Ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah anak. Ibu bapa merupakan guru kepada anak-anak dan ibu bapa jugala merupakan contoh kepada mereka. Setiap perwatakan ibu bapa akan diikuti oleh anak-anak. Tindakan dan tingkah laku yang baik akan memberikan gambaran kepada anak-anak untuk diikuti dan dicuba. Tapi bagaimana pula jika ibu bapa itu membawa sesuatu yang negatif dalam sahsiah kehidupan anak-anak. Sering kali kita mendengar berita semasa hal mengenai anak lari dari rumah, jenayah juvana yang mereka lakukan, kehidupan sosial yang hambar serta hancur dan pelbagai lagi yang sering kita salah kepada mereka. Sedarkah anda perbuatan-perbuatan mereka itu berpunca dari sikap dan persembahan yang kita lakukan didepan anak itu sendiri?
Sekecil-kecil perkara yang ibu bapa lakukan akan dijadikan panduan anak-anak. Dan sekecil-kecil kejahatan dan tindakan buruk itu juga mendorong anak-anak untuk mencuba yang lebih ‘advance’ yang ibu bapa sendiri tidak sangka akan terjadi. Lalu kebiasannya ibu bapa akan menuding jari ke arah mereka, menyalahkan mereka. Tanpa ibu bapa itu sedari sendiri bahawa perbuatan anak-anak itu adalah berpunca dari mereka dan walaupun tanpa ibu bapa sedari kerana sebesar kesalahan anak itu berpunca dari sekecil perbuatan ibu bapa itu sendiri.
Oleh itu anda perlulah sentiasa berhati-hati daripada setiap perbuatan dan percakapan anda. Ada beberapa perkara asas yang perlu anda ketahui dan perlu ditinggalkan demi keharmonian hidupa anak anda.
Berikut adalah lima sikap yang teruk dan anda perlu tinggalkan untuk jadi seorang ibu bapa yang baik.
Sikap pertama : Marah dan menjerit pada anak anda
Memang sukar untuk tahan marah tetapi berbaloi untuk terus mencuba. Anda jangan terlalu kecewa atau rasa tertipu kerana apa yang telah terjadi, telah terjadi. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencari jalan penyelesaian dan ajar anak anda untuk maju kehadapan. Apabila anda marah, anda akan berfikir secara emosi. Berfikir secara emosi tidak akan memberi idea yang bagus untuk anda ikut. Jika anda berasa marah elakan berbual atau melakukan sesuatu dan cubalah untuk ke tempat yang tenang dan nyaman. Jika ada berada dalam keadaan bersendiri, perasaan marah anda tidak akan menular kepada orang lain yang berada dalam sekitar anda. Dan juga jika anda berada dalam keadaan bersendiri, anda akan lebih mudah untuk berfikir punca anda marah serta lebih mudah untuk memahami perasaan marah itu. Jika menggunakan akal fikiran, perasaan marah akan mudah dikawal. Oleh itu anda perlulah belajar menyesuaikan dan meredakan perasaan marah anda.
Sikap kedua : tidak menghiraukan emosi dan kemahuan anak anda
Semua manusia memunyai perasaan termasuklah anda dan anak – anak anda. Anda perlu perhatikan emosi yang di tunjukkan oleh anak anda. Kadangkala dia ada masalah di sekolah dan mahu beritahu pada anda. Namun, dia tidak akan beritahu secara berhadapan. Sebaliknya, dia tunjukkan emosi marah dengan harapan anda akan bertanya kenapa. Jika anda tidak hiraukan emosi yang di tunjukkan oleh anak anda, anak anda mungkin akan melakukan sesuatu yang bodoh dan diluar jangka. Oleh itu berusahalah untuk memahami setiap emosi yang diluahkan anak anda walaupun secara tidak langsung kerana mereka adalah seperti buah yang masih mentah dan kurang memahami sesuatu keadaan yang berlaku berbanding anda sebagai seorang ibu bapa yang telah lama hidup di dunia. Walaupun apa yang dimaksudkannya itu kelakar atau nampak bodoh, berusahala untuk membantunnya.
Sikap ketiga : berleter
Perkara yang paling di benci oleh ramai orang adalah di leteri oleh seseorang. Lebih baik menegur secara tegas sekali dari berleter. Berleter bukan sahaja akan merungsingkan pemikiran anda tetapi akan merungsingkan semua orang yang berada di sekeliling anda. Anda perlu kurangkan berleter dan beritahu perkara yang perlu sahaja. Kadang-kadang berleter adalah merupakan perasaan marah dan campuri dengan maki hamun. Dalam hal ini berleter sering membuatkan anak menjadi bingung dan benci dengan percakapan anda. Oleh itu, elakan berleter dan berubah menjadi seorang yang tegas, dengan tindakan yang ringkas tetapi padat.
Sikap keempat : Menyumpah seranah anak – anak dan membandingkan mereka
Ini merupakan tindakan yang sangat memalukan sebagai seorang ibu atau bapa. Jangan menyumpah anak anda dengan nama yang tidak baik seperti bodoh, bahalul dan sebagainya. Selain itu, anda jangan bandingkan anak anda sesame sendiri atau dengan anak orang lain. Membuat perbandingan akan menyebabkan anak anda berasa rendah diri dan hilang rasa sayang terhadap anda. Manusia amat tidak suka dibandingkan dan perbuatan ini akan juga boleh berubah kepada hasat dengki atau dendam. Jika anda perhatikan, sikap ini juga merupakan pendorong anak suka membuli orang lain, kerana mereka berasa megah dan riak akan keadaan mereka berbanding anak orang lain jauh lebih rendah dari mereka samada status taraf hidup atau kemampuan mereka. Ajarlah anak dengan adab sopan dan tatasusila yang baik, melalui perbualan yang lembut tanpa menyumpah seranah, anak anda akan dipandang elok oleh orang lain.
Sikap kelima : Mungkir janji
Jangan berjanji jika anda tidak mampu untuk menunaikannya. Kadangkala anda ingin menyedapkan hati anak anda dengan menabur janji manis terhadap mereka. Anda jangan lakukan perkara itu. Jika tidak mampu, anda katakan anda tidak mampu kepada mereka. Apabila anda mungkir janji, anak anda akan mula merajuk dan perangai mengada – ngada dia akan bertambah – tambah. Sikap ini juga membuatkan anak anda terikut-ikut dalam melakukan perkara lain yang melibatkan janji dengan orang lain. Sebagai contoh guru. Anak anda dengan mudah memungkiri janji dengan guru untuk menyiapkan kerja rumah walhal dia tidak melakukannya. Jika sikap ini dikuti anak, mereka tidak akan dapat menghargai erti sebuah janji dalam kehidupannya kerana dari awal lagi anda telah tunjukkan yang nilai janji itu tiada harganya kerana bagi mereka menganggap janji itu hanyalah omong kosong. Oleh itu jika anda tidak inginkan anak anda yang seorang pendusta atau pemungkir janji, anda sendiri haruslah tunjukkan janji anda kepadanya.
1 comment:
tang berleter tu yang susah sikit x buat...hehe..
Anyway, Selamat Hari Raya
Post a Comment