Friends Of Mine

Saturday, March 31, 2012

Hari Bermalas-malas

sabtu datang lagi..
bezanya hari ni pagi2 kakngah dah amik 2 buah hati aku tu. Biasalah tu nak melepas rindu, dr mlm td nak ambil, tapi bosan lak aku.. jadinya aku suruh pagi ni baru ambik. Kata hatiku, bolelah bermalas2 and berdating2 dengan husband.

Tadi tengok Wrath Of The Titan. So-so je la movienya. X paham pun sama, yg aku tau tu citer dewa2 yg bergaduh. Eh ye ke? aku kan suka kedamaian,jd citer2 mcm tu x msk otak aku ni. Balik tu biasalah malas masak, jam baru pkul 2ptg.Pegi Strawberry Cafe, hujan2 ni besh juga makan laksa and cofee. Wlwpun mkn x kelam kabut dgn anak, tapi topik nya masih anak. Boringnya hidup tanpa anak. Kalau takde anak mcmana agaknya. Pukul 3 dah sampai rumah. Nak buat apa pulak ni? husband tgk badminton. Tak bleh nak layan plak , aku naik atas pasang tv kat ats. Ada citer hindustan la. Bobby... layan lah.. See? anak takde pun sorang ats sorang bwh. huhu. Cuma bezanya takde org nak menyepah2 while aku tgk tv. Klw x, aku tgk tv sambil dgr adik n abang bersembang pas tu kelempang kelempung bunyi bising mainan dorang.

Da lama x blogging. Bukan pasal bz.. tapi cam malas nak bukak lappy. nak blogging via phone pun cam x besh dah. Lebih puas tgk screen besar. Aku kan ortodok. Nak buat cemana.. eh.. nak buat apa ni? byk benda boleh buat sebenarnya. Rearrange rumah ke.. bersihkan habuk ke, lipat kain ke. tapi MALAS. nak bersenang lenang. Ala mcmla anak ada selalu aku x bersenang lenang, mereka tidur aku join aje sekali, jarang nak stress kalau jaga mereka tu. Melainkan 2-2 tak sihat.. mmg stress dan sgt susah hati! Kalau sihat, mmg aku pun mcm kanak2 juga. Mana tak nya waktu tidur pun mcm kanak2! *apa punya mak la..*

Ada 1 cita-citapulak masa tgh menaip2 ni.. nak potong rambut sebaik sahaja aku kurus nanti! eh hubs kasik ke ek? rambut dah panjang  dan gugur2 merataa. pastu mcm maknenek je rasa. takde mood lak nak taip pepanjang even sblm bukak dashboard ni td dgn harapan bole tulih 3-4 entri. tapi nmpknya. Tak dapek la kot. No idea la..

Pen off dulu.. bye bye

Tuesday, March 27, 2012

Status Budak Sekolah Yang Buat Aku Rasa Nak Pitam

Antaranya:
"of couse a dye rindu kt aq bru tdy ptg dye call aq ajk kuar nan dye "
"Miss You Dear ♥ bile na balek ? da rinduu sesangat ny "

rasanya baru 16 ke 17 tahun camtu la umurnya.. stail tulih pun tau dah kan? 
aku yang da umur 30 ni pun xmo tulih rindu la, miss u la, i lap u kat fb.. kalau nak tulih pun bole.. tapi what purpose kan?
hubs aku ada je kat sblh aku, lg 1 klw aku tulih pun dia bukan baca pun, seminggu tak sekali dia bukak fb tu. baik aku bbm or call directly pueh hati kan? lg 1 pasal mak pak, adik2, sepupu sepapat, maksedarapak sedaara sume dok ada baca. mesti dorang geli geleman kan?
blueks blueks! yang aku pelik tu, mak dia siap boleh like plak tu? huhihihi. adedei. modern betui mak dia ye.ih ih

Seronok  sgt bercinta gak nya ye dik! tak sesabo nak kahwin. Dia ingat kahwin tu apa gaknya, bole seronok2 suka hati. Tanggungjawab mak ai, tu yg klw tak kuat iman rasa mcm tak nak kawin. hehe. aku da kawin. Tapi aku kahwin selepas tamat degree ye adik2. bukan tamat spm. bukan aku takde cinta monyet, tapi klw mak aku tau masa sekolah aku ada simpanboypren mmg lenyap la aku. haih.. mak dulu sgt garang mcm singa beranak sulung! i tell u! now dah slow psl dah berumur kot. tapi mak i sgt berteknologi, pandai bukak fb, bukak email n pakai bb yaw! baca news kat hp yaw! klw aku tulih status tah pape haruslah dia sound "mcm org bongok je tulih cmtu"series dulu2 mmg x berani ngan mak. Tapi rasanya psl mak mcm tu aku dan sampai U kot, klw takpun.. ntahla kan. hehe

Duhai anak2.. zaman sekrang terlalu mencabar rasanya bg mama mendidik kamu berdua.. hanya ada usaha dan doa supaya kamu ber2 menjadi manusia yang berguna.

Tapi................................


INGAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

kalau kamu tulih kat fb kamu pasal benda mengarut2 akan mama belutikan badan kamu ber2 .
*tu pun klw masa tu mama larat lagi angkat kayubeluti*

 

Monday, March 26, 2012

Penat!

Rasa harini sgt bz.. Keluar rumah pun awal dr hubs, tp sempat la ant haziq g tadika n amni ke rumah mak. tak balik lunch, nasib mak tapaukan nasi, klw tak dah lupa nak makan. Esok ada tender submittion, klw ada tender submittion mmg selalu bz la.. Klw tak biasa2 jek. Series, aku da lama x penat and balik keje malam. Klw dulu biasa balik mlm.

Balik rumah tgk rumah xde la terabur, tapi ada pinggan kat sinki.. Penat! Esok je la cuci, cuci botol anak2 jek. Naik ats, tgk nasib bilik hubs dah kemas *tekejut ni! Tapi now xleh jgk nak tdo. Anak2 time ni tgh aktif. Ingat jap g hubs balik suruh dia take over la.. Nak msk tdo. Dah kirim beliau beli beger, kang mkn beger tido la trs. Huuuu gemok!

Esok off dah.. Tapi still kene bgn pg juge, haziq skul esok. Tp bole la lmbt sket psl x ble solat. Nasibla anak2 aku ni kretif mencipta aktiviti, bole la aku baring2 wlwpon bising pun.. Janji bg makan kenyang x kacau mama dah, esok kemas je la onar yg mereka buat tu..

Ok guys, pen off here.. Need 2 rest. Bye
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Intan payung, nyawa...

Haziqamni
Adalah nyawa aku, dunia, dan segala2nya adalah mereka..
Walau mereka kdgkala membuat aku sesak nafas, namun itu tidak membuatkan aku jemu melayan kerenah mereka. Kalau mereka tiada harus pincanglah dunia aku.
Semoga mereka sentiasa dibawah payungan rahmat dari yang Esa. Jadi anak soleh dan solehah..

Saturday, March 24, 2012

Sikit Petua Dari Dr Hassan Din Al Hafiz

dah lama x update..
pasal malas pun ada, sibuk pun ye juge..
bila weekend, kalau dapt bgn pagi, rasa bermakna hari tersebut,
bila mana aku bole masak sarapan, tghri dan ptg, laundry, kms rumah , ajar anak2 dsbnya

tadi aku  bangun 7am, da x ble tido, jenuh aku lelap x bleh juge
last2 aku bangun mandi and start kemas rumah, hubs xde, beliau duty
anak2 x bangun lagi.. dan la aku tgk tv sblm mereka bangun tgk tv
aku x ske sgt tgk tv, ada internet da cukup keperluan asas aku
asal ada bunyi tv da ok da buat hilang sunyi

tgk2 channel, aku trs biarkan tv9 masa tu ada rancangan Nasi Lemak Kopi O
farah breep2 dah pregnant ye.. comei sgt beliau!
then ada ' bersama tokoh'
Dato Dr Hasaan Din .
menganga sat mulut aku tgk beliau.
aku suka tgk beliau
muka beliau sgt tenang
tapi bukan itu yg aku nak share.
Dia ada share Petua bukan "FATWA" katanya..
masa beliau belajar menghafaz Al- Quran inilah yg beliau amalkan
bolehlah nak amal , klw tak untuk hafaz  Quran pun. untuk belajar apa salahnya ,
antaranya:
1) Jangan minum minuman yg semut sudah mati didalamnya
2) Jangan makan kepala ikan
3) Jangan makan daun ketumbar
4) Jangan membaca di kuburan (batu nisan tu ler)


Then aku teringat:
Masa aku belajar, belajar dari mula aku belajar abc lagi,
ayahanda aku mmg dah mula praktikkan petua diatas kepada aku.
pasal tu ler aku pandai gaknya!

tapi ada tambahan;
aku tak bleh makan benda2 yang di peram.
sebab tu lah sampai skrg aku x berapa suka jeruk2 ke hape kah..
tapi..
masa tu aku bengang juge,
aku ske betul makan tempoyak, tak kira lah apa jenis masakn
janji bahan asasnya tempoyak
aku suka!
ayah tak kasi aku makan banyak!
dia makan byk takpe pulak
then masa tu ayah suka wat jeruk maman.
aku suke
dia tak kasi makan!

tapi alhamdulilah...
masa aku belajar,
kalau soh menghafal apa2
aku mmg cepat.
aku jarang dapat no 2 masa skolah
pasal ayah garang
dia conteng report card aku klw markah below 80
kejam kan?
cuma.. aku x hafal Quran
huhu

cuma bila aku start hidup sendiri,
ikut sedap tekak aku nak makan apa
makan byk plak tu!
tahap berdosa gaknya
mulalah keupayaan nak menghafal pun menurun
tapi oklah.. dapat jugak degree dlm timeframe takde fail2
pastu malas nak sambung master dah
aku lebih prefer nak kawen! huhu

Kata Dato Hassan Din lagi,
jangan lah belajar pasal nak dapt kerja elok
tapi belajar untuk menuntut ilmu,
Insyaalah ada ganjaran nya nanti.
Dan juga didiklah anak, dengan didikan agama
Insyaallah berjaya.

Itu saja untuk entry kali ini..
mau ke pasar malam
beli barang basah
tata

Friday, March 16, 2012

Ditahan pak polisi

Pagi td pegi keja agak lambat , 845.. Aku cilok kat lorong beri laluan kat tepi petronas tu, suppose kena berhenti pasal lampu merah, tapi bajet xde polis n terer sgt. Da dpt lane aku masuk lane kanan stanby nak masuk simpang depan toyota, aku nmpk kete polis laju kat belakang, aku x rasa plak nak tahan aku, tetibe "pon pon!" Tgk polis tu tunjuk isyarat soh aku benti. Series! Blur! Bajet x tau salah apa. Haha. Bole gtu? Aku benti jela.. *da konon x salahkan* sblm kluar aku siap2 bwk purse, *bukan nak rasuah, nak kasi ic n lesen la* tetiba polis tua tanya aku " nak g mana cik, lampu merah langgar je tu " dlm hati aku baru tesedar yg aku bersalah. "Mintak ic n lesen" katanya. Aku kasi je la.. Beliau pusing kedepan, mungkin tgk rodtax la kot. " Saya da lambat g keja" kataku. " Ha, kan da lambat byk, 2 3 min je berenti kat trafic lite tu cik" katanya. Aku ckp " jgnla saman saya cik, saya betul2 da lambat nak g keja td" agaknya tgk muka aku yg ala tomei2 ni trs dia ckp " okla saya amik nama je, harini saya nasihat je arini, tapi lenkali saya saman ye "

Rasa cam nak loncat! Tapi kontrol beb kontrol! Lenkali ingat! Toksah langgar lampu. Klw tak , tak pasal kene 3rat nak bayo saman.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, March 14, 2012

Kehebatan Doa Ibu Bapa Kepada Anak.

Aku selalu search tentang tips2 mendidik anak, so klw ada yg baik and bagus, haruslah aku nak share supaya boleh parents yg lain juga boleh amalkan...




Sejauh mana ibubapa mengamalkan doa pada anak-anak mereka, atau berapa ramai antara kita yang mempraktikan dalam kehidupan harian mereka. Doaibubapa mempunyai sejuta rahsia yang ramai tak ketahui dan mengambil ini sebagai peluang membina kehidupan yang hebat dan cemerlang dalam keluarga.Doa ibu pada anak atau doa bapa pada anak adalah doayang amat mustajab. Jika doa itu baik maka baiklah anak mereka, jika doa jahat maka jahatlah anak mereka.
Sedangkan, dalam al-Quran terkandung banyak doa khusus yang boleh dibacakan ibu bapa untuk kesejahteraan anak di dunia dan akhirat, begitu juga doa bagi menyelesaikan kerenah anak bermasalah. Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Majjah menegaskan tiga golongan jika berdoa pasti dimakbulkan iaitu orang dizalimi, orang musafir dan doa ibu bapa kepada anaknya.
Doa Ibubapa untuk anak mereka, seperti dalam Quran
Doa memohon rahmat, surah Ali-Imran, ayat 8-9.
Surah Al Imran ayat 8
Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya
doa ibubapa kepada anak
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

Doa mohon zuriat yang baik, surah Ali-Imran (ayat 38).
doa dapat zuriat baik
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan
Doa anak kerjakan solat, surah Ibrahim (ayat 40-41).
doa ibubapa pada anak agar sembahyang, surah ibrahim ayat 40
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku
doa nabi ibrahim, surah ibrahim ayat 41
"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" Surah Ibrahim ayat 41
Doa anak taat kepada Allah, surah Al-Baqarah (ayat 128).
doa minta keturunan yang baik
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; Al baqarah 2 : 128
Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).
al furqan 25 : 74,
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. Al Furqan 25 ayat 74
Doa anak pandai belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79).
doa minta anak pandai
Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu. Al anbiya 21 : 79
Doa anak lembut hati, surah Al-Hasyar (ayat 22-24).
sura al hashr ayat 22
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ayat 22
surah al hashr ayat 23
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.
Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. ayat 24
Doa anak rajin sekolah, surah Taha (ayat 1-5).
Taha
surah Taha ayat 2, doa pada anak
Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan
doa ibu pada anaknya
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah
doa bapa pada anak
(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
doa ibubapa pada anaknya
http://c00022506.cdn1.cloudfiles.rackspacecloud.com/20_5.png
Ayuh semua mari kita amal ajaran Islam yang suci ini, mari kita sama amalkan doa-doa yang mustajab ini pada anak anak kita.
Antara masalah keluarga dan anak tak dengar cakap ialah, pendekatan kita dalam mendidik. Doa ini boleh di baca bila-bila masa, atau selepas sembahyang. Jika tak mampu hafal, memadai doa mengikut makna ayat di atas.
DOA IBU BAPA PADA ANAK ADALAH ANTARA DOA YANG AMAT MUSTAJAB DAN DI PERKENAN ALLAH


Janji aku pada haziq..

birthday haziq is coming soon.. lama lagi bulan Mei nanti..

aku promise *bukan papa, tapi mama ye*

nak belikan dia tablet. aku pun takde tablet. ada ubat tablet jek. tapi ada 1 SYARAT. dia boleh membaca dengan LANCAR.  dia mmg boleh baca tapi merangkak2, jumpa ayat cth mcm akhirat, menyampah, n so2.. kadang2 dia jem. tapi this lately aku nmpk, dah laju baca, gitu jugak dgn english. cuma kengkadang english tu adalah bunyi melayu jugak *nak wat gane anak melayu* . dia da skolah since umur 3thn. aku target 4 y dia bole baca dah.tapi kira x berapa achive la mission aku tu, sbb dia boleh baca merangkak2 x smooth.. now umur 4y10m dah laju baca n dia boleh faham apa yg dia baca. so oklah. adabudak sebaya beliau abc pun x kenal. kira okla klw progress ikut track kan. kadang aku kesian kat dia, belajar mcm nak amik spm je aku buat.

so promise is still a promise.. mmg aku akan belikan dia tablet. tgh survey nak beli samsung tab or ipad. yg bole surf pakai wifi cukupla. at least aku bole pantau website yg dia masuk, *aku dah block modem rumah dgn website bebukan haha*  bukan tak boleh beli time dia nak *wlwpun maknye merengkek cari duit*  tapi aku nak dia blaja a value of money. bukan senang cari duit. even nak beli apa2 pun haruslah ada sesuatu yg dia buat. bukan senang2 nak itu ini boleh dpt.

dah survey ipad 2 yg 16gb wifi RM1199. aku rasa worth la kot. make sense tak klw time aku nak beli bulan may nanti harga dia jd 5ratus? hahaha. memang tak la kan. Kesian kat haziq, nak tgk utube pakai pc kepala keretapi, takpela.. mama pun kene bukak lappy jugak. cuma klw ada duit lelebih tu sok mama teringin gak nak pakai playbook.

Haziq tengah blajar bacaan dalam solat. dah lumrah budak2 yg masih takde dosa, dia mmg senang diajar,cuma aku kadang baran jugak.. nak soh dia baca seniri tgk nota, dia tak tau baca jawi lagi, alif ba taa tau la.  Bacaan Al fatihah aku dengar dah clear la.. dan surah2 lazim yg lain ada yg dah clear.  doa2 tidur , bgn tidur, mkan, sesudah makan, masuk keluar toilet, mmg dah master. aku ingat kat skolah dia tak belajar, tapi belajar juga, ingatkan sekular sgt sekolah tu,tak lah susah sgt keja aku,cuma betulkan pitching sikit2 jek.

Semoga haziq bijak pandai selalu, n please, tolong lah speak in english with mama.. haziq ni malay version sungguh la.. *dia faham apa kita kata, tapi dia balas in melayu balik ngan kite, geramnye, bila dah ignore dia tau plak nak susun ayat*

Sekejap je rasa haziq dah nak 5y dah.. semoga haziq jadi budak baik selalu.. nanti boleh ajar adik pulak.. nanti birthday mama beli tablet ye.

Tuesday, March 13, 2012

Off Blogging Jap

Ceh poyo kak kerengga ni! selalu haram nak inform pun..

bzbee start today... ada project acceptance, tender closing, bla bla  bla...

ok guys.. nanti aku jalan2 blog korang bila x bz.. *malam2 sure jalan punya!*

Monday, March 12, 2012

Hujan yg lapar

Bila yg aku tak pnh lapar? Semedang je lapo ngalahkan org ngandung. Syukur dgn selera yg ada. Sok2 takde selera, mengeluh juga.

Hujan kat luar xlah lebat, tapi sejuk.. Rasa cam nyaman je whether gini.. tapi.. Laparlah pulak? Pagi td aku xde geng nak bekpes.last2 branch trs ngan nozie and liza kat mcd. Tekak xdela rasa nak mkn mcd, tapi kengkawan nak g mcd, telan jela cam ular sawa. *eh bukan aku yg ajak ke g mcd,lupa!*

Nak amik haziqamni, mereka masih tdo, last2 aku balik umh vacuum 1 rumah, n ngemop2 . Done! Sementra tunggu peluh kering naiplah 1 entri ni.. Oh ye.. Settle daging msk kicap smlm aku sebat balik td. Huhu. Klw tak, sure rezeki tong sampah. Hubs balik kang dia da mkn ke ek? Klw dia x mkn g harus kah aku mkn sekali lg? Agagagaga
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, March 11, 2012

TV Al Hijrah

First time bukak untuk haziq, asik disney channel jek, rasa nak pitam aku sambil muntah darah tgk siaran yg asik diulang2, tgk makbed punya status fb , aku pun try.. and haziq suka.. kebetulan cerita "pada zaman dahulu"kiranya okla.. selalunya dia baca story book je, ni ada dlm rancangan tv.. so dia lebih faham. kawan2 boleh try kasi anak2 tgk.. byk cerita kisah dan tauladan instead of berhibur .oh ya channelnya 114. selamat berhibur!

Wordless malam minggu

Agagaga, hubs tgk bola kat bwh, biasa mlm minggu. Nak jerit2 panggil beliau kang anak bgn pulak, pakai je teknologi yg ada.
________________________________
Image taken with Screen Grabber.
Download it free from BlackBerry App World

menangis tak berlagu.. hp cari pasal

harini hp carik pasal .. da lama aku detact hp ni mcm lembab, tapi sebab aku ni penyabar lg beriman, aku layankan je kelembapan nya. dari sehari ke sehari aku nak sync maklumat yg ada kat bb desktop sware tu,. tapi mcmla bz sgt, memadang x dan! last sync bulan 12 aritu. harini, aku belek2 semua dah tak de! mati aku! segala appointment, contact, pic, dan lain2 semua dah takde. yg ada cuma seketul hp jek. termenung kejap aku! nak nangeh rasa.  bayangkan, appointment segala mcm mak nenek aku set situ *termasuklah tarikh akhir period, klw aku terngandung? camno aku nak estimet?* , contact tah ada dlm 5rat lebey kot, bbm contact ada 142, dan yang paling aku syg, pic anak2 aku and video keletah mereka turut corrupt! huwaaaaaaaaaaaaaaa!

Aku dah format bb ni! puas hati! mmg ada virus! ntah apa lah yg aku bukak selama ni yg lekat virus ni! . aku ni jns pemalas nak bukak lappy. pasal lappy selalu tak caj. nak caj bila dok dlm bilik tdo, fius jauh. so aku surfing sambil baring je. haihhhhh bila nak beli tablet ni! *bak kata kawan aku sorang ni, wat pe sgt la.... lappy ado, bb ado, hp nokia ado, lagi mau tablet! mcmlah bisnes import export* semua tu bole akses internet.

Sudahnya hari ni mmg xde mood sungguh.. nasiblah 2 angle ni ader.. buat aku gelak. syg pic amni n haziq..

kawan2... especially coursemate, customer, bestfriend, please add me back at my pin  2361F707. ada yg aku recover , ada yg x.. please ek.. utk whatsapp nanti  aku distribute via pm kat fb/email.. and please jugak send balik no phone korang. luvs u all...

Friday, March 9, 2012

Haziqamni home entertainment

Kedua mereka punya asthma.. Jd klw nak berjalan, mmg kene amik kira byk faktor, kualiti udara, kesihatan mereka ketika tu, dan byk lagi sbnrnya, klw x, bersedilah nak check in hospital at least 4hari 3mlm. Jadi, kami byk habiskan masa dirumah. Klw tanya la GP memana, kanak2 asthma mmg no playground, no open air, no tesco, no giant no bla bla bla... Tapi sesekali aku bwk la juga, kang jakun pulak klw x pnh keluar. nak balik kg pun kena fikir jugak, mereka x boleh terlalu sejuk n terlalu panas. Mmg sgt remeh jaga budak asthma, rumah kne sentiasa bersih dan bebas habuk. Pakaian pun x boleh jemur kat luar, habuk. Pakai detergent pun yg khas punya, haih bykla klw aku nak citer kat sini.

Pic diatas adalah 2 benda yg aku baru beli utk mereka. Supaya mereka rasa terhiburla duduk di rumah, sabar ye mama tgh kumpul duit beli mini playground pulak. Klw tetamu dtg kerumah aku, mmg xdela hiasan2 mcm rumah org lain.. Mmg plain je rumah ni, kapet pun sume da gulung,pakai tikar buloh je. Tapi budak2 selalu suka dtg rumah aku ni, mcm2 ada.. Nasib rumah ni 2 tgkt, jarang yg naik sampai ats. Klw rumah lama dulu, mmg nangis nak kemas klw bebudak dtg.

So far, aku nmpk haziq mmg suka dok kat rumah, kdg aku suruh pg kayuh basikal pun dia xmo. Prefer main xbox or psp dlm rumah. Tapi nasibla beliau tak begitu addicted dgn game, paling lama stgh jam je, then main benda lain, kete control ke, chuggington ke,tgk tv ke, takpun buat exercise or membaca jek. Oh ada 1 story, td haziq buat homework sambil pejam mata pasal dia da master tulih no. Tapi aaku ckp kat dia "hamboih belagaknya.. Klw camtu xyah buat la" dia gelak je. Bukan apa, xnak dia buat keje sambil lewa.. Harapan aku, dia juga spt aku, aku sgt cintakan ilmu, even aku study sampai degree je.. Tapi until now aku msh lagi membaca2, terasa sgt byk perkara yg aku masih tak tahu. *ceh puji diri seniri, baca novel yg byk adalah!*muntah sebaldi!

Haziqamni deary, mama luv both of u so much.. Semoga jd anak yg membawa mama n papa ke syurga..

Saturday, March 3, 2012

Pic budak beguk yg hepi

Entri td laju beno tekan send, sampai lupa attach pic. Hehe.. So here we go..

Amni kene beguk!

Amni demam pagi td, husband balik duty aku ckp amni demam, dia pun meragam masa aku siap2kan ajiq pegi skolah td. Harini ajiq skolah ganti. Husband yg notice pipi amni bengkak. Terus aku siap2 g klinik pakar bayi kat sitiawan. Kata doktor, mmg amni kene beguk. Menurut dokter, beguk disebabkan virus, kuman dari udara. Haih.. Mcm2 penyakit, sampai aku takpaham, mcmana amni leh kena, since aku x bawak dia kemana2 pun sebab beliau asma.. Tak apalah. Dugaan buat aku, aku terima je.. Semoga anakku ini cpt recover..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, March 2, 2012

‎10 Perkara Menarik Tentang Bayi Baru Lahir

Aku pun tak tahu.. so aku share jugak untuk kawan2 yg nak tau.. lupa pulak aku nengok baby mmg nangeh xde air mata ek.. pastu lupa tekan lutut mereka, rupanya xde tempurung. ih ih..

* Bayi mengenali ibu terlebih dahulu sebelum ayah. Bayi mengenali suara ibu dari dalam rahim dan dapat mengenali suara dan bau ibu sebaik lahir.

* Bayi boleh melindungi diri sendiri daripada tercekik. Dikenali sebagai “protective reflex”, lidah bayi secara automatic akan menolak keluar objek asing untuk mengelakkan bayi dari tercekik.

* Warna asal mata kebanyakan bayi yang baru lahir adalah biru dan warna ini akan berubah kemudian selepas beberapa minit lahir.

* Bayi mengenali bau susu ibu. Anda mungkin menyedari bahawa sebaik anda mendekati bayi anda, dia akan meragam dan banyak kerenah. Ini kerana bayi anda mengenali bau susu dan dia tahu makanannya sudah sampai.

*Bayi mula tersenyum pada usia 6-12 minggu.

* Bayi menangis tidak mengalirkan air mata sehinga berusia 3-12 minggu.

* Bayi dilahirkan mempunyai 300 tulang tetapi tulang-tulang ini akan bercantum kemudiannya membentuk 206 tulang sahaja seperti mana jumlah tulang orang dewasa.

* Bayi dilahirkan tanpa tempurung lutut.

* Bayi dilahirkan dengan keupayaan untuk berenang dan menahan nafas tetapi kelebihan ini akan hilang sepanjang tumbesarannya.

* Di dalam 1 kajian, saintis di Norway membuat 1 penemuan mengejutkan apabila bayi yang baru dilahirkan dan diletak di atas perut ibunya, merangkak perlahan-lahan menuju ke payudara ibunya dan menyusu tanpa sebarang bantuan dari ibu. 





Thursday, March 1, 2012

This is best bro!

Tekak aku n suami sodap ler.. Takyah letak resepi la.. Haha tgk je apa ada dlm mangkuk tu, pehtu goreng je sesedap rasa.

Bila byk toksid begini la jadinya

Da berapa hari aku cuti masak, minggu ni dah 3 hari x masak. Haihh malas betul nak kepasar hari keje mcmni. Ni la akibatnya klw weekend keje bgn lambat je.. Effectnya peti ais xde mende, masak pun malas.

Hubs pun mcm x hepi je bila ajak mkn kat luar. Dia malas la tu.. Balik keje selalunya we all mmg mls nak kuar dah.. Syok lepak ngan anak2 je. Tapi nak dinner klw aku x masak harusla kena keluar kan? Harini plan nak masak daging masak kicap.. Weehuuu!! Daging pun nan ado! Takpe jap lg p kedai kat manjung tu beli jap..

Malas je rasanya.. Da lama x detoks ni.. Pasal tu la jd gni... Buat "hikmat ular". Je keje nya *pinjam sat ayat nozie*kene do something ni! Okla peeps.. Nak sambung koje!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.