Friends Of Mine

Friday, March 9, 2012

Haziqamni home entertainment

Kedua mereka punya asthma.. Jd klw nak berjalan, mmg kene amik kira byk faktor, kualiti udara, kesihatan mereka ketika tu, dan byk lagi sbnrnya, klw x, bersedilah nak check in hospital at least 4hari 3mlm. Jadi, kami byk habiskan masa dirumah. Klw tanya la GP memana, kanak2 asthma mmg no playground, no open air, no tesco, no giant no bla bla bla... Tapi sesekali aku bwk la juga, kang jakun pulak klw x pnh keluar. nak balik kg pun kena fikir jugak, mereka x boleh terlalu sejuk n terlalu panas. Mmg sgt remeh jaga budak asthma, rumah kne sentiasa bersih dan bebas habuk. Pakaian pun x boleh jemur kat luar, habuk. Pakai detergent pun yg khas punya, haih bykla klw aku nak citer kat sini.

Pic diatas adalah 2 benda yg aku baru beli utk mereka. Supaya mereka rasa terhiburla duduk di rumah, sabar ye mama tgh kumpul duit beli mini playground pulak. Klw tetamu dtg kerumah aku, mmg xdela hiasan2 mcm rumah org lain.. Mmg plain je rumah ni, kapet pun sume da gulung,pakai tikar buloh je. Tapi budak2 selalu suka dtg rumah aku ni, mcm2 ada.. Nasib rumah ni 2 tgkt, jarang yg naik sampai ats. Klw rumah lama dulu, mmg nangis nak kemas klw bebudak dtg.

So far, aku nmpk haziq mmg suka dok kat rumah, kdg aku suruh pg kayuh basikal pun dia xmo. Prefer main xbox or psp dlm rumah. Tapi nasibla beliau tak begitu addicted dgn game, paling lama stgh jam je, then main benda lain, kete control ke, chuggington ke,tgk tv ke, takpun buat exercise or membaca jek. Oh ada 1 story, td haziq buat homework sambil pejam mata pasal dia da master tulih no. Tapi aaku ckp kat dia "hamboih belagaknya.. Klw camtu xyah buat la" dia gelak je. Bukan apa, xnak dia buat keje sambil lewa.. Harapan aku, dia juga spt aku, aku sgt cintakan ilmu, even aku study sampai degree je.. Tapi until now aku msh lagi membaca2, terasa sgt byk perkara yg aku masih tak tahu. *ceh puji diri seniri, baca novel yg byk adalah!*muntah sebaldi!

Haziqamni deary, mama luv both of u so much.. Semoga jd anak yg membawa mama n papa ke syurga..

1 comment:

Unknown said...

jangan kata yang asthma..yang x asthma cam anak aku pun aku blikan macam2..biar mak dia x makn xpe..janji anak dia x buat muka terkilan tengok barang2 orang lain...