Friends Of Mine

Sunday, July 31, 2011

Marhaban Ya Ramadhan

Selamat Menyambut Ramadhan yang mulia, kepada semua kawan2 followers and stalkers... Semoga selamat menjalani ibadah puasa dengan mendapat keberkatan dari Yang Esa..

Saturday, July 30, 2011

Kecewa Aku..

Dah bape tahun aku tak g book fair.. last pegi thn 2010 kot.. beselahh.. aku kat taik buku... ecececeh!

Ni dok tengok banner2 kat jalan2 sekitar Manjung ada lah book fair kononnya.. da bape hari aku set2 time nak g tapi x berkesempatan gak. last2 tadi lepas masak, amni tido tgl ngan papa nya, aku ngan haziq berkobar2 nak g book fair nih..

Da la memula salah tempat.. masuk tempat fair baju bebudak.. tapi aku x minat.. kualiti baju mcm kat bundle jek. lagipun baju raya anak2 aku dah beli masa sale kat Jusco tempohari..

Aku g belakang dewan tertutup.. memula aku masuk ada org tanya aku " kak..anak ke ni?? singgah la dulu..kita nak uji IQ" aku da start nyampah dah.. ni mcm kat tesco jek.. tapi aku nak gelak.. as macam aku ajar kat Haziq.. dia jawab : takyah! haziq pandai dah" dlm hati aku.. "good son!"

Aku jalan2 memula nmpk kedai mainan. then booth maxis.. magazine lama.. ceh! mmg hampeh! ruang dewan pun byk kosong! menyampah! haziq dah ajak aku balik dia kata "jom la ma.. kita balik..haziq ngantuk la" ..

Aku pun x byk soal balik la.. malas aku, kecewa sungguh hati aku.. ingat leh lah hangkut 10 bijik novel  buat bekalan cuti hujung minggu n nak pose ni.. tapi... huh! tah pape lah organizer nya! mmg mcm taik fair mcm tuh.

Last2 balik aku x puas hati, aku singgah tesco, beli gak 2 bijik novel omputeh.. geram punye pasal. puas hati aku, dpt gak diskaun 25% tak yah susah2 g fair.. lagi syok..ekon pun ader!

Wednesday, July 27, 2011

43 perkara yg dianggap ringan yg boleh menyekat rezeki

Sumber : SINI

Bismillah..

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara
tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun
oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara
yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

Wordless Wednesday #2

Kalau aku nangeh ada tak orang nak tadah air mata aku neh?

Betullah.. rezeki itu dtg kadang2 bersyarat..

Smlm, husband ckp permohonan untuk sambung perkhidmatan da lulus.. ALHAMDULILAH.. yelah.. hutang banyak ko! kang kalau x koje nak bayo ngan hape kan.. Rumah je 1K, kereta 1k.. blom kete aku yg aku bayo seniri, kredit card, ptptn, personal loan.. etc...etc.. etc...  Kalau benti navy kang, keje apa agak2 yg nak terima laki aku sebab beliau ada diploma jek.. aku pun xtau diploma tuh boleh wat apa.. agagaga. ini bukan menghina, tapi klw ader yg tahu silalah bgtau patik yg tak tahu ni. Dengan gaji dan environment kerja sekarang, agak2 boleh dapat x lagi? tah la kan.. aku prefer dia keje Navy jek la.. so.. selamat aku jadi bini navy untuk few years akan dtg (tak tahu sampai bila~x diberitahu TTP baru nya)

Akan tetapi.... suatu yg buat aku nak nangeh ialah..........

" ada orang bgtau pa, kene draf ****.. "

hmmmm... ni yg x ske nih!

kenapa aku nak nangeh??

aku bukan navy gak yg boleh ikut beliau p keje kat sna, bukan jua penjawat awam yg boleh g mintak transper..

aku nak ikut laki aku wlw kemana pun beliau pergi.. aku kan isteri dia.. takkan nak jd weekend husband n wife.. pencen baru dok sama ke? masatu aku pun da menopos.  Anak2 pun mesti x rapat ngan papa dorang. huk huk!

klw aku ikut, aku kene berenti keje, takkan bapak aku nak kasi elaun sara hidup klw aku x koje kan? mana leh nak mintak gaji free2 jek.

klw aku benti, kete aku, utang study aku, utang CC aku,bil tipon, hutang segala hutang sapo nak bayo???

istana aku baru jek duduk setahun, belum puas pun duduk situ,nak duduk kuarters yg aku lomah nih!

kesian kat husband aku, kene travel everyweek balik manjung klw aku x ikut... mau aku nangeh hari2 ni.. wlwpon beliau kdg2 menjengkelkan.. tapi he is my HUSBAND ok! kang tetibe poket kering mau twice a week baru balik.. ni yg buat aku nak nangeh lagi ni.

Anak2.. aku kene jaga sorang ar?? x aciiiii!

banyak lg sebab musabab yg buat aku tak happy.. tapi cuma Tuhan saja yg tahu baik buruknya.. aku cuma doa jek.. Doa seorang isteri... semoga termakbul....

Tuesday, July 26, 2011

Marahkan Nyamuk Kelambu Pulak Yg dibakar

Tajuk tak hengat2 punya!

Aku dah terminate line celcom aku. Sebab?

1st aku nak tukar balik ke MAXIS. previous aku mmg pakai maxis.. tapi aku nak pakai service BIS aku tukar ke CELCOM last 2 years. Tapi aku tgk hidden caj nya makin melampau! setelah lebih setahun aku bersabar, dan beberapa org jugaklah customer sevice "mendapat" dengan aku. Aku nak tukar balik ke MAXIS. dah la nak kene pergi service centre nya jauh dr hometown aku ni, paling dekat kat Teluk Intan. tapi aku prefer pergi Ipoh sebab pastu leh g Jusco. Tapi malangnya permohonan aku kali pertama adalah gagal sebab aku masih ada kontrak 3bulan lg. Last2 habeh 3 bulan aku nak terminate jugak , tapi previous customer service dah tukar package aku pergi ke pakage hape tah. Ini yg membuatkan aku marah macam raksasa. Memang jenuh lah customer service tuh kene ngan aku. Klw bole mmg  meja tuh aku nak angkat tapi tak boleh la plak sebab meja tu bersambung2.. last2 duty manager tuh bagi jugak aku terminate. Disebabkan hari sudah petang aku tak sempat nak ke Maxis service centre untuk tukar no tuh..

Last2 aku decide pakai jek  la prepaid using others number. Tapi aku ada masalah...................

masalah aku ialah..........................

harini bila aku nak bayo hutang piutang aku, aku dapati.....................................


aku tak boleh dptkan TAC NO. Sebab???

TAC NO kat no tel yg lama.................

huwaa...


nak tuko no tel.. kene pegi CIMB isi borang. Abah korang lah!

tuh belum MAYBANK lagi.. hai.... byk nye keje nak wat..

MENYAMPAH! klw boleh nak wat telco seniri boleh tak? ini lah org tua2 ckp, marahkan nyamuk kelambu dibakar. vongok!


**tak habeh2 aku ni marahkan customer service! hahaha

Saturday, July 23, 2011

Sgt Terharu!!!!Thanks Aneng!

Aku terblog walking kat blog 1 adek ni.. n she was at Japan.. Salah 1 negara yg aku nak sgt pegi selepas India.And she wrote the entry was dedicated to me! Sgt terharu ok!

 Kenapa aku nak pegi India & Jepun why not Europe atau negara2 yg lain.. Well.. India is the country where u can see the WORLD. dimana.. kaya terlalu kaya.. yg miskin pula.. hingga tak terbayang kesusahan yg mereka tanggung. Jepun pula , Negara yg terkenal dengan bunga sakura dan matahari terbit dan org2 Jepun adalah pantas2 belaka mcm aku!. Dan juga negara itu juga punya penduduk yg sgt berdisiplin tinggi.  agagaga... Kalau aneng nak update lagi pasal negara Jepun please tag me again okeh??

Beliau cerita pasal flowers yg sgt cantik di Jepun.. Suke3!!!! Kalau nak baca sila klik SINI

Thanks Aneng!nanti nak copy pic flowers2 tu ye.. nak buat wall paper.

Friday, July 22, 2011

Anak2 Mama...

Takde harta yg lebih bernilai dlm dunia ni yg mama ada melainkan korang berdua Muhammad Haziq & Amni Aqilah. Ini lah harta yg akan Men SOLAT kan mama satu hari nanti.. Sikit lagi bila haziq pandai baca, boleh lah haziq baca blog mama ni.. wlwpon blog mama ni kadang2 suke marah orang, tapi ituje la medium yg mama ada untuk melepaskan geram. Papa korang x suke bergosip dan klw mama marah org mama kene marah balik. Papa lagi suka mama fikir sebelum cakap. Esok2 kalau haziq pandai baca usahlah haziq ikut tatabahasa yg macam keling botol yg ada dlm blog ni yer..

Entry ni mama tulis ketika kalian sedang nyenyak tido.. wlwpon mama suka marah, dan suara mama macam raksasa.. takde niat dihati mama nak mendera korang. Niat mama adalah untuk mendidik haziq dan adik menjadi insan yg kamil. Dalam doa selepas mama solat selalu mama doakan semoga korang diberi kesihatan yg baik, menjadi insan yg cintakan agama dan sejahtera di dunia dan diakhirat. Mama mmg garang, tapi haziq pnh tak tgk mama pukul haziq? wlwpon mungkin jiran sebelah ingat mama sedang dera anak2 mama.   Mama tak bagi haziq main kat luar petang2 bukan apa.. terlalu banyak perkara yg tak baik dr yg baik mama lihat kalau kamu main di luar, biarlah kamu tak pandai kayuh basikal pun, jgn risau.. selagi mama mampu tuang minyak kete , mama akan hantar kemana jua kamu nak pergi. Kesian haziq, petang2 haziq cuma main bola dengan mama yg terhegeh2 nak kejar  bola, wlwpun mama gemok, mama masih larat nak main bola ngan haziq, adik amni perhatikan kita dalam kete bulat beliau sambil beliau pun gelakkan mama yg comel mengejar bola... kadang2 kita cuci kereta papa dan mama sama2.. wlwpon mama tau haziq cuci tak bersih dan mama yg penat balik, mama cuma nak kita spend time bersama2 . supaya mama nak haziq tau.. mama sayang haziq.. mama taknak kotorkan haziq dengan budaya2 yg x elok.. itu je yg mampu mama buat.. kadang2 mama tgh masak haziq dtg dekat mama ambil sayur2 nak main potong2.. mama x pnh tak bagi kan? klw boleh kemana saje mama pergi mama nak bawak, tapi apakan daya.. haziq akan ada kehidupan haziq sendiri.. adik amni pun macam tu.. jadi.. mama cuma bole perhatikan haziq dan adik amni dari jauh je.  Semoga asas apa yg mama dah bagi akan jadi panduan haziq dan adik sampai bila2..

Malam2 kita solat sama2.. wlwpon kdg2 mama nak gelak dgr haziq baca fatihah, tapi its a good try sayang.. mama baca yassin, haziq pun baca yassin..kadang2 mama dengar macam bunyi siam.. tapi its ok sayang..  haziq amik wuuduk habeh basah baju semua.. kdg2 mama marah sebab adik meragam, mama nak solat, dlm masa yg sama adik amni nangeh nak susu.. adik selalu tak sihat.. nasib baik haziq faham.. mama tahu haziq budak baik, kadang2 adik dah tido, haziq batuk sembam muka kat bantal supaya adik tak dengar haziq batuk. Tapi 1 jek yg mama tak tahan ngan Haziq.. kenapa haziq suka buat sepah? adakah haziq nak mama terbongkok2 kemas mainan supaya mama kurus? Tapi haziq selalu ckp mama cantik.. terima kasih haziq.. wlwpon mama mcm batman waktu malam, haziq tetap ckp mama cantik. 

Haziq dan Amni, semoga kamu jadi anak yg baik.. Amni jangan lah nakal ye.. sikit lagi bulan Ramadhan, cemana mama nak masak kalau kamu asik terjerit2 mintak di dokong..? mama xde org gaji.. org xde gaji ada lah.. mama lah org itu.. 

Eh..adik dah bangun lah.. nanti sambung lagi entry ni..     



HIDUP VS LIFE

Berapa lama umur manusia paling panjang? paling sihat pun boleh maintain sampai 60 kan? pastu hidup pun kene  serbis sana sebis sini. Ada lagi dlm 30 thn kot hidup aku ni, (klw sampai) .klw boleh biarlah sempat tengok anak berjaya, kawen ada cucu. keh keh!

Hidup ini ada pasang surutnya, dan hidup ini ada hukum karma. Buat baik dibalas baik, buat jahat, pk lah seniri. Kadang tu org jahat Tuhan bg hidup lama sket, sebab nak kasi can betobat banyak2 supaya masuk kubur kang xde lah berasap kan? eh ? yeke apa aku tulih ni? selalunya org jahat Tuhan kasi mcm2 kat dia, kesenangan, kebahagiaan. Tapi jangan lupa, itu pun salah satu dugaan juga. Kadang2 kita pk Tuhan tu tak adil, tapi percaya lah Allah itu Adil, manusia yang tak adil ok? Sebab tu kita jadi org Islam kene percaya pada 6 rukun Iman. Apapun, bersyukur itu penting. Klw rasa hari ni tak bahagia, terseksa, ada lagi insan yg lebih tak bahagia dan terseksa dr itu.

Aku bukanlah pen falsafah  nak tulih pasal hidup, rasanya baru hidup kat dunia ni 30 thn rasanya xde lah matang mana nak menilai kehidupan, klw boleh centre tuh ok lah kan? Rasanya boleh duduk kat rumah teres dua tingkat berkeluasa 20' X 70' dah ok lah kan.. esok2 nak dok kat rumah 3' X 7' plak kan.. dah boleh makan sedap2 hari2 tuh pun ok lah .. SYUKUR..

Ini bukan entry bosan hidup, ini entry BENGANG dan muhasabah diri!

Wednesday, July 20, 2011

Cerita Hari Ini

Bosan nye duduk kat rumah malam ni, nak keluar malas la pulak aku sebab kalau nak keluar nak menyiapkan budak berdua ni Tesco pun tutup. Citer2 kat Astro plak mcm s**l, asik itu2 jek rancangan nya. Harga da la mahal. Rumah aku subscribe 2 piring plak tuh! Suka suki naik harga pastu servis mcm hampeh.

Tadi tghri lunch dgn Izza, hunting for something, tapi takat hunting jek la.. beli idak pun lagi, one fine day mesti BELI punyo! agagaga. Kedekut makcik ni!

Petang g umah epi lak, sembang plus gosip, well.. I had sushi at her house. Not bad ! bole buat lagi kot?? siap balik bawak bekal lagi. Faz dtg lambat sket sbb beliau entertain client. chewah! Well .. I had a great time with them.

Husband takde malam ni, pergi kursus jatidiri, esok balik la kot. Aku jarang tulih pasal husband.. bukan pasal aku tak sayang dia.. sebab aku malas nak citer tentang 18sx kasih sayang kami **bluekss! Bulan depan genap 6 thn usia perkahwinan ni.. Suami baik la.. wlwpon ada lah jugak masalah disiplin sebelum ni.. tapi biasalah kan.. manusia mana takbuat silap, belajar dari kesilapan. Tapi klw wat silap lagi mmg nak kene ambilkan galah tolong jolokkan lah. Bila beliau takde ni rasa rindu lah pulak, selalu ada jek org nak kacau aku, soh wat magik . Tau x magik apa..? suami selalu suruh buat magik megi goreng ditengah malam (maknanya nak makan megi goreng lah tuh, dia tau dah aku ni malas, jd dia soh wat magik la.. nak taknak, buatlah jugak wlwpun sambil tido!). Nanti lah aku buat 1 entry special untuk beliau di anniversary bulan depan.

Punya la payah nak tidokan Amni tadi.. rupanya nenek da ajar tido berdodoi dulu. Aduh ! letih makcik! 2jam ader kot aku tepok2 bontot montok beliau. td sms suami.. ckp badan aku rasa x sedap. Dia apa lagi ayatnye "kite nak dpt anak lagi kot" .. oh readers.. tak ah ye.. Amni baru 5 bulan.. lagipun dah pasang firewall baekk punya. agaggaga.

Pe nak buat ni ek? masak megi ok kot? sahur..............thehehehehehe

Giveaway Dari Korea @fasihah.com




nak join?? klik picca yeaaa

Wordless Wednesday #1

I miss my short hair

Orang Lain Yang Lalai.. Org lain terima padah

MACHANG – Hati ibu bapa mana tidak luluh dan kecewa apabila jari tangan kiri anak kesayangan yang dilahirkan sempurna tiba-tiba mengalami kerosakan satu demi satu berpunca daripada kelalaian orang lain.
Bagi Ismail Lee Abdullah dan isterinya, Zuhariana Baharum, kedua-duanya, 30, masalah tersebut sangat merisaukan apatah lagi apabila memikirkan bahawa anak mereka akan membesar tidak seperti kanak-kanak lain.
Dakwa mereka, jari dan tangan kiri Nur Ayreen Imanie, 6 bulan, tiba-tiba menjadi hitam dan mengecut selepas tiga minggu anaknya itu menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu kerana mengalami masalah pernafasan pada Mac lalu.
Ismail berkata, pada mulanya tangan kiri anaknya berubah menjadi hitam dan kebiru-biruan dari paras siku hingga ke jari.
Beliau kemudian terus merujuk anaknya itu ke HRPZ II sekali lagi sebelum dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan selanjutnya.
Menurutnya, ketika di HRPZ II, doktor menjalankan ujian imbasan dan mengesahkan terdapat saluran darah tersumbat pada bahagian bekas suntikan.
Bayi itu kemudian diberikan ubat pencair darah bagi mengatasi masalah tersebut namun tidak berkesan.
Menurutnya, setakat ini tiga batang jari tangan kiri sudah tanggal dan hilang akibat masalah tersebut manakala dua lagi batang jari sedang menghadapi masalah yang sama.


Semut Merah kata:
Kalau dah jadi macam ni nak saman menyaman pun x guna. Salah sape?  kalau saman dpt juta2 pun tak guna. Bukan ada jual tangan kat Tesco ke Jusco ke.. Sepatutnya org yg lalai ni lah patut dikerat jek tangan dia supaya org lain beringat n takut nak buat silap. Tak dinafikan manusia mmg x bleh x wat keje 0 mistake. tapi as experience aku lah.. Amni baru2 ni masuk hospital kali ke-2, menurut pakar kat situ, Amni x perlu kan antibiotik buat masa tuh... tapi tup2 nurse yg duty waktu bg ubat tu dah nak jab Amni ngan antibiotik tanpa rujuk rekod. Then husband ckp,  "eh apa ni, cuba tgk dulu chart ubat tu, anak saya x perlukan antibiotik tuh" baru terhegeh2 tgk rekod. Then siap jeling kat husband lagi. What? nak marah? untuk parents yg concern mcm kami ni mmg la tetiap kali masuk ubat tanye tu ubat apa, ni ubat untuk apa? kadang ada nurse  yg duty ada yg baik and helpfull ada tu yg sombong konon otai la.. yelah dah tigaploh thn jadik nurse kot.. so dia tak suke kita quiery keje dia. So, pada parents yg anak2 menerima apa jua rawatan, concernlah.. sebab lantak lah org nak jeling ke nak hape ke.. klw dah jadi, ckp ape pun x guna.. klw anak tak sempurna disebabkan org lain, duit tinggi berdiri pun dah takde gunanya. Sekian~

Tuesday, July 19, 2011

Entri Nak Cepat Dalam Kemarahan

Apa punya tajuk ni??
hahaa... aku nak cepat nih, nak siapkan dokumen nak p KL esok.
Tadi aku terawal amik ajiq balik sekolah, jadi tak tau nak buat apa..
aku g cari pasal....



di pejabat KARSIN ( pemaju rumah yg aku duduk)


aku da komplen pasal syiling umh aku belobang since aku duduk rumah ni setahun yg lalu,
tapi masih tak ada tanda2 kontraktor nak dtg betui
jadi, kali ni aku dtg, aku tak kira
aku dtg nak g MARAH orang!
nasib la sape yg ada kat konter

da 5 kali taw  aku buat report
ada ke patut budak konter tu ckp aku yg salah sebab tak follow up dia??
aku yg salah ke???
aku pun kompius.
aku nak marah dia, dia marah aku balik
last2 habeh dia cakap aku sembur dia balik

" I don't bloodycare, kontraktor u takde ke, nenek kontraktor meninggal ke, I tak kira, U must take priority complen I nih. Dah almost setahun, Klau U tak boleh handle bak nom tipon kontraktor buat syiling tuh! "

Minah ni terpinga2 tengok aku naik darah, eh2 sedap2 jek dia nak marah2 aku kan, ingat aku tak tahu marah? aku lagi lah raksasa pemarah!  adake patut dia ckp aku yg x follow up? bengong!

Sbnrnya aku takde lah nak marah kat minah tuh, sebab dia bukan tokeh umah tuh pun, yg kaya arwah Anak Karsin ni. Tapi disebabkan dia tak tahu nak jadi customer sebis , aku ajo la sesikit, bukan byk pun .. muka comei tak guna klw tak tau nak senyum kat customer. stupid!

Plus! yg aku bengang....

dia cakap apa taw kat kawan dia yg aku dengar

"Ang g la entertain akak eyeliner tebai tuh!"

Bengong!

I feel good la..! cantik eyeliner tebal dr kening tebal!
agagagagaga


cantik kan eyeliner tebal? cam hindustan pe??

Monday, July 18, 2011

Amni demam lagi

Semalam Amni demam lagi.. suhu tertinggi dicatat 39c. Aku sedar pun masa bangun pagi masa dia melalak mcm nak gila. Anak aku yg ni mmg suke menjerit sampai meremang bulu roma aku, tapi sebenarnya dia  nak susu tapi aku terhegeh2 nak wat. Aku bg mkn ubat pukul 7 pagi, tapi demam masih tak kebah.Dalam hati aku mmg dh berkira2 nak hantar pegi hospital . Kenapa aku sikit2 pegi hospital? sebab Amni ada pneumia. So beliau tak akan baik dengan antibiotik biasa ataupun ubat demam biasa klw ada jangkitan.

Cukup 6 jam, aku bg lagi ubat demam.. tapi masih tak kebah juga, last2 aku bagi paracetamol 125mg masok ikut bontot punye. Pun x kebah! klw demam mcm ni mmg aku tak wat keje lain, baik Amni ataupun Haziq mmg aku dok jeram kepala n badan jek supaya suhu boleh maintain. Aku nak bawak p hospital dah malam,tapi aku sms doktor Shalini .. beliau suruh aku cek ada bunyi mcm kertas direnyuk tak kat dada Amni. Aku cek2 takde, thne beliau tanya ada tak air liur Amni keluar banyak dr biasa? Oh yes.. aku notify mmg ada byk airliur keluar dr biasa. N doktor tuh ckp mungkin beliau nak tumbuh gigi dan ni buat baby rasa x selesa dan asik meragam. Beliau kata cuba bagi gripe water. Aku terus pump Amni 5ml gripe water. 15min pastu berpeluh2 dia. Aku pun pelik apa fungsi gripe water ni? aku baca kat botol untuk melegakan bayi yg hendak tumbuh gigi. Mungkin la Amni lega, tapi kenapa Amni berpeluh2? Dari siang aku bagi ubat demam xmo kebah2. Hari ni aku bercuti dan monitor temprature Amni time to time. Klw demam lagi mmg no choice kena bawak jugak, itu tandanya ada jangkitan kuman lagi. Tapi klw dlm masa 24jam ni beliau tak demam, means itu demam biasa lah.. Semoga Amni ok. Mama tak larat la tido spital lagi, kesian kat Papa n Haziq ..

Kadang2 aku pelik, kenapa anak aku x semena2 bole kene infection, untuk org yg x paham mungkin la bole ckp, aku tak jaga betul2.. tapi anak2 aku ni semua nya EXTRA CARE, dari baju  pakai detergent khas, botol susu pun cuci pakai yg khas punya. Time jerubu lagi la.. dengan aku2 sekali tak keluar. Aku keluar pegi keje jek. Anak aku cuma naik kereta ke rumah mak dan balik semula ke rumah kami.  Mungkin ini dugaan untuk aku dan suami untuk membesar kan anak.  Aku teringat Haziq dulu kecik2 pun macam ni, tapi bila umur dah 2 tahun semua penyakit hilang.

Oh cerita pasal haziq, aku test dia malam tadi, dia dah boleh baca story books yg aku beli.. nak upload video beliau membaca, tapi kabel kat opis lak.. Nanti aku upload di next entry.. Aku tak tahu anak orang lain.. tapi aku sangat bersyukur at 4 years haziq dah boleh membaca.. Dan aku memang takde istilah skolah budak 4 tahun tu sekolah main2. Sekolah kene betul pegi sekolah. Klw x sihat lain lah.. mmg bole ponteng.. Dikesempatan yg ada ni, Amni pun tido, aku nak tido lah jugak, nak qada tido mlm2 yg lepas  ..

Sunday, July 17, 2011

Ubat Yang Tidak Boleh Diberi Kepada Kanak2 Bawah 2 tahun

Terdapat beberapa jenis ubat yang tidak boleh diberikan kepadakanak-kanak terutamanya yang berumur 2 tahun ke bawah. Antara ubat yang telah dikenalpasti memberikan kesan yang membimbangkan ialah :
METOCLOPRAMIDE
Metoclopramide ialah sejenis ubat yang meningkatkan pergerakan atau kontraksi perut dan usus. Apabila diberikan sebagai suntikan, ia dapat melegakan loya dan muntah akibat kesan sampingan ubat anti kanser. Apabila dimakan dalam bentuk tablet atau sirap, ia dapat melegakan loya, muntah, tidak selesa perut selepas makan serta migrain. Metoclopramide juga digunakan untuk mengelak pedih ulu hatibagi pesakit yang mempunyai masalah pada saluran tekak atau berisiko mendapat pedih ulu hati akibat asid berlebihan dalam perut.
Di Negara kita, kesan advers ubat ini telah dikesan seperti‘oculogyric crisis’ (iaitu kekejangan otot pada bahagian mata yang menyebabkan beberapa jenis pergerakan tidak terkawal), kekejangan, ketegangan pada leher, badan, otot, rahang atau belakang badan, dan masalah pertuturan

PROMETHAZINE
Promethazine digunakan untuk melegakan atau mengelakkan symptom alahan seperti gatal-gatal, bersin, hidung berair dan mata berair. Ia juga digunakan untuk mengawal mabuk laut , loya, muntah dan pening-pening. Selain itu, ia juga digunakan untuk mengurangkan kerisauan sebelum dan selepas pembedahan.
Boleh menyebabkan penekanan pada pernafasan yang boleh membawa maut. Oleh itu penggunaan untuk kanak-kanak kurang dari 2 tahun adalah dilarang sama sekali.
UBATAN UNTUK BATUK DAN SELESEMA
USFDA dan Health Canada mengesyorkan penggunaan produk ‘cough and cold’ tidak boleh digunakan untuk merawat kanak-kanak berusia bawah 2 tahun kecuali atas nasihat doktor. Ubatan ini merangkumi ‘antihistamine’ (ubatan untuk melegakan selesema dan kegatalan), ‘antitussive’ (ubat batuk) dan ‘decongestants’ (melegakan hidung tersumbat).
Kesan advers yang dilaporkan seperti sawan, degupan jantung kencang, kurang tahap kesedaran dan juga kematian.
Untuk kanak-kanak kurang daripada 2 tahun:
  • Tidak digalakkan oleh sebab kesan sampingan yang serius dan boleh membawa maut.

Untuk kanak-kanak pada semua peringkat umur:
  • Jika perlu memberikan produk untuk batuk dan selesema pada kanak-kanak, baca semua arahan dan label yang disertakan. Jika tiada maklumat tentang dos untuk kanak-kanak, jangan diberikan kepada mereka.
  • Jangan berikan kuantiti atau kekerapan yang lebih daripada yang disyorkan
  • Ambil tahu kandungan ubat yang ada di dalam produk terutamanya jika lebih daripada satu ubat yang perlu diberikan. Kebanyakan produk mempunyai kandungan ubat yang sama dan pengambilan berlebihan membahayakan.
  • Sesetengah herba yang digunakan dalam produk untuk batuk dan selesema juga mempunyai kandungan yang sama dengan produk yang lain. Pastikan kandungannya terlebih dahulu.Selesema dan batuk biasanya disebabkan oleh virus dan akan reda dengan sendiri jika mempunyai rehat dan air yang cukup. Tidak perlu panik dengan memberikan ubat batuk atau selesema. Jika ia berlarutan, barulah berjumpa dengan doktor.

Keracunan Ubat-ubatan di Kalangan Kanak-kanak

Actually aku da belajar cara kira dos ubat ni ngan doktor masa Haziq admitted last 2 years.. tp aku nk share kt sini jugak, unutuk kwn2 dan aku jugak


Pertama sekali, ubat-ubatan perlulah dijauhkan daripada kanak-kanak. Hal ini disebabkan sesetengah pil ubat yang mempunyai ‘sugar coating’ (bahagian luaran pil yang keras, berkilat dan berwarna) akan disangkakan gula-gula oleh kanak-kanak dan dimakan dengan jumlah yang banyak. Begitu juga dengan ubatan bentuk cecair yang kebanyakannya berwarna dan berperisa yang mungkin disalah tafsir sebagai air sirap.Kanak-kanak mempunyai fisiologi badan yang berbeza dengan dewasa. Kematangan tubuh badan meningkat dengan masa, begitu juga dengan enzim-enzim serta organ dalam badan.Ubat-ubatan yang dimakan memerlukan enzim tertentu untuk diproses yang terdapat dalam perut, hati dan ginjal yang matang. Kanak-kanak yang memakan ubatan pada dos dewasa sekalipun akan mendatangkan mudarat, apatah lagi jika diambil pada dos berlebihan atau toksik kepadanya.Kanak-kanak perlu diberikan dos yang bersesuaian dengan umur dan berat badannya. Oleh itu, dos untuk si adik berbeza daripada abang atau kakaknya walaupun ubat yang serupa.Di bawah adalah contoh ubat yang biasa didapati di rumah dan akan memudaratkan jika kanak-kanak mengambil dalam jumlah berlebihan:

Paracetamol (atau lebih dikenali sebagai panadol)Ibu bapa perlu tahu bahawa terdapat pelbagai jenis paracetamol di pasaran. Ubat ini adalah yang paling popular untuk meredakan demam. Namun begitu, terdapat beberapa fakta yang perlu diketahui: Paracetamol terdapat dalam 3 bentuk sediaan iaitua) Pil / tabletb) Cecair / sirapc) Supositori (dimasukkan ke dalam dubur)d) ‘Soluble” / larut dalam airTerdapat 108 kes keracunan yang berlaku pada kanak-kanak pada tahun 2005 dan 14 daripadanya didapati toksik. Toksik di sini bermaksud, enzim yang sedia ada untuk membuang hasil sampingan paracetamol tidak mencukupi dan seterusnya akan memudaratkan sel-sel hati.Keracunan boleh berlaku dengan beberapa cara:

1. Anda tidak berhati-hati. Anda mungkin secara tidak sengaja memberikan dos berlebihan akibat tergesa-gesa atau tidak berhati-hati sewaktu mengukur jumlah yang perlu diberikan.

2. Formulasi salah. Berlebihan dos akan berlaku jika anda memberikan tablet  dan bukan sirap untuk kanak-kanak. Formulasi untuk kanak-kanak juga terdapat pelbagai kekuatan dos. Menghancurkan tablet untuk menyerupai dos untuk kanak-kanak tidak digalakkan.

3. Lebih adalah lebih bagus. Jika demam tidak berkurangan, anda akan menggandakan dos. Hal ini akan menyebabkan dos berlebihan

4. Sirap berwarna. Dos berlebihan berlaku jika kanak-kanak menyangkakan ubat air adalah sirap. Bagi budak yang lebih besar, mereka mungkin sudah tahu paracetamol dapat menghilangkan demam lalu meminumnya sendiri tanpa sukatan betul.

5. Rawatan berulang kali. Seandainya demam tidak kebah, anda akan pergi ke beberapa klinik atau farmasi untuk mendapat pendapat kedua. Sekiranya anda tidak memberitahu ubat yang pernah diambil sebelum ini, kemungkinan besar anak anda akan diberikan paracetamol juga dalam bentuk sirap atau supositori. Jika tidak berhati-hati, anda mungkin akan memberikan ubat yang sama berulang kali kepada anak anda.

Dos paracetamol seharusnya bergantung pada berat kanak-kanak. Dos biasa ialah 10-15mg setiap kg. Contohnya, jika kanak-kanak itu beratnya 10kg, dos sepatutnya ialah 100-150mg. Boleh diambilsetiap 4 jam dengan maksimum empat kali sehari sahaja kecuali atas nasihat doktor. Maksimum dalam sehari ialah 100mg setiap kg berat badan.Jika kekuatan paracetamol ialah 160mg/5ml, bermakna kanak-kanak 10kg memerlukan 100mg bersamaan 3-4.6ml. Jika kekuatan adalah 100mg/ml pula, ia memerlukan 1-1.5ml. Berbeza bukan?

CONTOH PENGIRAANBerat 10kg : dos perlu ialah 10kg x 10mg = 100mg· Sirap paracetamol 250mg/5ml : setiap ml terdapat 50mg paracetamolDos yang diperlukan dalam ml = 100mg/50mg2 mlBegitulah seterusnya untuk sirap paracetamol kekuatan yang lain seperti 160mg/5ml, 100mg/ml, dan 120mg/ml. Anda boleh gantikan pada pengiraan di atas untuk mengetahui dos yang paling sesuai untuk anak anda.

Saturday, July 16, 2011

Kelalaian Dalam Mendidik Anak

Anak-anak adalah amanah dari Allah SWT dan Ia sebahagian dari ujian Allah SWT kepada kita hamba-hambaNYA. Firman Allah SWT : "Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar." (QS. At-Taghabun, 64 : 15)

Sebagai ujian, Ia akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?

Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak."

Lalu Rasulullah SAW berkata "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia."

Maksud Al-Hadits, ini mungkin disebabkan beberapa kelalaian dalam mendidik anak-anak.

Kelalaian pertama : Kurang berdoa
A. Kurang berdoa semasa mengandung.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah :
- Saidul (penghulu) Istighfar
- Doa memohon rahmat (QS. Ali Imran, 3 : 8-9)
- Doa memohon zuriat yang baik (QS. Ali Imran, 3 : 38)
- Doa agar anak mengerjakan solat (QS. Ibrahim, 14 : 40-41)

B. Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :
- Doa agar anak patuh kepada Allah SWT (QS. Al-Baqarah, 2 : 128)
- Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (QS. Al-Furqan, 25 : 74)
- Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

Kelalaian kedua : Banyak memberi ajaran tarhib (menakutkan) daripada targhib (dorongan atau motivasi)
Ajaran tarhib antara lain seperti :

- menakutkan anak-anak dengan sekolah.
- menakutkan dengan tempat gelap.
- menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau.
- menggunakan kekerasan dan paksaan waktu menyuruh anak tidur.

Kelalaian ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak.
- tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
- terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti saja tanpa mengerti perasaan mereka.

Kelalaian keempat : Menegur anak secara negatif.
- mengeluarkan kata-kata kasar dan makian kepada anak-anak (terutama sewaktu marah).
- membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain.

Kelalaian kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani, rohani dan intelektual. Pendidikan intelektual lebih dipentingkan daripada pendidikan rohani. Apabila diberikan pendidikan rohani, pendidikan intelektual biasanya diberikan porsi yang lebih besar. Sehingga tidak terjadi keseimbangan.

Kelalaian keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak. Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : 'Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussein bin Ali ra. Ketika itu Aqra bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda.

Berkata Aqra : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka."

Rasulullah melihat kepada Aqra kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."' (Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelalaian ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang baik.
Orang tua tidak menunjukkan cara berpakaian yang baik dan sesuai syara bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara seenaknya atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

Kelalaian kelapan : Susunan rumah tangga yang tidak baik.
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara salah seorang dari ibu bapaknya.

Kelalaian kesembilan : Membolehkan orang yang tidak baik perilaku, kesopanan, dan ahlaknya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak.Apabila kelalaian ini terjadi, maka akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang dalam pertumbuhan.

Kelalaian kesepuluh : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton di TV ataupun video.
Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syara' dan perbualan yang dapat merosak aqidah dan pemikiran anak-anak.



Kelalaian kesebelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.
Sebagai ibu bapa kitalah yang akan diminta pertanggungjawaban di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Sumber: light of islam
Org yg b'fikiran besar byk m'perkatakan ilmu,Org yg b'fikiran sederhana byk m'perkatakan peristiwa,Org yg b'fikiran rendah byk m'perkatakan diri sdri. 

Amalan Pada Malam Nisfu Syaaban

Apabila telah selesai solat maghrib kata Imam Syahrurazi, Sohiba (Awariful Maarif) hendaklah dibaca “Yasin” dengan diniatkan mohon panjangkan umurnya dalam mentaati Allah, kemudian dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin serta diniatkan minta dimatikan dalam iman, kemudian dibacakan doanya.


Pada malam Nisfu Syaaban sangat baik dibanyakkan beristighfar dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil, dan meminta diampunkan Allah dosa-dosa ibubapa kita dan keluarga kita. Amat baik sekali dibacakan penghulu Istighfar.


  • Mohon keampunan dua ibubapa. (seberapa banyak yang boleh)
  • Mohon keampunan dan taubat diri. (70/100 kali pagi petang)
  • Membaca al-Quran.
  • Membaca Tasbih. (seratus kali)
  • Membaca Solawat atas Nabi. (10 atau 100 kali pagi dan petang)
  • Membaca Zikrullah. (seratus kali selepas solat subuh dan selepas solat asar).
Solat-solat sunat :
Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat. (Solat Sunat Hajat ditengah malam sebaik-baiknya memohon hajat
sesuatu).
Hendaklah kita sentiasa menyegerakan amal taat, dan jangan sekali-kali menangguhkannya ke masa yang lain, kerana dalam menangguh-nangguh amal taat itu mengandungi bahaya.
Sabda Rasulullah S.A.W. :-
“Rebutlah peluang lima sebelum lima :
  • Masa muda sebelum tiba masa tua.
  • Masa sihat sebelum tiba masa sakit.
  • Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
  • Masa kaya sebelum tiba masa papa dan
  • Masa hidup sebelum tiba mati.”
Sabdanya lagi :-
“Segerakanlah mengerjakan amal-amal soleh sebelum kamu sibuk, dan adakanlah perhubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan memperbanyakkan zikir (ingatan) kepadaNya.”
Akhirnya beramallah menurut keimanan masing-masing. Kalau tidak dapat semua janganlah ditinggalkan semua. Lebihan atau sisa umur kita yang masih tinggal sedikit lagi, hampir sampai ke hujungnya. Rebutlah amal sebanyak-banyak yang boleh, bertaubatlah kepada Allah dosa-dosa yang banyak, dengan segala kesungguhan untuk bekal kita di akhirat, yang akan pergi tidak akan pulang-pulang lagi. Semoga dalam keredhaan Allah S.W.T. InsyaAllah. Wallahualam.

Thursday, July 14, 2011

Lagi Citer A.S.T.R.O sengal

Tengok sini untuk berita penuh


 PPIM dah cuba dapatkan tarikh untuk bertemu Rais tetapi belum mendapat jawaban, dengan senario yang berlaku kita rasa kita perlu menyampaikan keluhan dan cadangan persatuan kepada kementerian bagi membolehkan pengguna mendapat pembelaan yang sewajarnya.” Astro nampaknya meneruskan tindakan mereka menaikkan caj, tak peduli langsung arahan kerajaan sebelum ini, kita tak boleh biarkan perkara itu terus berlaku,” tegasnya.

 Semut Merah Cakap:
Apa tindakan kita sebagai pengguna? dorang kata boikot. Tapi bg pengguna tegar ASTRO seperti suami dan anak aku, boleh kah mereka boikot. tu 2 org kat rumah aku, blom lg pengguna2 tegar yg lain. Senang lah ckp suruh boikot, then buat apa, main polis entry dengan anak2?  takpun main batu seremban? Kite boikot,   dorang putuskan siaran, so?? Apakata  SKMM amik terus tindakan yg sewajarnya pada ASTRO ni sebab ingkar? Nape nak kena takut? Nak tunggu pengguna boikot mmg takkan berkesan, sudahnya pihak ASTRO akan menang lg. Dah la makin lama siaran makin macam HAMPEH. lagi, bujang sepah lalalitamplom, fatimah juling , dan cerita2 yg x de kualiti yg lain. Sampai bila kita harus ditindas?  So, pihak yg berwajib silalah ambil tindakan. 

GIVEAWAY 1MINGGU 1 BUKU By Kedai Buku Harga Patut

GA 1 Minggu 1 Buku

saya suke baca buku
hari2 saya baca buku
anak sudah tido,
saya pun tido kroh2


Jom join contest ni KLIK

end 18 JULY 2011

Ini Entri Kemarahan Kepada A.S.T.R.O

Semut merah asik marah,... jek..

kali ni pasal ni


Semalam, tunggu lah kot ada live nak tengok Malaysia VS Arsenal, punye la aku makan laju2, mandi anak laju2, duduk sangap depan tv tunggu punye tunggu.. kat Info haram takde match ni, penyudahnye mmg takdo lah.

Kalau lah CEO Astro baca entry aku ni,memang haram x baca lah aku nak ckp kat dia,

Nape ko naikkan harga? tapi bagi rancangan2 lapok ko?
Ko berasal dari Indon ke? bila aku bukak tv jek ada citer Indon
Asik ulang2 rancangan yg sama. Bosan dowh!
Kenapa klw aku nak buang channel kena bayo fee RM20? klw nak tambah channel idak pulak mintak fee tmbhan?
Agak2 dah berapa saving aku kat akaun Astro ni yek? aku nak redeem lah..

**nasib baik lah aku suke tengok tv, klw x tengok pun aku suke dengar tv. Samelah anak dan laki aku jugak. Kalau tak dah lama aku buang ko. Panjat jek pasang ariel. buleh?

Alhamdulilah.. Akhirnya Hujan Jua

Bila jerubu, ubatnye adalah hujan,
dan alhamdulilah, pagi ni hujan turun mencurah2
semoga hapuslah jerubu itu..
kesian anak2 aku dah berminggu x keluar..
Terima Kasih Ya Tuhan..!

Wednesday, July 13, 2011

Sedap2 Jek Nak Remove Orang. Lempang kang! Mati pucuk terus ko!

Ha.. punye lah panjang tajuk entry nih..

ni citer nak citer dr semalam, tapi tak dan.. nak citer pagi td, lupa plak.. makcik dah tua..

Ni. aku teman husband tempah uniform biru semalam. Biasalah kat United Tailor (sape xtau buat2 tau sudah) jumpa lah 1 X navy yg berpangkat Lt Kom. Lagak gaya rupa gangster tua. Bawak sorang pompuan pertengahan usia dan seorang anak kecil umur lingkungan 6thn,.  Diatanya kat husband : Ni spouse U ke? husband ku jawab : ha ah.. my wife , sir. kendian dia pun cakap, ni wife I , tapi ni bukan mak XXXXX (bukan nama sebenar, anak beliau navy jugak,same ngan husband) mak dia I dah remove. Ni yg baru punya  husband: Ic, nice sir . Aku: dlm hati *bluekss.. krepot adalah! sedap jek ko remove2 org.

Dlm kete aku dok bebel kat husband pesal ckp pompuan krepot tuh nice? beliau kata takkan nak kata krepot tuan.. hahahaha.. Btoi gak kan?

heee......... geram taw klw jumpa spesis jantan mcm ni. Rasa nak REMOVE jek dr muka bumi ni! tau x pompuan yg ko REMOVE tu la yg mcm nak mati lahirkan anak yg ko buat! pergh..

****tak pasal2 jek semut merah ni!

Perlukah Ubat Selsema Untuk Anak?

Sumber : SINI


Memecahkan tradisi memberi ubat pada anak
Saya menghadapi kesukaran untuk menyakinkan para ibubapa bahawa ubat selsema dan batuk yang kadangkala diberikan oleh doktor atau dibeli dari farmasi secara over the counter (OTC) (iaitu pembelian ubat tanpa prespripsi doctor) ada kalanya tidak perlu dan membazir.
Lebih-lebih lagi jika keadaan batuk dan selsema anak-anak mereka adalah tidak serius. Inilah masalahnya jika ibubapa terlalu advance sehingga anak yang baru bersin atau batuk hanya beberapa kali terus diberikan ubat selsema dan batuk.

Mungkin niat ibubapa mereka adalah baik supaya keadaan kesihatan anak tidak bertambah teruk dan melarat sehingga mendapat jangkitan kuman di paru-paru.
Saya masih teringat lagi bila saya semasa kecil, ibubapa saya ‘membiarkan’ saya bersin dan mengalami selsema sehingga mucous (lender) selsema itu kering di pipi. Selsema saya berhenti sendiri untuk beberapa hari selepas itu tanpa diberikan apa-apa ubat.
Namun alhamdulillah saya jarang sakit, tidak seperti sesetengah kanak-kanak yang saya temui di Pusat Kesihatan yang datang mendapat rawatan dengan buku rekod kesihatan yang tebal.
Saya tidak menyalahkan kanak-kanak ini atau ibubapa mereka, namun saya mengharapkan agar ibubapa tidaklah terlalu ghairah untuk mendapatkan rawatan untuk anak-anak mereka jika keadaan mereka tidak terlalu serius.
Saya selalu menganggap bahawa selsema dan batuk adalah bukan penyakit tetapi salah satu daripada mekanisme pertahanan diri (immuniti tubuh) untuk mencegah jangkitan kuman. Apabila bendasing telah memasuki rongga hidung dan tekak, kita selalunya ada reflex untuk cuba mengeluarkan bendasing itu dengan tindakan reflex batuk dan bersin. Maka jika ianya bukannya penyakit, maka tidak perlulah diberikan ubat.
Malah saya selalu merasionalkan tindakan ini dengan memberitahu bahawa badan kita haruslah diberikan peluang untuk cuba menghalang jangkitan itu dengan pembentukan antibodi dalam tubuh.
Misalan yang selalu saya berikan ialah seperti ini. Katakan ada tentera Israel datang menyerang Malaysia. Memberikan antibiotik tanpa memberikan peluang kepada tubuh kita untuk membentuk antibodi ibarat mengundang tentera bantuan dari negara luar membantu kita membunuh tentera-tentera Israel itu sedangkan askar kita duduk senang lenang. Tanpa ’latihan’ sebegini, bayangkan jika bantuan dari tentera luar tidak datang, bolehkan askar-askar kita mempertahankan diri?
Begitu juga dengan sistem pertahanan badan. Berilah peluang untuk badan menjalani ’latihan’ dengan membentuk antibodi. Jika ’tentera’ anak kita (atau sistem imuniti badan) lemah barulah kita bantu mereka dengan tentera dari luar (antibiotik).

Di manakah kewajaran memberikan ubat?
Ubat-ubat selsema dan batuk selalunya mengandungi antihistamine (seperti actifed) selalu diberikan kepada kanak-kanak yang batuk dan selsema. Namun harus berhati-hati bahaya ubat seperti itu terutama untuk kanak-kanak yang berumur kurang dari dua tahun.
Ubat yang mengandungi antihistamine selalu diberikan kepada kanak-kanak yang mengalami simptom alergik (alahan) seperti kegatalan pada kulit, mata berair, bersin dan ruam pada kulit.
Pada Jun 2008, American Academy of Padiatric telah memberikan kenyataan tentang ubat seperti itu tidak harus diberikan kepada kanak-kanak yang berumur dua tahun ke bawah.
Ia mengatakan bahawa ubat seperti itu tidak langsung memberikan kesan kepada kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah malah boleh mendatangkan bahaya terutamanya mereka yang berumur dua tahun ke bawah jika ianya diberikan tanpa pengawasan doktor.
Badan yang mengawal ubat-ubatan di Amerika Syarikat , U.S. Food and Drug Administration juga telah melakukan penilaian terhadap penggunaan ubat batuk dan selsema yang boleh dibeli secara over-the-counter(tanpa perlu preskripsi doktor) terhadap kanak-kanak.
FDA telah mengeluarkan kenyataan secara rasmi bahawa semua ubat-ubatan seperti itu tidak harus diberikankepada kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah. US FDA memberitahu bahawa ubat-ubatan ini juga hanya merawat simptom tetapi tidak merawat penyakit sebenar. Ianya tidak berkesan kepada kanak-kanak yang berumur 2 tahun hingga ke 11 tahun.
Mengapa ianya tidak harus diberikan kepada kanak-kanak? Isu ini telah menjadi perdebatan di kalangan para doktor untuk mengimbangi kebaikan dan keburukannya.
Ini berikutan terdapat kes kematian bayi di UK akibat ubat-ubat ini secara tidak langsung.
Kanak-kanak yang mengalami selsema dan batuk selalunya juga mengalami kesukaran bernafas. Kadar oksigen yang masuk ke dalam paru-paru mungkin berkurang dan menyebabkan kanak-kanak itu mungkin rasa mengantuk.
Memberikan antihistamine ( mempunyai kesan sampingan mengantuk) pada mereka menyebabkan mereka bertambah mengantuk dan mungkin tidur pada waktu yang lama. Apabila mengantuk dan tidur, kadar pernafasan kanak-kanak ini akan bertambah kurang. Seterusnya menyebabkan kandungan oksigen dalam paru-paru bertambah kurang.
Jika kandungan kepekatan oksigen dalam darah terlalu kurang, ianya akan menyebabkan jantung berhenti dan kanak-kanak itu boleh meninggal dunia. Ini boleh berlaku pada kanak-kanak yang berumur dua tahun ke bawah.
Ia adalah kesan sampingan secara tidak langsung yang sangat dibimbangi. Namun belum ada bukti kajian sains yang menunjukkan ada kaitan secara langsung mengambil ubat antihistamine boleh menyebabkan kematian.

Apakah langkah yang selamat untuk ibubapa untuk merawat anak mereka yang batuk dan selsema?
Untuk melegakan hidung yang tersumbat (stuffy nose), ibubapa boleh menggunakan ubat titik yang mengandungi saline saja. Titikkan ke dalam hidung anak sebanyak satu atau dua titik untuk melonggarkan dan menanggalkan mukus yang pekat atau kering.
Saya juga kadang kala menyarankan kepada ibubapa agar menyedut saja mucuos (lendir) yang menyumbati hidung anak dengan menggunakan mulut. Selepas disedut, lendir itu bolehlah dibuang.
Untuk menghilangkan batuk di kalangan kanak-kanak yang berumur lebih dua tahun boleh berikan air suam atau boleh mencuba berikan setengah sudu madu.
Bagi kanak-kanak berumur dua tahun hingga sebelas tahun, dos madu yang dicadangkan ialah satu sudu. Madu dan air suam juga boleh melonggarkan lendir yang berada di tekak. Namun bagi kanak-kanak yang berumur dua tahun ke bawah, penggunaan madu dan air suam tidak digalakkan.
Demam boleh dirawat dengan memberikan ubat panadol atau paracetamol yang boleh didapati dari farmasi. Namun haruslah mengikut preskripsi yang ditetapkan oleh doktor atau ahli farmasi. Menggunakan teknik tapid sponging juga dapat membantu menurunkan suhu badan. Caranya ialah membasahkan tuala kecil dan letakkan di dahi dan celah ketiak kanak-kanak.
Ada juga ibubapa yang mengadu tentang kahak yang sukar dibuang. Ianya terlalu banyak menyebab batuk berbunyi seolah-olah asthma. Doktor akan memastikan kanak-kanak ini tidak menghidap asthma.
Saya selalu mencadangkan kanak-kanak yang lebih besar agar menggunakan teknik menghidu wap menthol. Caranya ialah dengan menggunakan air suam dan letakkan sedikit vick menthol ke dalam air yang suam. Tutupkan kepala kanak-kanak itu dengan tuala agar wap dari vick menthol itu boleh dihidu perlahan-lahan ke dalam dadanya. Tepukkan perlahan-lahan belakang dada kanak-kanak itu agar kahak yang longgar dapat dibatukkan dan dikeluarkan.

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (300910)