Friends Of Mine

Saturday, February 27, 2010

Kemana Pergi Tanggungjawab masyarakat? Ibu bodoh biar boypren bunuh anak!


KUALA KUBU BHARU: “Dia tendang budak itu macam bola dan langsung tak pedulikan jeritan orang ramai yang melarangnya,” kata Ahmad Fikri Khalis, 19, yang menyaksikan Syafia Humairah Sahari, 3, dibelasah sehingga mati di padang bola sepak di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini, petang kelmarin. 

Ahmad Fikri mendakwa, lelaki berusia 28 tahun terbabit yang juga pemandu teksi bukan saja menendang badan kanak-kanak malang itu, malah dia berulang kali memijak kepala mangsa hanya kerana Syafia Humairah masih di luar rumah ketika waktu senja.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, lelaki terbabit ‘naik angin’ apabila anak teman wanitanya itu tidak patuh arahannya supaya pulang ke rumah.

Difahamkan, kanak-kanak malang itu sedang bermain di padang itu sambil menyaksikan beberapa remaja bermain bola sepak sebelum diserang lelaki durjana itu.

Menurut Ahmad Fikri, lelaki terbabit secara tiba-tiba datang memarahi Syafia Humairah sebelum hilang pertimbangan lalu membelasah kanak-kanak itu tanpa belas kasihan.

“Mulanya dia menampar dan menendang budak itu. Apabila mangsa terjatuh, dia memijak kepalanya walaupun menyedari perbuatannya dilihat beberapa remaja yang sedang bermain bola sepak,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Menurut Ahmad Fikri, selepas lebih 10 minit membelasah kanak-kanak itu, lelaki terbabit beredar dari kawasan berkenaan sebelum orang ramai bergegas memberi bantuan kepada Syafia Humairah.

“Seorang daripada penduduk yang menyaksikan kejadian cuba mengangkat budak itu untuk dibawa ke hospital.

“Namun, belum pun sempat dia berbuat demikian, lelaki terbabit datang semula sebelum mengangkat mangsa memasuki teksinya.

“Dia mendakwa akan membawa sendiri ‘anak tirinya’ itu ke hospital,” katanya.

Ahmad Fikri berkata, berdasarkan pemerhatiannya, kanak-kanak malang itu sudah mati ketika dibawa masuk ke dalam teksi berkenaan.

“Mana tidaknya, saya lihat dia langsung tidak bergerak, sebaliknya muka dan tubuhnya kelihatan pucat seperti orang sudah mati.

Lebih menyedihkan, katanya, lelaki terbabit dilihat masih memukul mangsa ketika berada dalam teksinya.

“Kami (penduduk) bukan tak nak tolong, tapi diugut lelaki berkenaan supaya tidak campur hal keluarganya,” katanya.

Difahamkan, sebaik tiba di Hospital Kuala Kubu Bharu di sini, lelaki itu menyamar sebagai ‘bapa tiri’ mangsa sebelum mendakwa mereka terbabit dalam kemalangan menyebabkan anaknya itu cedera parah.

Ahmad Fikri berkata, dia dan puluhan lagi rakannya yang menyaksikan kejadian itu tidak mungkin dapat melupakan kekejaman lelaki berkenaan.
“Saya berharap pihak berkuasa mengenakan tindakan sewajarnya terhadap lelaki durjana terbabit berikutan kekejamannya itu.

“Saya yakin penduduk di sini sanggup tampil membantu siasatan jika diperlukan pihak berkuasa,” katanya.

 Ulasan dari aku..

Kepada org yg tengah main bola kat situ :
Pesal lah korang tak cepuk jek jantan tu. Dia bukan buat kat dalam rumah, dia buat depan korang? Kenapa boleh tengok je. Klw ye pon jantan tu ugut korang, dia kan hanya sorang. Kederat dia klw nak dibandingkan dengan korang yg reramai tuh apalah sangat. Takpun takkan takde hp telefon lah Polis ke, org masjidke RELA ke supaya boleh bantu korang stop jantan tuh dari pukul dak kecik tuh. Haih!

Kepada Ibu Mangsa:
Mana pegi ko waktu tu? Nape ko biar kan anak ko dipukul sampai mati dek jantan tak bertanggung jawab. Ke ko ader kat situ tengok je anak darah daging ko kene belasah sampai mati? Ko tak sakit beranak ke wei? Ke ko desperate sangat nak berlaki samapi biar jek jantan tuh pukul anak ko. Oi! pikirlah wei!Pepenat ko jaaga dak tuh sampai umo 3 thn sesenang ko biar orang bantai anak ko sampai mati.

Aku sedih dengan berita ni, sebab budak umur 3 tahun, dekat sebaya anak aku. Anak aku sekarang tengah keletah mencuba itu ini, bercakap macam2 menghiburkan hati aku dan suami. Betapa aku x boleh hidup klw sehari aku x jum;pa dia. Pegi kerja pun aku nak bawak dia. Dia memang nakal, tapi dia lah mengubat suka duka aku dan suami. Kadang2 memang x dinafikan, budak2 ni memang mencabar kesabaran dan keimanan aku dan suami, tapi bila difikirkan semula, dia adalah amanah Allah yang perlu kami jaga dengan sebaik mungkin. Ini? sanggup pula biarkan anak sendiri dipukul teman lelaki. bukannya suami beliau? apa hak lelaki itu atas anak ko lah pompuan! aku rasa lebih baik ko mandul jek tak payah beranak! org lain nak beranak mcm2 usaha nak dpatkan anak. tapi ko sesenang biar anak ko org len pukul. apalah bodoh punya mak ko ni!

Jenayah ni sama lah bodoh nya dengan jenayah buang bayi yg berleluasa sekarang ni. Dimana ibu2 tidak lagi punya perasaan. Dah bukan lagi boleh kata binatang, tapi klw ada ayat yg lebih teruk dr binatang, mmg itu lah sepatutnye dipanggil kepada golongan2 ini. Beromen mmg sedap! tapi beranak sakit tau tak?? sebab tuh Allah bagi perempuan yg mati beranak ni dikira mati syahid. Sangat sakit aku dah rasa . Lepas tu tergamak pulak buang bayi yang tak tau apa tu. Dia datang dari perbuatan tak bertanggungjawab ko. Haih! yg kes ni pun satu, dah jerih payah beranak, bela anak tuh sampai umo 3 thn, pastu senang2 teman lelaki ko pukul sampai mati, dah mati pun pukul lagi! Nauzubillah. mmg laknatullah org ini.

No comments: