Friends Of Mine

Monday, January 30, 2012

INSAF

Lumrah manusia selalunya tak bersyukur dengan apa yg dimiliki..

4hari 3mlm aku temankan Amni di wad, buatkan aku insaf bila;

1. Dikurniakan anak2 yg sempurna dan cukup sifatnya. Menitis air mata aku bila melihat bayi yg tak sempurna ditempatkan di unit rawatan rapi di wad tersebut

2. Masih boleh tidur di katil king dengan cadar 100% cotton dgn bilik boleh thn besar klw panas, on je aircond. Duduk di wad, aku tepaksa berkongsi katil dgn amni, of course la aku kene mengalah tdo sebelah jek, balik dr wad, badan aku sengal semua! Tgh mlm aku bangun mandi sbb panas!

3. Masih boleh order makan dgn husband bila dtg, belagak! Takmo makan ration hospital. Ada mak2 patient kat situ mkn je apa yg ada, sbb xde sape yg nak dtg bawak makanan, n mungkin itu sahaja yg ada untuk dibuat alas perut.

4. Duduk disitu membuatkan aku akur dgn kasih syg ibu yg tiada tolok bandingnya. Melihat ibu2 yg bersabar dgn kerenah anak2 yg tidak sihat, hinggakan 1malam solid tak tidur! Tak masuk lg kene postpone buang air semata2 nak tunggu anak tido dahulu. Terima Kasih mak!

5. Yang paling membuatkan aku insaf dan bersyukur, aku cuma bagi GL untuk discajkan anak aku. Tapi bg mereka yg x punya kemudahan itu, terpaksa membayar bil hospital selama mana mereka ada disitu, mungkin amaunnya tdklah sebesar mana, tapi terdengar perbualan sepasang suami isteri yg sedang berkira2 ttg tambang(mereka tgl di pulau pangkor) , duit susu anak hingga cukup bulan, dan bil hospital sebanyak 49.80! Mereka tdk mampu utk membayar amaun tersebut! Nasiblah kita tgl di Malaysia, bil perubatan masih ada subsidi. (Cuba tgk sinetron Indonesia, klw sakit xde duit, matilah kau dirumah) ok balik pd suami isteri td, akhirnya mereka meminta utk membayar cagaran sahaja yg berharga RM10! Dan selebihnya diminta byr ikut timeline yg diberi.

See? Adakalanya bg kita wang seringgit kdg2 xpunya apa2 makna bg kita, tapi bg yg susah, wang segitu adalah memberi makna pd mereka.

Bagi yg senang dan masih dipilih oleh Tuhan untuk menikmati rezeki dgn mudah, bersyukurlah, dan ingatlah juga, kdgkala kesenangan juga merupakan satu ujian.

Sama2lah kita muhasabah supaya kita tergolong dlm golongan org yg bersyukur!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Back to work

Pagi ni bangun dgn penuh semangat nak kerja.. maklumlah.. dah dekat 20hari tak keje  (nak hamek gaji pun segan neh!)  anak sakit, cuti raya lah, cuti hitu n cuti hini, cuti laki sakit (laki x cuti aku yg cuti) cuti anak sakit msk spital.. dll lagi

Pagi ni aku dgr dada amni dah kurang bunyi wheezing, tp masih ada. Kadang aku pun kompius tu bunyi wheezing atau bunyi hidung amni yg sumbat. (klw tau camni aku jd dokter dulu pun xpe!eceh!) Kejut haziq pg skul, nasib baik dia ok x banyak songeh pagi ni. Amni pun happy je pagi2 ni. Aku pun baek punye touch up muka aku,. dah lama x beria2 pegi keje. wlwpon opis aku tu ada beberapa org je. Aku bukan nak tunjuk kat sape, senang la jugak tgk muka sendiri senonoh kan.

Settle keje mana yg patut.. kemas2 meja. Series bila ahli keluarga sakit, nak keje pun x bersemangat. Semoga anak2 aku sihat selalu dan suami juga begitu.. Nasib baiklah dapat mama yg gagah perkasa, (riak lah..) klw x.. x tau apa nak jd bila sume tumbang. Amni n haziq kene masak n buat susu sendiri la gamaknya.

Ok la tulis sket dah la kat opis ni.. dah la asik x keje. lagi mau belit. bababababoy..

Amni dah selamat discaj

Actually amni daah discaj semalam petang..tapi biasa lah aku klw dah balik rumah, nak tulih blog mmg x sempat, maklumlah dah berhari2 tinggalkan rumah, harap maklumlah keadaanya bagaimana.

Condition amni nmpak oklah dr memula beliau admitted aritu. tapi bunyi wheezing masih ada according to d doctor lah. aku dgr pun masih ada lagi. tapi as doctor kata bila di x-ray paru2 amni xde menunjukkan ada inffection disitu dibuktikan lg beliau tak demam. So aku boleh take care amni di rumah.

Aku juga berbelah bg nak balik,satu sebab aku xnak patah semula kehospital dan jalani prosedur 1 balik..LETIH! otak pun letih! dan dlm masa yg sama aku nak balik, aku rindu dengan haziq. bukan aku x harap mak jaga, tapi aku rindu dia.. aku kesian  kat dia.. dia selalu tanya "bila mama ngan adik nak balik, haziq boring la" . husband juga begitu, obviously, takde sape prepare makan pakai beliau la of course! satu g dah dekat seminggu tak tido ngan bini.

Jadual ubat amni aku jaga macam kat hospital jugaa, aku set reminder di hp.even tgh tido malam pun aku kejut amni bangun makan ubat.Bukan aku malasnak tido hospital, tapi hati ibu manalah yg sanggup tgk anaknya tercungap2 sesak nafas kan? Aku sgt bertuah, sebab aku duduk dekat dengan parents , mak n ayah boleh tace care haziq while aku jaga amni di hospital and husband aku tak perlu amik cuti panjang2 untuk berulang alik ke hospital. dan beruntung juga rumah aku ke hospital dekat! takde trafic lite pun klw ikut jalan belakang!

Masa aku tulis blog ni, amni dah tidur, tapi nafas nya masih ada nmpk penat lagi. Ya Allah, segeralah anak ku ini sembuh. susah sungguh hati aku. Esok haziq dah sekolah, rutin biasa bermula semula. Semoga hziq juga tak liat nak bangun esok.

mata pun x boleh nak stay lama2, badan sengal2 akibat dok katil sempit pun masih belum hilang. ok nite..

Friday, January 27, 2012

Amni day 3 warded

Amni is getting better than yesterday, malam pun tdo dah nyenyak. Bolehlah aku pun tdo dgn nyenyak juga. *tapi apalah sgt tdo ats katil spital yg sempit n keras ni*

Bunyi kat dada pun dah beransur kurang, tapi bunyi wheezing msh ada. Takpe as long as she's getting ok.. Aku bersyukur. Haziq n papa pun dah x demam. Harini husband duty.. Aku harap ptg ni ataupun esok amni boleh discaj. Jgnlah berlama2 kat sini, x tenang jiwa aku teringat buah hati lg sorang kt rumah. Kesian dia, haziq dah la manja. Mesti dia pun rindu nak dgr aku story2, nyanyi2, suap dia mkn.. Mlm td call haziq pun dia ckp "mama cptla balik rumah ngan adik, haziq boringla " dia mmg rapat dgn aku n adiknya.. Rindu jugak kat kerenah haziq yg byk songeh tu. Rindu gak kat rumah manis aku yg mesti tgh tunggang langgang tu.

Oklah aku nak mandi dulu, kejap lg doc pakar buat round. Bye
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, January 26, 2012

Tadika Bagus vs Tadika Tak bagus

Disebabkan aku punya byk masa duduk kt wad ni, so aku nak tulis pasal TADIKA la. *mengikut perspektif aku!*

Kat hometown aku byk sgt tadika, pilih je mana 1 nak. Ikut bajet,keperluan and suka2 hati korang. Tadika mahal ado, murah ada, tamo bayo pun ado *gomen punye la* . Ramai parents yg suka hantar ke tadika yg memfokuskan pada pembelajaran semata2 pd mereka, tadika yg berkonsepkan bermain sambil belajar adalah x bagus.

Dulu aku pun berfikiran begitu, di usia Haziq 3thn aku dah hantar beliau ke Smart Reader Kids. Yg mana studentnya hanyalah 7org .pada aku bgslah kan.. So teacher bole fokus kat anak aku je. Tapi rupa2nya aku rasa aku silap pilih skolah. Budak 3thn da mcm skolah menengah lak gayanya. Bawak homework punya byk, then kat skul xde kawasan nak bermain. Membuatkan haziq makin hari makin bosan kesekolah, tambahan pula, rakan sebaya yg hanya 7 org! Tapi okla, haziq mengenal abc disitu *aku rasa dia hafal* dan pandai nyanyi lagu Negaraku hasil pengajaran dr sekolah itu. Yuran disitu adalah untuk 3bulan termsk registration adalah rm 1500 lebih kuranglah aku x ingat.

Bila aku lahirkan amni , of coursela aku kene amik kira cost sekolah klw dulu haziq seoarang, jd semua untuk beliau, bukan aku berkira tapi tambahan pula perkembangan haziq takde la wow! Sangat kat skul tu, aktivitinya pun mcm x menarik. Masuk tahun 2011, haziq 4tahun aku tukarkan ke Shining stars kindergarden. . Memula aku dah regist kat joyous kids tapi bila aku tgk ramai sgt anak cina, then uniform pun mcm x intelligent, aku hantar haziq ke shining stars, isu dekat atau jauh x jd masalah pd aku nak hantar. Aku bukan x ska anak aku campur dgn kaum2 1malaysia ni, tapi pd pandangan aku anak cina selalunya nakal walaupun mereka pandai! Lgpun skolah tu terlalu ramai.

Bermulalah sesi pembelajaran haziq di shing stars. 1bulan belajar beliau dah kenal dengan rapat ABC. Dan klw aku random suruh dia write pun dia boleh. Cuma ambil masa 1bulan. Nombor boleh read 1 to 100. Tapi suruh baca dlm malay failed sikit . Its okla.. Klw bahasa melayu meloncat2 lgpun bahasa ibunda takkan xleh dpt dikemudian hari kan? and aku sgt2 berpuashati bila ada statistik peningkatan pembelajaran anak aku. Headmaster sendiri terangkan pd aku perkembangan haziq everymonth bila aku datang bayar yuran. Skolah pun bersih, rakan2 pun ok2 je. Budak2 mana yg x nakal kan?cikgu pun neat n tidy je pakaiannye siappakai nametag lagi even skolah cuma sebuah rumah. Cara susunatur skolah pun nmpk sgt kemas. Aktiviti pun ok, ada assembly, ada sports, ada public speaking, ada hari konsert. So dunia kanak2 mmg suka akan aktiviti2 sebegitu. Dan yg paling penting haziq happy dan x berat ke sekolah. Disitu juga haziq start modul cepat membaca, mula bulan feb 2011 dan akhir tahun haziq da pandai membaca ayat 2 suku kata dgn lancar dan perkataaan2 yg ada imbuhan tu kdg2 beliau jem juga. Apapun aku puas hati lah, sbb target aku by umur haziq 4thn aku nak dia pandai membaca, and I almost done the target. Hingga tahun ini haziq masih disekolah yg sama and he improve day by day. Pada aku bukan sekolah itu yg bagus, kanak2 lebih cenderung belajar bersama rakan sebaya, dan juga management tadika berkenaan juga memainkan peranan pntg. Disitu juga mereka blajar kemahiran hidup spt adab dimeja makan, beratur, susun kasut b4 msk kelas, dsbnya.

Kesimpulannya ibubapa harus tahu dimana interest n kecenderungan anak2 mereka and know well the kindergarden. Yg penting pd aku diusia anak aku 5tahun, beliau kesekolah adalah untuk have fun dan blajar mengenal dunia. I should thanks the teachers coz teach haziq from 0. to the parents, tepuk dada tanya selera.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Amni warded day 2

Malam pertama duduk dihospital ni mmg betul2 mencabar kesabaran aku. Macamana aku nak ckp? Aku bukan x pnh hantar anak2 warded sini, tapi kt sini je la.. Aku xde pilihan. Sebab klw nak claim insurans masuk ward utk anak2 aku kene ke ipoh sbb panel disana, pk balik worth ke?

Apa yg aku tak puas hati, masa doktor nak buat line pada amni tak jumpa vene ! Cucuk sampai 6kali then anak aku da menjerit mcm nak putus nyawa dlm bilik procedure tu, aku suruh tunggu luar! ditengah kewarasan yg x berapa nak centre sbb memikirkan jugak haziq n papa kat rumah. Mmg ko buat anak aku mcm tu mmg mengundang to show who is d real me la kan! Dgr tangisan amni da mcm nak pengsan aku trs tolak pintu bilik procedure tu dan aku tanye "masih belum sudah?" Dan doc jawab "belum" aku nmpk tangan anak aku dah birat! Dah jarum dah ada 6 kat luar! Maknanya 6kali la kan mereka cucuk utk cari urat ! Aku da mcm org gila meroyan trs suruh mereka stop dan please suruh org yg betul2 pandai utk buat. Mereka cuba tetoleh sesama sendiri, dan minta aku balik ke katil but I said "no". Then they call the incharged doctor and sudently the nurse *apatah pangkat nurse plg senior ni aku lupa* dia dtg aku ckp please make it only once. Dan aku xnak keluar aku nak tgk. And I was surprise nurse tu buat sekali jek! Trs dpt amni pun x menjerit mcm sakit sgt. 4 info anak aku bukan jenis kuat melalak klw x betul2 dia sakit. Then? Aku nak ckp apa kat dokter ni? "Dia blajo x habeh ke? Baru simple case mcmni da fail camana nak handle kes jantung n kritikal2 kes yg lain? *tak payah jd dokter la mcmtu!vodo*

Selepas pulang kekatil amni merap sampai tdo pun nangeh *pejam mata tp nangeh* aku pun menitik2 air mata sbb pk klw bole ganti dgn aku, mmg aku la yg akan ganti tmpt dia. Baru sikit tuhan uji aku, aku da melalak mcm apa. Ya Allah sembuhkanlah segera anakku.

Pagi ni lps tgk file x-ray doctor xplain pd aku ada sikit jangkitan kuman *pnemunia n broncylitis* . and kuman tu akan ditreat melalui stiroid antibiotik yg dimasukkan 6jam sekali ke badan amni. Aku angguk2 since mmg aku dah faham sgt dgn penyakit anak aku ni. So tunggula paling cpt bole discaj lg 3hari.

Harini husband cuti n he will take care amni until evening. Dia kesian kat aku kot. Aku pun kesian kat dia, dia pun bukan sihat. Tapi dia ckp he's getting ok. So fine la.. Lps buat apa2 yg ptt kat rumah tu kang aku dtg la balik. Bukan tenang jiwa aku dok umah tu.

So far aku tgk amni oklah dari semalam, dah tak kelihatan terlalu penat. Tapi masih ada sikit2 lagi. Friends, please pray for her too.. Till then.. Bye..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, January 25, 2012

Finally.. Amni warded juga..

Dah 3hari aku cuba bertahan jaga amni kat rumah je. Sebab? Husband demam teruk, haziq pun demam,tapi bila amni start demam juga dan asthma menyerang x mampu aku nak tgk dan suap ubat je. Aku nak lelap dengar nafas amni yg sesak tu aku rasa nafas aku pun ikut sesak sama. Finally, jam 5pg td, aku siap ke hospital *complete bwk beg baju n bakul susu* sebab tau dah mmg akn admitted punya.

Sampai emergency, amni diberi neb 2x then check paru2 masih x clean, doc kata maybe ada kuman *aku dah agak* so inject hidrocord sekali, amni much ok than b4, then doc bg aku option nak balik atau nak warded. So I choose to be warded, aku rasa paling baik aku rasa dr aku jaga kat rumah, keadaan msh berterusan n at last aku kn patah balik sini. So buat apa buat keje 2 3 kali kan? Since haziq n papa pun sudah kebah even masih ada sisa2. Sementara aku yg belum nak demam ni, baik aku duduk la ward dgn amni.

So disini la aku wad 5 katil 7 HSM. Amni getting ok after taking a neb here. Doc kasi 4h sekali. Then antibiotik tru line, hope aku amni cpt sihat n boleh cpt2 keluar dr wad. Sebab next week birthday amni. Its her 1st birthday, mestilah special kan..

Readers tolong doakan amni cpt sembuh ye.. Thanks