Friends Of Mine

Sunday, January 15, 2012

SETINGGAN

Tetiba je rasa nak tulih tentang tajuk diatas, sebab? Selalu sgt dgr

Ayat 1
"Rumah sewa skrg xde kabinet,macam rumah setinggan... Je"

Ayat 2
"Baru je kemas bilik tu sbb ada tetamu nak dtg, klw tak mcm umh stinggarden (setinggan)"

Cukup 2 ayat kot.. Aku byk baca psl kerajaan Malaysia nak lupuskan perumahan2 stinggan yg ada kat Mlaysia ni terutamanya yg kat KL,sebab cam x sesuai je untuk menuju ke arah negara maju. Lalu kat DUKE je sudah la.. Tgk pemandangan cantik2 tetiba ada perumahan setinggan lak.

Usaha kerajaan nak mansuhkan perumahan setinggan ni dah lama.. Tapi masih x boleh diimplementkan sebab, penduduk setinggan masih berdegil untuk tinggalkan kediaman mereka yg tlh dihuni berpuluh tahun. Untuk kerajaan menyediakan pampasan pula memerlukan bajet yg berbilion ringgit bg menyediakan prasarana bg pengganti kediaman mereka. Itulah sebabnya usaha menghapuskan perumahan setinggan masih belum berjaya..

Pemandangan dikampung2 setinggan mmglah tidak indah pada masa skrg. Tapi kalau anda pnh tonton file 'SETINGGAN' mungkin pd tahun 80an, penempatan kampung setinggan masih dikatakan tersusun. Tapi pada masa kini, dgn sampah sarap yg bertaburan, rumah2 yg didirikan tdk teratur, masalah PATI yg berlindung disitu, masalah sosial dsbnya. Mungkin tu lah antara sebab setinggan perlu dimansuhkan segera.

Panjang plak ulasan aku pasal setinggan ni.. Entri ni xde kaitan dengan sape2.. Ini adalah entri memberi pendapat. Peace yaw!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

saya tak tipu.... said...

bilik my boys memanjang cam umah setinggan!tension....