Friends Of Mine

Friday, April 29, 2011

10 Things in 10 days~ 10 things about you


  1. Nama penuh daku~ Norfarzlinawati Mustafar banyak nick name ~ kat skul dulu org panggil farz ( makbed & d geng pon pgl ni gaks ) family panggil lyn, and nick yg suke2 seniri KERENGGA.. haha.. sbb perasan slim!  haaha.. suatu masa dulu i slim.. my lect masa study dulu yg start panggil kerengga sbb biasalah.. da la suka dtg lmbt kelas pagi, lect room punyo lah bosaa.. then i mmg mcm alien.. sbb x pakai tudung.. then lect x ingat nama i.. then terus panggil i " cik kerengga.. what is d time now??" start dr tu aku rasa kerengga tu cam suit jek ngan aku.. sampai lah sekarang.. wlwpon nama kerengga itu hanya tinggal sejarah..
ni pic time cintan cintun ngan husband~ 2nd year study masa ni.. cam kerengga tak ~feel free to muntah

2. Bercintan ngan husband 5 tahun, cinta terlarang.. haha.. then mak n ayah x larat dah nak larang p dating.. then silalah kawin.. alhamdulilah.. tahun ni tahun ke-6 rumahtangga kami.. dikurniakan 2 orang cahayamata. seorang putera Muhammad Haziq Azri dan seorang puteri Amni Aqilah Azri . cukup kot setakat itu Boleh?? Makna nama kedua2 anak bermakna kebijaksanaan dengan harapan semoga mereka mencaturkan kehidupan dunia dan akhirat. 

3. Tak punya ramai kawan, lebih senang kawan dengan dikalangan family~ Tet (my auntie) and kakngah (my sister) klw nak pinjam duit pun kat dorang2 ni lah..  dan sangat susah mempercayai kawan tapi klw dah start percaya.. beliau akan jadi kawan baik saya.. tapi saya sgt friendly.. dont worry new friend...
aku, kakngah, n tet (we r best friend)


4. Sangat berdikari ~ x akan mengaharapkan bantuan orang lain kalau tak betul2 memerlukan .. (sapa yg kata saya habehkan harta makbapak.. u're wrong! p mampos la korang!)Sedang struggle menghabehkan hutang credit card dan hutang kereta.. peh tu nak naik haji

5. Sangat suka nombor dan duit .. sesuai dengan kelulusan majoring Accounting & Finance.. tunggu bila nak jadik makcik kayo.

6. Suke duduk kat hometown ~ Seri Manjung, Perak.. aman damai, tenang.. keje kol 9 bangun kol 8.30 pon bole.. takde jam, x bz.. nak cari barang pon sonang.. ada tesco, ada giant dan macam2 ado! 

7. Suke massage n reflexology.. paling suke g kat Thai massage.. sekali dia lipat sendi2 aku.. sangat segar pastu.

8. Pandai masak. Tapi pandai masak lauk pauk jek.. aneka2 mi tu bolehla . tapi bab kuih, puding, biskut ,kek dsbgnya.. mmg serrender lah makcik.. sbb mak x rajin wat mende2 ni.. 

9. Alatsolek yg paling x boleh ditinggalkan ialah Eyeliner.. tak buleh la 1 mende ni takdo. x cantik rasa klw x pakai eyeliner. Lipstik suke kaler earth dan soft pink.. so.. klw solek tu mmg xdelah cam badut sarkas. sbb kulit pun x bape nak putih. 


10. Suami saya adalah pegawai navy~ dulu bercita2 nak kawen bawah pedang.. satu2 nya impian yg betul2 terjadi  tanpa jadi mende lain. hahah.. paham dok nih? navy smart ok!tak caye?? tgk ni

smart kan?? pdn lah dgn saya yg lawa ni..



oklah..kita sambung ke next 10 things seterusnya.. esok

B.A.H.A.G.I.A

cilok dari sini:

TANDA KEBAHAGIAAN ADA 4 PERKARA :

  • Mempunyai pasangan yang apabila kita tatap wajahnya kita akan rasa terhibur dan Soleh
  • Mempunyai anak yang baik dan soleh
  • Menpunyai kawan2 yang baik
  • Memperolehi rezeki daripada tanahair kita sendiri

BAGAIMANA NAK DAPATKAN MUKA YANG BILA PASANGAN KITA PANDANG DIA, KITA AKAN RASA TERHIBUR?:
  • Sentiasalah menatap KAABAH.. tanda rindunya kita untuk berada di dalam KAABAH (moga2 dikabulkan niat kita untuk sampai ke sana)
  • Sentiasalah menatap AL-QURAN jika tiada bekesempatan untuk membacanya sebagai tanda rindunya kita terhadapnya - ni jgn la pulak dijadikan alasan untuk tidak langsung membaca AL-QURAN
  • Sentiasalah menatap wajah orang-orang yang 'ALIM
  • Sentiasalah menatap wajah KEDUA2 orang tua kita (temasuk MERTUA)..
  • Sentiasalah menatap wajah PASANGAN masing-masing (dengan syarat memandangnya dengan penuh kesempurnaan, jgn sesekali terdetik kat hati kita.. contoh la ni :.. mmm.. senget hidung hubby ku ni rupanya ye.. TANGGUNG la dosa tu sepanjang malam yeee...)..
NAK CEMERLANG ADA 4 PERKARA :
  • Jangan sampai ada KEJAHILAN di kalangan kita (maksudnya dah la BODOH tak tau apa, DEGIL lak tu)
  • Jangan sampai ada KEMISKINAN di kalangan kita (sebolehnya.. biarla hidup senang, baru boleh buat banyak kebajikan)
  • Jangan sampai ada PENYAKIT yang banyak di kalangan kita (asik sakit je macam mana nak wat amal kebajikan)
  • Jangan sampai ada GEJALA-GEJALA SOSIAL berlaku di kalangan kita

BAGAIMANA NAK BAHAGIA?:
  • Hendaklah suami dan isteri mengerja SOLAT secara BERJEMAAH sekurang-kurangnya 1 WAKTU sehari 
  • Hendaklah si suami selalu makan makanan yang disediakan oleh isteri
  • Hendaklah si suami dan si isteri tidur sekatil bersama-sama 
  • Hendaklah pasangan suami dan isteri itu mencari KELAINAN daripada pasangannya itu sebagai KESERASIAN..

10 Things in 10 days

tak tau lah aku istiqamah ke dak nak wat mende ni.. sbb aku bz ngan para2 sakura. papepun start rini nak wat mende ni : dpat dar sini


day one : 10 things about you
day two : 10 things you love
day three : 10 things you hate
day four : 10 things you want to say to one person
day five : 10 wishes
day six : 10 items you can’t live without
day seven : 10 important people
day eight : 10 of your favourite songs
day nine : 10 ways to win your heart
day ten : 10 final words

Wednesday, April 27, 2011

Alhamdulilah.. Syukur, Mak & ayah dah selamat Pulang

Hari jumaat yg lepas g amik mak n ayah kat KLIA.. selamat sampai dr mengerjakan umrah dari tanah suci.. sedikit terkejut dengar suara ayah masa baru2 touch down.. x dengar lgsung suara beliau.. rupa2nya semuanya tak sihat masa nak blik, baik mak, ayah n maknyah.. maknyah paling teruk sampai demam2.. ayah pun same.. mak masih gagah lagi cuma batuk jek..

Mak kata kat sana semua mereka sihat, ayah pun x sakit kaki.. (selalu ayah kene mkn ubat sakit kaki klw kat sini.. sbb beliau berat, tekanan kat kaki melampau) kat tanah suci, langsung x makan ubat pun.. sungguh ajaib bila sampai disana... bila dengar cerita ayah & mak.. rasa teruja nak kesana.. ayah kata klw ada rezeki lebih nak bawak kami sekeluarga kesana, lebih seronok dari mana2 tempat percutian didunia ni.. bila sampai sana hati serta merta jadi tenang.. semoga impian ayah dikabulkan oleh-Nya..

Mak & ayah x beli banyak barang pun, cuma kurma , kismis halva.. yg mcm2 tu jek la.. air zamzam tak dilupa.. aku mmg x kirim apa2.. cuma kirimkan doa jek.. n telekung n sejadah yg mak pakai kat sana aku nak.. bukan apa amik berkat..Apapun aku bersyukur sangat2 sebab mak n ayah dah selamat pulang.. sepanjang mereka kat sana hati ni asik risau.. memandangkan sebelum pergi mcm2 yg ayah pesan kat aku termasuklah harta2 ismet didalam dan diluar negeri. Macam nak pegi takmo balik dah.. bila mereka selamat sampai mmg aku panjatkan syukur pada yg maha Esa sebab mereka selamat..

di jabal rahmah~ dimana Nabi Adam & siti Hawa ditemukan..

Selamat Hari Tentera Laut -77

Selamat hari tentera laut yg ke-77..buat suami, dan yang seangkatan dengannya.. semoga tentera laut terus bersemangat mempertahankan tanahair tercinta.. eceh.. n SEDIA BERKORBAN.. buat para isteri.. teruslah menjadi sayap kiri suami.. eh betul ke?? bole lah kot..

aku suke navy day ni.. bukan sbb apa.. bila navy day jek.. ader tornement golf.. dan yg paling aku suke hadiah dia. haha.. seperti biasa.. wlwpom husband tak bawak beribu2 ringgit voucher shopping sebagai hadiah.. tapi dia  x pnh kecewakan aku.. semalam dapat RM300 voucher dr parkson.. jadilahh..

sekali lagi.. SELAMAT HARI TENTERA LAUT -77 BUAT SEMUA TLDM.. 

Sunday, April 17, 2011

Entri Tension

Sakit betul kepala lepas solat magrib tadi, ntahla.. tension kot..
byk keje x settel,
keje rumah, keje pejabat, keje part time, dan lain2 keje lagi

haziq makin ligat buat sepah
aku biarkan aje since husband tak suke aku membebel
so.. balik men gop tadi, dia yg pungut mainan anak dia
readers.. tau x.. lego haziq tu kecik2.. ada 3 set semuanya
korang boleh bayangkan tak bape butir lego tu? aku rasa ade 3ratus lebih butir kot
then puzzle.. tau la puzzle.. kan kecik2 jugak
klw korang apa perasaan korang rumah besepah dgn benda2 alah ni??
tiap2 hari aku tukar jadi green taw!
kang aku tak kasi main, menyekat perkembangan IQ kanak2 pulak..
sudahnye..aku yg sakit pala ketensionan...

esok nak balik johor pulak..
jauh..... nak naik vios pulak..
vios tu da la kecik.. nak bawak stroller pun x muat* x bersyukur btol!nak suruh husband beli bas sekolah baru muat*
jawabnye aku kene duduk tegak je la kat belakang
ngan Amni.. haziq duduk depan dengan papa..
Amni x suke dipegang klw jln jauh
kene letak tilam dia kat belakang..
sampai bangi kang nak amik maksu neni pulak..
hmm.. nasiblah makusu nye kecik. ..klw x mmg x kasi tumpang.. hehe
lgpun x pela..kejap je.. dlm 5hours journey jek lagi dr bangi tu
kampung husband jauh..
bukan jb.. tapi da dekat sampai mersing dah..
ni nak kene bawak kete berhemah takut kene saman plus eselehe anak2 lagi
nak berak, nak makan, nak susu nak itu nak ini

sudah la... x baik merungut...
itu namanya x bersyukur
klw semua nak masuk kepala
jawabnye thn depan nampak tua muka i yg awet muda ni

aku miss kat parents aku sebenarrnya
aku x pnh jaga anak xde org tolong
manjakan aku??
org lain x pandai tolong aku jaga anak..
mak jek yg boleh jaga anak2 aku
dia tau specification haziq yg cerewet tu
mcmana lah esok kalau duduk jauh dari mak..
mengadanya..anak mak ni ek..
aku mmg cerewet bab jaga anak
sbb tu aku x bg maid mak jaga
aku rela buat keje opis kat umh dr nak tinggal Amni dekat beliau
klw terpaksa aku ke office,
aku suruh adik fidaus supervise..
itupun klw mamat tu xde kelas..
klw dah kritikal sgt,
aku suruh husband balik, tengok2 kan
aku sgt takut org lain jaga anak
sebab aku beranak sakit wooo (aku tau org lain pun beranak sakit ok!)
klw ader kak ngah, boleh la jugak beliau tolong jaga
tapi ni beliau kat KL

sudahlah.. bebel byk2 buat sakit pala jek
tadi dah telan panadol
aku mmg xkan mkn panadol selagi boleh tahan
series!
aku taknak reput tulang
eh..ye ke??? pepandai jek aku
yg ye nye aku takut makn ubat

hari jumaat mak  balik dah..
x sabarnye nak tunggu mak balik..
we miss u mak..

Ketika Hati Sedang Marah...ingat lah ini

‎"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada adalah DIAM. Bahasa yang paling manis ialah SENYUM.Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK."

Saturday, April 16, 2011

Letih ooo jadi surirumah sepenuhmasa!

As mentioned before, aku akan jadi 2 weeks lady of leasure sbb mak takde jaga anak
ni dah seminggu jadi surirumah secara exclusive

Mmg selalu idam2 kan nak dok umah
kalau bekerja, selalu pk.. syok nye kalau dapat dok umah . tapi kene masyuk lah kan
tapi bila dah cukup seminggu aku dok umah
wahhh.. lebih penat dari bekerja sbnrnya.
nak breakfast pun x sempat tau

bgn early morning, xleh bgn lewat
sbb anto ajiq skolah klw weekdays
then balik basuh kain, jemur kain sementara siang2 ikan ke ayam prepare2 nak masak lunch
pastu mandikan Amni
rumah takde heater, so kene masak air kat cerek ulang alik angkut air panas ke atas
then bagi Amni tido
aku siap masak
tau tak, nak bekfes pun x sempat, nak makan suppliment pun x sempat
lepas siap masak,
sarung suar panjang, g amik ajiq skolah pulak
pastu beliau balik terus bagi makan, susu semua
husband balik pukul 1 bagi dia makan pulak

bila haziq dah balik, jangan haraplah rumah nak kemas
dia mmg x puashati klw aku susun buku, toys, dia elok2
dah umur dekat 4 thn pun masih suka buat sepah tau..
dan kalau dia balik juga , mmg Amni takleh tido dengan aman

then pukul 230 camtu aku kasi dia tido
Amni pun tido jugak,
Aku? jgn haraplah nak tido, g kemas sume hasil kerjatangan haziq sebentar tadi
aku rimas tgk rumah sepah, pinggan x bercuci, dapur x bekemas, solat dsbnya
klw ada masa aku fesbuk ke blog jogging ke
pukul 5 camtu budak2 ni bgn, kasi siap2 mandi
dah pukul 6...
aku kasi haziq tengok tv plak
aku pegi dapo makan laju2
baru buleh makan time nih
Amni aku letak sekali dengan haziq tengok tv

tengok2 dah mlm
husband pulak, tengok ada nasik lebih dlm periuk,
"mama, wat nasik goreng ngan neskepe 1 ek"
mmg masak mcm charlie caplin la time nih
pas solat magrib aku tengok haziq wat homework lak
habeh dia buat homework
aku soh dia main lah lego ke PSP ke..
aku tidokan Amni, nasib baik Amni tido awal
kol 11 camtu aku ajak haziq tido
mmg aku pun berdengkur lah sampai Amni jaga 2jam sekali mintak susu..
gitulahhh hidup aku hari2....

klw weekend plak
jgn haraplah nak bersenang lenang
same jek.. takde jugak rest
bezanya cuma pegilah TEsco stocking barang dapo then g lah marina island ke bawak haziq kayuh beskal kat sana

jgn ingat surirumah seronok ye kawan2
LETIH!!!!

baik aku g KOJE

bila koje ada time makan, time rehat , dsbnya, boleh ngulo jugak

wlwpun aku sibuk, aku seronok,
dapat bela anak2 sendiri
bg anak & suami makan dengan air tangan sendiri (without fail selama seminggu ni taw!!)
tapi.. nak soh dok umah terus.................



tak mau la saya.................


sangat respek kepada ibu2 surirumah yg punya anak ramai n siap bole wat part time lagik!
dan pastinya aku respek dengan mak aku sendiri
surirumah, tukang jahit lagi satu masa dulu
anak 4 orang
patutla mak dulu garang,
ropenya........ penat ye mak........

mmg penat,mesti aku tido pun da tak comei
mulut menganga, ntah2 berdengkur
husband?????

dia kangkang dok kat bawah tengom tv beso dia tuh
cukup time nak milo tarik, neskepe tarik, megi goreng  dsbnya
tak apalah... kalau buat air untuk suami pun pahalanya macam memerdekakan 70 org hamba
inikan pulak klw sampai 2,3 gelas 1 mlm kan? tu x masuk pahala lain lagi..
semoga aku menjadi penghuni syurga hehehe...
tudung pun x tau pakai nak masuk syurga

kepada suami2 yg punya isteri seorang suri rumah,
hargailah isteri anda..
mereka tak sempat rehat pun kat rumah tu
apatah lagi nak tido
nak bersenang lenang

kepada suami saya
hargailah saya,
**sila beli saya gelang besar untuk enebeseri nanti ye


HOHOHOHOHO

Friday, April 15, 2011

Miss Mak & Ayah

Baru jek dpt call dr mak n ayah
skrg dah pukul 10.30..kat mekah skrg baru lepas sembahyang asar ayah kata
panas katanya disana
mcm musim haji, ramai org..

mak pulak ckp, ayah kat rumah xmo makan ayam (ayah mmg x suke ayam! )
kat Mekah.. asik makan ayam jek.. makan nasik lauk ayam, desert pun ayam..
mak kata ayah makin gemok..
tak apalah..petanda baik kan orang selera makan ni.. tapi ayah x pnh x selera pun

berebut telefon ngan haziq.. aku nak ckp dia nak ckp,
aku kasik dia ckp puas2..
bila aku nak ckp mak ckp prepaid nak habeh dah
huh!
takpela.. siang malam aku doa supaya mereka selamat dan semoga ibadat mereka disana diterima Allah
Ameen..

Minggu depan nak balik johor,
nak bawak Amni jumpa nenek johor
x pnh jumpa since lahir
sbb mak  x sihat nak jalan jauh
last jumpa mak abah pun masa pegnen 7 bulan masa kenduri angah bulan 12 aritu
nak sponsor tiket kapalterbang mai sini xde airport yg dekat .. *alasan*

thats all for now.. nak layan maharaja lawak
sanggup pegi amik kad astro kat umh mak. rumah aku takde astro citra..
pinjam dulu la.. klw besh minggu depan bole subscribe

Thursday, April 14, 2011

Kejam kah daku??

Kejam tak aku klw x kasi haziq keluar petang2?
klw aku kasi kluar pun.. under my supervision
rasa2 dia perlukan privacy x ek?

skrg lagi lah
aku malas nak lasi main kat luar rumah dah
sbb.. smlm aku dok kat depan tu, suka suki jek dak pompuan anak neber aku , aku rasa dia kecik dari haziq
slamber jek amik beskal haziq then kayuh pastu jatuh siap tercabut brek..
aku bukan berkira..aku tak kisah pun ianya patah..beskal pun rege RM80 jek
yg aku kisah, nape dak pompuan ni mcm x perasan aku yg mcm batu bersurat dok perati dia
tolak2 haziq.. yg haziq plak.. geram jugak aku nengok..relakan jek diri dibuli..  habeh2 pun dia ckp
"jgn amik beskal ajiq... ajiq nak kayuh"

alahai..anak aku ni.. sungguh bernilai murni
dak pompuan tu lak.. muka ganas giler
umur dlm 3thn kot dgn x pakai spender nya.. nampak tut nye..
adoi hai.. mak pak dia x baca ke budak2 pon bole kene rogol taw!
pastu x tgk lak tu anak kat luar main2..
mmg la sini bukan black area,.. tapi kot kene langgar ke amik dek org ke..
sng ke nak beranak kak??
haih..

pastu dak laki yg tgh main2 beskal kat situ siap gelakkan ajiq lagi..
sbb ajiq ni mmg x bape pandai kayuh beskal.. masih pakai roda tepi lagi
budak tu cakap "hahaha..kesian..bodoh nye kayuh beskal"
dia ckp kat ajiq..
tapi aku tgk ajiq mcm x bape nak layan..
dia mmg suke wat hal dia jek
aku kesian kat dia..
kawan2 dah pakai aku sbg bahasa diri.. dia masih pakai saya/ajiq..
bukan aku soh dia ckp x elok.. tapi aku tgk dia mcm kene buli jek ngan bebudak ni
dia mmg x pandai berebut..
aku ajar dia supaya jgn suke berebut,ni org amik beskal dia pun .. dia hanya mampu tgk n ckp elok2..
kenapa budak sekarang ni kecik lagi dah pandai sebut benda bukan2?
kecik lagi x respek org tua
risau aku dgn fenomena skrg
husband selalu ckp, jgn asik dok ckp anak org..
nanti kene kat anak seniri
aku doa.. supaya haziq behave sampai besar..
bukan sbb takutkan aku
aku takut gak..kot blakang aku kang wahh macam dia lah raja

so far dia dibelakang aku cuma disekolah aje..
teacher dia xpenah ngadu bukan2.
melainkan..dia xmo buat klw benda tu dia dah tau.

haih.. aku risau kanak2 area umh aku ni..
main xde supervision
pastu mencarut2
semoga korang selamatlah kanak2..
sian ek.. mak pak korang bz masakkot petang2 sampai biar lepas anak kat luar
pastu kacau anak org.. pastu bukak pagar umh org.. amik beskal org..
tu baru 3 thn.. kot sampai 10 thn kang pe gaknye aksi mereka2 ni ek..

Ini Entri kelam kabut nak apdet

Dok kat umah..cuti 2weeks.. mak n ayah takde.. knp cuti??

mak jaga anak dah dia takdo.. cuti ler.. maid mak ader tinggal ngan aku..tapi aku x harap. kemas umah bole la

ayah? boss haku.. dia xde.,. so its time untuk bejimba.. yeeehhaaa!! mampoos aku klw ayah baca ni

keje aku kat umah.. masak jek la.. hari2 husband balik mkn.. sonok kot dia?? aku?? ingat mak tade bole kurus.. tinggal harapan jek la.. sayang lauk klw buang.. huhuhu
dah 2 weeks ni keje bejalan jek.. ari rabu lepas g KL anta mak.. balik manjung jumaat
pastu otw balik manjung husband call nak p tgk F1.. huuu..haru... time tu aku dah dekat samapi teluk intan
nak patah balik pun jenuh. klw kat kl lagi sahih aku xkan balik ngan beramuk ngan kiddos dlm kete.
amni 1st time jln jauh.. bising gak la dlm kete plus dia x sihat.. balik tu baru ok
haziq cam biasa... x geti diam 
jap nak makan, nak minum nak berak
sabooo jek la...

ari sabtu return to KL balik..
biasalah.. rumah angah jadik transit
pepagi pakngah aziq, papa aziq, pak usu aziq n aziq da ke sepang
tgk F1
aku?? siap2 ajak angah g mid valley
ingat nak beli baju aku yg dah bertambah size ni..
tapi
pe kandaya.. takde size.. klw ader pun mcm untie punye baju ado lah!
so.. habuan amni lah.. baju gegirl plak ader sales
haziq? baju tido jek 2 pasang
amni 5 pasang. gileer kentang aku tengok baju2 girl ni dah la murah
selalu klw beli baju haziq 2rat dapat la 2 pasang.
ni haritu aku kelam kelibut dgn perut lapo..
baju haziq nanti2 jek la
lgpun lemari haziq dah muntah darah  baju byk sgt dlmnye
tu blom masuk yg aku order online..
huihhhhh.. husband da bising
nak wat butik baju amni plak dlm umh
dlm umah ni papa diorang jek x byk baju
tu pun banyak gak.. dah askor
baju no 1 sampai no berapa tah

balik manjung macam biasa..
kadang aku g opis klw de keje
sambil tengok2 keadaan opis
pagi xleh bgn lewat, anto ajiq skul, balik masak mandi amni
rumah xyah kemas
aku soh jek maid mak kemas.
jeles lak aku tgk dia dok saje

mak n ayah hari2 call
tapi bukan tanye anak2 deme
tanya cucu..
haziq ok? amni ok?
nak ckp ngan haziq
haziq plak tak sudah2 soh aku anto p airport 
nak g umrah katanya
hadoi..
aku ckp..kene blajo solat betul2 dulu baru bole g mekah
ni dia solat ikut suke dia.. 
kdg dia ikut blakang aku ikutr apa aku buat
kdg dia sujud x bgn2
kadang nak gelak pun ada
takpela.. janji dia tahu dah rupa nak solat tu cemana
ambil wuduk dah pass dah..
tapi mmg kene salin baju pastu basah habeh sume

ingat dok umah leh wat sesuka hati, tapi 
sbnrnya tak..
dok umh lagi byk koje
mcmni baik aku keje jek la.

amni plak tido malam dah oke
xde lah biru dah mata aku ni
tapi as mak kata, budak ni beralih bulan berubah lah dia
so aku cuma doa yg baik2 utk anak2 aku

Semoga mak n ayah mendapat umrah yg mabrur (betui ke term aku ni?)
semoga selamat perjalanan balik nanti
transit di karachi jgn lupe beli fridge magnet
hehehe
**ini mak n ayah saya.. we miss u la..

Tuesday, April 5, 2011

Tips Duit Tak Putus

Ni bukan entry soh masuk MLM ye.

cuma.. aku nak bgtau apa yg aku buat supaya bekalan duit sentiasa ada.. semua org perlukan duit kan untuk terus hidup? x syok kan klw xde duit dlm purse..? klw dlm bank takde duit pun x syok.. klw aku.. akan rasa sgt daif klw duit dlm akaun ASB aku susut. ( tidaklah byk duit dlm nu.. tp utk sesak2... adalah kot) so.. sebolehnya klw x sesak sgt aku tak kan korek tabung yg 1 ni. Kalau duit anak2 .. mmg takkan usik even mereka nak naik sekolah, sakit dsbya.. itu semua bekalan klw kot2 tetiba aku mati ke.. sementara nak tunggu claim duit SOCSO kot, KWSP dan lain simpanan aku bolehlah mereka pakai duit ni dulu. kot paknye sibuk nak kawen lain ke

Di entri ni aku nak share cemana nak bg duit tu sentiasa ada. Aku pun bukan lah bagus.. tapi background aku adalah accounting & financing.. so.. serba sedikit mmg aku apply dlm life aku. Mungkin tips2 yg aku bg ni adalah biasa.. tapi x salah mencuba kan..


  • rancang perbelanjaan wajib ~ seperti brg2 keperluan- letakkan piriority .. klw dah kawen, perbelanjaan isi rumah adalah yg utama spt bil2, perbelanjaan makan hari2 ,hutang kereta, rumah,  hutang blajar dsbnya.
  • buat simpanan sekurang2nya 20% dari pendapatan bersih untuk masa2 kecemasan. dan pastikan jumlah simpanan floting sebanyak sekurang2nya 3bulan  total overhead . (kot2 kene buang2 kerja ke , mak sakit kat kampung ke..nak beli hp baru ke )
  • kalau boleh makan kat rumah jek, elakkan makan diluar selain dr makanan dirumah adlah lebih sihat dan paling penting jimat (lainlah klw ada occasion spt birthday ke, anniversar ke.. selalunya penulis akan mkn diluar) 
  • Jimatkan penggunaan utiliti seperti air, elektrik, petrol dan gas. Wlwpun nampak sedikit tapi sebenarnya akan memberikan impak time kita nak bayar bil nanti.(selain dr menyokong keep earth green)
  • Beli barang2 keperluan di kedai yang menawarkan harga yg murah.. Aku selalunya beli brg2 keperluan rumah di Tesco, Pernama & econsave dimana disitu menawarkan harga yg jauh lebih murah dr di kedai2 kecil spt kedai runcit
Rasanya tu je kot tips2 nya.. yg penting ialah RANCANG PERBELANJAAN.. bukan BELI APA YG TERLINTAS.!

Selain dr itu.. aspek seperti BARAKAH juga adalah penting. Ikhlas juga dalam berkerja, jln asik belit je pantang dpt peluang, amanah menjalankan tugas, berfikiran positif sentiasa (klw ternegatif terhadap bos.. cepat2 lah muhasabah diri!) 

dan akhir sekali BERSEDEKAH lah.. kerana bersedekah itu tangkai rezeki.. 1 diberikan 7 akan mendapat balik.. itu janji ALLAH. yang penting ikhlas dan percaya!   Ayah selalu pesan, klw tengah takde duit, bersedekah lah.. Insyaalah.. rezeki akan datang tanpa diduga.. (jgnlah asik bersedekah tanpa berusaha mencari rezeki ya.. tu pun x jadi jugak!) Dan aku mmg selalu praktikkan.. setiap Jumaat selalunya akan kirimkan sedikit ringgit untuk tabung masjid.. alhamdulilah.. rezeki aku x pernah putus.. dan 1 hal lagi elakkan PINJAM DUIT DARI ORANG! selain dari memalukan diri sendiri kerana tak bijak mengurus wang, dan akan merenggangkan silaturahim (tak percaya, cubalah!)

yang penting ialah, selagi tulang empat kerat ni boleh dihayun untuk mencari rezeki, carilah rezeki umpama kita nak hidup 100 tahun.. jangan hanya tunggu dan lihat dan mengaharapkan simpati dari org lain.  Tangan yg memberi lebih baik dr yg menerima.. Sekian tazkirah untuk hari ini


Monday, April 4, 2011

Kenapa aku suke pakai nama KERENGGA??

eh.. suke aku la.. nak kutuk? kutuk ar??

x heran pun..

klw aku rasa aku cam kerengga.. suka aku lah kan... kerengga raksasa..kerengga jugak kan??

so... aku rasa mmg aku sangat sesuai dgn nama kerengga aka semut merah ..

sbb???

aku ramping cam kerengga. pangggggggg!

kerengga klw gigit sakit kan?  so.. aku klw gigit pun sakit taw!

hahaha.. entry xde kene mngena.. nanti bebila ada masa aku ckp la.. nape aku suke sgt ngan kerengga ni...

Ada lagi ke org call pakai public phone??

Entry lawak pagi ini.

Aku call UNIKL pagi ni untuk tanya status claim payment yg aku dah buat..  bebaru ni aku ader regist no maxis pakai hot ticket punye plan untuk reduce cost panggilan ( sgt jimat.. sila la pakai) sbb aku dah tak larat nak bayo caj celcom yg mengarut2 tu tp i still pakai no celcom tu .. readers  sila jgn delete no fon saya dr directori fon anda)  no tel tu ialah 01112409118.. pelik kan??sila baca conv aku dgn receptionist UNIKL ni...

aku : email adress saya blallalalaala..
receptionist :ok nanti saya email..
aku : ok thanks.. cepat sket ek..
receptionist: cik nak tanya la.. u call pakai fon apa ek? public fon ek??
aku : kakakakakaka (gelak besar aku ) la.. kenapa?
receptionist : tak.. no nye pelik..
aku : la yeke... rajin sgt lah saya nak g public fon pagi2 ni just nak tanye  status payment kat awak.. saya pakai hp la.. no maxis (smpt promote lagi )
receptionist : oyeke..saya mintak maaf lah ye..
aku : haha..takpe.. thanks.. bye

sampai letak fon aku still gelak lg sbb dia ingat aku pakai public fon.. dah sedekad aku x pegang public fon mek.. seingat aku last masa zaman studi dulu.. tu pun pasal topup mahal.. RM60 baru dapat 1 topup tau.. skrg? rm2 pun da dapat beli topup.. so..sape lg yg nak pakai public fon?? kikikikiki

Friday, April 1, 2011

Amni & Haziq X sihat

Dah 2 weeks kebelakangan ni bunga2 tak sihat haziq n amni dah nmppk.. tapi on off jek.. Tapi semalam mak dah gesa aku bawak budak2 ni g klinik lagi sekali sbb tak baik2 haziq nya.. bila haziq tak baik.. mmg sooner or later akn jgkit kat Amni.. sbb dia mmg x makan saman soh jauh dr adik dia.. dah budak.. mmg itu la perangainya.

Semalam, Doktor dah tukar ubat selsema n batuk haziq, bg dose tinggi sket then spare ubat demam coz haziq ader demam sikit semalam. Amni plak, doctor mcm biasa x advise amik ubat tapi doc spare jugak ubat cairkan kahak utk mkn malam , memandangkan kahak banyak sneezing kat dada dia doctor kasi neb . Dan aku mmg surprise Amni tenang jek masa amik neb tuh.. klw haziq dulu mmg sampai nak tertanggal kain aku punya xmo dgn mende neb ni. Balik tu terus bg bebudak ni mkn ubat. Haziq mmg prob sikit nak bg mkn ubat.. habeh 1 rumah dia lari . Tapi dengan papa beliau yg garang mcm singa tu, mmg akhirnya beliau akan mengalah la.

Mlm mak n ayah amik haziq sbb mak kata klw aku jaga 2-2 sakit takut pas tu aku plak yg sakit. Tapi sbnrnya aku x kisah pun , dah anak aku kan? kene lah jaga in what ever conds pon . Tapi mak n ayah nak amik jugak so aku bg jek lah.. hamik.. haziq x tido mlm td sbb batuk2 .. sian mak.. biru mata pagi ni. tulah nak sgt bela cucu.

Amni plak, mlm td aku amik temp 38c.. bg ubat demam tapi x peluh pun.. dia ni senang bg ubat.. semuanya senang ..nak tido jek susah dak ni. aku kasi ubat cairkan kahak tu sekali.. beliau tido lah jugak mlm tadi wlw tetiap jam dia bangun.

Pagi aku call mak, mak kata haziq x p skul hari ni. Takpela..aku mmg x kasi dia skul klw keadaan mcm tu. Aku rasa rekod kedatangan haziq yg paling baik kot kat skul tu.. aku bukan apa.. dia klw x dtg skul then tertinggal and aku worry klw dia x minat dah nak belajar sbb  tertinggal. Sbb aku teringat masa aku skul dulu klw kat timetable ada subject math mmg aku takkn absent even sakit nak mati sekali pun.. sbb klw tertinggal 1, lepastu mmg xleh dah.. nak kene soh teacher ajar balik.. aku rasa haziq pun perangai mcm aku, mmg x boleh xtahu 1 perkara, then mmg lepas tu malas nak belajar yg selanjutnya.

Siap2 bg haziq & amni makan ubat baru aku g keje. Sebab haziq klw ngan nenek mmg takkan makan ubat punyo! Amni tadi lepas mkn ubat siap boleh gelak.. anak dara aku dah pandai mengagah2 .. kuat dah suaranya.. aku geram rasa nak geget2 jek.

Semoga para2 sakura ku cepat baik.. letih badan aku tak heran sgt, tapi letih hati ni aku x larat, susah hati tengok anak2 x sehat. Nak2 baby yg still kecik.. kesian tgk bila dia batuk . Nasib baik lah husband pun sanggup rotate jaga budak2 ni..klw x mmg letih jugak aku.

Old Friend

Smlm g jumpa Shalina & izza kat MC D manjung.. da lama tak jumpa shalina.. 12tahun..since lepas SPM.. actualy xde la best fren sgt masa skul.. (jgn mara ha..) sbb kongsi pakwe kot tapi disebabkan semakin close bila saling komen mengkomen kat fb.. share tips anak2 dsbnya.. jadi mcm close plak.. dgn izza mmg bestfriend since skolah.. beliau dok manjung jek.. tapi klw x terserempak kat Tesco mmg la kami tak jumpa. Tapi izza ni gigih.. kemana2 usung anak2 beliau kemana2 .. smlm aku x bawak haziq n amni sbb mereka x sihat.. tinggal kan dengan papa mereka. Macam2 citer keluar.. seronok sgt! and I was surprise selama ni kami fikirkan benda yg sama even tak pnh duduk setable.. haha.. baru lah aku realise aku masih ada kawan2 yg best rupanya. Tapi dapat jumpa dalam sejam lebih jek.. sbb masing2 bz kelam kabut dgn anak2. next kalau semua ada di manjung boleh meet lagi.. g karaoke ke


sempat snap 1pic jek masa nak balik.. 
dr kiri izza, aku, shalina
yg bawah tu anak2 mereka yg cute yg aku sedang pertimbangkan utk jdkan menantu