Pagi ni alhamdulillah, hujan mula turun dan aku rasa sgt selesa untuk memulakan hari aku. Cuaca di malaysia ni dijangkakan panas melampau hingga pertengahan Mac depan, lama lagi tuh. Semua dinasihatkan minum air dengan lebih banyak dan kurangkan terdedah secara terus dengan cahaya. Aku mmg dah jarang main golf, sebab aku dah tak ada kaki nak main golf. Kawan2 main golf aku dulu tah mana perginya..mungkin dah mati kot???? jadi sekali sekala nak lepaskan gian, aku ajak lah hubby main . lagipun cuaca yg sgt panas membuatkan aku x tahan berada lama2 dibawah terik matahari. Kulit aku mmg senang makan matahari. belang kat tgn aku ni dah sethn tak hilang, mcm2 jenis sunscreen aku pakai, tapi x jalan, jadi yg ye nya x payah berjemur. Kulit muka pon bila kerap berjemur frackles makin menjadi2. Nak menghilangkan nya, nak pakai skin care yg bukan murah jugak. Sbb kulit aku jugak liat n tak jalan takat pakai temulawak or scrub biasa. Alhamdulilah aku dikurniakan dgn kesihatan yg baik wlw mcmana pon keadaan cuaca, sbb aku mmg sgt menjaga kesihatan, sbb aku takut klw aku jatuh sakit n tak larat bangun, anak dan laki aku akan terbiar, sape nak prepare mkn derang? sape nak kemas umah? aku mmg tak harap sgt kat laki aku sbb dia pon punya kerja dan tanggung jawab dia sendiri. Jadi mmg setiap kali lepas solat, aku akan mohon dikurniakan dengan kesihatan yang baik supaya aku boleh menjalankan tanggungjawab aku dengan sempurna. Kunci pada kesihatan yg sempurna ialah minum air putih lebih dari 8 gelas sehari, elakkan meminum air yg banyak mengandungi gula. Sbb bila glukos tidak dibakar ianya akan bertukar menjadi toksik. Tu yg boleh jadi kegagalan buah pinggang, kencing manis dan sebagainya. Tapi gula juga perlu sebagai sumber tenaga. apapun jua, jangan amibil berlebihan. aku harap aku akan sihat seumur hidup aku, klw boleh sampai tua. Macam ayah aku, beliay amat menitikberatkan kesihatan, Umur beliau akan menganjak ke 55 thn bulan depan, alhamdulilah beliau tidak ada penyakit, dan masih bersemangat. Masih bekerja dan terus mengejar cita2. Diumur begitu kadang2 aku lihat, ada yg dah sibuk buat treatment itu dan ini. Tapi alhamdulilah, ayah masih kuat. Bawak lah kereta sejauh mana pon, beliau masih gagah. Untuk pengetahuan readers, ayah aku berulang alik Lumut-KL setiap 2 hari adakalanya disebabkan urusan kerja. Beliau bukan memandu BMW 7 series atau mercedes C-class tetapi jeep buruk, manual yg sgt keras clutch nya. Itulah beliau, wlw ada kereta seelok mana pon, masih mahu memandu kereta buruk beliau. Tak boleh nak kata apa, bila suruh bawak kereta elok yg ada tuh, alasan beliau, beliau sudah bercita2 nak beli jeep buruk tuh dari masa beliau muda lagi. Hmm.. gasaklah ayah!
Ayah sgt bersemangat dan bercita2 tinggi, dulu kami orang susah, wlwpon ayah kerja kerajaan dulu, tapi gaji beliau bukan besar sepertimana kerja kerajaan sekarang, aku, mak dan adik2 mmg jarang berbelanja, hanya cukup makan setiap hari. Beli baju lagilah, hanya waktu raya jek, selebihnya pakai saja apa yg ada. Dari situ, aku bercita2 tak nak susah n belajar pandai2. hahaha.. and alhamdulilah aku berjaya mencapai cita2 aku. Dari rumah kuarters kerajaan ker rumah teres yg aku duduk skrg hasil titik peluh ayah, ayah beli. Dan ayah memang bercita2 nak jadi kaya. Berbelas thn kami tinggal di rumah teres yg harga nya 40k ketika itu (sekarang harga pasaran rumah itu sekitar 160k) . Ayah dikurniakan dengan rezeki dan ayah beli rumah banglo pula. Dan sekarang ayah , mak tinggal di rumah itu. Dan ayah terus manambah asetnya dengan memebli sebuah lagi apartment di KL. Dan rumah kedai dimana kami bekerja sekarang. Semuanya atas usaha keras ayah selama ini, walau demam, wlw sakit kaki, wlw hujan ribut, beliau gagah bekerja,naik turun tangga pejabat demi mengejar projek2 yg menhasilkan rezeki. Itu lah ayah! SEMANGAT DAN DISIPLIN. aku nak jadi macam ayah juga.. Ayah tak pernah mengira harata2 pusaka arwah atok yg ditinggalkan untuk beliau. Sebaliknya hasil dari tnh pusaka itu, disedekahkan kepada adik beradik beliau yg lebih memerlukan.
***ini ayah aku (yg paling tua tu lah..)takada gambar beliau sorang..
dari cerita cuaca panas, ke cerita ayah pula.. hmm.. tapi aku sbnrnya tgh pns hati dengan mak sedara aku sebenaarnya. . Sedap2 je sekolah kan anak kat sini, pastu duit tmbg bas balik KL soh mak ayah aku beli, klw sekali 2 tak apa, ini tetiap kali! aku tau mak ayah tak merungut tapi aku sakit hati! x ada tanggungjawab ke? Pas tu adik aku plak jadik driver derang hamik hantar derang balik skola. Esok2 klw adik akim p sambung balajo sape plak? mak la plak kan? Ceh! dah la.. aku mls nak ulas pepanjang.Kang terkeluar bentuk maki hamun pulak.
No comments:
Post a Comment