Friends Of Mine

Wednesday, February 29, 2012

Toing! Toing!!

Tahun ni tahun lompat rupenyaaa.... nak tulih gak entri setoet di hari tahun lompat. he he eh

Tuesday, February 28, 2012

Life Is Like A wheels what comes around goes around!

Baru je dengar ada seorang neber dah bercerai, padanlah aku tak nampak beliau dan anak2nya setelah sekian lama.. begitu rupanya citernya..
Sebabnya biarlah aku rahsiakan, rasanya readers pun bole teka2 apa sebab yg paling famos amos bila pasangan bercerai..  Well, aku x memandang negative kepada penceraian, dah sampai situ je jodoh,mungkin Allah nak uji sekuat mana iman seseorang itu atau juga perpisahan lebih baik dari hidup bersama lagi, mengundang byk dosa dari pahala. Bukan nak kata dia salah atau suaminya salah. Dah memang termaktub sampai situ je jodoh. Mungkin beliau juga setelah sekian lama mempertahankan rumahtangganya, mana kita tahu kan? anak 3 orang.. to me it doesn't matter la.. dia pun keje. instead of rumah yg x husband dia duduk sekarang ni pun, rumah dia rasanya . shame on u man!  

aku taknak ulas byk2 kisah beliau cuma apa yg boleh aku ambil dari kisah beliau:

nowadays mmg byk sgt kes penceraian, so dah tak heran. 
klw rasa syg kat husband or wife behave la mcm dah berumahtangga
yg mana single mingle yg dok bekenan kat laki/bini org tu biarlah kat dia, esok2 Allah balas lah apa yg dia dah buat. Kalau jalannya betul untuk berpoligami, I'allah dibalas dengan pahala lah niat itu. Tapi ingat! tu untuk lelaki jek, kalau dah jadi bini orang pun masih nak test power, konon bajet cam anak dara la kan, haaa part ni mmg aku jijik!  series JIJIK! pmpuan mcmni selayaknya dipanggail BETINA (sama macam standard haiwan la) 
yang lelaki plak, klw rasa income pun x bape nak cukup, masih tong2 ngan bini nak kasi anak bini tempat berteduh, makan pakai, lebih baik lupakan la niat nak berpoligami tu, esok2 pahala sunnah tak dapat, dosa lagi dapat. 
tentang entri ni, aku tak bias, if  lelaki itu mampu, tak payah la berskandal, ckp elok2 dgn wife, suruh je dia pinang kan, rasanya kalau dah cukup serbaserbi, wife tu pun xde la tamak mana, dari tanggung dosa laki berskandal, lebih baik kaut pahala, dapat juga ganjaran DISANA nanti. series! 

Bagi perempuan2 yang menagguk diair yang keruh, meruntuhkan rumahtangga , umpama meruntuhkan masjid, kalau bergegar masjid tu pun, esok2 ingatlah Allah bayar cash. Kalau bukan dalam setahun dua ni, mungkin masa dah tua nanti, atau pun kat anak2 ko ke, haaaa time tuu nanti baru sedar dah pernah buat silap. 

Ada juga terbaca status sahabat di fb, tak sangka.. kdg2 kita seronok membaca status manusia2 yg mengutuk suami/ isteri sendiri. tapi , kadang2 bila amarah dah menguasai fikiran, semua tindakan akan jd tak rasional, yg senang, kalau sungguh pun bahagia, atau tidak bahagia, biarlah kita dan suami kita sahaja  yang tahu. If rumahtangga bergegar  esok2 pun biarlah tukang repair tangga/ tukang rumah yg tahu akan permasalahan itu. jangan terlalu yakin dengan kebahagian yang kita kecapi hari ini, kadangkala kebahagian juga adalah dugaan untuk Tuhan menguji sejauh mana kita ingati Dia. Apapun beringatlah. Tak kisahlah yg berada dlm rumahtangga bahagia, yg kurang bahagia, merana, yg sedang bercinta mahupun berskandal, watchout our step, jgn esok2 memakan diri. 

Sunday, February 26, 2012

AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR




Pernah terbaca satu artikel perkara yang patut dilakukan oleh ibu bapa semasa anak sedang tidur. Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak.... setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun2 kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya, membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya. Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.
info-info yang berguna bagi ibu-ibu yang mengandung juga kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi.... ♥♥♥♥
Hujan lebat di luar....

haziq amni tdo.. mabuk ubat. ubatselsema yg mereka mkn, mmg mengantuk agaknya. asal makan je mmg melayang la dua budak cumel ni. amni masih demam lagi petang nanti nak bawak beliau ke hospital untuk buat blood test. demam lebih 3 hari x boleh biar, takut ada virus bebukan kang, lebih baik buat prevention dulu.

harini xmasak, masak bubur anakjek. kang mama tumpang sekaki je la. Papa ssure dah makan balik main golf tu kang. petang aje lah aku pikir nak masak apa.

boring tol lah.. hujan2 gini astro x leh tengok. anak2 plak tdo ,hubs xde plak. kang ada jugak aku join tdo sekali kang!

bebenornya xde apa nak tulih sbb dah boring sgt , tu yg kuar entri x bertajuk ni.

Saturday, February 25, 2012

Ceciter weekend..

Mlm smlm bwk anak2 g tgk nan sempit.. Its awesome!! Mmg giler ar, keje gelak sampai sakit perut. Sapa yg x tgk lg, p la tgk! Bolehla release tension. Aku rasa nan sempit 2 lg sempit dr yg 1 py! Percayalaa.

Then sabtu ni xde apa buat pun.. Haziq n amni demam lagi! Bulan ni dah 2kali demam bebudak ni.amni dah 2hari demam. Haziq baru start demam petang td. So far dorang masih ceria lg. As usual, klw dah lebih 3hari demam aku akn bw g hospital la tgk blood camane..

Ptg td bawa haziq amni g palyground kat giant. Kasi kuar peluh sket. Then pegi pasarmlm. Suke! Sbb bole beli mknn byk2! *pastu buang tong smph! Pembaziran sungguh!* tula mata ni lg jahat dr tekak.

Bebudak ni demam aku n hubs suka tdo kt ruang tamu je.. Senang nak jaga, buat muntah ke apa senang nak bersihkan. Tdo ats toto jek. Baik demam kang lipat anto dobi je kang cuci. Bkn apa dlm bilik tu udara x byk, mcm tekempap je aku rasa. So tak baik utl bdk2 x sht. Tapi aku suka, tdo luar ni sejuk, jimat x yah psg ekon..

Eh lisa n yusry da nikah ek.. Comeinya dia kan.. Yusry ni yg comei2 sume dia tibai ek! X kisahlah.. Janji mereka bahagia.

Now tgh layan haziq tgk citer bujang terlajak. Boleh tahan gak lawaknya. Ok peeps.. Nite and happy weekend!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, February 24, 2012

Pesanan Abah Allahyarham Faris Nur Daniel Buat Semua Ibu Bapa

Pesanan dari Shamrulismawi Abah BlackPearl, ayah kepada Allahyarham Faris Nur Daniel buat semua ibu bapa...

Buat kawan-kawan semua.... Antara perkara yang kita boleh jadikan pengajaran dari kisah Allahyarham Faris Nur Daniel...

1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she does that.
2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.
3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.
4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.
5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.

Bottom line is......Hargailah masa anda bersama anak-anak...Kita tak tau bila kita atau dia yang akan "pergi" dulu
Semut Merah Kata:
Insaf....
teringat Haziq dan Amni... mama sayang both of u, kalau diizinkan.. biarlah mama yg pergi dulu..

Thursday, February 23, 2012

Apa-Apa Je lah!

Bulan ni kereta kebal byk betul belanja nya. Insuran and roadtax expire, ekzos bocor. huwaaaaa. Now sedang menjerit2 kat bawah. aku tak tau lately alarm nya selalu sangat menjerit2 even dah rapat semua pintu. Aku rasa something wrong dekat bateri kot. Haruslah nak kena ganti bateri tu, makan 2rat lagi. ulalalalala!

Seperkara lagi, bb aku tetiba tak ada display , kena cabut bateri segala baru ok.. lepastu jadi balik. nak bb baru ke? * mmg takde lah, pakai je nokia yg ada tu!*

Adalagi tak perkara2 yg nak duit extra lagi bulan ni? hmmmm........ rasa nya itu saja kot

Kadang2 bengang juga , kejadian sebegini jadi bertimpa2. tapi nak buat cemana, kedua2nya keperluan, kena ada kereta, kena ada hp. hp klw rosak mmg beli aje nokia basic hat rm70 tu je * caya tak? *

wahai semua brg2 keperluan, usah la buat hal mcm2 lagi, tuan mu ini dah pening!