Friends Of Mine

Wednesday, July 13, 2011

Experience Vs V.I.C.K.S

Bila jadi ibu bapa, perkara yg paling menggembirakan adalah melihat anak2 ceria dengan kesihatan yg baik. Macam tu jugak aku, kalau anak sakit semua benda nak buat tak jadi, hati risau, gundah gelana.. hidup seharian jadi tak sempurna.  Untuk ibu bapa yg anak mengidap asthma, lagilah.. kena extra care, extra alert, extra rajin dan macam2 extra lagi.

Macam anak2 aku, selalunya asthma akan attack bila batuk berterusan selama3 hari atau lebih, mulalah dada berbunyi2 dan nafas menjadi sesak. Time tuh, mcm2 pk, nak bawak g spital ke? kang kene tahan lagi. To parent yg ada anak asthma, usah takut bwk anak pegi hospital, sebab lebih baik bawak cepat2 dari terlambat, satu sen pun x guna. Bila masalah pernafasan menjadi kronik, mcm2  perkara yg kita tak ingin terjadi , terjadi, mcm xperience aku anak yg pertama, aku cuba menidakkan yg Haziq ada asthma. jadi aku suami isteri shopping klinik, mana klinik org ckp bagus semua kami pergi. Untuk info, kanak2 yg menghidap asthma selalunya akan batuk2 di awal pagi. Macam haziq dulu hari2 . Jadi doc di private klinik bekalkan ventolin untuk beliau. Jadi bila batuk aku bagi beliau makan ventolin ni. Kesannya, mmg tak batuk dah. Tapi Haziq menggeletar. (ini memmang kesan sampingan Ventolin) Berlarutan hinggalah umur beliau hampir 3 thn. Masa kejadian, haziq menangis tak boleh tidur, dah sesak nafas.  Aku dan suami terus bawak beliau ke emergency Hospital Seri Manjung. Setelah diberi Nebulizer 2x tapi tak boleh cure jugak. Doktor jab dengan Hidrocord. pun masih tak kurang sesak nafas beliau, akhirnya haziq disorong ke wad dan diberi bantuan O2. Aku memang meleleh2 airmata tengok anak yg masih kecil macam tu. Then di wad diberi rawatan yg rapi. Neb every 2H , Selagi bacaan O2 kurang dr 95. Memang kene pakai O2. Dan keesokan hari nya Haziq kembali ceria. Lega sangat hati ni. dan serta merta perspektif negatif terhadap perkhidmatan Hospital  Kerajaan terkubur. Dan aku bernasib baik masih belum terlambat memberi rawatan pada Haziq

Bila jadi pada anak yg ke-2 . Diusia 4 bulan beliau dan diserang asthma. melalui pengalaman, 2,3 kali ke klinik tapi bunyi dada masih tak elok juga, aku terus ke emergency jugak. rwatan yg sama  juga diberikan pada anak ke-2 aku ni. Sekarang kedua2 nya pakai inhaller. Pam setiap 2 kali sehari. Dan Alhamdulilah, Haziq dah hampir 2 thn x diserang asthma lagi. Tapi batuk, selsema demam tu adalah sekali sekala, biasalah, dah nama pun kanak2..

Melalut cite experience plak.. Sebenarnya nak share info vicks sebenarnya.  Vicks ni dah macam kawan baik pada aku sefamily, kat rumah, even dalam handbag aku pun mmg ada spare vicks ni. Tak payah tunggu anak2 demam.batuk/selsema pun memang lepas mandi aku sapu vicks di dada dan belakang mereka. Tapi masa aku duduk di wad time jaga Amni haritu, doktor ada ternampak botol vicks dikatil danbeliau  kata kandungan vicks iaitu champor & menthol x sesuai dengan usia kanak2 dibawah 2 thn, (kat botol pun ada tulih.hehehe) then beliau suggest kat aku vicks yg memang untuk kanak2 dibawah 2thn iaitu 3bulan keatas. Iaitu ini: refer pic
ni la.. boleh cari kat farmasi ataupun kat sen sei.. 
 bagi yg dah tahu kewujudan vicks ni okla.. aku? memang haram x pnh tahu pun. Vicks ni tak pedas (haziq kata) maknanya tak panas la mcm vicks biasa tuh.  Yang ni aku pakai kat Amni sorang jek. Harga RM10.50 jek dapat yg besar punya. Takde packaging kecik pun vicks jns ni.

Untuk Haziq masih kekal pakai regular vicks tuh. Since  beliau memang pakai vicks ni dr kecik, umur pun 4thn dah.

Ok its all for now. Tq

2 comments:

Pia said...

"laa..tak penah tau pon ada vick jenis ni..dr ank2 akk masih baby pakai vick yg biasa tu jer..."

Unknown said...

ha ah..ader.. untuk baby ats 3bulan.saya pun dokter gtau.. klw tak pun x taw