Friends Of Mine

Saturday, February 20, 2010

Resepi Org Malas

Entry ni spttnya aku tulih semalam, tapi dek kerana bz mengurus kan rumahtangga,  mengurus kan itu ini, menguruskan badan yg jua x kurus2.. dah seminggu x mkn nasik nih.. huuu..

tapi memasak tetap masak untuk mengisi perut suami tersayang.. selalunye hari kerja tghari aku beli lauk siap jek untuk laki aku.. tapi disebb kan akhir2 ni laki aku complen lauk aku beli x sodap la.. jemu la.. jadik aku masak jek la yg senang2.. agak2 15 menet pon dah bole makan.. untuk yg nak coba resepi pemalas aku ni aku share kan kan sini.. untuk makan sorang punye jek..

SAMBAL SOTONG MAMA HAZIQ
Bahan2
3 ekor sotong gemok
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
secubit belacan ( x mo pon buleh)
2 sudu penuh cili yg siap dikisar
1 keping asam keping

cara2 nya
tumbuk/ blender bawang, bwang putih, belacan. Kemudian tumiskan semuanya td termasuk cili kisar tadi hingga pecah minyak kemudian masukkan sotong.Garam dan ajinomoto secukup rasa. Jangan letak air sebab sotong ni berair. masukkan asam keping dan kacau hingga sotong tersebut masak.. sedia dihidang

SAYUR GORENG MAMA HAZIQ

Bahan2
Kobis agak2 untuk seorang makan
bawang merah 1/2 biji
bawang putih 3 ulas
setengah kiub pati ayam
3 biji cili padi
10 ekor udang putih (yg kecik)

Cara2
tumis bawang, bawang putih, cili padi dan udang hingga naik bau.. kemudian masukkan kiub pati ayam, dan kobis kemudian tutup (jgn terlalu layu )angkat dan hidangkan . tak payah letak garam sbb kiub pati ayam sudah sedia ada rasa.. bagi yg x suka mnggunakan kiub boleh juga gunakan sos tiram.
SELAMAT MENCUBA! DLM MASA KURANG SETENGAH JAM ANDA DAH BOLEH MAKAN!!

No comments: