BAHAGIA
apa definisi bahagia pada anda?ada yg mentafsir bahagia bila
duit tidak menjadi masalah
menghuni rumah yg besar bagai istana
jadi boss besar di opis besar
boleh main poker di vegas saban minggu
bercuti ke luar negara bila2 perlu
kahwin dengan anak raja...
dan mcm2 lagi..
tapi bagi aku, bahagia terletak dalam hati kita sendiri.. jika rasa bahagia.. bahagia lah.. jika merasakan tidak. tidak lah. Ini juga bersangkut paut dengan mental set kita.. Ini cerita BAHAGIA aku.Klw masa kanak2 dulu aku sgt bahagia bila bila ayah ada disamping aku dan mak sbb ayah selalu takde tinggalkan kami pergi sailing. Bila dah bersekolah, aku bahagia menjadi orang paling pandai dalam kelas, bila menginjak remaja, aku bahagia punya kawan2 yg boleh hang out dengan aku wlwpun kami terpaksa naik bas hijau (yg kini xde lagi) kesana kemari.. (Izza.. do u remember?) dan remaja juga tak pnh lari dari perasaan jatuh cinta buat pertama kali. Itu juga bahagia.. selepas itu aku bahagia bila diterima masuk Universiti ketika usia 18 thn wlwpun bukan Universiti pilihan aku tapi aku tetap meneruskan pengajian hingga tamat , melihat orang tua aku bahagia, aku sgt bahagia..
Tapi aku kurang bahagia bila mula bekerja pada mulanya, di tempat kerja pertama, aku mula kenal masalah ditempat kerja, masalah menguruskan kewangan bilamana dipertengahan bulan aku terpaksa meminta sedekah pada mak demi mengisi minyak kereta (satria ketika itu) , stress bilamana kena outstation.. dan mcm2 lagi. Tapi itu mula2 kerja.. smentara nak stabil..
Bahagia datang lagi bila aku berkahwin dengan lelaki pilihan aku dengan restu ayah dan mak, majlis perkahwinan diadakan sgt meriah wlaupun simple.. punya suami membuat kan hidup aku mula teratur kerana suami adalah orang yang sgt well organized.. klw dulu aku suka buat sepah, almari baju ikut dan jek aku susun, bilik jarang aku yg kemas, tunggu ayah bising baru kemas, kemas tempat tidur pun kadang tak sempat. Tapi bila berkahwin, bangun seawal suami untuk siapkan wlw hanya secawan milo. Kemas katil, gosok baju, kemas rumah dan kerja2 lain dirumah.. wlwpon penat , tapi aku bahagia. Aku bahagia wlwpun dah berkahwin dan ikut suami tinggal dirumah beliau, aku masih dikelilingi oleh orang yang aku sayangi.. erti kata lain, tempat tinggal aku masih lagi di hometown aku.. dugaan perkahwinan tetap ada.. tapi, disitu aku kenal erti sabar, tolak ansur dan sebagainya untuk mengekalkan rumahtangga terus dlm trek bahagia.. dikurniakan anak lelaki pada usia perkahwinan kami 2tahun membuat kan kami lebih bahagia.. membesarkan anak bersama wlwpun kdgkala aku hampir hilang sabar menagani anak yg seringkali diserang asma, tapi berkat kesabaran itu, haziq seakan2 pulih dr asma, hingga hari ini beliau dah 1 thn setgh tak diserang asma... baru2 ni,setelah usia anak sulung kami hampir 4 thn aku dan suami dikurnikan lagi seorang anak perempuan, tiada apa yg aku mampu ucapkan selain syukur kerana mengabulkan doa aku untuk mendapatkan seorang anak perempuan selepas anak lelaki..
BAHAGIA pada aku bila hati sentiasa fikirkan bahagia.. wlwpun duit tidak melimpah ruah, tinggal setakat dirumah teres, memandu kereta biasa2 aja.. aku tetap bahagia dan bersyukur. Apa yang aku harapkan cuma Allah tidak menarik apa yg aku rasa ini, selagi aku hidup, aku nak merasa bahagia selama2 nya dikelilingi suami, anak2, mak ayah, adik beradik dan keluarga yg lain yg menyayangi aku. Semoga rezeki kami sentiasa berkat untuk membesarkan anak2 .. dan juga dikurniakan dengan kesihatan yg baik untuk terus membanting tulang mencari rezeki yg halal, semoga anak2 aku menjadi anak2 yg soleh dan solehah yg menjadi ahli syurga di akhirat nanti.. Amin...
Shelves
everyday life
little haziq
emo
parenthood tips
Wish Wish Wish
Reference
reality of life
entri bila da bersawang
tagged
pregnancy matters
AMNI AQILAH
Info;
dari bilik berita
My Works
health tips
wordless wednesday
; AMNI AQILAH
movie
nasihat
pantang
MAKEUP REVIEW ; SAYA JUAL
Pulang Ke rahmatullah
Rumahku Syurgaku
books
event
friends
health tips; parenthood tips
lyrics~song
marriage tips
; little haziq
Bersalin
Diet
gadget
his vios n my waja
make up
myself
quote
tips
weekend
EID MUBARAK
Give Away
New Stuff
Reference; AMNI AQILAH
fact
hang out
harga naik lagi
parenthood tips;
secret recipe from my kithen
Complaint
Delivery Preparation
IT Tips
Octard moisture to foundation;meikojapan; makeupreview ;foundation;
Tazkirah
arkib
award
celebrity
comeback
contest
deary husband
family gathering
holiday
isu semasa
kenduri
lipstick
meiko product
merepek
new year
petua
problemo d amor
ramadhan 2011
ramadhan 2012
ramadhan 2013
segmen Ben Ashaari
sk
vacation
virtue
Friends Of Mine
Saturday, February 19, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
semoga berbahagia selama-lamanya..
semoga berbahgia selama-lamanya..
kehkehkeh...naik bas hijau...betul2...dulu2 naik bas hijau tue...skrg huhuhuh...aku cuma dapat tgk roadway bus...ke seri maju ker...dan yang seangkatan dengannyer...ngeeee
Post a Comment