Friends Of Mine

Tuesday, December 18, 2012

Buat Ibu Bapa Seperti Aku

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

...Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”





~entri copy paste oleh kerengga~

Tuesday, December 11, 2012

Life of Pi

Akhirnya berjaya juga pergi tgk cerita ni. Based on a novel story. Biasalah ahkak kan kaki novel, novel melayu , omputeh , klw boleh urdhu pun ahkak sebat gak.

Thought citer ni dlm hindustan, tp english. Biasalah ahkak kan peminat tegar hindustan.  Hmm story ni nak suggest pergi tgk pun ok sebenarnya cuma jgnlah sampai terpesong akidah sudahlah ye. Pengajaran yg kita boleh kita ambil ialah tak mudah putus asa,  menghargai org lain, dan juga berani.  Cerita ni sbnrnya mengisahkan sebuah keluarga yg terpaksa menjual zoo mereka di India ke us. Dlm usaha memindahkan binatang2 tersebut , kargo yg mereka naiki karam dlm ribut di lautan pasifik. Cuma pi dan seokor tiger bengal yg selamat. Sgt thrill bila mereka duduk di dlm 1 bot dan tgl dilautan, survive dlm bermacam2 cara. Akhirnya pi tersadai di sebuah pulau.  Alamak akk x pandai sgt nak buat summary. Korang g tgk sendiri lah. Tapi takyah bwk budak x sesuwai. 

Oklah sambung nanti... till then.. bye

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, December 6, 2012

update sikit pasal " kg halaman" yg dah ada aeon

Bunyinye sangatlah jakun. Haha. Tapi mmg ku x sangka hometown yg aku dah duduk dekat 28 thn ni yg mulanya hanya ada pasaraya dinding je 20 thn yg lalu. Sekarang petik je apa nak semua pun ado. Duit je petik x keluar ye kwn2.

Aku sama aje. Idaklah ghairah sgt kat shopping complex ni. Haha tapi ahkak dah 2 kali pegi sejak 3 hari pembukaan. Ala ahkak kan suka makan. Haruslah tawaf tempat mkn dulu. Yg lain2 later on lah ek..  so point of view aku ni ok2 je lah aeon ni. Nak sampai kesana x smpai 10 min pun. Hebat tak?  Haha. Kampung lah sgt kan!

Aku suka.. next week boleh g mkn dgn bff yg mmg suka mkn jugak! Lebiew lah mate!

Cuma  1 kata yg selalu kupegang  before you spend, EARN.. tak guna belajar economies, acounting segala klw lejar sendiri asik x tally. Sekian sahaja coretan maklimah pulang subuh pada kali ini. Ju.pa lagi dilain entri. Keh keh!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, December 5, 2012

Wordless Wednesday


Tuesday, November 27, 2012

Haziq & Amni

Sudah sangat lama rasanya mama tak menulis tentang perkembangan anak2 mama.. mama asik bz tulis pasal diri sendiri aje ye..
Cinta Hati MAMA

Yang pertama mama nak menulis tentang cinta hati mama yg pertama,
Haziq,
Perubahan ketara semenjak cuti sekolah ialah mama lihat haziq semakin kuat makan.  Dan kebetulan mama banyak masa untuk masak untuk keluarga kita. Mama balik kerja pun pukul 1 tghri? haha kerja apa mama ni? oh.. sebaiknya aku takkan  menulis tentang diri sendiri di entri ini.  Semenjak kita boikot MCd lebih kurang 3w yang lalu, haziq dah tak minta kita drive thru lagi tgh2 malam. Haziq pun boleh faham bila mama cerita tentang rejim Zionis yg menyerang semenanjung Gaza yang mengakibatkan ratusan yg terkorban. Alhamdulillah. Haziq macam papa, pagi mmg tak berapa lalu makan, tekak haziq akn beroperasi bermula dr lepas waktu lunch. Apa yg mama nampak haziq tak suka makan nasi, haziq prefer makan ayam goreng sahaja, fetucine carbonara, pizza, mi goreng, mis sup dan angkatan mi yg lain, dan juga beger otai. Semua yg haziq suka tu, mama buat sendiri , kecuali beger otai tu lah, sebab mama tak suka simpan stok beger dlm peti ais, nanti mama lagi "gebu".  Selain dr makan, haziq suka tidur lambat, ini lah satu masalah besar yg mama selalu fikir hari2 macamana nak bagi haziq ngantuk cepat dan ikut duration tidur yg sepatutnya bagi kanak2 seusia haziq. Kalau mama tak jadi tarzan, alamatnya pukul 2pagi lah baru haziq tidur, bagi mama takde masalah, tapi papa selalu bising kat mama sebab haziq suka tidur lewat. tapi mama selalu kata kat papa "mana tak tumpahnya lauk klw x kenasi" kalau ikut mama, jam berapa pun mama boleh tidur. mama mmg flexible.hehe

Now cuti sekolah, haziq takde apa2 aktiviti, mama nak hantar haziq ke kelas renang , tapi papa prefer thn depan, So tahun depan aje lah ye. And I hope you enjoy the moment sebab ni last school holiday yg haziq boleh bersenang lenang. Belajar pulak mama tak risau, sebab kalau ikut graf kanak2 seusia haziq, mama rasa haziq dah super advance.Boleh baca melayu dan English , simple maths, oklah tu.. takkan mama nak ajar haziq theorem pitagoras pulak kan? Tapi being my son, mmg haziq takkan ada honeymoon year. Sebab mama dari dulu pun mama tak pernah ada masa tamat untuk menuntut ilmu. Cuma mama harap haziq enjoy moment haziq semasa kanak2 ni. mama taknak jadi macam mama, dulu2 hidup mama cumalah sekolah dan rumah. Sebab dulu2 ayah mama selalu takde kat rumah sebab belayar, mak mama pula tak pandai bawak kenderaan, jadi mama cuma ke sekolah dan balik rumah tapi mama tak menyesal, sebab sampai sekarang pun, klw duduk dirumah lama2 mama x bosan. HAziq untung ada mama dan papa, kalau papa bz, mama masih ada untuk drive kesana dan kesini bawak haziq jalan2. Tapi mama paling suka bawak haziq dan adik pegi makan kan?

Sejak haziq duduk dengan atok dan nenek, mama lihat haziq dah pandai bacaan dalam solat, kalau tak haziq cuma pandai baca Al Fatihah je, mungkin anak org lain dah pandai, tapi mama x peduli, haziq anak mama, apapun hasil dr haziq adalah hasil dr didkan mama, mungkin anak org lain pandai solat usia 3 thn. tapi takpe,mama harap haziq istiqamah. Tahun depan mama hantar haziq belajar sekolah agama ye petang2.

Haziq pun kadang2 nakal, taknak dengar ckp mama, tapi mama x heran, sebab klw mama dah jd raksasa haziq sure takut, mama belum amik hanger lagi haziq dah lintang pukang lari. Kadang2 haziqjawab balik apa mama ckp, takpe.. sebab otak haziq mungking berfikir the other way yg mama fikir, jdnya mama positive takpe.. jangan risau.. mama ni org yg suka membaca, psikologi kanak2 pun mama baca, jgn risau.

Mama minta maaf kdg2 mama macam mak tiri, tapi mama kena garang, sebab kalau mama tak garang nanti haziq jd anakku sazali. Sekarang mama muda lagi. *eceh* sebab tu mama masih bertenaga menjerit2 sampai jiran hujung rumah kita pun boleh dengar suara mama. hehe. Mama cuma nak yg terbaik untuk haziq.

Tahun depan haziq masih sekolah di tempat yg sama, mama dah bayar dah. Pra sekolah yg mama register tu pun nampaknya kena tolak, sebab bila mama fikir2 , takpelah haziq cont je lah kat sekolah tu.. Lagipun mama risau di Pra Sekolah haziq belajar balik apa yg haziq dah belajar. N again, mama cuma nak yg paling baik sahaja untuk haziq.
ni result akhir thn haziq yg lepas, takpelah 1 je tak full mark. *tu pun mama dah jerit mcm tarzan yek?*

Buat puteri mama yg tercinta,
Amni
Amni dah berusia 1 tahun 9 bulan, lagi 3 bulan Amni genap 2 tahun. Mama lihat Amni sangat petah bercakap, apa mama cakap Amni ikut. Kadang2 Amni ikut cara mama membebel, kadang2 mama rasa mama takut tengok Amni dan Abang makin besar. Reason yang paling besar kenapa mama tak cari kerja yg lebih bagus adalah sebab kalian berdua, biarlah mama gunakan degree yg mama ada untuk kalian berdua.

Amni banyak copy abang, apa abg buat, Amni buat, mama beli doll kat amni , amni prefer main ultraman dengan abg. Amni suka tengok boboiboy dan dengar lagu. Lain2 amni tak suka. Amni tak macam abg yg kaki tv, nasiblah. klw tak ada 3 piring astro atas bumbung rumah kita. Amni boleh operate ipad abg, hp mama, dan note mama. Amni dah faham arahan yg mama bagi, contoh buang sampah dalam tongsampah,kemas mainan, hantar botol susu ke sinki dapur.  Mama harap umur amni 2 tahun nanti mama nak ajar Amni free diapers. Harap2 amni pun macam abg, 3 tahun boleh kesekolah dah.  Tapi mama tengok, Amni tak berapa friendly macam abg, org tak kenal Amni takan tegur, mama takut bila mama nak hantar amni kesekolah amni tak nak.

Amni pun suka menulis, main dengan buku dan pensel. Kordinasi tangan amni masih belum kuat, jadi amni cuma pandai conteng aje. Tapi takpe, at least Amni dah kenal buku dan pensel. Alhamdulilah, Amni pun dah jarang kena attack asthma, mama harap amni takkan kenal lagi.. bulan 1 ni setahun genap Amni tak diattack asthma. Mudah2an lah anak2 mama semua sihat2  mcm sekarang. Sebab tu lah agaknya mama pun makin gebu bila anak2 pun sihat.

Tahun depan amni akan dapat adik, maybe on April. tapi bukan adik kandung, tapi adik sepupu.. anak makngah, mama harap amni dan abg pun happy. Nanti kita jaga adik tu macam adik beradik amni dan abang juga kan. Sebab nanti mesti makngah n pakngah bz kerja.

Amni sgt senang tidur, amni banyak mewarisi sifat mama, senang beralah, pun sifat mama. suka menjerit pun macam mama jugak. Abg banyak copy papa kan? tengok je lah muka dia. haha. Tapi Amni pun macam muka papa juga.. kesian mama.. Tapi tak apalah, janji cukup sifat sudahlah ye. Amni tak perlu ditepuk bila nak tidur. Amni pun suka makan macam mama, apa aje pun boleh. Tapi mama tengok amni suka makan makanan yg pedas, kalau tak pedas amni tak berapa suka.

Semoga anak mama membesar dengan bijak dan sempurna.. Kalian berdua adalah harta dan anugerah yg paling indah dan berharga yg dikirimkan oleh Allah pada Mama dan Papa. Semoga jadi anak soleh dan solehah yg membawa Mama dan Papa ke syurga. InsyaAllah. Ameen

Monday, November 26, 2012

Bola dan Aku

Bukan nak ckp aku macam BOLA. hehe

Tapi.. dr dulu pun mmg x minat bola. Footballer? hmmm .. dulu2 adalah footballer suka kat aku, tapi footballer skolah je pun. tapi as well known mmg footballer sgt glamor even skul fotballer pun. Tak caya? tgk jelah byk footballer glamor2 kawin dgn sape kan? ahaha. my xperience yg mmg ramai 'fan' satu masa dulu mmg footballer punya awek cun2 (eh aku kah? dulu lah .. sekarang dah lain)  takpelah.. fan masa single takpe.. jangan terbawak2 sampai dah kawen pun nak kumpul 'fan' ye.. haha

eh tapi sebenarnya bukan nak ckp pasal footballer, citer pasal bola semalam. Aku sgtlah bosan asal weekend je mesti en husband tgk bola aje keje nya tak kira lah EPL ke SERIE A ke AFF ke hape kejadah lagi tah aku pun tak tau.. kadang aku layan, kadang aku layan drama kat tonton je sebelah beliau. KAdang time beliau lepak kedai mamak layan bola, boleh lah aku layah cerekarama..hahaha. org melayu biasalah! Tapi semalam anak pun takde dok umah mak, aku pun cubalah tengok pialah AFF Msia vs Spore tu. alahai.. bukan nak kondem, tapi nampak nya King Gopal tu dah bongok n tak kretip nak susun player dah. Ceh pandai je aku.Takpun player2 asik pk nak kawen or nak tackle artis2 kot. ee.. nyampah kan? tu lah baru hebat sikit dah macam2 cerita dengar footballer Msia ni. untuk org yg buta sukan bola macam aku ni tgk pun, aku rasa nak nilai tahap player ni mcmana  pun tak tau. main memang lah pakai kaki, tapi main or buat apa pun kena lah pakai otak kan. ini sampai passing pun x sharp. Haha. Husband aku mmg berbulu dengar aku komen macam ni, tapi nak wat cemana kan, dah bininya mmg gini.  Kesimpulannya, kepada model2, artis2, awek2 cun, hahaha jangan ganggu konsentrasi pemain Msia bleh? hahahaha.

Kalau sekali imbas, tgk EPL mmg sgt laju permainannya, tengok dorang main? huh macam aku tgk pakwe aku masa sekolah mainbola je beb! hahaha habehlah fan harimau malaya kutuk aku sat g.. LARIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKk

Saturday, November 24, 2012

Demam yang berpanjangan

Salam
Dah lama x update entri, selain dr malas ahkak kerengga sebenarnya demam selama 1 minggu on off.. selamat " derma darah" kat spital selama 3 hari.. nasiblah x admitted, cuma kena buat bloodtest selama 3 hari berturut untuk monitor platlet darah dlm keadaan yg selamat.

Since semalam alhamdulilah dah boleh bangun. Rumah pun senyap sunyi anak takde, dapur tak berasap, habuk sana sini akibat aku yg demam. Mmg lumpuh aktiviti rumah klw aku yg sakit. Memang diriku begitu berharga rupanya. Tempoh tidur pulak rasannya.  20 over 24 hours aku tido saja dlm sehari, mkn ubat je aku lalok. Sampai husband ckp pun aku dengar tp x faham. Syukurlah dah sihat.. bacaan bp pun dah ok. Padanlah aku asik pening mcm nak tejatuh bijik mata klw tunduk. Bacaan bp amat2 lah  rendah. Husband pulak tengok aku tido, dia pun nak challenge tido ngan aku, sudah nya rumah kami mlm sentiasa.

Tambahan pula aku period, bertambah2 sakitlah aku, senggugut tak pnh jemu menjenguk aku dr mula2 aku period lagi. Sampai da beranak 2 pun masih sama jugak, cuma mungkin ada kurang sikit dr zaman anK dara dulu.

Harini husband duty, maka memang cincai boncai ajelah acara masaknya.  Makan fetucine carbonara aje, haziq suka, mama tolak batu n kayu aje. Alhamdulilah seler mkn pun sudah pulih. Lepas turun 3 kg naiklah balik 4 kg.

Semalam tiba2 dikejutkan dengan berita skot husband terlibat dlm tragedi bot meletup masa eksesais. Mlm ke rumah beliau, menjenguk anak dan isterinya, syukurlah mereka ok2 je. Tp dihati hanya tuhan saja yg tau.. semoga suaminya cepat2 pulih. Begitulah risk jadi isteri tentera.  Tapi malang itu tidak berbau, tidak terkecuali jika itu ditakdirkan buat kita. Beringat sentiasa. Mungkin hari ini hari dia, esok siapa tahu kan?

Ulser dlm mulut masih sakit, nak bercakap pun rasa nak menitik airliur. Adehai... bilalah dapat cergas semula ni.. masa aku demam, husband belikan beberapa novel buat penghilang bosan. Tapi mcmana nak baca klw mata asik mengantuk kan? Kena marathon ni.. so ok.. kena tidurkan anak2 dulu. Till then.bye friends..

Published with Blogger-droid v2.0.9