Sumber :ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA
Setiap orang hendaklah mengawal rumah tangganya daripada gangguan syaitan dan iblis. Antara cara untuk memelihara rumah tangga daripada gangguan syaitan adalah:
Membaca al-Quran. Membaca al-Quran dengan penuh khusyuk banyak kelebihannya. Membiasakan membaca al-Quran dalam rumah, selain beroleh pahala membawa berkat dan menyelamatkan penghuni rumah tangga daripada gangguan iblis dan syaitan.
Zikir ketika masuk dan keluar rumah. Daripada Abu Malik al-Asyaari bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang hendak masuk ke dalam rumah, hendaklah dia mengatakan: Ya Allah, aku mohon kepada Engkau sebaik-baik tempat masuk dansebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Engkau kami masuk dan dengannama Engkau kami keluar, dan kepada Tuhan kami, kami menyerahkan diri,kemudian memberi salam kepada keluarga." - (Riwayat Abu Daud).
Memberi Salam kepada Keluarga dan Ahli Rumah. Firman Allah bermaksud: "Maka apabila kamu masuk ke sebuah rumah darirumah-rumah ini hendaklah kamu memberi salam kepada penghuninya yangbererti salam sejahtera kepada diri kamu sendiri, salam yang ditetapkandi sisi Allah, yang diberi berkat lagi baik." - (Surah an-Nur, ayat61). Imam an-Nawawi berkata: "Disukai untuk mengucapkan salam dan banyak berzikir kepada Allah serta memberi salam samaada dalam rumah itu ada orang atau pun tidak."
Harmonikan Rumah Tangga. Sabda Rasulullah bermaksud: "Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsana di atas air, kemudian mengutus pasukannya, maka yang paling dekat daripadanya (antara syaitan) kedudukannya adalah yang paling besar membuat fitnah sehingga datang salah satu daripada mereka mengatakanbahawa tidaklah dia tinggalkan seorang suami dan isteri, dia berkata:"Maka mendekatlah dia daripadanya dan mengatakan sebaik-baik orangadalah kamu." - (Riwayat Muslim dan Nawawi).
Oleh itu,wajib bagi suami isteri untuk bergaul harmoni, ceria dan mesra serta bergaul baik dengan keluarganya untuk mengelak daripada gangguan syaitan dan konconya.
1 comment:
Insya Allah..follow this rules..boleh bahagia selamanya..aminn
Post a Comment