Friends Of Mine

Thursday, June 28, 2012

Down! Down ! Down

Ni kes keja tak siap
kena marah!
dengan boss aka pak aku la..
aku pun aselehe buat keja since dia takde 3 hari p kusus
*belit la ni*
salah siapa? sendiri salah la kan?
so! jgn nangis!

plus
client2 yg langsi ngan aku
nak barang cepat
tapi payment aku buat tegegeh2
Lo tak kuar2
time nak buat apa2 tak sempat subuh nak call
imagine!
7hb anta invoice 22hb baru process??
wth!
bayar gaji byk2 pun buat keja mcm t***

Aku pun ada overhead nak settle
mana nak cover modal, OH opis, gaji staff
dll lagi
dah tgh tahun
audit segala mcm.

Sape yg salah? A.K.U jugak kan?

pastu kereta aku dah la rosak
sbnrnya bukan rosak
tp aku kasi dia rehat sementara nak dapat gaji nak overhaul ketatu
sementra tu aku pinjam kete kakngah
bibah viva dia pakai minyak sikit, jimat la aku
tapi paking kat umah aku dlm porch bole 2 bijik je
so aku yg selalu sampai awal,
mmg bibah tu yg la masuk dulu
waja mmg dah pending kat situ so sebelah je la boleh pakai
hubs cucuk je luar pagar
tadi aku kuar awal
da la lambat bgn tido *mimipi merapu punya pasal lah ni*
nak anta haziq skul, dengan file belambak nak hangkut *rajin sgt buat keje kat umah*
barang2 amni lagi
imagine kelamkabut nya aku
hubs x kuar lagi, so aku kuarkan kete dia park leklok kat luar
tapi malangnya, byk sgt mkn kepala ikan bilis
terlupa kunci kereta beliau!

beliau bbm buat muka setan merah kat aku *marah le*
lagi spoil mood aku pepagi
aku cuma jawab "sory next time x wat lagik"
tapi dlm hati aku  ckp, xleh pk ke aku mana nak anta anak skolah,
nak hangkut barang masuk kete, nak kunci pintu, kunci pagar, then nak park leklok balik kete dia
tu nasib baik aku tak hangkut sekali kunci kete dia
lagi parah aku kena bebel kalau itulah yg terjadi
yelah! admit la mmg salah pun,
kot brg2 dlm kete dia hilang ? kan?
salah sape?
A.K.U la lagi kan?

ala.. da lama x stress kan? sesekali kena la stress
org lain keja lagi kena maki hamun
ko sikit je kena pun!
tu pun bergenang2 air mata

dah, tu je nak bebel.

Monday, June 25, 2012

Takde apa nak update plus takde idea nak menulis, nanti kite corat coret byk2 bila dah ada idea nanti!

Peace! Follower.. I'm still alive! Agaga
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, June 14, 2012

Homework

Hubs da takde nearly 2w dah.. Tapi mmg perangai aku xkan reveal husband takde kat blog ke, fb ke twitter ke while hubs xde.. Memang bosan.. Tapi dah nama wife askar, tinggal tu perkara biasa, alah! Bukan g perang pun. G kusus je pun.

While beliau takde, mmg sgt2 takde keje, masak pun tak, basuh baju 4hari sekali.. Selebihnya aku mengadap novel. Mmg hobi dari sekolah keje baca novel je. Dulu sekolah takde duit nak beli byk2. Sebulan leh beli 1 jek. Jenuh kayuh beskal g kedai buku , pastu pakat2 ngan member tukar2 novel. Tapi mcm biasalah, balik kat aku mesti lunyai novel tu. Sepeninggalan husband aku beli 5buah novel ni. Ada tgl 2 buah je yg x baca lg. Yg lain dah habeh. Klw ada husband dia akan ckp "mama bila da stat baca novel tebal tilam lupa la nak wat menda lain" . So ayat tersiratnya jgn leka dok baca novel while beliau ada.

Yeay!! Esok da khamis.. Beliau pulang! ☺



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, June 12, 2012

Jatuh cinta *tak habis2*

Omg!
Suka nya kat Galaxy Note.. Nak2 lps test drive mama mya punya td. Ditambah pula dgn BBengong yg asik wat hal. Perlukah?perlukah? Kena wat solat hajat ni!

Seperkara lg, wajalution tempnya naik lg td. Tetiba aircond blow! Kang aku beli civic hybrid baru tau! *tipu ni jgn caya!*

Aku taknak ikut kata hati, nanti mati. Tapi bukan mati, nak raya ni, habeh duit kang! Byk lg list yg belum tick utk thn ni.. Note msk je list thn depan. Kot bole dpt 8rat.

Sekian entry panas dihari jerubu !!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, June 10, 2012

EURO2012 & Astro Beyond

Ceh mcm la minat sgt bola! Nop guys im not the soccer fan! Klw shaolin soccer aku suke. Tapi hubs mmg die hard fan of soccer. So klw ikyt time europe opkos la bola main tgh mlm yedak? So aku decide bentang aje tilamtido depan tv. So untuk sebulan nitido luar je la.. Tak syok la tido sorang klw hubs tgk bola kat luar akan.. Tetttt..

Tetiba rasa cam nak subscribe astro beyond. Sebenarnya da lama pk. Tapi cam bazir je rm20 untuk tgk benda yg sama kat tv kan. Tapi sempena EURO2012 ni sape ygxde beyond channel yg euro tu x dapek la kan.. Tgk yg biasa je.. Nak Subscribe beyond bermakna bil skrg 79.90 so plus dengan 20 jadik dekat hundred juGak. Baik subscribe superpack terus, dpt sumechannel. Tak payah aku wT keja lain, ngadap tvje. Huhu.

Sebenarnya bukan nak tgk euro sgt, bebenornya nak subscribe superpack tu.. Bleh tgk movie.. Ngeee.. Tak diskas lagi ngan me hubs. Selalunya hubs akan angguk je. Tapi aku kan kedeks.tu yg klw bolesemua nak cut cost. Hehe

Esok keje dah,. Kejap rasanya weekend ni... :(

Sent from my iPad

Thursday, June 7, 2012

Terjaga ditengAh malam

Pukul 3 Amni terjaga minta susu, now dah dkt pukul 5.. Aku masih x mampu nak lelapkan mata. Nak baca novel , gelap pula..klw psg lmpu nnti jaga pulak para2 sakura ni. Bila bergelap ni mcm2 terfikir, tapi yg byk menerjah pala otak ni psl pendidikan anak2.. Biasalah dah jd mak ni apa lg yg difikirkan selain dari pasal anak.. Aku masih lg berfikir utk tukarkan haziq ke tadika islam tahun depan.. At the same time aku takut dia rasa x best pasal dah almost 2 y haziq disekolah tu. Tahun depan tahun terakhir haziq di pre school. Tadika sekarang bukan x bgs ..cuma biasalah tadika sekular, of course la pendidikan islam tu kureng sket dr subject2 lain. Aku nak la anak aku master nama nabi, malaikat, dan lain2 basic yg lain. Now pun baca doa makan, tidur, masuk keluar toilet, doa study and after study. Rukun iman, rukun islamboleh dahla,.. Tapi klw bole aku nak la lebih kan.. At least master la bacaan2 dlm solat b4 umur 7 thn ni..rukun solat n tertib solat nmpknya okla.. Bukan aku x leh ajar kat rumah bacaan tu , tapi as bebudak dorang ni lg cpt belajar klw bacaan tu dibacakan ramai2 .. Haih.. Dilema sungguhb.. Wlwpon lmbt lg urusan nak tukar nya.. Lebih kurang 6 bln lg..

Dah dekat pkl 6.. Rasa cama nak lelap ke xnak ek. Kang nak bangun liat plak. Baik pegi lipat baju sblm Amni bangun..




Sent from my iPad

Wednesday, June 6, 2012

Dugaan Lagi

Wajalution baru je masuk bengkel last week, tukar lower arm yg dah pecah, padahal penyakit asalnya adalah tersengguk2. Bengkel ngok ni pun aku ckp prob lain, lain plak dia buat. Kena dekat 3ratus. Kalau 3ratus blom gaji lagi kan besar maknanya? then HP aku at the same time tak mau hidup. Hang! Hantar kedai kena 80ringgit plak. Have to lah kan! pasal tak tau buat sendiri *malas nak pk bebenornya klw dulu tau je aku menggodeh2 takat software prob ni*

Hari ni , kereta sengguk lagi. Kereta auto jadi macam kereta manual. Masuk D kena tekan minyak slow2 kalau tak mati enjin. Aku berdoa, prob kali ni jangan la kena mahal2 lagi. Sedih rasanya. Aku ni bukan jenis org suka perabih duit kat keta. Asal keta boleh jalan sudah. Isi minyak penuh2 pastu jalan je. Nak tukar spotrim ke, tukar itu ini mmg tidak lah. Kalau aku mau cuci kereta tu pun dah cukup baik. Ada org ckp tukar je kereta tu. Tukar? tukar means that aku kena berkomitmen lagi 7-thn. hmmm. tak nak la.. aku rasa org yg paling bahagia di muka bumi ni org yg takde hutang kereta tapi ada kereta. Bersabarlah untuk masa terdekat ni. Lagipun buat jalan jauh2 aku guna kereta husband je.

HP plak asik kehilangan data jek. Macam dah bosan pun ada pakai BB ni. Nak2 plak mama mya dah pakai NOTE. tegedik2 lah aku nak tukar NOTE jugak. Tapi rasanya selagi BBengong aku ni boleh guna, pakai je la. Tengoklah kalau projek bulan puasa nanti menjadi, boleh lah dipertimbangkan.  Husband kata takyah pakai torch dah! extra sensitip! pakai je curve yg lama tu, nak baling pun bole. huhuhuhu.

Semoga aku mampu tersenyum bila nak keluar duit repair keta kang. walaupun hati menangis. *huwaaaaa* Banayak lagi org lebih besar masalah dari ni, ramai lagi org tak makan di luar sana, so takat problem kereta ngan hp apalah sgt kan? *sabar! sabar!*

Monday, June 4, 2012

Kedah Darul Aman.

Weekend ni sgt2 bermakna buat aku sefamily (mcmlah vacation p Paris ko!) Kenapa bermakna sgt2?Pasalnya aku mmg dah lama ajak husband g JJCM g Penang, well biasa Penang mmg tempat makan yg sedap kan, bg aku lahh  , then shoot trs pegi Kedah . Apa istimewanya Kedah pada aku? *dulu tak istimewa langsung aku rasa* Aku study kat sini dulu.. so all the memories masa muda dan zaman kegemilangan disini. Disini lah negerinya aku bergelumang air mata,riang ria , rindu dendam pada family dan boypren, selama 4 tahun untuk mendapatkan segulung ijazah. Dah lebih 8 tahun aku tinggalkan negeri ni. Dan dalam masa 8 tahun ni, ada lah kot 3kali aku jejak kan kaki ke negeri ni selapas tu. Husband pun faham aku mmg rindu nak datang kedah lagi sebenarnya.. tu yg dia layan kan je. Cuma sampai dah malam so tak sempat nak ke UUM. but husband bawak aku makan g tempat favorite aku kat jitra ni. Walaupun pada husband takde la istimewa sgt, tapi memori kan.. memori makan nasi bungkus bersama kawan2. Melewati bank2 tempat kami cuck duit perabih duit PTPTN pada masa tu. Sekarang letih nakl bayo! Masa tu nak makan KFC dari UUM tempat yg terdekat hanyalah di Pekan Jitra .. setengah jam lebih baru sampai dari UUM. Sekarang? highway punya besar , kat Changloon pun ada dah nak makan KFC. Bukan nak makan KFC je,. bowling, supermarket pun ado! masa aku disini, kedai runcit cina bukit ada lah.. lepaslah nak beli syampoo rejoice *pantene xdo ye adik2* punyalah daifnya pekan tu pada masa tu, agaknya pasal kurang kemudahan la aku pulun nak perabih cepat nakbalik hometown even hometown aku taklah bandar sgt masa tu.  Well disinilah mengajar aku erti hidup, bersesak2 dlm bas nak kekuliah, bas penuh nak cepat jalan kaki sampai bepeluh ketiak sampai dewan kuliah, zaman takde air, zaman banjir di UUM.. wah!!!!! banyaknye memori...

Sebenarnya bukan nak cerita trip sgt, nak cerita sampai kat kedah je pun.. semoga aku berpeluang kesini lagi untuk tunjuk kat anak2 ku dimana ibunya menuntut ilmu, menceritakan jerih payah menuntut ilmu. *poyo*  gambar blom transfer lagi.. semua dlm ipad haziq, hp aku bateri habeh masa tu.. well aku takde dg cam? ada sesapa nak sedekah?ngee