Friends Of Mine

Thursday, May 10, 2012

Lagi Produk Pelangsing Dirampas

KUALA LUMPUR – Orang ramai terutama  wanita yang gemar mengambil sejenis produk  melangsingkan badan berasaskan buah acai beri,  diminta menghentikan amalan itu kerana ia  disahkan mengandungi bahan kimia beracun yang  membahayakan kesihatan.
Hasil analisis Jabatan Kesihatan ke atas produk  yang sudah setahun berada di pasaran itu  mendapati ia tidak selamat dijadikan makanan  kesihatan.
Menurut Timbalan Pengarah Farmasi (Penguat  Kuasa), Jabatan Kesihatan Selangor, Jaafar  Lassa, pihaknya mengenal pasti terdapat  campuran bahan kimia beracun `Sibutramine  Hydrochloride’ dalam produk kesihatan  menggunakan buah yang kaya dengan bahan  antioksida itu.
“Bahan kimia itu sebenarnya boleh diambil atas  arahan dan pengawasan doktor, namun  pengambilan tanpa dos yang sesuai dan  dibenarkan boleh meninggalkan kesan sampingan  dan menyebabkan kematian.
“Bagi produk keluaran syarikat ini, kita tidak tahu  berapa dos `Sibutramine Hydrochloride’ telah  dicampurkan. Pelanggan mungkin dapat  melangsingkan badan selepas menggunakannya  tetapi tanpa disedari kesihatan mereka terjejas  akibat kesan sampingan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita  selepas mengetuai serbuan di pejabat pengeluar  produk berkenaan di Jalan Puteri 5/5, Bandar  Puteri Puchong dekat sini hari ini.
Serbuan pada pukul 10 pagi itu disertai 11  pegawai penguat kuasa farmasi dari Jabatan  Kesihatan Selangor, Jabatan Kemajuan Islam  Malaysia (Jakim) dan Bahagian Penguat Kuasa  Farmasi, Kementerian Kesihatan (KMM)  termasuk Timbalan Pengarahnya, Wan Hamid  Wan Ibrahim.
Sebanyak 120,000 kotak produk kesihatan  bernilai RM375,000 dirampas dalam serbuan  tersebut, manakala Jakim turut mengesahkan  syarikat berkenaan menggunakan logo halal  keluaran swasta yang kini sudah tidak  dibenarkan.
Menurut Jaafar, selain pejabat pengeluar di  Bandar Puteri Puchong, beberapa pejabat  pengedar dan rawatan produk berkenaan di  seluruh negara termasuk di Seri Kembangan dan  USJ Subang Jaya, turut diserbu secara serentak  hari ini.
“Serbuan dilakukan setelah seorang pelanggan  membuat aduan bahawa dia berasa tidak selesa  apabila mengambil produk tersebut dan hasil  analisis yang dijalankan terhadap produk itu  kemudian mendapati ia mengandungi  `Sibutramine Hydrochloride’.
“Pengambilan bahan kimia ini jika tanpa mengikut  dos yang dibenarkan boleh mengakibatkan  kemurungan, psikosis atau halusinasi; risiko  tekanan darah tinggi; sakit jantung dan kepala  serta mempercepatkan denyutan jantung,”  ujarnya.
Beliau berkata, kesan sampingan lain ialah  pengguna mengalami keseronokan melampau,  perubahan selera makan, kegagalan buah  pinggang, pedih ulu hati, sembelit dan susah  tidur.
Katanya, setakat ini, sudah ada seorang wanita  berusia 33 tahun dari Kampung Gunung Keriang,  Alor Setar, Kedah, dilaporkan maut akibat  mengambil produk kesihatan mengandungi bahan  kimia beracun ini untuk melangsingkan badan. – mynewshub.my

 Sumber :SINI

Semut Merah kata:
Baru plan2 nak makan menda alah ni, kata nya cepat kurus, tapi sbnnya aku takdelah nak kurus mana pun, cuma klw gemok stamina kureng, cepat letih. lagipun aku tau aku cantik klw gemok pun. Tapi dari testimoni yang aku baca kat page reseller acai berry ni mmg la semua customernya ckp kurus cepat. Sebenarnya aku mmg sangat2 particular bab2 nak makan ubat kurus ni, pasal tu lah kalau aku dapat info psl ubat kurus aku akan search kat laman web jakim (status halal) then kat web kementerian kesihatan (untuk pastikan ianya selamat) maklumlah bukan doktor, tau sume nama2 saintifik yg ada kat botol tu kan. Anak 2 org tu sape nak bela kot aku mati ke gila ke kan? Terdahulu salah satu produk Sendayu Tinggi kena rampas, juga contents Sibutramine  Hydrochloride. Boleh search apa Sibutramine  Hydrochloride ni  dan kesannya kat gugel eh. Aku tau sgt2 dah klw ubat kurus ni mmg selalu ada side effect, masa aku study ada kawan kasi duramine, masa tu berat 55kg je pun. gatai  nak kurus lagi. mak ai mmg la,.. masa tu naik tangga balik bilik tingkat 3 rasa naik gunung Kinabalu, then malam tak boleh tidur, heart beat jadi laju. mmg selamat ubat tu masuk tong sampah < sempat 2 bijik je kot aku makan. Banyak cara bole kurus sebenarnya, gi bersenam ke, berenang ke, kurangkan makan, ikut betul2 cal yg dicadangkan dlm every meal per day, gerenti kurus, klw x kurus pun at least badan sihat lah. Macam aku kalau kurang makan nasi selalunya akan kurus laju je. Tapi aku kan org Melayu, makanan ruji nasi, kena lah makan nasi, kalau tak , tak larat tarik selimut nak tidur malam2. ngee. Nak jaga anak 2 org lasak2 tu.. haruslah perlukan tenaga yg byk nakn jaga dorang *alasan nak makan banyak*. So sesapa yg rasa nak amik ubat kurus tu pk2 lah ye.. takde jalan singkat babe. Tapi ada 1 la makanan kesihatan yg boleh recommend.. herbal life ops.. i bukan agent ye.. aku rasa tu bagus. tapi klw nak ikut program mknn tu mak ai.. mmg mahal giler la. boleh ke makan menatang tu je xyah makan.. huhu.. itu bukan ubat diet, tu MAKANAN KESIHATAN.  So peeps.. Say no to ubat diet k!

2 comments:

Izza-Crystal said...

Jom wehh g sliming

O'gosh said...

aku pun nak kurus gak...kalau bole jadi macam sebelum mengandung pun dah kira ok..tapi x pernah terpikir plak nak makan ubat kurus..sebab aku kureng percaya sikit ngan ubat2 ni..