Friends Of Mine

Sunday, July 17, 2011

Keracunan Ubat-ubatan di Kalangan Kanak-kanak

Actually aku da belajar cara kira dos ubat ni ngan doktor masa Haziq admitted last 2 years.. tp aku nk share kt sini jugak, unutuk kwn2 dan aku jugak


Pertama sekali, ubat-ubatan perlulah dijauhkan daripada kanak-kanak. Hal ini disebabkan sesetengah pil ubat yang mempunyai ‘sugar coating’ (bahagian luaran pil yang keras, berkilat dan berwarna) akan disangkakan gula-gula oleh kanak-kanak dan dimakan dengan jumlah yang banyak. Begitu juga dengan ubatan bentuk cecair yang kebanyakannya berwarna dan berperisa yang mungkin disalah tafsir sebagai air sirap.Kanak-kanak mempunyai fisiologi badan yang berbeza dengan dewasa. Kematangan tubuh badan meningkat dengan masa, begitu juga dengan enzim-enzim serta organ dalam badan.Ubat-ubatan yang dimakan memerlukan enzim tertentu untuk diproses yang terdapat dalam perut, hati dan ginjal yang matang. Kanak-kanak yang memakan ubatan pada dos dewasa sekalipun akan mendatangkan mudarat, apatah lagi jika diambil pada dos berlebihan atau toksik kepadanya.Kanak-kanak perlu diberikan dos yang bersesuaian dengan umur dan berat badannya. Oleh itu, dos untuk si adik berbeza daripada abang atau kakaknya walaupun ubat yang serupa.Di bawah adalah contoh ubat yang biasa didapati di rumah dan akan memudaratkan jika kanak-kanak mengambil dalam jumlah berlebihan:

Paracetamol (atau lebih dikenali sebagai panadol)Ibu bapa perlu tahu bahawa terdapat pelbagai jenis paracetamol di pasaran. Ubat ini adalah yang paling popular untuk meredakan demam. Namun begitu, terdapat beberapa fakta yang perlu diketahui: Paracetamol terdapat dalam 3 bentuk sediaan iaitua) Pil / tabletb) Cecair / sirapc) Supositori (dimasukkan ke dalam dubur)d) ‘Soluble” / larut dalam airTerdapat 108 kes keracunan yang berlaku pada kanak-kanak pada tahun 2005 dan 14 daripadanya didapati toksik. Toksik di sini bermaksud, enzim yang sedia ada untuk membuang hasil sampingan paracetamol tidak mencukupi dan seterusnya akan memudaratkan sel-sel hati.Keracunan boleh berlaku dengan beberapa cara:

1. Anda tidak berhati-hati. Anda mungkin secara tidak sengaja memberikan dos berlebihan akibat tergesa-gesa atau tidak berhati-hati sewaktu mengukur jumlah yang perlu diberikan.

2. Formulasi salah. Berlebihan dos akan berlaku jika anda memberikan tablet  dan bukan sirap untuk kanak-kanak. Formulasi untuk kanak-kanak juga terdapat pelbagai kekuatan dos. Menghancurkan tablet untuk menyerupai dos untuk kanak-kanak tidak digalakkan.

3. Lebih adalah lebih bagus. Jika demam tidak berkurangan, anda akan menggandakan dos. Hal ini akan menyebabkan dos berlebihan

4. Sirap berwarna. Dos berlebihan berlaku jika kanak-kanak menyangkakan ubat air adalah sirap. Bagi budak yang lebih besar, mereka mungkin sudah tahu paracetamol dapat menghilangkan demam lalu meminumnya sendiri tanpa sukatan betul.

5. Rawatan berulang kali. Seandainya demam tidak kebah, anda akan pergi ke beberapa klinik atau farmasi untuk mendapat pendapat kedua. Sekiranya anda tidak memberitahu ubat yang pernah diambil sebelum ini, kemungkinan besar anak anda akan diberikan paracetamol juga dalam bentuk sirap atau supositori. Jika tidak berhati-hati, anda mungkin akan memberikan ubat yang sama berulang kali kepada anak anda.

Dos paracetamol seharusnya bergantung pada berat kanak-kanak. Dos biasa ialah 10-15mg setiap kg. Contohnya, jika kanak-kanak itu beratnya 10kg, dos sepatutnya ialah 100-150mg. Boleh diambilsetiap 4 jam dengan maksimum empat kali sehari sahaja kecuali atas nasihat doktor. Maksimum dalam sehari ialah 100mg setiap kg berat badan.Jika kekuatan paracetamol ialah 160mg/5ml, bermakna kanak-kanak 10kg memerlukan 100mg bersamaan 3-4.6ml. Jika kekuatan adalah 100mg/ml pula, ia memerlukan 1-1.5ml. Berbeza bukan?

CONTOH PENGIRAANBerat 10kg : dos perlu ialah 10kg x 10mg = 100mg· Sirap paracetamol 250mg/5ml : setiap ml terdapat 50mg paracetamolDos yang diperlukan dalam ml = 100mg/50mg2 mlBegitulah seterusnya untuk sirap paracetamol kekuatan yang lain seperti 160mg/5ml, 100mg/ml, dan 120mg/ml. Anda boleh gantikan pada pengiraan di atas untuk mengetahui dos yang paling sesuai untuk anak anda.

No comments: