Friends Of Mine

Tuesday, February 21, 2012

MARI BERSAMA KITA MEMBANTU FARIS UNTUK TERUS HIDUP DENGAN IZIN ALLAH

Sebak membaca nya.. cuma terfikir, klw jadi pada anak sendiri bagaimana? sebab tu lah kadang2 aku mengelak nak baca kes2 sebegini. Tapi bila terbaca entri sahabat ni (silaklik)  hati terpanggil untuk share. Folowers2 dan kawan2 yg baik hati dan sekiranya punya ada sedikit "lebih" sumbangkan lah sedikit, mana tahu yg disumbangkan itu boleh menyelamatkan nyawa adik comel ini. Berikut copy paste dari blog mazidul (klik sini) untuk info berita tersebut:

terkini

adik faris


Untuk rekod, Sham, kakitangan Standard Chartered Bank.

"Sham, saya percaya ramai pembaca blog saya mampu menghulurkan bantuan. Cuma, lazimnya setiap kita ingin menyumbang, memerlukan kepastian berhubung fakta sebenar, sebab itu saya menghubungi awak," jelas saya.

"Dalam waktu terdekat, saya akan menghantarkan salinan laporan pengesahan doktor dan gambar terkini Faris," balasnya. 

"Insurance coverage macamana?," soal saya.

"Saya punya RM25,000, isteri (Zuraini Mohamad) punya RM15,000," jawab Sham.

Bil hospital Faris setelah 18 hari dimasukkan ke hospital, kira-kira RM75,000.

Dalam erti kata lain, Sham dan keluarga memerlukan lebih RM30,000 lagi untuk membiayai kos perubatan anak bongsu mereka. 

Kepada pembaca bermurah hati, saya dengan rendah hati memohon bantuan semua untuk membantu Faris. Salurkan sumbangan ke akaun Maybank 1628-5200-2738 atau  1140-1115-2218 (Shamrulismawi Ismail)

Sebaik sumbangan didepositkan, sila tinggalkan komen 'STM' (Saya Telah Menyumbang) di ruang komen entri ini.

Saya percaya, jika kita membantu mereka memerlukan, Allah sentiasa pemurah kepada kita.

Ya Allah, izinkanlah Faris untuk terus hidup seperti anak-anak kami di muka bumi ini.

Di atas sumbangan ikhlas semua pembaca, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

1 comment:

O'gosh said...

kesiannya..kalau x tgglkan STM pun xpe kan..