Friends Of Mine

Tuesday, November 27, 2012

Haziq & Amni

Sudah sangat lama rasanya mama tak menulis tentang perkembangan anak2 mama.. mama asik bz tulis pasal diri sendiri aje ye..
Cinta Hati MAMA

Yang pertama mama nak menulis tentang cinta hati mama yg pertama,
Haziq,
Perubahan ketara semenjak cuti sekolah ialah mama lihat haziq semakin kuat makan.  Dan kebetulan mama banyak masa untuk masak untuk keluarga kita. Mama balik kerja pun pukul 1 tghri? haha kerja apa mama ni? oh.. sebaiknya aku takkan  menulis tentang diri sendiri di entri ini.  Semenjak kita boikot MCd lebih kurang 3w yang lalu, haziq dah tak minta kita drive thru lagi tgh2 malam. Haziq pun boleh faham bila mama cerita tentang rejim Zionis yg menyerang semenanjung Gaza yang mengakibatkan ratusan yg terkorban. Alhamdulillah. Haziq macam papa, pagi mmg tak berapa lalu makan, tekak haziq akn beroperasi bermula dr lepas waktu lunch. Apa yg mama nampak haziq tak suka makan nasi, haziq prefer makan ayam goreng sahaja, fetucine carbonara, pizza, mi goreng, mis sup dan angkatan mi yg lain, dan juga beger otai. Semua yg haziq suka tu, mama buat sendiri , kecuali beger otai tu lah, sebab mama tak suka simpan stok beger dlm peti ais, nanti mama lagi "gebu".  Selain dr makan, haziq suka tidur lambat, ini lah satu masalah besar yg mama selalu fikir hari2 macamana nak bagi haziq ngantuk cepat dan ikut duration tidur yg sepatutnya bagi kanak2 seusia haziq. Kalau mama tak jadi tarzan, alamatnya pukul 2pagi lah baru haziq tidur, bagi mama takde masalah, tapi papa selalu bising kat mama sebab haziq suka tidur lewat. tapi mama selalu kata kat papa "mana tak tumpahnya lauk klw x kenasi" kalau ikut mama, jam berapa pun mama boleh tidur. mama mmg flexible.hehe

Now cuti sekolah, haziq takde apa2 aktiviti, mama nak hantar haziq ke kelas renang , tapi papa prefer thn depan, So tahun depan aje lah ye. And I hope you enjoy the moment sebab ni last school holiday yg haziq boleh bersenang lenang. Belajar pulak mama tak risau, sebab kalau ikut graf kanak2 seusia haziq, mama rasa haziq dah super advance.Boleh baca melayu dan English , simple maths, oklah tu.. takkan mama nak ajar haziq theorem pitagoras pulak kan? Tapi being my son, mmg haziq takkan ada honeymoon year. Sebab mama dari dulu pun mama tak pernah ada masa tamat untuk menuntut ilmu. Cuma mama harap haziq enjoy moment haziq semasa kanak2 ni. mama taknak jadi macam mama, dulu2 hidup mama cumalah sekolah dan rumah. Sebab dulu2 ayah mama selalu takde kat rumah sebab belayar, mak mama pula tak pandai bawak kenderaan, jadi mama cuma ke sekolah dan balik rumah tapi mama tak menyesal, sebab sampai sekarang pun, klw duduk dirumah lama2 mama x bosan. HAziq untung ada mama dan papa, kalau papa bz, mama masih ada untuk drive kesana dan kesini bawak haziq jalan2. Tapi mama paling suka bawak haziq dan adik pegi makan kan?

Sejak haziq duduk dengan atok dan nenek, mama lihat haziq dah pandai bacaan dalam solat, kalau tak haziq cuma pandai baca Al Fatihah je, mungkin anak org lain dah pandai, tapi mama x peduli, haziq anak mama, apapun hasil dr haziq adalah hasil dr didkan mama, mungkin anak org lain pandai solat usia 3 thn. tapi takpe,mama harap haziq istiqamah. Tahun depan mama hantar haziq belajar sekolah agama ye petang2.

Haziq pun kadang2 nakal, taknak dengar ckp mama, tapi mama x heran, sebab klw mama dah jd raksasa haziq sure takut, mama belum amik hanger lagi haziq dah lintang pukang lari. Kadang2 haziqjawab balik apa mama ckp, takpe.. sebab otak haziq mungking berfikir the other way yg mama fikir, jdnya mama positive takpe.. jangan risau.. mama ni org yg suka membaca, psikologi kanak2 pun mama baca, jgn risau.

Mama minta maaf kdg2 mama macam mak tiri, tapi mama kena garang, sebab kalau mama tak garang nanti haziq jd anakku sazali. Sekarang mama muda lagi. *eceh* sebab tu mama masih bertenaga menjerit2 sampai jiran hujung rumah kita pun boleh dengar suara mama. hehe. Mama cuma nak yg terbaik untuk haziq.

Tahun depan haziq masih sekolah di tempat yg sama, mama dah bayar dah. Pra sekolah yg mama register tu pun nampaknya kena tolak, sebab bila mama fikir2 , takpelah haziq cont je lah kat sekolah tu.. Lagipun mama risau di Pra Sekolah haziq belajar balik apa yg haziq dah belajar. N again, mama cuma nak yg paling baik sahaja untuk haziq.
ni result akhir thn haziq yg lepas, takpelah 1 je tak full mark. *tu pun mama dah jerit mcm tarzan yek?*

Buat puteri mama yg tercinta,
Amni
Amni dah berusia 1 tahun 9 bulan, lagi 3 bulan Amni genap 2 tahun. Mama lihat Amni sangat petah bercakap, apa mama cakap Amni ikut. Kadang2 Amni ikut cara mama membebel, kadang2 mama rasa mama takut tengok Amni dan Abang makin besar. Reason yang paling besar kenapa mama tak cari kerja yg lebih bagus adalah sebab kalian berdua, biarlah mama gunakan degree yg mama ada untuk kalian berdua.

Amni banyak copy abang, apa abg buat, Amni buat, mama beli doll kat amni , amni prefer main ultraman dengan abg. Amni suka tengok boboiboy dan dengar lagu. Lain2 amni tak suka. Amni tak macam abg yg kaki tv, nasiblah. klw tak ada 3 piring astro atas bumbung rumah kita. Amni boleh operate ipad abg, hp mama, dan note mama. Amni dah faham arahan yg mama bagi, contoh buang sampah dalam tongsampah,kemas mainan, hantar botol susu ke sinki dapur.  Mama harap umur amni 2 tahun nanti mama nak ajar Amni free diapers. Harap2 amni pun macam abg, 3 tahun boleh kesekolah dah.  Tapi mama tengok, Amni tak berapa friendly macam abg, org tak kenal Amni takan tegur, mama takut bila mama nak hantar amni kesekolah amni tak nak.

Amni pun suka menulis, main dengan buku dan pensel. Kordinasi tangan amni masih belum kuat, jadi amni cuma pandai conteng aje. Tapi takpe, at least Amni dah kenal buku dan pensel. Alhamdulilah, Amni pun dah jarang kena attack asthma, mama harap amni takkan kenal lagi.. bulan 1 ni setahun genap Amni tak diattack asthma. Mudah2an lah anak2 mama semua sihat2  mcm sekarang. Sebab tu lah agaknya mama pun makin gebu bila anak2 pun sihat.

Tahun depan amni akan dapat adik, maybe on April. tapi bukan adik kandung, tapi adik sepupu.. anak makngah, mama harap amni dan abg pun happy. Nanti kita jaga adik tu macam adik beradik amni dan abang juga kan. Sebab nanti mesti makngah n pakngah bz kerja.

Amni sgt senang tidur, amni banyak mewarisi sifat mama, senang beralah, pun sifat mama. suka menjerit pun macam mama jugak. Abg banyak copy papa kan? tengok je lah muka dia. haha. Tapi Amni pun macam muka papa juga.. kesian mama.. Tapi tak apalah, janji cukup sifat sudahlah ye. Amni tak perlu ditepuk bila nak tidur. Amni pun suka makan macam mama, apa aje pun boleh. Tapi mama tengok amni suka makan makanan yg pedas, kalau tak pedas amni tak berapa suka.

Semoga anak mama membesar dengan bijak dan sempurna.. Kalian berdua adalah harta dan anugerah yg paling indah dan berharga yg dikirimkan oleh Allah pada Mama dan Papa. Semoga jadi anak soleh dan solehah yg membawa Mama dan Papa ke syurga. InsyaAllah. Ameen

Monday, November 26, 2012

Bola dan Aku

Bukan nak ckp aku macam BOLA. hehe

Tapi.. dr dulu pun mmg x minat bola. Footballer? hmmm .. dulu2 adalah footballer suka kat aku, tapi footballer skolah je pun. tapi as well known mmg footballer sgt glamor even skul fotballer pun. Tak caya? tgk jelah byk footballer glamor2 kawin dgn sape kan? ahaha. my xperience yg mmg ramai 'fan' satu masa dulu mmg footballer punya awek cun2 (eh aku kah? dulu lah .. sekarang dah lain)  takpelah.. fan masa single takpe.. jangan terbawak2 sampai dah kawen pun nak kumpul 'fan' ye.. haha

eh tapi sebenarnya bukan nak ckp pasal footballer, citer pasal bola semalam. Aku sgtlah bosan asal weekend je mesti en husband tgk bola aje keje nya tak kira lah EPL ke SERIE A ke AFF ke hape kejadah lagi tah aku pun tak tau.. kadang aku layan, kadang aku layan drama kat tonton je sebelah beliau. KAdang time beliau lepak kedai mamak layan bola, boleh lah aku layah cerekarama..hahaha. org melayu biasalah! Tapi semalam anak pun takde dok umah mak, aku pun cubalah tengok pialah AFF Msia vs Spore tu. alahai.. bukan nak kondem, tapi nampak nya King Gopal tu dah bongok n tak kretip nak susun player dah. Ceh pandai je aku.Takpun player2 asik pk nak kawen or nak tackle artis2 kot. ee.. nyampah kan? tu lah baru hebat sikit dah macam2 cerita dengar footballer Msia ni. untuk org yg buta sukan bola macam aku ni tgk pun, aku rasa nak nilai tahap player ni mcmana  pun tak tau. main memang lah pakai kaki, tapi main or buat apa pun kena lah pakai otak kan. ini sampai passing pun x sharp. Haha. Husband aku mmg berbulu dengar aku komen macam ni, tapi nak wat cemana kan, dah bininya mmg gini.  Kesimpulannya, kepada model2, artis2, awek2 cun, hahaha jangan ganggu konsentrasi pemain Msia bleh? hahahaha.

Kalau sekali imbas, tgk EPL mmg sgt laju permainannya, tengok dorang main? huh macam aku tgk pakwe aku masa sekolah mainbola je beb! hahaha habehlah fan harimau malaya kutuk aku sat g.. LARIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKk

Saturday, November 24, 2012

Demam yang berpanjangan

Salam
Dah lama x update entri, selain dr malas ahkak kerengga sebenarnya demam selama 1 minggu on off.. selamat " derma darah" kat spital selama 3 hari.. nasiblah x admitted, cuma kena buat bloodtest selama 3 hari berturut untuk monitor platlet darah dlm keadaan yg selamat.

Since semalam alhamdulilah dah boleh bangun. Rumah pun senyap sunyi anak takde, dapur tak berasap, habuk sana sini akibat aku yg demam. Mmg lumpuh aktiviti rumah klw aku yg sakit. Memang diriku begitu berharga rupanya. Tempoh tidur pulak rasannya.  20 over 24 hours aku tido saja dlm sehari, mkn ubat je aku lalok. Sampai husband ckp pun aku dengar tp x faham. Syukurlah dah sihat.. bacaan bp pun dah ok. Padanlah aku asik pening mcm nak tejatuh bijik mata klw tunduk. Bacaan bp amat2 lah  rendah. Husband pulak tengok aku tido, dia pun nak challenge tido ngan aku, sudah nya rumah kami mlm sentiasa.

Tambahan pula aku period, bertambah2 sakitlah aku, senggugut tak pnh jemu menjenguk aku dr mula2 aku period lagi. Sampai da beranak 2 pun masih sama jugak, cuma mungkin ada kurang sikit dr zaman anK dara dulu.

Harini husband duty, maka memang cincai boncai ajelah acara masaknya.  Makan fetucine carbonara aje, haziq suka, mama tolak batu n kayu aje. Alhamdulilah seler mkn pun sudah pulih. Lepas turun 3 kg naiklah balik 4 kg.

Semalam tiba2 dikejutkan dengan berita skot husband terlibat dlm tragedi bot meletup masa eksesais. Mlm ke rumah beliau, menjenguk anak dan isterinya, syukurlah mereka ok2 je. Tp dihati hanya tuhan saja yg tau.. semoga suaminya cepat2 pulih. Begitulah risk jadi isteri tentera.  Tapi malang itu tidak berbau, tidak terkecuali jika itu ditakdirkan buat kita. Beringat sentiasa. Mungkin hari ini hari dia, esok siapa tahu kan?

Ulser dlm mulut masih sakit, nak bercakap pun rasa nak menitik airliur. Adehai... bilalah dapat cergas semula ni.. masa aku demam, husband belikan beberapa novel buat penghilang bosan. Tapi mcmana nak baca klw mata asik mengantuk kan? Kena marathon ni.. so ok.. kena tidurkan anak2 dulu. Till then.bye friends..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah 1434H

Selamat menyambut Maal Hijrah.. semoga di tahun baru hijrah ini membuatkan kita sama2 lebih baik dr tahun sebelumnya.. InshaaAllah

Impian di tahun baru, mcm biasa, nak jd ibu, isteri ,insan yg lebih baik dr sebelumnya. Semoga amalan compang camping selama ini dpt diperbaiki.

Cuti lg hari ni, aku? Selsema dan batuk stelah sekian lama berbangga tgk org sekeliling batuk n selsema tapi aku x jangkit. Muahaha. Manusia biasa kan, haruslah sakit. Amni dan haziq di rumah atok dan nenek. Dapatlah mama berehat melayan skt yg x seberapa ni. Terima kasih makngah yg rajin sgt melayan budak 2 org tu. Jangan la demam hendaknya.. tak larat pulak. Aku dan suami berlawan2 batuk dlm rumah ni. Aku suruh dia mkn ubat, dia suruh aku mkn ubat! Haha. Tp oklah dia bole picitkan kepala aku yg berdenyut2 td ni. Td pgi je msk mknn dlm perut ni, till now belum lalu lg..  aku tak kisah pun gemok, asal nikmat mknn tak ditarik balik. Klw x lalu mkn, apa pun x lalu la jwbnya.

Mata pun pns je ni. Nak demam kah? Aku ni bertahun x demam, klw sekali demam memang jwbnya  melepek tak sudah lah. Oh kena ingt selalu badan bukannya robot, robot pun kdg2 rosak kan?

Oklah tak de idea nak menulis dah.. akhir kata, salam maal hijrah buat semua readers!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, November 13, 2012

Ayam Penyet


Ditengah mlm nan syahdu ni, teringat plak ayam penyet yg aku g last week ngan tet n abg jam. Ayam penyet wang solo. Ih ih.. terangkat!
Kat manjung ni pun ada aym penyet baru bukak tp biasalah org ortodok mcm aku ni haruslah nak tgk ado halal ke tdk kan. Mmg xkan pg dah lah kot, since dorang bring up issue xde halal kat kedai ni..
Tapi sries mmg sedaplah mmg ori kot dr indon since staff2 nya pun dah pakai costume " jawa". Esok klw jd nk g tgk malaysia lwn hongkong bolehlah ajak en azri singgah kot...
Dah lama x letak pic ahkak. Hehe . Pic ahkak ngn partner incrime je yg ado, ayam penyet nan hado pasalnye ahkak nmpk mknn je trs nak baham, lps mkn baru tringt nk snap pic. Muahaha. Gasaklah korang nak ckp selekeh ke hape. People loves to eat is always the best people!!! Hehe

Published with Blogger-droid v2.0.9

Main Taip Je Nih

Boringnya dipagi2 cuti begini. Aku bgn awal.. biasalah dah namanya emak, haruslah bangun pg. Klw dah kesiangan mmg aku x reti nak wat apa dah. The hubs n amni masih tido . Peh peh. Dekat pkl 10 da ni oi!!  Haziq mcm biasa ku hantar balik kg seberang jln aje. Dah nama cuti sekolah kan. Kasi lah dia can beronok2 membuli hatok n nenek.

Pkl 730 aku dah pegi psr, hajat tekak nak buat asam pedas ikan merah * dapnyeee* alhamdulilah ikan merah pun ada td. Lala pun ada. Anak2 aku ni fav lauknya lala ni la.. ala siput lala tu, haiwan mcm kerang2an tu. Dah pkl 845 siap cuci semua lauk2 jap lg lah baru msk. Ni takde bekpes2 dah, lunch trs.

Haih bila lah nak kurus ye, klw psl mkn projection mmg awal. Cuba klw kerja wat mcmni kan dah kaya?  Nak2 partner mkn pun on je nak mkn apa. Haih haih

Dah tak tau nak taip apa, pen off dulu. Tata!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, November 3, 2012

Its 31 Thank Allah!

3 nov 81 -3 nov 2012
Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas hingga ke hari ini.  Terima kasih Ya Allah ats kurniaan rezeki, dan nikmat yg telah Kau berikan. Semoga Kau panjangkanlah umurku supaya aku boleh membahagiakan org2 yg aku sayangi.

Terima kasih kepada emak, kerana melahir dan membesarkan aku, terima kasih pada ayah yg mencari rezeki menanggung aku dr kecil dan juga mendidik aku hingga ke tahap ini.

Suami, terima kasih! Atas ucapan selamat hari jadi tadi dan segala kasih sayang yg dicurahkan selama kita bersama. Terima kasih anak mama haziq, sebab wish mama mendahului papa ,mama tau papa remind haziq . Terima kasih anak bongsu mama, wlwpun tak faham eeti birthday tp cuba ucapkan utk mama, thanks sayang...

Semoga hari2 mendatang membuatkan aku lebih matang selari dengan usia. Amin Ya Rabb..

* entri yg paling banyak words TERIMA KASIH

Published with Blogger-droid v2.0.9