Friends Of Mine

Monday, February 28, 2011

Petua Agar Isteri Sentiasa DiCintai Suami

Ada segelintir isteri beranggapan bahawa mereka berhak atas cinta suami mereka.  Anggapan ini tidak sepenuhnya salah, kerana memang salah satu asas, tegaknya sebuah rumah tangga bahagia adalah adanya mawaddah (cinta) antara suami isteri.  Tetapi harus direnungkan bahawa cinta tidak datang dengan sendirinya, dan ketika ia hadir, tidak ada yang dapat menjamin ia akan menetap selamanya. Cinta memerlukan usaha. Jika ingin suami selalu cinta kepada anda, anda tidak boleh hanya diam dan berkata, "Alaa, dia kan suami saya, secara automatik dia mencintai saya! Kalau tidak, mengapa dia memilih saya untuk jadi isterinya?"

Bahawa suami mencintai anda kerana anda adalah isterinya memang betul, tetapi apakah anda yakin cintanya selalu ada dan terus ada selamanya?

Ramai juga wanita yang tidak berasa yakin setelah menjalani kehidupan rumah tangganya sekian tahun, apakah suami saya masih mencintai saya seperti dulu? Kerana itu, berhentilah bersikap pragmatis. Berusahalah membuat suami anda selalu cinta, malah dari hari ke hari semakin bertambah cinta kepada anda

Seseorang isteri yang ingin selalu dicintai suaminya hendaknya menyedari bahawa jurus yang paling penting dan efektif untuk meraih itu adalah dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Bagaimana caranya?  Caranya ialah dengan berusaha sedaya upaya untuk mentaati dan menjalankan perintahNya serta menjauhi laranganNya. Dalam kata lain, dengan berusaha menjadi seorang muslimah solehah. Harm bin Hayyan, seorang ulama di masa Khalifah Umar bin Khattab ra berkata, "Tiada seorang hamba yang mendekatkan dirinya kepada Allah SWT, melainkan Allah akan mendekatkan hati orang-orang mukmin kepadanya, dan istri yang senantiasa mendekatkan dirinya kepada Allah, maka Allah akan mendekatkan hati suaminya kepadanya sampai ia mendapatkan cintanya."

Petua Agar Suami Selalu Cinta
1) Berusaha dengan tulus dan ikhlas 'menyerahkan hidupnya' untuk berbakti kepada suami sambil berharap pahala Allah. Potensi yang dimilikinya, kedudukannya di masyarakat dan kesibukannya beraktivitas diluar rumah tidak membuat dirinya terlena dan lupa bahwa ia memiliki peluang meraih syurga Allah dengan berbakti kepada suaminya. "Apabila seorang perempuan menunaikan solat, puasa, memelihara kemaluannya dan berbakti, mentaati suaminya, dia akan masuk syurga." (HR al-Bazzar).

Isteri seperti ini memiliki nilai yang tinggi di mata suaminya dan akan selalu dicintai suaminya. Berusaha untuk menjadi perempuan yang bersahaja dalam nafkah. Tidak banyak menuntut, menerima dengan rasa syukur betapa pun sedikitnya pemberian suami, dan tidak berlebihan dalam membelanjakan nafkah yang diberikan suami. Bila Anda sanggup selalu bersikap seperti ini, cinta suami akan selalu tercurah untuk Anda.

2) Sederhana dalam penampilan. Sebuah penelitian menyebutkan bahawa umumnya laki-laki tidak menyukai perempuan yang berpenampilan wajah penuh riasan atau mekap tebal, sebaliknya kesederhanaan lebih menarik bagi mereka kerana menurut mereka lebih memancarkan kecantikan perempuan. Tetapi ini tentu saja relatif, kerana itu, kenali kecenderungan suami Anda, apakah ia menyukai penampilan yang anggun atau yang sederhana? Kemudian setiap bersamanya, sesuaikan penampilan Anda dengan kecenderungannya itu. "Sebaik-baik perempuan adalah yang menyenangkanmu bila engkau memandangnya, mentaatimu bila engkau perintahkan dan menjaga dirinya dan hartamu bila engkau tidak di rumah" (HR Thabrani).

3) Berusaha untuk selalu sabar dan tidak menyakiti hati suami. Adanya perselisihan atau perbezaan pendapat diantara suami isteri terkadang dapat memicu terjadinya pertengkaran kecil atau besar. Apabila anda menghadapi keadaan ini, ingatlah, anda sedang berhadapan dengan seseorang yang Allah berikan kepadanya hak yang sangat besar atas diri Anda. "Seorang perempuan belum dianggap menunaikan hak Tuhannya sehingga ia menunaikan hak suaminya." (HR Ibnu Majah).

Oleh itu apapun yang bergelojak di hati anda, berusahalah untuk tetap sabar dan menahan diri untuk tidak menyakiti hati suami anda.

"Tidaklah seorang perempuan menyakiti hati suaminya di dunia, melainkan bidadari calon isterinya (di akhirat) berkata, "Janganlah engkau sakiti dia, Allah s.w.t. membencimu. Sesungguhnya dia di sisimu hanya sementara waktu, dan akan berpisah dari mu untuk berkumpul dengan kami." (HR Ahmad).

Percayalah, isteri yang mampu bersikap seperti ini akan selalu dicintai suaminya. Dapat mendampingi suami dalam suka dan duka. Roda kehidupan selalu berputar, kadang manusia mengalami saat-saat yang menggembirakan dimana kehidupan berjalan sesuai dengan harapan. Adakalanya manusia mengalami hal yang sebaliknya. Nah, apapun keadaan yang dialami suami Anda, berusahalah menjadi pendampingnya yang setia. Di saat suka menjadi pengingat agar suami tidak terlena, disaat duka menjadi penglipur lara.

4) Belajarlah cara dan teknik menyenangkan suami di tempat tidur dan anda akan mendapati suami selalu melimpahkan cintanya untuk anda.

Tuesday, February 22, 2011

Fadhilat Surah Al-Fatihah

1. Untuk Penawar Racun dan Kala Jengking
Isilah gelas dengan sedikit air yang dicampur dengan sedikit garam. Bacakanlah surah al Fatihah 7 kali pada air di dalam gelas itu. Kemudian berilah orang yang disengat lipan itu minum dan usapkanlah sedikit di bahagian sengatan tadi. Insyaallah dengan ikhtiar itu racun yang ada di dalam badan akan menjadi tawar sehingga cepat sembuh kembali.


2. Untuk Menghilangkan Sifat Lupa
Tulislah surah al Fatihah pada bekas air seperti gelas, piring, dan lain-lain) yang bersih lagi suci. Lalu tuangkanlah air ke dalamnya supaya tulisan itu terhapus. Kemudian berilah minum kepada orang yang selalu pelupa. Insya Allah usaha ini akan berhasil dengan kesabaran.


3. Untuk Penyembuhan Segala Penyakit
Ambillah sebaldi air lalu dibacakan surah ini kepada air itu sebanyak 40 kali. Kemudian basuhlah kedua tangan, kedua kaki, muka,kepala dan seluruh anggota badan sampai rata dengan air itu. Insya Allah dengan ikhtiar ini, penyakit yang dialami akan sembuh. Lakukanlah berkali-kali.


4. Untuk Penyembuhan Penyakit Mata
Bacalah surah ini 41 kali sehabis sembahyang subuh kepada orang yang sakit mata. Kemudian usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air ludah iaitu selepas membaca al Fatihah. Insya Allah akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah al Fatihah ini.


Penawar Untuk Panas Baran

pertama
Surah Ali Imran : 200
Ertinya : "Wahai org-org yg beriman! Bersabarlah kamu 
(menghadapi segala kesukaran dlm mengerjakan perkara-perkara kebajikan) 
dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih drpd kesabaran musuh di medan perjuangan) 
dan bersedialah (dgn kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) 
serta bertaqwalah kamu kpd Allah, supaya kamu berjaya."

kedua
Surah Al-Anbiyaa' : 69
Ertinya : "Kami berfirman : Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kpd Ibrahim."
 
ketiga
Berusahalah utk berwudhuk ketika sedang marah.
 
keempat
Jika sedang berdiri di waktu marah, maka duduklah. 
Jika sedang duduk ketika marah, maka baringlah.

 kelima
Berbanyakkan beristighfar ketika sedang marah.

 keenam
Selalu ingat dalam hati ketika marah:
"Syaitan yg buat aku marah dan dia akan bergembira kalau aku marah. 
Buat apa nak buat syaitan gembira, siapa dia tu? 
Buang masa je dan tak ada faedahnya. 
Ingat Allah lagi berpahala besar. 
Dialah yg bagi aku rezeki dan segala yg aku ada sekarang. 
Syaitan tak bagi apa-apa, bagi masuk neraka lagi adalah!"

 ketujuh
Banyakkan berselawat atas Nabi Muhammad s.a.w. dan zikir kpd Allah. 
Satu kali kita selawat di atas Nabi s.a.w, 10 kali Allah selawat atas kita. 
Jadi, kalau dah banyak kali Allah selawat atas kita, 
mesti kita selamat drpd apa-apa yg Allah tak suka 
termasuklah semua perangai buruk manusia spt panas baran.

kelapan
Banyakkan berdiam diri, insyaAllah sejuklah hati. 

Sunday, February 20, 2011

Mama boleh main Golf lagi ke?

tadi suami pulang bawak mini bar untuk hadiah tornement kali ni.. Tahniah2... wlwbagaimanapun h/cap beliau sure lah kene potong... takpe... ader  improvement at least...

tadi hubby sms ckp dpt 2nd place utk tornement td.. aku ingat dpt lcd tv.. leh la aku gantikan tv 21inch haziq yg kat ats tuh.. da tua tv tu.. haziq pun asik berebut nak tgk tv kat bwh ngan papa.. tapi syukurla dpt mini bar pun..

aku ckp kat hubby gini :
aku : pasni ma xley main gop lagi lah ek.. da der baby ni
hubs: pesal lak.. boleh jek.. sekali sekala kita g main la mcm selalu..
aku : eh yeke.. bole ek.. 
hubs: nanti pa sambung membership kat damai kita main kat sana sesama bila free, tapi kene tunggu kuat dulu la.. skrg takleh..

aku ingat time untuk berleasure2 dah takde.. tapi hubby mmg understanding.. tak pnh kongkong n paksa aku .. kebanyakan perkara yg aku suke buat selagi x salah dimata dia selalunya dia courage lagi. Dulu pun masa aku x main golf lagi aku salu bising dia balik lambat.. tp bila dia dah hangkut aku sekali, baru lah tau .. balik lambat bukan kemana pun.. kdg matahari terbenam pun masih mukul lagi..

tadi hubby ckp kene kurus lagi.. ni yg x syok dgr.. susah tol nak kurus .. kene turun lg 10 kg.. adei..... letihnya makcik!

Saturday, February 19, 2011

BAHAGIA dengan cara kita

BAHAGIA

apa definisi bahagia pada anda?ada yg mentafsir bahagia bila

duit tidak menjadi masalah
menghuni rumah yg besar bagai istana
jadi boss besar di opis besar
boleh main poker di vegas saban minggu
bercuti ke luar negara bila2 perlu
kahwin dengan anak raja...

dan mcm2 lagi..

tapi bagi aku, bahagia terletak dalam hati kita sendiri.. jika rasa bahagia.. bahagia lah.. jika merasakan tidak. tidak lah. Ini juga bersangkut paut dengan mental set kita.. Ini cerita BAHAGIA aku.Klw masa kanak2 dulu aku sgt bahagia bila bila ayah ada disamping aku dan mak sbb ayah selalu takde tinggalkan kami pergi sailing. Bila dah bersekolah, aku bahagia menjadi orang paling pandai dalam kelas, bila menginjak remaja, aku bahagia punya kawan2 yg boleh hang out dengan aku wlwpun kami terpaksa naik bas hijau (yg kini xde lagi) kesana kemari.. (Izza.. do u remember?) dan remaja juga tak pnh lari dari perasaan jatuh cinta buat pertama kali. Itu juga bahagia.. selepas itu aku bahagia bila diterima masuk Universiti ketika usia 18 thn wlwpun bukan Universiti pilihan aku tapi aku tetap meneruskan pengajian hingga tamat , melihat orang tua aku bahagia, aku sgt bahagia..

Tapi aku kurang bahagia bila mula bekerja pada mulanya, di tempat kerja pertama, aku mula kenal masalah ditempat kerja, masalah menguruskan kewangan bilamana dipertengahan bulan aku terpaksa meminta sedekah pada mak demi mengisi minyak kereta  (satria ketika itu) , stress bilamana kena outstation.. dan mcm2 lagi. Tapi itu mula2 kerja.. smentara nak stabil..

Bahagia datang lagi bila aku berkahwin dengan lelaki pilihan aku dengan restu ayah dan mak, majlis perkahwinan diadakan sgt meriah wlaupun simple.. punya suami membuat kan hidup aku mula teratur kerana suami adalah orang yang sgt well organized.. klw dulu aku suka buat sepah, almari baju ikut dan jek aku susun, bilik jarang aku yg kemas, tunggu ayah bising baru kemas, kemas tempat tidur pun kadang tak sempat. Tapi bila berkahwin, bangun seawal suami untuk siapkan wlw hanya secawan milo. Kemas katil, gosok baju, kemas rumah dan kerja2 lain dirumah.. wlwpon penat , tapi aku bahagia. Aku bahagia wlwpun dah berkahwin dan ikut suami tinggal dirumah beliau, aku masih dikelilingi oleh orang yang aku sayangi.. erti kata lain, tempat tinggal aku masih lagi di hometown aku.. dugaan perkahwinan tetap ada.. tapi, disitu aku kenal erti sabar, tolak ansur dan sebagainya untuk mengekalkan rumahtangga terus dlm trek bahagia..  dikurniakan anak lelaki pada usia perkahwinan kami 2tahun membuat kan kami lebih bahagia.. membesarkan anak bersama wlwpun kdgkala aku hampir hilang sabar menagani anak yg seringkali diserang asma, tapi berkat kesabaran itu, haziq seakan2 pulih dr asma, hingga hari ini beliau dah 1 thn setgh tak diserang asma... baru2 ni,setelah usia anak sulung kami hampir 4 thn aku dan suami dikurnikan lagi seorang anak perempuan, tiada apa yg aku mampu ucapkan selain syukur kerana mengabulkan doa aku untuk mendapatkan seorang anak perempuan selepas anak lelaki..

BAHAGIA pada aku bila hati sentiasa fikirkan bahagia.. wlwpun duit tidak melimpah ruah, tinggal setakat dirumah teres, memandu kereta biasa2 aja.. aku tetap bahagia dan bersyukur. Apa yang aku harapkan cuma Allah tidak menarik apa yg aku rasa ini, selagi aku hidup, aku nak merasa bahagia selama2 nya dikelilingi suami, anak2, mak ayah, adik beradik dan keluarga yg lain yg menyayangi aku. Semoga rezeki kami sentiasa berkat untuk membesarkan anak2 .. dan juga dikurniakan dengan kesihatan yg baik untuk terus membanting tulang mencari rezeki yg halal, semoga anak2 aku menjadi anak2 yg soleh dan solehah yg menjadi ahli syurga di akhirat nanti.. Amin...

Friday, February 18, 2011

Entri Dikala Bosan..

Amni tido.... mama wat pe? baca novel, pening baca novel, tgk tv, malas tgk tv tgk hp plak.. pastu tgk dinding, tgk facebook.... haih... gini lah sementara nak habeh 44 hari pantang. wlwpon sebenarnya rasa dah sihat, mak x kasi balik umah lagi. Hubby pun sama.. dia kata nanti balik umah kene urus rumah lak.. Rindunya
 
nak g keje
nak g TESCO ngan haziq
nak teman haziq makan KFC bila haziq balik skul
nak bawak kete round2
nak balik rumah
nak makan banyak2

hehe..yg last sekali tu da tak bleh da... time untuk bekerja keras nak kurus kan badan.. klw x, naik keje kang xde baju nak pakai.. takkan nak pakai baju pegnen lagi. kang kene pegnen lagi plakk.. Oh no! Buat masa ni aku dah lost 12kg lebih kurang.. tapi angka itu statik dr minggu lepas. hmm.. susah nye nak kurus ye.. nak gemok senang jek. Tapi nasib baik pegnen Amni aku tak gain kg sebanyak mcm aku pegnen haziq. Time pantang ni selalunya kurus la.. sbb mak jaga kan.. itu xleh ini xleh.. kang habeh pantang sume bantai. Tak kot.... kali ni berazam nak diet sungguh2.. Semoga aku berjaya. Hubby pon klw ckp aku x lalu mkn pas beranak ni dia mcm suka jek.. yela.. dah mcm kapal tangki (makbed kata)  selama 9 bulan cukup2 lah kan..

nak wat apa lak ni?? nak g kejut Amni lah.nak main dgn beliau!

Monday, February 14, 2011

Selamat Hari Jadi Mak...

Harini hari jadi mak saya....

"SELAMAT HARI JADI MAK... SEMOGA MAK PANJANG UMUR N MURAH REZEKI"

mak genap 49 tahun tahun ni... muda lagi kan?? semoga mak saya terus sihat...  dan dikurniakan dengan rezeki yg melimpah ruah... saya syg... mak saya!

Citer Bersalin Part 2

Dah pukul 11.30 mlm aku rasa contraction semakin kuat, papehal aku bukak dulu tupperware yg hubby bawak tadi.. makan dulu.. kot nak push kang takde energy lak. Then pas mkn  aku g toilet, tgk darah da makin byk, then gosok2 gigi aku tido la dulu. tapi series! sakitnya mmg x leh nak layan tido tp kugagahi gak nak tido.. sbb aku rasa contraction mcm xde kemajuan pun cume bila sesekali dtg sakitnya Tuhan aje yg tahu. Aku cube gak lelapkan mata.. tapi bila sakit dtg, aku terjaga aku pegang segala pemegang yg ada keliling aku, sampai almari sebelah aku pun bedetup detap aku bukak tutup. sampai lah aku tgk jam dekat pukul 3 pagi tak silap aku, aku dah tak larat lgsung nak bangun..x tahu cemana nak bg sign kat nurse cemana, memandangkan katil aku letaknye kat hujung wad. Last2 aku sepak kerusi kat tepi katil tu. Kelam kabut nurse dtg kat aku. Dlm hati aku ckp klw dia nak mrh pon marah lah.. nak wat cmana dah sakit kan. Tapi sib baik lah nurse2 kat wad ni sume baik.

Dia tanye kenapa ni? aku ckp aku dah tak larat dah ni nurse sakit sgt.. cepat2 dia amik wheel chair, ye lah kan, takkan nak dukung lak aku yg gabak ni. Terus g bilik rawatan then cek bukaan serviks, nurse ckp.. waaa good2 dah 9 dah ni.. ok boleh g labour room. Kat tangan aku mmg bwak hp, then aku nak bg fon kat nurse suruh call hubby, then nurse ckp , tak sempat dah ni nak call.. aku nak taip sms pon x daya dah.. then sampai kat labour room, nurse terus suruh aku off hp. Then brief sket psl laughing gas yg ada kat tepi aku tu, then amik BP , pastu suruh bukak kain segala la.. aku sakit mmg x terkata dah time tu, terus nak ckp laughing gas tuh, tapi nurse tuh ckp jgn amik lg nanti nak push x leh, hayal.. waa... ini baru real punya sakit beranak aku rasa.. masa haziq dulu x sempat ketahap ni dah operate dah.. then mmg series,.. rasa cam nak teberak dah time2 ni..  aku push 3 kali seingat aku.. sbb aku dgr nurse2 tu count 3 kali 1,2,3 then terus keluar AMNI.. siap ader gunting lagi... mmg holiaw!! then aku dgr anak aku nangis... time tu mmg subhanallah.. aku langsung x rasa sakit dah.. tapi aku x sempat tgk anak aku, nurse terus bawak g kat doktor.. yang aku dgr.. nurse India yg sambut kelahiran tuh ucap syukur berkali2 sebab anak aku boleh menangis.. rupanya anak aku dah tertelan air ketuban.. terus hantar g NICU.. sblm tu nurse tunjuk kat aku, tanye boy or girl then aku dlm keadaan pejam2 mata aku ckp girl.. then dorang terus bawak baby pegi .. sedih aku x dapat nak pegang anak aku masa baru lahir.. yg paling aku khuatir.. hubby tak de nak azankan anak aku... dia pun x tahu aku dah bersalin...

Tibalah saat yg paling sakit dlm hidup aku, aku rasa.. nak jahit plak.. ini mmg betul2 holiaw! then nurse yg nak jahit tuh terus suruh aku amik gas sedut.. wlwpun dlm mamai2 tuh aku masih rasa jelas kesakitan tuh.. punya lah lama dia jahit, dari pukul 3.39 pagi aku deliver sampai pukul 5.30 pagi baru aku keluar labour room tersebut. 2 kali jahit beb! sebab jahitan yg pertama bleeding .. then dokter suh bukak n jait balik. wa... mmg sakit ! sgt SAKIT!! aku tanye nurse bape banyak jahit tuh? beliau cume ckp, adik.. mmg banyak jahitan kamu ni.. jangan kemut2 nanti bleeding lagi, kene jahit lagik.. tme tuh.. mmg x ingat apa dah.. mengantuk pun mcm x ngantuk.. main golf 36 lubang jalan kaki pun x penat mcm ni aku rasa.. lapar dahaga jgn  ckp ar..then tamat lah sesi jahitan tersebut.. ya.. pukul 5.30 rasa nya aku kluar dari labour room... atas katil yg disorong tuh aku on hp.. terus call hubby..

"pa.. ma dah selamat bersalin.."
" ha???? betul ke? betul ni???"
wlwpon rasa nak hangin then aku ckp lagi " ye betul..."
"ok2 papa dtg sekarang.. "

tak sampai 15 minit aku kat wad aku dah nmpk suami tercinta... dia dtg terus cium aku... sambil ckp sori.... pa x de.. rasa nak nangeh time nih... penyayang nye laki aku.. aku ckp " ala x sakit pun.. takpe.. ma x sempat nak gtau... td sakit sgt.." berkali2 dia cium aku.. aku masa tuh plak mmg dah rupa mcm hape aku tak tahu la.. mmg wajah terburuk aku rasa berdepan ngan laki aku time tu.. pontianak pun lagi cantik..  dgn bau busuk sume cukup.. aku dah nak tertido dah time tuh... Amni takde.. kat wad atas.. aku ckp kat hubby.. pegi tolong azan n iqamatkan Amni... dia terus pegi...

Then hubby datang balik kat aku selepas azankan Amni.. dia tunjuk aku gambar Amni.. mmg comel.. mcm haziq masa baru lahir.. dan semestinya laki aku menang lagik.. nak sume mcm muka dia.. apapun aku bersyukur, dikurniakan anak yg sempurna..

Petang tu aku discaj dari wad.. hubby tolak pegi NICU.. tengok Amni.. alhamdulilah, dah takde wayar2 berselirat lagi.. cuma doktor kata Amni kene duduk wad dlm masa 5 hari untuk pemantauan dan antibiotik.. Aku bersyukur xde pape jadi pada anak aku..  cume tertelan air ketuban tahap sederhana..

Ibu mana lah yg klw dah beranak tapi anak xde disisi dia suka kan? aku mcm kucing hilang anak... yelah.. Amni baru lahir aku tak pegang lagi, x susukan dia lagi.. hari ke2 baru aku dapat pegang Amni, cium dia..
Adik2 kat rumah sume kebetulan cuti CNY sume nantikan kepulangan anak sedara baru. Haziq plak tunjuk gambar adik dia, mcm biasa jek.. sbb mungkin dia fikir tuh anak org lain.. tgk perut aku plak blom kempis sepenuhnya.. dia ingat masih ada baby dlm perut aku. Selepas hari ke-5 Amni baru dibenarkan balik.. Syukur x terkata ku.. aku cuma risau klw kene tahan lebih lama sebab Amni ada jaundis sket.. tapi syukur bacaan jaundis cuma 9.2.. so Amni dah boleh balik pada hari ke -5 tu...

Bersalin kali ni.. byk aku realise tentang kasih syg org disekeliling aku.. bersalin yg dulu pun sama jugak sebenarnya.. Keprihatinan suami, mak ayah, adik2.. kawan2.. sumenya buat aku terharu..

Menjadi Ibu buat kali yg kedua membuatkan aku lebih sabar dan matang sebenarnya.. klw dulu aku rasa nak marah jek kalau anak xmau tidur malam.. tapi kali ni.. aku lebih sabar menangani anak x tido mlm ni.. dan suami juga... beliau pun lebih nyenyak tidonya.. hahaha..

Semoga anak2 mama menjadi anak2 yg soleh & solehah.. Semoga aku dan suami lebih bahagia dengan kehadiran 2 Anugerah tak ternilai ini... Terima Kasih  Ya Allah!

Friday, February 11, 2011

Cerita Bersalin Part 1

Aku dah start sakit2 pinggang since hari ahad 30 Jan lagi.. hubby plak ader tornement golf piala menteri besar plak aritu.. so aku mmg malas nak ngada2 sgt. So aku thn jek la.. sakit sikit jek pun.. aku pun x tahu adakah itu kontraksi? haha..nama je dah  pernah beranak , contraction pun x tahu gimana?? Aku amik kesimpulan selagi x turun tanda , selagi tu la aku lom nak bersalin agaknya. Pagi tuh aku bangun terus siap2 g umah mak, makan2 macam biasa. Haziq plak masa tu cirit birit belum reda lagi. Masih on off lagi.

Mak Bed aka liza sms tanya nak g pedicure manicure tak.. aku mmg nak g.. tapi pk nak masak lak.. then sakit2 plak cam x larat jek. Beliau ckp nak dating plak tghri tu. So aku putuskan next time jek lah pegi. So klw beranak tengok je lah kuku2 yg mcm beruang tu.  Mak bed ke ipoh then aku tengok bekalan biskut famos amos aku dah nak abeh.. adik plak x balik minggu tu, then aku sms beliau mintak tolong beli lagi 300gm. cukuplah kot sampai beranak kang.. tarikh jangkaan masih berbaki seminggu. So aku agak mungkin dlm raya cina nanti baru deliver kot. Menjelang tghri ke petang sakit pinggang makin kuat tapi still xde tanda2. Dulu masa haziq, aku turun darah plus lendir.  Sampai lah ke malam aku menahan sakit gitu. Kali ni punye pregnancy punyalah gagah aku. Takat sakit sikit2 no hal jek la.. siap bleh buat mcm2 lagi kat umh tu. Mlm tu dekat kul 11 mak bed sampai hantar pesanan aku, siap ada free donut lagik. Sempat lah aku makan 2,3 bijik dlm sakit2 tuh. Maceh ye makbed!

Sampai lah kemalam, aku layan gak mata, dlm hati aku ckp, baik aku tido, kang pas beranak n ada baby mesti tido mlm pun x cukup. Tapi malangnye aku boleh lelap sampai kul 4 pagi jek. Aku kejut hubby ckp sakit, dia gosok2 ckp blom lagi kot.. tapi yg sebenarnya nak tido jek lebeh! aku g toilet tgk still xde tanda lagi. Nak bangun gosok uniform hubby n haziq, tapi mcm x larat jek.. then sambung tido..

Hubby nak g keje pagi tu, uniform tak gosok lagi, then aku ckp kat dia.. "pa ...gosok seniri ye.. ma x larat sgt2 da ni.. then pa jgn lupa tolong bawak ma g appoinment pukul 10 kang ye..." oh.. suami saya mmg seorang yg pemalas, tapi dlm keadaan kritikal begitu, beliau sgt understanding ok.. wlwpon sepanjang mengandung 9 bulan beliau x pnh teman aku g cek up rutin kecuali masa g buat 4D scan jek kat specialist manjung aritu .aku kunci jam pukul 7.30 pagi nak anta haziq skul . Tapi bila sampai time tu, aku makin x larat..aku sambung tido, dlm keadaan sakit2 tu pun masih leh tido lagi. AKU MMG KUAT TIDO..  sampai lah kul 10.. aku bgn g toilet, then tgk dah turun darah..  terus aku call hubby.. siap2 beg haziq n beg aku,.. call mak mintak tolong jaga haziq. sekejap jek mak da sampai. hubby menyusul 15 min kendian. Dia tengok aku sambil gelak ckp, "serious ke ma nak g spital ni? " la.... x kan nak beranak kat umh kot.. aku faham maksud dia.. sbb base on xpirience yg lepas, mmg lambat aku nak bersalin, mkn 1 hari 1 mlm baru bersalin, tuh pun kene operate baru keluar. Kau tak nak tunggu lagi dah.. sbb aku rasa bb pun mcm dah kurang gerak.

Aku masih lom breakfast ketika tu, singgah Restoran Seri Manjung, Cik ros ckp nape muka aku merah2. aku ckp nak mkn pastu saya nak g beranak dah.. blom mkn lagi ni.. haha.. makcik tuh pun tgh2 byk customer layan aku dulu .. mcm lah aku nak beranak kat situ.. hadei... makcik ni.. aku nak minum milo ais.. tapi dia hantar kopi panas.. ceh! panas sungguh.. dia ckp bgs untuk bg cepat beranak.. siap offer nak pecah telur ayam kg lagi.. aku ckp xyah.. buat aku muntah jek kang.

Orang lain sume kelam kelibut, tapi hubby aku mana??? dia dgn eselehe nye pegi beli surat kabor dulu... then duduk order mkn tehegeh2.. then baca paper plak... aku tunggu jek.. since aku rasa contraction mcm dtg stgh jam sekali. So aku sabor jek la.. tak baik nak hangin2.. kang susah beranak lak..

Gerak terus g spital... untuk bersalin kali ni aku pilih nak bersalin kat GH jek.. salah satu sebab nya ialah budget la.. then satu lagi.. specialist yg selalu aku g rutin adalah Dr cina, so dia mmg dah habaq awal2 klw raya cina deliver mmg ader xtra chargers. So pilihan yg ada ialah HAT atau pun Hospital Seri Manjung. kat HAT cuma ada sorang pakar jek wlwpun aku entitiled untuk wad kelas 1 tapi apalah gunannya klw yang ada kat situ cuma Dokter2 pelatih kan? tapi pd aku both ok kot.

Sampai depan Dewan Bersalin, register apa sume.. timbang., then Dokter cek bukaaan servics baru 1cm. Then dorang buat line sume aku ditolak ke wad dulu . Aku tanye macam2 kat nurse termasuklah mcmana nak kira kadar contraction. Cara nak kira dia.. bape minit sekali perut mengeras n mengeras bape second time tu.. masa tu aku kira dah 20mins 3 sec mcm tu... masih blom kuat lagi.. Alhamdulilah.. nurse n dokter2 kat sini sumenye baik2 wlwpon aku nak hangin jugak tatkala contraction aku dtg time tuh la dokter2 pelatih ni nak teview aku.

Orang yang paling sibuk and yg paling banyak bagi advise pada aku time ni.. mak bed la.. terharu plak atas kebaikan beliau wlwpun beliau pun sibuk membawa perut yg comel tu.. siap tanye lagi sblm dtg melawat aku ptg tu, nak makan apa2 lagi tak.. aku mmg dah x lalu makan dah.. aku tahu nak beranak jek.. time sakit dtg tuh aku rasa cam nak g hantuk pala kat dinding jek.. lauk spital n lauk mak anta aku x sentuh pun... petang tuh la baru aku jamah sikit. Hubby aku soh balik dulu petang tuh.. sbb aku rasa klw tunggu pun buat aku merapu2 jek penyudahnye aku hangin kang time sakit dia tanye bebukan kat aku.. haha..

Pukul 9 mlm aku rasa perut lapo.. then sms hubby soh anto nasik panas.. aku takut klw terberanak kang xde tenaga lak nak push kang. Cepat2 beliau anta nasik ngan lauk asam pedas ikan merah (mak yg masak, bukan dia ok.. dia tukang bawak jek.) Dia dtg soh aku baca doa2 supaya cepat bersalin... aku ckp kat dia soh balik umh doa kat aku sama.. aku tak sempat nak mintak maap kat dia.. (hehe.. byk dosa kan.. ) Klw nak senang bersalin, mintaklah maaf pada suami, ibu bapa dulu.. supaya mudah semuanya.. kira cam nak mati jugak lah kan.. sumpah aku tak budget aku akan deliver malam tu jugak!..

to be cont.......


Represent Our Beloved Princess ~ AMNI AQILAH BT AZRI

Salam sejahtera semua...

Harini dah hari ke 10 aku selamat bersalin. Aku bersalin tanggal 1 Feb 2011 jam 3.39 pagi. Seorang bayi perempuan yang suci yang diberi nama AMNI AQILAH BT AZRI. Seberat 3.58kg , panjang 54cm..
Makna nama yang diberi kepada bayi perempuan kami adalah

AMNI ~ ketenangan
AQILAH ~ yang bijaksana

semoga beliau memberi ketenangan kepada seluruh keluarga kami dan membesar sebagai seorang yg bijaksana dan menjadi anak yg solehah yg menjejakkan kaki ke syurga..

nota kaki ~ cerita bersalin akan ditulis later... owh.... sungguh holiaw~!