Friends Of Mine

Friday, August 10, 2012

Iklan Bernas Yang Buat Aku Tersedu Sedan

Kisah anak yatim, yatim piatu, sebatang kara.. Semua rakan2 pulang berjumpa keluarga masing2.. Tapi Ahmad & Fizi tak punya siapa2, Ahmad punya gambar ibunya semasa beliau kecil, rindu hendak kepusara ibunya. Mereka nekad untuk balik ke kampung dan menjengah pusara ibu Ahmad. Dalam perjalanan ke Segamat, mereka disuga dgn ketiadaan tiket bas dan keretapi, mujurlah mereka bertemu dengan semua lori beras yg kebetulan jalan kesana yg dipandu oleh seorang lelaki India. Pada mulanya mereka hanya menumpang secara senyap2 dibelakang lori itu, tetapi  lelaki India itu perasan dengan kehadiran mereka, mereka sempat sampai ke masjid pada pagi raya dan ke pusara ibu Ahmad.


Teresak2 aku menonton video ini. *biasalah aku kan drama queen* . Cuma teringat, harapan kalau aku dan suami tak panjang umur, adalah kiranya insan yg berbaik hati dr keluarga aku yg sudi curahkan kasih syg pada kedua anak-anak ku.. Semoga aku dan suami panjang umur dan dpt membesarkan anakku dengan sempurna. Duit tinggi berdiri klw ditinggalkan pun x berguna klw tiada kasih syg. Lagi buat aku tersentuh, Fizi seorang buta dan Ahmad juga pekak dan x mampu berckp dengan betul. Sayangilah ibu bapa selagi masih ada, kalau x mampu berbakti, cukup lah tidak menyusahkan mereka lagi. Melihat wajah tua ayah dan mak membuatkan aku semakin hari semakin takut. Semoga ayah dan mak panjang umur dan diberikan rezeki melimpah ruah dan kesihatan yg sempurna.

Credit to BERNAS..

1 comment:

Izwa Kamaruddin said...

ala...tak dpt tgk lagi laaaa :(