Friends Of Mine

Wednesday, May 23, 2012

Testing

Testing123

Sunday, May 13, 2012

Selamat Hari Ibu Mama,Mak,Mummy,Amma,dll yg menyandang pangkat IBU

IBU...
IBU..
Engkaulah ratu hati ku..
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu
IBU
IBU
Engkaulah ratu hati ku..


Bukan semua orang berpeluang menjadi seorang ibu, jadi berbanggalah dengan gelaran itu.. Sandanglah amanah Allah itu dengan sempurna...

Aku punya 2 orang para-para sakura.. 1 lelaki, 1 perempuan.. Yang mana keduanya melengkapkan hidupku dan suami.. Menjadi seorang ibu memang bukan mudah.. Dari celik mata hingga tutup mata, pasti ada sahaja yg difikirkan tentang anak. Anak pula dalam melengkapkan rutin harian sebagai kanak2 pastinya kadangkala mengundang amarah si ibu.. Sebagai seorang ibu, seharusnya kesabaran itu yg paling penting. Bagi aku, kdg2 terbabas juga kesabaran aku, tapi bila melihat wajah suci mereka ketika lena mereka, hilang semua onar yg mereka lakukan yg membuatkan aku lelah..

Wlwbagaimana pun I proud to be a mother.. Begitu juga emakku , yang susah payah membesarkan kami semua.. Memang aku sendiri mengalami nya. Memang bukan mudah! Sejak dari seketul darah didalam rahim, menjaga seorang anak bukannya mudah.. Kerana itulah pahal jihad diberi kepada ibu-ibu yg melahirkan.. Semoga aku berjaya mendidik anak2 ku hingga ke syurga.. Mama sayang haziq amni.. Selamat hari IBU untuk diri sendiri dan juga emakku..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, May 10, 2012

Lagi Produk Pelangsing Dirampas

KUALA LUMPUR – Orang ramai terutama  wanita yang gemar mengambil sejenis produk  melangsingkan badan berasaskan buah acai beri,  diminta menghentikan amalan itu kerana ia  disahkan mengandungi bahan kimia beracun yang  membahayakan kesihatan.
Hasil analisis Jabatan Kesihatan ke atas produk  yang sudah setahun berada di pasaran itu  mendapati ia tidak selamat dijadikan makanan  kesihatan.
Menurut Timbalan Pengarah Farmasi (Penguat  Kuasa), Jabatan Kesihatan Selangor, Jaafar  Lassa, pihaknya mengenal pasti terdapat  campuran bahan kimia beracun `Sibutramine  Hydrochloride’ dalam produk kesihatan  menggunakan buah yang kaya dengan bahan  antioksida itu.
“Bahan kimia itu sebenarnya boleh diambil atas  arahan dan pengawasan doktor, namun  pengambilan tanpa dos yang sesuai dan  dibenarkan boleh meninggalkan kesan sampingan  dan menyebabkan kematian.
“Bagi produk keluaran syarikat ini, kita tidak tahu  berapa dos `Sibutramine Hydrochloride’ telah  dicampurkan. Pelanggan mungkin dapat  melangsingkan badan selepas menggunakannya  tetapi tanpa disedari kesihatan mereka terjejas  akibat kesan sampingan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita  selepas mengetuai serbuan di pejabat pengeluar  produk berkenaan di Jalan Puteri 5/5, Bandar  Puteri Puchong dekat sini hari ini.
Serbuan pada pukul 10 pagi itu disertai 11  pegawai penguat kuasa farmasi dari Jabatan  Kesihatan Selangor, Jabatan Kemajuan Islam  Malaysia (Jakim) dan Bahagian Penguat Kuasa  Farmasi, Kementerian Kesihatan (KMM)  termasuk Timbalan Pengarahnya, Wan Hamid  Wan Ibrahim.
Sebanyak 120,000 kotak produk kesihatan  bernilai RM375,000 dirampas dalam serbuan  tersebut, manakala Jakim turut mengesahkan  syarikat berkenaan menggunakan logo halal  keluaran swasta yang kini sudah tidak  dibenarkan.
Menurut Jaafar, selain pejabat pengeluar di  Bandar Puteri Puchong, beberapa pejabat  pengedar dan rawatan produk berkenaan di  seluruh negara termasuk di Seri Kembangan dan  USJ Subang Jaya, turut diserbu secara serentak  hari ini.
“Serbuan dilakukan setelah seorang pelanggan  membuat aduan bahawa dia berasa tidak selesa  apabila mengambil produk tersebut dan hasil  analisis yang dijalankan terhadap produk itu  kemudian mendapati ia mengandungi  `Sibutramine Hydrochloride’.
“Pengambilan bahan kimia ini jika tanpa mengikut  dos yang dibenarkan boleh mengakibatkan  kemurungan, psikosis atau halusinasi; risiko  tekanan darah tinggi; sakit jantung dan kepala  serta mempercepatkan denyutan jantung,”  ujarnya.
Beliau berkata, kesan sampingan lain ialah  pengguna mengalami keseronokan melampau,  perubahan selera makan, kegagalan buah  pinggang, pedih ulu hati, sembelit dan susah  tidur.
Katanya, setakat ini, sudah ada seorang wanita  berusia 33 tahun dari Kampung Gunung Keriang,  Alor Setar, Kedah, dilaporkan maut akibat  mengambil produk kesihatan mengandungi bahan  kimia beracun ini untuk melangsingkan badan. – mynewshub.my

 Sumber :SINI

Semut Merah kata:
Baru plan2 nak makan menda alah ni, kata nya cepat kurus, tapi sbnnya aku takdelah nak kurus mana pun, cuma klw gemok stamina kureng, cepat letih. lagipun aku tau aku cantik klw gemok pun. Tapi dari testimoni yang aku baca kat page reseller acai berry ni mmg la semua customernya ckp kurus cepat. Sebenarnya aku mmg sangat2 particular bab2 nak makan ubat kurus ni, pasal tu lah kalau aku dapat info psl ubat kurus aku akan search kat laman web jakim (status halal) then kat web kementerian kesihatan (untuk pastikan ianya selamat) maklumlah bukan doktor, tau sume nama2 saintifik yg ada kat botol tu kan. Anak 2 org tu sape nak bela kot aku mati ke gila ke kan? Terdahulu salah satu produk Sendayu Tinggi kena rampas, juga contents Sibutramine  Hydrochloride. Boleh search apa Sibutramine  Hydrochloride ni  dan kesannya kat gugel eh. Aku tau sgt2 dah klw ubat kurus ni mmg selalu ada side effect, masa aku study ada kawan kasi duramine, masa tu berat 55kg je pun. gatai  nak kurus lagi. mak ai mmg la,.. masa tu naik tangga balik bilik tingkat 3 rasa naik gunung Kinabalu, then malam tak boleh tidur, heart beat jadi laju. mmg selamat ubat tu masuk tong sampah < sempat 2 bijik je kot aku makan. Banyak cara bole kurus sebenarnya, gi bersenam ke, berenang ke, kurangkan makan, ikut betul2 cal yg dicadangkan dlm every meal per day, gerenti kurus, klw x kurus pun at least badan sihat lah. Macam aku kalau kurang makan nasi selalunya akan kurus laju je. Tapi aku kan org Melayu, makanan ruji nasi, kena lah makan nasi, kalau tak , tak larat tarik selimut nak tidur malam2. ngee. Nak jaga anak 2 org lasak2 tu.. haruslah perlukan tenaga yg byk nakn jaga dorang *alasan nak makan banyak*. So sesapa yg rasa nak amik ubat kurus tu pk2 lah ye.. takde jalan singkat babe. Tapi ada 1 la makanan kesihatan yg boleh recommend.. herbal life ops.. i bukan agent ye.. aku rasa tu bagus. tapi klw nak ikut program mknn tu mak ai.. mmg mahal giler la. boleh ke makan menatang tu je xyah makan.. huhu.. itu bukan ubat diet, tu MAKANAN KESIHATAN.  So peeps.. Say no to ubat diet k!

Sunday, May 6, 2012

Kepada blog...

blog,
Tuan mu minta maaf kerana jarang menjengukmu kebelakangan ini,wlwpun capaian internet ada dimana2 tp aku masih jua x dapat meluangkan masa untukmu...

Kerana.....
Tuan mu ni tidak sihat. Demam kdgkala kebah kadangkala tidak, adanya keadaan ini berulang esok, maknanya haruslah aku ke hospital untuk membuat ujian darah. Menjelang maghrib, segala tulang temulang, urat sendi semuanya bagaikan berbisa... Adakah denggi? Harap2 tidak..... Kerana masih byk tanggungjawab yg blm diselesaikan menjelang minggu ini...

Blog,
Byk perkara ingin aku coretkan padamu.. Byk entri tertunggak aku ingin sisipkan.. Tapi apakan dayaku.. Aku x daya.. Lagian.. Tuan mu ini jua kuat tido.. Asal dapat peluang mesti tido.. Inikan pula telah menelan segla macam ubat2an , lglah.. Tuan mu ini terawang2...

Jadi blog,
Pandailah kau menjaga diri tatkala tuan mu ini sedang berehat agar follower yg ada dpt dikekalkan..

Pada kawan2 yg sudi menjengah wlwpun tiada entri. Terima kasih diucapkan.. Doakan saya cepat sembuh ya!

Yang benar,
Raksasa Semut Merah


*maaflah ayat x bleh blah punyo!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.