Friends Of Mine

Wednesday, September 5, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012

Salam semua!

Baru nak tulis entry raya
raya sakan ke? tak lah. biasa2 aje
cuma raya tahun ni seronok nya ada double sikit lah sbb raya kat umah mak pak sendiri kan
wlwpon rumah mak pak sekangkang kera jek tapi raya ndak juge kat umh mak pak sendiri, wlwpun lauk raya aku yg masak * mmg tukang masak aku ni kat umh parents aku * tapi happy sgt2 . wlwpun ahli keluarga cuma beberapa org, tapi kemeriahan tetap dirasa. Mcmana la aku tua esok kalau anak ada 2 jek ek? sobs sobs!

Tapi raya ke -2 aku dah bertolak balik Batu Pahat and Muar *kg hubs * actually rumah arwah nenek beliau.  Rumah mil kat Felda Tenggaroh. Jauh seh! kalau dah nama raya memang keje duduk dlm kereta lah beraya. walaupun aku ni kureng sikit nak berjalan , tapi turutkan aje lah. nasib la setahun sekali jek, klw 3 kali. adehai.  anak2 pun nasiblah kesihatan pun baik jek. tapi Amni buat perangai taknak ngan orang sampai masuk bilik air pun nak ikut. ni yg buat aku rasa nak jd ular tedung. Yelah beliau mmg x user frendly sgt mcm haziq he can get trough ngan semua org. ye lah  lain anak lainlah peel nye kan. Nasiblah raya ke 4 dah balik rumah semula takde lah kembang sgt tengkuk aku asyik nak berangin jek.

Oh ya! Hari raya jatuh pada 19 Ogos kan? pada  hari tu jugak, merupakan anniversary aku yg ke -7 . semoga kekal hingga ke syurga. Hadiah?  mestilah ada. tapi x yah show off lah. Dah 7thn kawin xde la tiap2 tahun ada present,tapi hubs selalu tak pernah lupa. walaupun tengok muka beliau pun kdg2 mcm ular tedung , tapi boleh tahan jugak lah loving nya. eh hubs i hensem tau. sebab ada org admire lagi dah kawin pun! *grrr* haha. nasib lah ahkak pun boleh tahan deq!. *ni tak tahan ni puji diri sendiri*  . melalut lah nih. apapun aku harap ikatan nih kekal dan bahagia hingga hujung nyawa kami. biarlah apapun terjadi, dia dah maafkan aku , aku pun dah maafkan dia, adake org tak gaduh weh? ce ckp sket kat ahkak!Semoga anak2 kami membesar dengan sihat dan jadi manusia berguna.

Dikesempatan ni, aku nak ucapkan "selamat Hari  Raya Aidilfitri" pada semua pembaca blog aku , andai terasa, terkasar, *terperli* , terkutuk and apa saje ter yg  telah aku lakukan. InsyaAllah aku akan cuma tulis yg baik2 dlm blog ni selepas ni sempena "penghijrahan" aku. Cerita hijrah biarlah aku simpan sendiri. aku dah share dekat blog private aku. *jeng2. search la! search la!*Semoga aku istiqamah dalam apa jua perkara baik yg aku lakukan.

ok.. represent, pic raya aku. muka dah lemau sebab dah petang dan busuk baju tu . jadilah buat tatapan sendiri ye.

dan ini keluarga "besar" kesayangan saya..