d)     Menjaga kesihatan janin.

                                        Islam meringankan beberapa perkara ke atas wanita hamil untuk memudahkannya. Sebagai contoh wanita hamil dibolehkan berbuka puasa.


    e)     Islam juga mengenakan hukuman yang berat ke atas pembunuh anak walaupun ianya masih lagi janin seperti di dalam hadith :
    (في الجنين غرّة عبد أو وليدة) [2]                          

    Maksud: Dalam membunuh janin wajib kifarah (denda) hamba lelaki atau perempuan.

             Begitu juga perempuan hamil kerana zina tidak dikenakan hukuman hudud atasnya sehingga dia melahirkan anak.  Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w.) kepada perempuan Al-Ghamidiyyah yang berzina, Baginda melewatkan hukuman ke atasnya sehingga dia melahir dan kemudian menyusukan anaknya.

    2)          Menjaga anak selepas kelahirannya.

    a)      Menjaga nasabnya iaitu si anak layak dinasabkan kepada ayahnya selepas dilahirkan.  Nasab yang dimaksudkan ialah 'bin' anak itu.  Anak yang dilahirkan mesti di 'bin' kan kepada ayahnya.  Anak-anak ayahnya yang lain adalah adik-beradiknya.
    Anak zina tidak boleh di'bin'kan kepada lelaki yang berzina dengan emaknya walaupun ada ikatan darah daging antaranya dengan anak zina itu. Ini kerana syara' tidak mengiktiraf perbuatan terkutuk itu sebagai cara mendapatkan anak.  Anak zina tidak layak mendapat harta ayah zinanya dan juga tidak berhak mewarisi harta ayahnya itu.

             Nasab itu juga sabit dengan cara tidur sekali bagi suami isteri.  Ini kerana anak itu adalah hasil perkahwinan antara lelaki dan perempuan itu (jika dilahirkan dalam tempoh yang sedia diketahui dalam Islam)

                                        Di antara hak anak juga untuk mengetahui saudara-maranya dan kaum kerabatnya. Budaya hidup dengan maksiat seperti yang berleluasa di negara-negara barat dan  falsafah Karl Marx yang mengajak dan menyeru kepada hidup bebas tidak mengenal hak ini.  Falsafah-falsafah seperti inilah yang melahirkan generasi yang tidak kenal bapa mereka.  Merekalah yang di hina dan dicaci dalam masyarakat disebabkan ketiadaan bapa yang dapat melindungi mereka.  Tempat-tempat penjagaan seperti tadika, nurseri dan sebagainya tidak akan dapat memainkan peranan sebuah keluarga yang dipimpin oleh seorang ayah yang dicurahkan kasih sayang oleh seorang ibu.

                                        Memandangkan kepentingan keturunan inilah, Islam meminta seseorang muslim untuk memastikan kesahihan nasabnya dan Saidina Umar r.a. ada berkata : Pelajarilah ilmu nasab kerana ia merapatkan hubungan kekeluargaan antara kamu.

    b)     Memberi nama yang baik :

                                     Itulah hak-hak anak-anak ke atas bapa-bapa.  Bapa hendaklah memberi nama yang baik kerana Rasulullah ada bersabda :  
    (إنكم يوم القيامة تدعون بأسمائكم،وأسماء آبائكم،فأحسنوا أسماءكم)[3]

    Maksud: Kamu akan di seru Hari Qiamat dengan nama-nama kamu dan nama bapa kamu, maka perelokkanlah nama kamu.

             Nama yang buruk yang menjadi ejekkan pada orang lain perlu dielakkan.  Nama sebenarnya memberi kesan pada jiwa anak-anak itu sendiri.  Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah lalu bertanya : Apakah hak anakku ini, jawab Baginda : Berilah nama yang baik kepadanya, ajarlah ia akhlak  yang  baik   dan  letakkanlah  dia  di tempat   yang   baik.   Di dalam  hadith disebut, sebaik-baik nama adalah nama yang menyembah dan menyucikan Allah .  Sebagai contoh satu hadith dari Ibnu Umar r.anhuma :

    (إن أحب اسمائكم الى الله عز وجل:عبد الله،وعبد الرحمن)[4]

    Maksud : Sebaik-baik nama kamu di sisi Allah ialah Abdullah dan
    Ab. Rahman.

             Al-Mawardi mensyaratkan nama yang baik itu mestilah ada 3 perkara :-

    1)     Nama ibu adalah nama orang-orang soleh.
    2)     Hurufnya pendek, senang disebut dan mudah.
    3)     Sesuai dengan tuan punya nama sendiri.

          Dengan sebab itulah kita lihat Nabi sering mengubah nama-nama sahabatnya yang kurang elok daripada segi makna.  Anak Saidina Umar R.A yang bernama 'Asiah' (آسية) ditukar oleh Nabi kepada Jamilah                      (جميلة) kerana nama yang pertama tadi maknanya orang yang berbuat maksiat.  Nabi juga mengubah nama seorang yang bernama Hazen (حزن) yang bererti duka kepada Sahal (سهل) yang bermakna mudah.  Hazen tadi tidak setuju dengan perubahan itu dengan alasan tidak mahu mengubah nama yang diletakkan oleh bapanya lalu berkekalanlah sifat duka padanya selepas itu.  Demikianlah riwayat Said bin Al-Musayyib.

          Nama menggambarkan apa yang ada dalam naluri seseorang. Ia juga memberitahu cara pemikiran seseorang dan ia akan kekal sampai matinya.  Dengan sebab itulah Islam meminta menamakan dengan nama yang baik.

          Pada hari ini kita lihat banyak nama diambil dari nama-nama yang di import di mana kebanyakkannya mempunyai makna kurang baik.

    c)     Hak anak untuk menyusu :
          Menjadi tanggungjawab bapa menyediakan penyusu bagi si anak dalam tempoh 2 tahun.  Firman Allah :

    (وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلاَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ
    [5] لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ)

    Maksud: Dan ibu-ibu yang melahirkan anak-anak, menyusukan anak-anak mereka 2 tahun bagi yang ingin menyusukan.

          Walaupun jumhur ulama' berpendapat ibu tidak wajib menyusukan anaknya secara hukuman tetapi perbuatan itu dianggap berdosa jika ditinggalkan.  Penyusuan ibu anak itu sendiri lebih memberi faedah pada anaknya berbanding dengan perempuan yang lain.  Saya cenderung untuk menghukum ibu wajib menyusukan anaknya.


    d)     Haknya untuk dapat penjagaan.

          Sekiranya ibu tidak mampu menjaga anak itu, si bapa hendaklah mencari  perempuan lain yang dapat mengganti si ibu. Pengganti itu hendaklah seorang yang beragama, berakhlak dan menepati syarat-syarat yang diletakkan oleh Islam.

    e)     Hak mendapat perbelanjaan. (nafkah sara hidup).

          Wajib atas bapa membelanjakan untuk anak-anak mereka selagi mereka tidak memiliki wang sendiri.  Bagi anak lelaki, tanggungjawab bapanya berterusan sehingga dia bekerja dan bagi anak perempuan sampai berkahwin.  Jika bapa tidak melaksanakan perkara yang di pertanggungjawabkan ke atasnya ini berdosalah dia berdasarkan hadith Nabi S.A.W :
    (كفى بالمرء إثمًا أن يضيّع من يقوت)[6]

    Maksud: “Cukuplah seseorang itu berdosa jika dia meninggalkan memberi makan yang di bawah jagaannya”.

                                     Disebabkan manusia lebih suka anak lelaki, maka Nabi telah mewasiatkan untuk menjaga anak perempuan dengan baik. Sabda Nabi S.A.W  :-
    (من عال جاريتين دخلت أنا وهو الجنة كهاتين،وأشار باصبعيه: السبابة،
     والتي تليها)[7]

    Maksudnya : Sesiapa yang menjaga 2 orang anak perempuan (dengan baik) nescaya akan masuk syurga. Aku dan dia seperti ini dan menunjuk 2 jarinya jari telunjuk dan jari tengah.

                                     Bapa perlu membelanjakan untuk anak-anaknya. Kalau tiada ayah, maka datuk atau yang lain yang bertanggungjawab melaksanakan tanggungjawab itu.  Hendaklah pihak yang bertanggungjawab itu berusaha menjadikan mata pencariannya daripada yang halal supaya ALLAH MEMBERKATI REZEKINYA ITU.

    f)      Haknya untuk belajar.

          Penting bagi bapa mengajar dan mendidik anak-anaknya dengan cara tarbiyyah yang betul supaya dia tidak rugi di dunia dan akhirat.  Antara perkara penting yang mesti dititik beratkan dalam tarbiyyah ialah memahamkan anak tentang tauhid yang betul, cara-cara ibadat, di samping mengajar mereka akhlak, cara-cara berurusan juga mengajar mereka yang halal dan haram.

          Perkara-perkara ini penting bagi mewujudkan kesedaran pada anak tentang keperluan dan tujuan hidup untuk mencapai redha Allah.
    Mendidik dan mengajar ilmu adalah wajib atas ibubapa kerana ilmu penting dalam kehidupan anak tadi.


                Akhir sekali ada beberapa hak yang lain yang perlu juga ditunaikan berbentuk hukum-hakam seperti sunat menggembirakan seorang yang akan dikurniakan anak, ucapkan tahniah bagi yang dikurniakan anak, sunat Tahniq تحنيك  )   (untuk anak yang baru dilahirkan (memberi makan bahan yang manis).  Banyak lagi perkara yang serupa yang sudah di ketahui oleh para pembaca..... Bagi yang berminat bolehlah membaca kitab Tuhfatul-Maudud Fi Ahkamil Maulud ((تحفة المودود في أحكام المولود)) oleh Ibnu Qayy'm Al-Jauziyyah.                                       

                Sekiranya semua ini dilaksanakan sepenuhnya, tentulah generasi yang bakal dilahirkan akan dapat menyelesaikan masalah-masalah. Saya katakan di sini : Lihatlah Islam telah mengiktirafkan kedudukan anak semenjak 15 kurun yang lalu sedangkan di Barat, mereka hanyalah mengambil berat tentang kanak-kanak pada awal kurun ini dengan pelbagai undang-undang yang diwujudkan.  PBB berjaya mengadakan undang-undang untuk melindungi kanak-kanak pada tahun 1959.  Undang-undang ini diwujudkan berikutan usaha-usaha untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

                Undang-undang ini menitikberat masalah-masalah kesihatan, pendidikan untuk melatih kebolehan dan kemahirannya, keperluan untuk pendidikan agama, berakhlak dengan nilai-nilai yang tinggi dan hak untuk menikmati semua peluang yang ada dan untuk melakukan hobinya.Apa yang ada dalam undang-undang ini boleh dikatakan sebahagian kecil dari hak-hak yang dianugerahkan oleh Islam untuk anak-anak.



    [1] Diriwayatkan oleh Ibn Maajah


    [2] Muttafaqun Alaih.


    [3] Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ahmad.


    [4] Diriwayatkan oleh Muslim.


    [5] Surah Al-Baqarah : 233.


    [6] Diriwayatkan oleh Ahmad,Abu Daud,Hakim dan Baihaqie.


    [7] Diriwayatkan oleh Muslim.