Friends Of Mine

Thursday, April 5, 2012

Bersiaran Dari PC gabaks

arini buat hikmat ular *bak kata nozie*

balik awal ler tu.. bersiaran dari sini



actually.. ni adalah pc pertama aku masa aku kerja last 8 y.. kalau org lain beli lappy.. aku mana ada.. lappy masa tu mahal gilos! gaji fresh graduate masa tu mana la byk.. tak mampu nak beli lappy yg rege 6,7k pada masa tu. ni pun beli installment. Tolak gaji bape ratus tah.. tapi berbaloi lah kan. boleh pakai sampai ke anak cucu. Cuma monitor and byk accessories lain yg aku dah tukar lain mengikut keadaan semasa. For this time being Haziq yg pakai. beliau kan takde tablet. Tapi beliau agak kurang sabar menangani kesemputan pc ni. Jadi beliau lebih berminat dengan lappy aku. Tapi aku agak x berkenan sgt kalau dia pegang lappy aku. Sebab kang ada je setting berubah. Tulisan jd besar lah. kecik la. File hide lah. mulalah aku nak jd "biawak komodo" kan?

Setakat ni takde plan pun nak ganti PC gabaks ni. Biarlah ia berkhidmat hingga ke titisan terakhirnya. Harap2 ia dapat berkhidmat dengan baik sampai haziq masuk U. *eh!















Wednesday, April 4, 2012

Korang Suka Tak Orang Datang Rumah?

aku tak tahu org lain
tapi kalau aku..
aku sgt suka kalau orang datang rumah aku
terutamanya yg boleh make friends with haziq
haziq sgt happy kalau ada orang datang
tak kisah la.. girl or boy..
he can mix around.
Kegembiraan anak kan kegembiraan emak nya juga kan?
Satu lagi, kalau tetamu datang kan bawak rezeki
budak2 pulak.. lagi lah kan
Rumah aku hanya ada 4 orang peghuni
Aku, husband, Haziq n Amni
Husbandselalu ada aktiviti sosial *gop, snuker, tahlil , balik koje lambat, kusus, etc etc*
jadi tinggal lah kami ber -3
So.. kalau malas keluar, aku selalu la suruh mama mya nih dtg, buat bising sikit kat umah ni
Sebabnya, kalau kitorang hang out kat luar, mmg x dan nak nyembang keje ngejar budak2 ni
So baik sembang kat umah, bebudak nak tebalik kan umah terbalik kan je
pastu kemas je balik
Lagipun me and her best friend since secondary school.. and plus her husband are working abroad.
So senang la nak bersosial mak jemah ngan aku
Pastu masak2 makan. besh kan? Makan tambah je la sampai habeh pun xde sape nak pandang senget!
plus WE ARE FOOD LOVER. agaga. tgk size lah kan. Padahal masa skul dulu kamilah kerengga ituh!

Kalau ada coursemate yg lalu lalang ke pangkor tu pun aku ajak je nyinggah umah aku
Haritu mariana datang and her families. Dan aku sangat2 happy because We haven't meet almost 10years. We are classmate when we are doing our matriculation at UUM Sintok. Habeh study pun almost 10 y.. maybe more than 10y x jumpa pun. She have 3 kids, 2 boys and a girl. Mmg haziq x puas main dgn her kids sampai sedih and taknak say good bye. Nak buat cemana on that time masa sgt2 terhad, dah singgah pun dah cukup baik.

oklah. nak balik dah.. pukul 4 lebey dah ni. Rindu dah kat bau Amni and haziq. Sebelum penoff adasikit hadis yg aku nak share.

Dari abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda:” Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”

Rasa Nak G Facial Lagik!

last week aku dah  facial ngan nozie. Aku buat facial cold mask jek , saje teman beliau lgpun aku pum dah lama x facial. Rasanya sejak deliver .eh pregnant Amni kot. punya la lama...

Balik facial tu aku ada rasa muka aku licin lah sket *pasal blackhead sume dah kena tebas* syok2 nak make up pun senang. Tapi aku ada lagi 1 problem kat muka aku ni, banyak frackles. haih! aku rasa nak buat jugak pasal nozie kata facial vit c obvious kurang parut CP beliau. tadi pepagi aku call Siti nak wat appointment utk facial vit c . Yela kena lah wat appointment pasal nak dok sana 3 jam kan. So saturday ni nak g. Dengan harapan boleh la muka tanpa cela kan?

ni lah akibatnya kalau malas cuci make up. Pastu xde skincare yg tetap. Semua main tibai jek. Sbb perasan muka licin lah sgt! padahal umur dah banyak ni, mana lah nak sama mcm skolah2 dulu kan. Kalau dulu pakai bedak follow me pun dah ramai yang follow!*eh* now kene pakai yg spf paling high ,bedak pun kena pakai 2 in 1sekali dgn foundation. Maklumlah.. I dah 31 tau.. *kalau ada yg ckp aku nmpk muda tu maceh la ye* tapi mahapla.. tak ske org puji2 *puji-pujian hanya bagi Allah* poyo makcikni. kehkeh. Tapi serious, aku tak suka org puji, sebab aku tau, diriku begitu berharga. *wink wink*

mengarut x sudah...............

harap2 Hubs boleh jaga anak dengan jayanya while aku g facial nanti, I nak off hp.. jangan tanya mana susu, pampers dsbnya ya. lalalalalala

Wordless Wednesday

Tuesday, April 3, 2012

Amni ku Dah Pandai Bertatih

Amni.. 1 Tahun 2 bulan

mungkin pada usia ni, anak orang lain dah berjalan laju dah pun *ada aku kesah ke? anak kita kan x sama*
Amni dah mula mendapt 4,5.6 ,7 langkah berjalan. Wehhhhuuuuuuuuuuuuuuuu *bole g sunway lagoon!*
Alhamdulilah, syukur mama pada Allah, berjalan jua akhirnya kamu. Actually aku sgt2 risau Amni berjalan lambat, sebab haziq 8bulan dah berjalan, and now I realize, capability setiap anak adalah berbeza. Oklah as long progress masih ats graf, kira normal lah..

Kebolehan lain..
Develop words byk juga.. "papa" paling obvious. "mama" bila nangeh or nakkan sesuatu. " Aban" abang haziq dia lah. Sgt cute bila dia marah haziq terjerit2 mcm mak nenek *sok besar jgn camni tau*  . Then "amiiiiik" pekat sikit pronouns ye.. ha tu soh amik brg la tu.. cthnya brg tu jauh ke, tinggi ke, dia akan sebut 'amiik' lagi apa hek.. hmmmm she call her atok as "APAK" bole la.. klw haziq baca doa she will follow yg " ameenn" sambil tutup muka . lagi  cat as "tet" .mmg terjerit2 panggil cat orgsebelah yg suke kencingkan tayar kete mama tu ye..  lain2 bahasa kutub utara, kadang aku faham , kadang tak.. eh ada 1 lagi klw pakaikan baju she will say : "atik...." cantik lah tu, baju dah comot pun masih atikkkk lagi.

Da byk juga arahan yg Amni dah faham, macam aku suruh dia baring and pegang botol susu, dah tahu mana mulut, rambut, hidung, kaki, tangan dan anatomi yg lain. cute sgt klw dia tunjuk pakai tgn comei dia tu.

Kat rumah kat bilik study haziq ada flash card yg aku tampal kat dinding, dia juga boleh tunjuk mana tiger, papaya, apple, cat, dog.

tak boleh ditinggalkan sendirian, kalau ada mama, mama kena baring je teman tengok tv ke, main ke, baca buku ke, tapi kalau mama masak, abang haziq akan jaga, pun ok. haziq sgt berhati2 masa jaga adik, pasal takut mama jd "biawak komodo" dulu penah adik kutip sampah kat lantai masuk mulut, haziq jugak kena marah. Kalau tinggalkan Amni sendirian, jawabnya mmg melalak sampai tekeluar anak tekak.

Dan pandai kalau dimarah akan menangis tersebek2 . *suka ngusik, pasal tgkmuncung Amni yg mcm itik nak menyudu tu" then bila pujuk balik dia akan tunjuk orang yg marah dia. *comei sgt mama rasa*

Pnh juga 2 kali tegolek percubaan naik anak tangga. oooo pandai dah ye. Kena beli gate 1 lg ni! Then sekarang Amni dah pandai xmo mandi. pening mama kalau nak bukak baju Amni nak mandi, mengeliat2 ! hadei. Alhamdulilah, sihat je 2 bulan ni x kena asma. Harap2 tak kena dah la lagi..mama kesian kat Amni. Ohya Amni dah banyak gigi. rasanya dah nak penuh kot.. makan pun selera je. Berat dah 11kg.

Amniku.. Ketenanganku........
Memang kehadiran Amni membawa ketenangan dalam hidup mama... Semoga mama sentiasa tenang wahai anak.......

Monday, April 2, 2012

Entri April Fool~sape sambut april fool dia bloodyfool ekeh!

nak juga tulih entri di 1 april even takde apa yg menarik. Yang menariknya, hari ni hari cuti, I wake up at 6! caya takk?caya tak? golek2 mmg xleh tido dah. nak bangun solat pun xleh. Pasal anak2 takde, tido ngan makngah dorang.Pelik aku ni, kalau anak ada aku yg tido mcm kanak2. bila anak2 takde aku yg macam org bercinta tido *cemanatu ek?*

Last2 aku decide nak pegi pasar. Syok rupanya pegi pasar pagi2, pasal banyak ikan. Beli terus stok seminggu . *merengkek aku bawak beg plastik sorang2* dengan terlebey rajin, aku invite sume family members lunch kat rumah aku. Hubs exam tadi, pukul 11 dah pegi. Hari ni ada sesi urut mengurut. Makcik urut Si Haida mmg sgt pro! yelah tukang urut ada degree, haruslah pro kan? Sampai awal 15mins. Sgt komited! urut pun besh jek. Dan explaination2 beliau buat aku kagum sat.

Tetiba rasa tulisan aku semakin hari semakin boring je. *tapi nak kejar trafik punya pasal, kugagahi juga tulih entri boring!* harapan aku, sapa yg masuk blog aku ni tak tersenyum sinismembaca hasil2 tulisan aku, pasal.. aku takkan tulih benda yg hanya BAHAGIA2 saja ok. Life biasa la. Ada x syok, kdg syok. Takyah la ckp, selama ko kawen ko x gado langsung. Takyah la ckp, ko ada anak, anak ko tak pernah nangeh langsung kan.  Takyah la ckp, ko pangkat tinggi, ko tak stress keje. Kalau cerita pasal life yg perfecto2 saja, then here you are "blueks!"  . Dah sekian lama blogging kadangkala aku sgt suka membaca tulisan2 yg sgt jujur, that is a real of life la kan. Yang berangan2 banyak ni alahai... yang type2 dia bole la layan. Tapi manusia berbeza2 kan? tak perlu minta approval aku untuk tulih blog anda. *kihkih!* tulis la sesuka hati mu.. jangan nak tunjuk pandai kat blog aku sudah. Sebab ni blog org pandai *boleh?*

Ala... dah pukul 1201 la. mesti posting ni jd 2 april. membebel byk sgt kan dah tak dan!okeylah friends, I stop here, esok Monday.. semuanya bermula Monday kan.. haruslah aku juga bz. kita mulakan menggosok pakaian dalam esok.then boleh gosok gigi g tito. Salah silap harap dimaafi. Assalamualaikum.......

Sunday, April 1, 2012

Nak Post sekali lagi...~Jangan Percaya Apa Yang Anda Lihat~

Entri ni aku post 2 thn lepas SINI. tapi nak post lagik. huhu


Jangan Percaya Apa Yang Anda Lihat

Laman web facebook selain mendapat tempat selaku laman paling addictive bagi aku,juga merupakan tempat untuk mendalami tabiat manusia. dan yang paling menarik ia juga digunakan bagi meraih perhatian dan medan untuk mempamerkan kelebihan masing-masing.tetapi kebanyakan orang melakukannya secara halus.

caption gambar,status dan wallpost kadangkala samada anda sedar atau tidak membawa maksud yang totally opposite. tak faham apa yang aku mengarut ini?usah gusar.meh aku terangkan meh

situasi 1:caption gambar

bayangkan rakan anda post gambar seperti ini;
normal_tyra_banks_02.jpg image by arozlan
kemudian letak caption: BURUKNYA MUKA AKU!!!

of kos lah caption itu mempunyai hidden meaning.rakan anda cuma mahukan perhatian dan pujian betapa lawanya beliau in that so called buruk pic of her.
ini memang annoying sebab letak gambar paling vass lepastu konon-konon macam itulah gambar paling selekeh seolah baru pulang dari ekspedisi Gunung Tahan. nasihat aku,usah beri pujian.biar beliau rasa bahawa orang lain juga setuju beliau buruk.

situasi 2:status emo

anda pernah jumpa status seakan-akan ini:

Konah says; daddy just got me a Porche,ughhh i hate Porche.

trenslet:im so rich i can afford a Porche. spesis ini juga mahukan pujian dan berharap orang ramai mengetahui betapa cool nya beliau. status seperti ini elok dibiarkan hambar.tetapi jika mahu balas boleh tulis; 'eh yelah Konah i hate Porche too. It sucks'. SENTAP

situasi 3:keluhan jiwa

selain status emo ada juga status keluhan jiwa. tapi seperti biasa orang seperti ini bukannya ada masalah apa pun cuma dahagakan pujian. contohnya orang yang bersaiz suku badan victoria beckham tiba-tiba status tulis OMG my weight dah 34 kg.IM SOO FAT. haih...

ataupun status yang berbunyi "got only 98% in my test,im so stupid". jawapan aku untuk status ini, YES YOU ARE.

situasi 4: photo album

kadang-kadang ada sesetengah makhluk yang nak tunjukkan betapa happening hidup beliau seharian.tetapi ini juga dilakukan secara halus.contohnya dengan mewujudkan satu album khas bertajuk My Boring Daily Routine. tetapi di dalam album ada gambar shopping,karaoke, dan aktiviti bermain jet ski. album seperti ini sengaja diwujudkan untuk beritahu dunia setiap hari pun beliau buat aktiviti yang seronok tapi untuk tidak kelihatan seperti menunjuk perkataan boring digunakan untuk mendescribe album gambar tersebut.

tapi kalau anda pelajar UCD dan upload gambar sedang bergelumang dengan nota Oncology dan secawan besar kopi O i setuju itu memang boring.

see,setiap ayat itu boleh membawa maksud lain walaupun pada zahirnya seakan-akan menggambarkan yang sebaliknya. tapi kalau i suruh KELIK iklan nuffnang tu i maksudkan tolong klik ah jangan pulak orang kelantan baca ingat i suruh balik kampung ke apa.Kelik tu ejaan pasar untuk klik.faham?

jadi rakan-rakan readers sekalian jika terjumpa situasi-situasi ini di facebook harap anda dapat tafsirkan maksud sebenar yang cuba disampaikan. selamat facebooking!
haih sekarang perlu sambung belajar. (belajar=main facebook)