Friends Of Mine

Wednesday, February 27, 2013

Review :Eyeliner

Aku sgt suka eyeliner, mmg dari zaman dulu mmg suka. Rasanya benda lain takde takpe kot. Tapi klw eyeliner habeh stock rasa mcm xnak keluar rumah *ahaha, buleh *
 Tapi selalunya aku takkan ke'putus'an stock eyeliner sebab aku ada mcm2 jenis. * sejak kerja lah, zaman studi harap duit studi jd sokmo lah takde*

Monday, February 18, 2013

Usahlah Asyik Menuding Jari

Adrenalin memuncak bila melihat post dan komen sebegini  * memang sengaja ahkak tak blur kan nama yg post ni* post dan komen ni aku dapat dr Page I Love Manjung.

Aku bukan terasa atau apa, tapi sebagai "wife officer" and a part of keluarga Pegawai Navy. Comment ni agak membuatkan saya marah.  Post ni mendapat sebanyak 400plus comment yg mana ianya tak sempat saya print screen semua sebab post tu dah pun expired.

Post ni adalah berkenaan lift yg terputus di salah sebuah flat rumah kelamin di Pankalan TLDM Lumut. Mcm2 versi yg boleh dengar. Saya yg mendapat sumber yg sahih pun x simply2 nak post benda2 mcm ni. Dan mangsa lift tersebut telah pun meninggal dunia setelah 2 hari kejadian.

Saya taknak ulas lanjut tentang kejadian tersebut. Tapi entry ini lebih kepada nak mempersoalkan sejauh mana "org2 yg post komen tersebut tahu, apa sebenarnya yg terjadi, Bila tragedi sebegini terjadi, semua menuding jari, ok, ini adalah bencana ok, walaupun kesilapan sebegini tak patut terjadi.  Kenapa nak salah kan oorg itu, org ini, sampaikan wife pegawai navy pun terpalit sama? Anda kenal sgt ke semua wife pegawai navy ni? Anda arifkah tentang kontrak2 yg dikatakan "bawah meja" pegawai navy ni? Ingat mereka2 ni takde etika dan tak "bergaji"kah? Anda tahu? klw anda tahu, benar2 tahu, kita punya saluran2 yg betul, salurkan lah pada SPRM kalau anda ada bukti, jangan pandai komen umpama baling batu sembunyi tangan. Let pihak berwajib yg siasat apa sebenarnya yg terjadi, jaga diri sendiri, jaga keluarga dan yg paling penting mulut sendiri. Kalau benar ada unsur2 rasuah atau apa2 yg menyebabkan lift ni terhempas, biarlah org2 yg berkenaan dihukum. Kita tak payah sibuk2.

Dan yg lagi funny, kejadian ni dikaitkan dengan politik, wah parti itu lah yg bersalah. Serious u look so stupid people. Ok ni terkeluar tajuk sikit, accident yg melibatan JPJ , kerajaan salah, sampai kes budak hilang masuk dlm monsun drain pun kerajaan salah? Oh my! Takde sebab lain lagi kah? Anda pasti ke klw parti yg 1 lagi tu memerintah, tak terjadi kejadian2 seperti ini? Bangsa2 yg hanya pandai tuding jari pada org lain dan tak tahu bagaimana nakselesaikan masalah ini kah yg patut jd pemimpin ni? *oh berkempen plak ahkak*

Ramai yg bercakap pasal "HAK". Hak kami, hak rakyat, dan macam2 hak lagi, tapi yg bercakap pasal hak ni sedar tak, hak kau yg org lain tgh jaga kat sempadan sana? Yg dibayar gaji sebagai kakitangan kerajaan , tinggal semua anak serta isteri untuk menjaga"hak" kau kat sana? Ada fikir tak? Org bg BR1M RM500 pun jd isu kat ko, gula2 konon, tapi isi borang ambil juga, rebat telefon kau ambil juga. Then nak berapa? duduk rumah goyang kakinak kerajaan masukkan duit dlm akaun ko tetiap bulan ke? Mcm2 subsidi dapat, subsidi perubatan, subsidi gula, subsidi tepung, subsidi pendidikan, dan segala macam subsidi dapat, masih tak bersyukur. Kau sedar tak zaman aku amik SPM dulu ada yg tak mampu nak bayar fee SPM yg seratus lebih tu sampai ada yg berhenti sekolah. Now? fee already waived, masih tak bersyukur? apa tujuannya? untuk memastikan rakyat dapat pendidikan yg sepatutnya kan? ada ko kisah pasal tu? Inilah org yg hanya pandang dlm rumah dia sahaja, ada tak pandang kat negara2 jiran yg takde subsidi? Kau takde duit, kau matilah kat rumah, makan lah daun2 sekeliling kau. Ada? sure takde kan. Nak pendidikan percuma mcm2 negara2 maju yg lain konon, tapi ada ko fikir tak apa yg perlu dikorbankan untuk dapatkan pendidikan percuma tersebut? Tax yg rendah kat Malaysia ni pun masih ada lagi yg nak mengelat. Masa saya di Universiti dulu, kalau saya tak silap, kerajaan menangung kos seorang pelajar sehingga habis pengajian adalah lebih kurang RM100k, tapi setiap pelajar hanya byr lebihkurang 20% dr kos tersebut. Yg 20% tu pun korang nak free jugak ke? Semua nak free,nak free lainkali kasi dpt 1st class kerajaan kasi free.

Sekarang baru saya sedar, kenapa kita kena belajar sejarah, kenapa kena belajar Kenegaraan , Etika, Tamadun Islam sewaktu di Universiti dulu. Ingat lah kawan2 akan hilang ke keistemewaan orang Melayu.... kesian kalau dulu masa nak merdeka org melayu banyak berkorban nampaknya kini kena juga berkorban kehilangan tanah ini untuk menentukan ada orang yang boleh memerintah.

ok saya tak masuk bertanding di PRU nanti.. kalau saya silap maafkan saya, tapi saya cuma luahkan apa yg saya rasa, saya amat sedih mengenangkan nasib anak2 saya nanti, Jika apa yg saya jangka berlaku. 

Sekian.

Wednesday, February 13, 2013

Review review Makcik Plastik

salam,
fuh fuh!
byk habuk sey

rasa mcm xnak cerita life.. nak cerita pasal bedak boley tak? Perempuan selalunya mmg x boleh dipisahkan dengan bedak kan?

oklah,, umur dah menginjak ke angka 30plus ni, tak yah lah nak perasan muka flawless dan natural beauty  *pui* sgt kan. hehe.

oklah aku nak review sikit pasal 2 way cake yg aku pakai *kek 2 cara* ok ni dia..


dlm simpanan aku mmg ada 6 jenis ni, meh nak review 1-1

1- Maybeline 2way cake foundation clear smooth - performance so-so jek klw kena kat muka aku, klw setakat nak touch up bila dah 2-3 jam berbedak oklah . tapi klw pakai bedak ni saja sepanjang hari, muka aku akan keluar minyak dengan jayanye.  tapi oklah klw pakai ianya tak bertompok2 ( kena ada skill jugak ye ahkak2). Harga : RM29.90 refill : 10.90. Selalunya aku letak ni dlm handbag aku, sebab aku just gunanya untuk touch up je dan pakai balik kalau solat di ofis.

2-Pixy - bedak yg paling best pernah aku pakai. Mulanya aku taknak pakai sebab harganya sangat murah dikalangan 2way cake yg lain. bukan berlagak ye, tapi selalunya harga murah kan x bagus, tapi yg ni recommended,  muka nmpk sgt flwless!  Harga : RM16.90 refill : 9.90. Kalau kat toko jamu mahal sikit kot. aku beli kat Pasaraya Billion kat hometown aku jek, kat aeon pun ada kot, pnh terpandang.  Recommended! series muka jd mcm pelakon sinetron indon! *ok tipu*

3- Kokuryu Summercake @ bedak arab- aku pun tak paham cemana aku boleh terbeli bedak ni, actually 1 of my friend sell this, so support kawan2 lah kiranya. pada aku klw ok y not try kan. lgpun muka aku jarang nak naik jerawat klw tak sesuai. Mungkin pada org lain, oklah kot, tapi untuk muka aku, alahai, mmg sgt2 x sesuai, *atau mungkin the colour not suit to me* pernah sekali aku pakai 1 of my friend kata,  " la.. pakai apa kat muka tu yg putih sgt " mungkin dah rupa kak limah agaknye, bedak ni nak apply pun agak leceh gak untuk aku, sebab kene moist kan span dengan air, klw takat apply terus mmg x lekat, tapi daya ketahanan bedak ni mmg lah lama. So i stop wearing this , ingat sape2 nak aku nak bg jek, baru pakai 2 kali kot. Harga : RM55.00. mahal la tu bg aku yg sedang2 aje ni. dengan performance yg begitu.  Jd jgn tertipu dengan testimoni *pesanan buat aku dilain kali*

4- Elianto - 2way cake yg ni pun best jugak, best lah.. setanding pixy jugak. tahan lama dan tidak berminyak. Harga: rm 39.90 (refill shj) bekas yg comel tu kene beli asing.

5- Silkygirl - 2way cake yg ni, so-so jek. Mungkin ianya sesuai untuk kulit remaja, sebab tektur nya berdebu sgt. jd kulit yg dah season ni, rasanya tak sesuai kot, klw nak pakai gak kene apply moisturiser bebanyak kot. jd yg ni pakai bila suka jek. Harga : RM19.90. Refill tak tau berapa

6 - Silkywhite - ni saje beli masa jalan2 kat watson aeon sebab masatu ada sale. saje2 try sebab nmpk dia ada function BB sekali. tapi sama jugak lah dengan2way cake silkygirl tadi, sesuai untuk kulit remaja sebab berdebu sgt. masa aku beli sale RM15.90. RP tak tau berapa. tapi aku rasa belom 20 gak ni.

Apapun yg kita pakai asal sesuai ok lah kot. kebanyakan yg aku pakai ni mmg range yg mmg budget punya sebab aku x beli setahun sekali, almost 2months kene beli lagi dah, lgpun aku mmg selalu fikir item that worth for my money.

ok next plak lebih kurang bedak gak lah, nak review BB cream & Foundation  plak. Ni yg aku pakai :
alamak blur lak pic


1- Elianto BB cream SPF50++PA - BB cream ni oklah tak berminyak, cuma tekstur terlalu ringan kadang bila pakai sampai ke petang, serapannya lebih cepat. Jadi selalunya aku pakai kalau untuk event yg sekejap2 , klw pegi kerja pun pakai ni jugak atau berjalan waktu malam. Harga :RM59.90.

2- Silkygirl - Foundation ni best dan tekstur yg ringan. Recommended kepada yg byk scar2 atau blemish kat muka, mmg boleh tutup . Dan kalau berpeluh pun x bertompok. Selalunya aku pakai kalau ada dinner atau accasion yg memerlukan aku berbedak agak tebal. hehe.  Kalau sesaje mmg x pakai. Harga : RM 23.90.

3. Maybelline BB Cream SPF20PA- BB cream ni pun best, selalunya aku pakai yg ni lah, sbb harga pun murah klw habeh senang nak beli. hehe.Long lasting dan tak berminyak.  Now ada sale CNY kat billion RM15.90 jek.. klau tak RM24.90. g lah beli ada lagi kot!

4. Maybelline BB stick - Ok yg ni series best! lagi best dr cream. Long lasting dan sgt2 tak berminyak. klw berpeluh just dap2 kan tisu or spray face mist then akan fresh semula. Yang ni aku baru je try sebab sale la jugak. RM16.90. Kalau normal price tak silap RM24.90 jugak kot. yg ni pun recommended jugak.

5- Naturactor foundation cream - Foundation ni pun sgt2 ok jugak. Kalau pakai ni bersukan pun ok kot, sbb berpeluh pun x jejas.  *ada ke org bersukan pakai foundation ?* ni pun aku saje2 beli kat online shop sbb ingat muka boleh jd mcm doll korea la tu kunun! haha.tapi klw dah muka melayu , jgn lah nak perasan ye LYn!

Wah..rasa mcm panjang plak entry ahkak kali ni.. rasa mcm duta bedak pulak *pui*

oklah last but not least..



face with cake n without. haha!