Friends Of Mine

Tuesday, September 27, 2011

Hidup Ini Ada Pasang Surutnya

Aku bukanlah org yg suke bercerita tentang yg terlalu peribadi dlm blog. Yang mana followers yg mmgkenal rapat dengan aku, pastinya dpt mengagak sekiranya cara penulisan aku didalam blog terdapat unsur2 masalah..

Aku bukan org jiwang. Aku juga bukan penulis puisi. Sbb tu la dlm blog ni ayat2 nya carca marba hanya dapat faham sahaja. Aku adalah org yg suka ketawa even aku dilanda masalah yg umpana ribut taufan. Mungkin sbb tu la. aku kelihatan muda remaja. eceh!. 

Wlw siapa pun aku, aku tetap manusia biasa, aku tetap diuji, dan terus diuji dengan dugaan hidup, benarla.. kehidupan tanpa ujian adalah sgt plain dan takde cabaran. Tapi bukan itu cabaran yg aku nak.Sape yg nak kan? Klw dugaan kewangan aku masih gagah rasanya, kerana aku adalah org yg sentiasa berhati2 dan sentiasa memegang prinsip sediakan payung sblmhujan. Benarlah, kerana prinsip sentiasa berhati2 aku sering terkena. Sepanjang 30thn aku hidup dlm dunia ni, mcm2 manusia aku jumpa, manusia baik, manusia bertopengkan syaitan, manusia bertopengkan batman dan mcm2 lagi.

Kerana aku seorang IBU, aku harus tabah, aku kena kuat. Klw aku asik melengung memikirkan nasib menimpa hidup, apa yg aku kendong jua akn keciciran. Benarlah, hidup ini umpama roda, kadang diatas, kdg dibawah. Kepada suami, terima kasih kerana menyayangi aku, kepada anak2 mama,  terima kasih kerana menceriakan hari2 mama..

Friday, September 23, 2011

Sangat Mencabar Jadi Ibu Bapa Zaman Kini



Ibu jumpa kondom dalam beg sekolah anak perempuan yg berusia 15tahun. Semalam aku baca cerita ni, terfikir, budak2 sekarang semuanya advance. Klw dulu aku rasa aku lagi pandai dari mak aku. Lepas ni mesti anak2 aku rasa lagi pandai dari aku. Risau, risau, risau! Betullah dulu mak ayah aku selalu marah2 then aku rasa sangat terkongkong bila mak , ayah suka hantar aku pegi sekolah, bila aku pandai bawak kereta pegi sekolah, ayah akan check mileage kereta untuk memastikan aku hanya pergi ke SEKOLAH. Tapi time tu aku de boypren gak. (nak wat cemana kan dah cantik. huhuhu) tapi aku mmg sgt choosy, nak yg pandai2 aje. Then bila kat Uni, ayah selalu call FELO kolej aku, membuatkan aku rasa sgt terkongkong even aku dah jauh dari ayah sekalipun, bila aku tamat study, aku geram aku hanya nak dok ngan parents sahaja, puas hati kan, aku dok depan mata, kuasa tuhan, aku de biypren navy lak, yg base nya cume beberapa km je dr hometown aku, mulalah episod dating2ngan haha.. then ayah plak suruh akucecepat kawen. Kawen lah aku diusia 23thn!  

Tapi sekarang baru aku sedar, kenapa semua tu ayah mak buat pada aku, Aku lg advance, haziq baru 4thn aku x sewenang2 nya bg dia main kat luar without my supervision.. Amni masih 7 bulan, masih byk yg aku x apply pada dia, tapi Insyaallah, umur aku panjang, mmg anak2 sentiasa dlam pemantauan aku. Aku selalu terpikir, hari ni aku dok asik baca kisah orang, esok2 org tulih citer pasal aku plak.Semoga aku tidak pernah terlupa berdoa untuk anak2 ku, dan semoga anak2 ku menjadi anak yg mendengar kata dan menjadi insan yg kamil. Ameen.

Kenapa x bagus ke?

Semalam aku kuar petang depan rumah melayan haziq n amni main beskal baru mereka.. then jiran2 ada kat depan juga, diorang maikn lama makin dekat nak bersembang la tu.. aku layan kan aje. tapi series, aku mmg rimas klw da start sembang merapu.

Ada sorang jiran rumah hujung ni , isterinya navy.. LLP.. penduduk sekitar sini mmg LLP, laki aku jek Pegawai (amboih.. riaknya) tu yg aku jd caam kera sumbang sket org takmo tegur, padahal aku idaklah sombong pun. Aku kenal isterinya sebab beliau dulu selalu uruskan payment co. aku masa beliau di unit lama beliau.. tetibe tanya kat aku " lyn masih keje ngan ayah lagi ? ayah masih aktif ke kat dalam" then aku jawablah " ha ah masih kerja ngan ayah, n ayah masih aktif lagi, yelah.. situlah salah satu punca rezeki dia pun, tapi lyn kadang on off jugak sbb lyn buat part time lect kat UNIKL" then beliau jawab" oh.. bagus lah jd lect... bagus lah tuh.." beberapa kali beliau ckp "BAGUS " tu.. lelama telinga aku dengar mcm dah memerli plak.

Soalan dlam hati aku.1. "Ngape? aku ni x bagus ke? even aku x bgus pun, aku de nyusahkan dia ke?" 2. "pasal aku x kerja kerajaan ke aku x bagus"? dan banyak lagi. Wlau macamana x bagus nya aku, I'm a graduate ok! klw aku x kerja sekali pun, kepala hotak aku masih boleh diguna pakai untuk membimbing anak2 aku "at least"! sbb tu aku x biar anak aku bersepah2 main beskal even umo dia baru 2 tahun! Tahu lah rumah dia lagi cantik dari rumah aku kan, even laki aku PEGAWAI sekalipun. rumah aku janji boleh duduk jek. Then ko renovate rumah ingat aku x tau dtg dari mana? klw x dr kontraktor2 yg kau uruskan payment mereka?geram ni geram!

Suami selalu ckp , jangan jd kera sumbang.. campur lah dengan jiran2 tu.. pa x de masa, balik koje dah dekat malam, klw x keje pon, balik men gop da malam. Tapi inilah yg aku tak suka, meng"kehek"kan orang tak tentu pasal. mungkin beliau x bermaksud, tapi mcm takde mende lain lak nak sembang. Agaknya sebab aku bini pegawai ,sebab tu dorang malas nak tegur, ingat aku type datin2 lah gaknya. Plis ye. bukan itu  ukurannya.

Aku kerja dengan ayah aku, sebab as known dekat manjung ni bukan xde peluang pekerjaan lain, tapi klw gaji pun ngam2 sui aku nak bayar hutang piutang aku jek, baik aku dok umh kan. I have my own price ! Nak kerja kerajaan? bukan x minat, tapi dah stop apply sejak umur 27thn sebab boring!! rasanya cukuplah husband sorang keje gomen. Then as ayah sorang, aku ada knowledge, and ayah tawarkan gaji yg OK untuk aku, then, baik aku berkhidmat untuk ayah aku kan? pahala pun aku dapat. (kadang dosa pun dapat sebab selalau lawan) then ayah tau time bila anak aku sakit, demam dsbnya, noneed isi borang cuti  aku just bgtau jek. n he will understand, sbb cucu dia kan? satu yg tak besh ialah, aku x leh MC la.. klw aku keje ngan org dulu, semedang aku MC, ni.. ayah tau aku sakit ke idak. So.. x bagus ke aku keje ngan ayah aku? mmg la kerjaya aku tak glamour. Tapi do i care? As long as aku x mintak sedekah n aku apply knowledge yg aku ader, besar rahmat dah tu.

Jadi kesimpulannya, aku malas nak sembang dah ngan jiran2. menyampah!

Tuesday, September 20, 2011

Oh... bukan I jek yg perasan ..rupanya orang lain pun sama..

please refer to this link
http://www.benashaari.com/2011/09/jawapan-ahmad-idham-pasal-persenda.html

Movie Review: Hantu Bonceng

Aku tak g tengok wayang citer ni, tapi sebab aku eager nak tgk sbb  cinter ni dah cecah dekat 9juta sejak hari pertama ditayangkan so aku pun subscribela kat astro fiest  citer ni malas nak g tgk wayang.

N, percaya tak.. aku x gelak pun. Aku menyampah ada lah. N i was suprised y ahmad idham buat cerita sebodoh ini? boleh bayangkan tak pompuan (sape tah nama~juliana evans ) boleh tetibe bg salam kat tgh2 mat rempit. Sengaja cari pasal lah kan. (alasan bodoh plak tu)Masih adakah perempuan sebodoh itu sekarang ni? sengaja nak pegi jadi 'lauk' WTF. Then 1 lg yg aku x puas hati sgt2 citer ni, suka sgt mempermain2 kan agama *this is not joke ok! . Sape yg dah tengok tau la.. mcm bangsat ok! menyesal aku subscribe. Then aku dok tgk sama sekali ngan haziq lak tu.. jenuh aku nak tazkirah anak kecik aku ni.. itu tak bagus ini tak bagus. Wlwpon mungkin ada moral ceritanya bg org lain, bg aku this is the stupidest movie i ever seen! baik tgk hantu kak limah balik rumah ok!

note: setiap org punya pandangan yg berbeza..

Sunday, September 18, 2011

The Honeymoon is Over!

Nyawa mama balik harini.. yeay!

3hari tanpa kalian, mama sgt bosan.. wlw mama caari aktiviti apapun tetap kalian dalam ingatan mama..

hari jumaat layan sampai 3 movie.. then balik rumah tgk tv.. semalam  layan husband tgk rugby world cup.. petang g saloon, pastu p spa.. malam layan cerekarama kat atas.. husband kat bawah layan bola.. is it a life?? husband ajak p men golf.. aku xmo.. wat jahanam kulit aku jek.. nak recover da la payah.. tunggu kaya la baru men golf.. bole g wat skin treatment every week.. takat pakai sunblock tak jln der..

Rumah sunyi.. wlwpon kemas, takde ertinya.. mama letih x bercakap ngan haziq.. selalu haziq yg teman mama sembang,, haziq yg dgr mama komen itu ini bila mama tgk tv..sunyi tanpa dgr suara adik amni terjerit2 main dengan haziq.. terlalu byk masa terluang tanpa kalian..

Husband biasa jek.. org lelaki kan... steady je anak takde.. tapi dlm hati aku x tahu la.. tapi kejap2 call umh k.ngah ckp ngan haziq.. rindu lah tu tanda nya kan..

Ada proposal na kene siapkan by today.. esok nak hantar dah.. need to pen off .. bye..

Saturday, September 17, 2011

Movie marathon

Haziq n amni g kl, atok n nenek bawak g umh makngah, makngah insist soh bawak juge 2-2. Ha.. Jgn serik udah ye..

Hasilnya menghasilkan tahap kebosanan yg teramat buat kami suami isteri. Lepas bgn tido pstu tdo n terus tido. Dah pukul 5 aku ajak husband mkn kat foodcourt tesco, da lama x mkn tomyam yee mee, tp mlgnya tomyam baru shj habeh sebaik shj aku melangkah kaki disitu.

Then husband tanya nak g mana lg? Aku ckp jom tgk final destination..dia yg menurut perintah, trs drive g cinema. Sampai2 tgh jonny english reborn da ada, pastu tgk time plak habeh johny english bole sambung final destination then sambung tgk nasi lemak 2.0..

All of 3 movie yg aku tgk ni, I give 5 outof 5 star to jonny english reborn sbb berjaya membuatkan usus aku tegang sbb terlampau gelak byk sgt, final destination 5 4star sbb berjaya buatkan kepala aku sakit dgn adegan2 ngeri mcm rasa nak putus nyawa. Then 2.5star to nasi lemak 2.0 sbb berjaya jugak buat aku rasa menyampah dan rasa buang masa dlm panggung. Tak phm aku kenapa citer ni full house sokmo, agaknya citer ni almost 80%gunakan bahasa mandarin, so chinese2 suke tgk..nasib baik ada adibah noor n aflin shauki yg tomei.. Dpt dimaafkan la juga..

So readers, movie johny english reborn adalah sgt2 rekemended kepada anda yg kelihatan tua yg mahukan awet muda ..sbb anda takkan tak gelak tgk rowan atkinson tu buat lawak.

Dah pukul 3am.. Aku xleh tdo.. Sejak amni lahir, amni xpnh tdo ngan org lain, ni 1st time, call angah td ckp amni hepi2 je kat sana (sgr suara pun mengekek) rindu jugak kat haziq.. Selalunye klw aku xleh tdo, haziq lah teman kan aku kt ats ni tgk tv..sambil2 dia buat sepah. Mak kata lusa baru nak balik...huwAaaaaa :(

Betul la.. Aku klw husband takde takpe.. Klw anak2 xde... Mmg pincang hidup.. Sory husband, but I love u so much too.. I know u feel the same with me.. Btw, thanks for spending a time with me, luv u muah muah! (Ala2 nasi lemak 2.0) da lama x dating sejak anak 2 ni..

Okla aku nak try2 tdo, da cium2 bantal amni n haziq ni.. Mama miss both of u sayang.. Sweet dream, lebiuw!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, September 15, 2011

Apa Punca Anak Derhaka


Sabda Rasulullah s.a.w. "

Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu
hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...


"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.

Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak
derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu
dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...


DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak
tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah
orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan
tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.


BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita
derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu
atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf
berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba
kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?
"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."


HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak
dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu
tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan
ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."


USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang
anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil
berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf
mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan
emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri
kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga
suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan
ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas
menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu
hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di
rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar
menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada
menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi
Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan
pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik
simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita
yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan
bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.


Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers
Adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.

Tips;


1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang
baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda
malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).


2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan
anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat
daripada anak yang jarang dipeluk)


3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)


4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).


5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu
melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya
kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan
mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah
tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.


11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar.Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka  lebih daripada sekali.

13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .  Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.


15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.
Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Wednesday, September 14, 2011

Kita Ditipu Melalui Pemakanan?


sumber dari : SINI

Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.
Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum. Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam…
Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:
“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil” Antara ‘barangan mereka’ yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.
Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.
2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi ditangan mereka.
3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.
6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, Al-Quran Imamku, Kaabah Kiblatku, Solat Kewajipanku, Sekelian Muslimin Saudaraku dan Ibrahim Al-Khalil Datukku. Aku hidup dan mati atas kalimah ‘LAA ILAHA ILLALLAH’


Semut Merah cakap: 
Tepuk dada tanye selera, as yg aku blajar dulu, mmg org Yahudi ni dr zaman dulu mmg nak melemahkan org Islam. Aku dah baca artikel ni masa aku pregnantkan Haziq dulu, wlwpon aku suka mkn, aku takkan makan sebarang..  klw mana yg aku rasa was2 mmg aku takkan makan. Contoh yg boleh aku kasi, masa aku pregnantkan Amni teringin sgt rasanya aku nak makan Sushi King, tapi masa nak masuk ke dalam sushi king tu, jenuh aku perati label HALAL.. tapi takde.. so mmg xkan lah aku mkn.. wlwpon ramai org Islam dlm tu.. Mungkin bahan2nya halal.. tapi cara penyediaan? ke.. pembeli franchaise Sushi King ni malas nak g mohon persijilan halal?  Samelah mcm secret recepe jugak.. dulu aku makan jugak.. tapi bila da kecoh.. babai la.. 

Sbnrnya aspek mknn ni, jgn ckp pasal elok tak elok halal haram, makan makanan yg disediakan oleh org Islam yg x solat pun dah kira haram.. inikan pulak disediakan oleh orang kafir. Ini cara aku berfikir..siapalah aku nak bercakap tentang halal haram.. 

Wordless Wednesday #6

Tuesday, September 13, 2011

Cara Menangani Amarah

  • Actually aku dpt dr blog seorang  teman.. tapi boleh try .. wlwpon rasa nak gelak.. boleh la try time rasa2 nak marah tu humming jek mcm pompuan tu


Saturday, September 10, 2011

Simpul biawak,tarik mengkarung, krem buaya~yg mana 1 pilihan anda?

Semua nama ala2 aligator gitu kan.. Knp nama dia cam tu? Org yg bg nama utk sindrom urat bersimpul tu mmg suka akan aligator2 ni kot

Ok da stop ngarut

Ni nak tanya.. Apa sbb selalu kene krem ni ek? As yg aku search n doc bgtau tu sindrom kekurangan kalsium..

Seminggu ni dua hari mesti sekali aku kene krem kat betis blah kiri.. Klw mengandung mmg selalu kene.. Ni?? Aku x ngandung pun rasanya. Klw kene krem tgh2 mlmni.. Mmg rasa seksa sgt.. Then esoknya mesti kaki sakit bila nak jalan. Aku pun pelik.. Nape nih?? Kurang kalsium? Mungkin la jugak sbb aku minum susu time pegnen jek. Sumber kalsium yg lain mcm daging merah pun aku x bape mkn.. Yg aku byk mkn karbohidrat la.sbb tu gemok!

Ni baru lepas sapu minyak panas pakai stokin mcm tgh pantang plak.. Semua nak prevent kene krem punya pasal..

Tah bila la ada masa nak pg mengurut ni.. Masa dlm pantang last mengurut..then da xde da.. Amni pun da 7 bulan. Ni kene cari time jugak ni nak pegi urut badan plak. Urat semua dah bersimpul agaknya.

Mata pun da mngantuk.. Aku pen off dulu.. Bye friends!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, September 9, 2011

Naik! Naik! Naik! Naik darah aku taw!

received this message from hotlink malam tadik :

Pelanggan yg dihargai, mulai 15/9/11  pembelian tambah nilai prabayar & pek permulaan  akan dikenakan cukai pekhidmatan sebanyak 6%

tak habeh2 menteri kabinet nak sit down bincang isu2 naik2 harga ni ek.  lepas harga gula, menyusul astro yg tegar naikkan harga .. then xde apa2 tindakan pun even tak dapat kelulusan dr kabinet. baik jadi laci kabinet jek la dok diam2. 

Aku adalah pengguna prepaid setelah aku terminate line celcom aku yg suke bg hidden charge, so aku decide la pakai prepaid, so aku tau aku consume bape byk kan.. tapi adalah pulak caj tax 6% ni tetibe lak. aku pun tak paham dah.. mmg lah nmpk mcm sikit kan, klw RM10 adalah 60sen kan.. tapi semua nak naik.. pening aku pk.. gaji naik ciput aje.. oh lupa plak.. klw masa study dulu ini dinamakan RANGSANGAN EKONOMI... itu pasal NAIK (dirangsang n then naik! hahaha. terlucah plak) 


By the way, nak taknak.. bayar je la kan.. klw tak.. kumpul duit syiling bebanyak pakai jek public phone.

Ului tapai kakai (tone nabil ml okeh!)

Ce teke kitorang wat ape??

Haha.. Kitorang g reflexology ala.. Urut tapak kaki tu la..

Aku asik ngadu sakit badan since balik raya ritu (kete kecik kot~) husband ajak aku g reflexology.. Da bape ari tertangguh akhirnya smlm kami g jugak.

Dr rumah aku ingat bole la tido time urut tu.. Tapi mak aihhhh.. Sakit ceqqqq! Terangkat2 punggung I noks. Plus geli lagi org urut tapak kaki.. Husband pon sama, dia soh aku pindah tmpt sbb aku asik gelak2.. Dia pun x menahan ,mana nak gelak, mana nak tahan sakit..

Yg tukang urut kat situ nyonya2 semuanya. Lelaki pun ada, apek jugak. So klw urut tapak kaki tu xde la stim tgk depa ni.

Kata nyonya yg urut kaki aku tu ckp aku byk angin, selalu minum air batu, usus susah berak (amoih!! Suka suki ja) pastu dia tanye kat husband aku.. U bini hali2 makan kentaki ka? (Kfc) kuat makan masin hoh? Husband gelak jek.. Dia ckp. Mmg maaa.. Dia hali2 pegi kentaki kasi anak mkn sana.. Gilos! Yg mkn kepsi haziq aku plak yg kene? Papepun kene la jaga kesihatan jugakkan, badan klw bole nak pakai lma..

Selalu aku buay kat foot reflexology yg ada gambotapak kaki beso kat stiawan nu idaklah sakit mcm ni, then harga rm 25 setengah jam.. Yg ni puas atila jugak setengah jam 16 hinggit je! Tapi aku tgk jam lebih stgh jam.. Lenkali bole pegi lagi.. Plus yg urut tapak kaki husband bukan amoi, tapi apek badan ketul2 hahaha.. Lepas urut ti series.. Badan rasa syok je..

Its all for now.. Nanti I mengarut lg!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, September 6, 2011

Sekembalinya Daku dari cuti beraya

Mood raya lagi ke? idak kot..

tapi malasnya Tuhan je yg tahu. nak update blog pun males.

Nanti bila I rajin, i tulih la citer mengarut2 lagi k..

Thursday, September 1, 2011

Eid Mubarak Day 1

Selamat hari raya frends, followers & stalkers..

Hari raya pertama masih di rumah in law.. Klw raya kat sini mmg sgt thrill n sgt rasa erti BERAYA, sbb everythings buat seniri no all segera2 such as ketupat nona, n etc.. Haha.

Pagi2 da bangun (ni pun thrill gak) siap2 n sesi bermaaf2an.. n makan sampai lebam. Then guys akan pergi solat raya. Lainnya klw blah aku, sesi bermaafan akan dilakukan after solat raya. Then lepas balik solat raya, akan ada rombongan marhaban. (Ni xde kat hometown aku) rumah parents will be the no 1 sbb rumah hujung skali.. Selesai semua biasalah aktivity sun bathing (tido beramai2) n makan2 sampai lebam. Aku rasa perut rasa kembung sungguh harini.. Terpaksa aku memaksa mknn berlebihan tersebut dgn memakan.. Tuttttt.. Tak larat beb.. Kembung!! N rasa very uncomfortable.

Adik2 ipar yg solid molid sgt jahat sbb sgt suka ajak aku mengulang mkn. Doranhg xpelah.. Mkn byk mana pun masih maintain. Aku?? Seniri pk..

Btw I enjoyed my 1st hari raya here.. My kids also feel d same I think.. Husband? Of coursela kan.. His parents.

Next destination tomoorow my grandma house. Since in law pun xde plan nak kemna esok haruslah aku take advantage raya blah aku kan?hehe.. Sethn sekali je raya kan. Nasib baiklah husband mengamalkan demokrasi terpimpin. Ngeeee..

Amni da hanyut.. Haziq will follow.. Me?? Sekejap lg sampai la london.

Till then.. Good nite..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.