Friends Of Mine

Thursday, March 4, 2010

berBAKAT kah aku???

ini aku cilok dr member;

Sejarah secara ringkas Badan kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (BAKAT) yang kita semua mesti tahu


Badan Kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (BAKAT) telah wujud sejak zaman kolonial dengan nama ‘family club’ (kelab keluarga)

Sejajar dengan perkembangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maka Kelab Keluarga disusun struktur organisasinya pada 1 jun 1976 dan dibahagikan kepada 3 komponen perkhidmatan iaitu :

1. Persatuan Isteri-Isteri Tentera Darat (PERISAD)

2. Persatuan Isteri-Isteri Tentera Laut (PERISTELA)

3. Persatuan Isteri-Isteri Tentera Udara (PERISTU)

Memandangkan kesemua persatuan ini dibawah satu badan maka pada 1 oktober 1979 ketiga-tiga persatuan digabungkan menjadi satu badan organisasi dinamakan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT). Bagi membezakan setiap perkhidmatan maka diakhir perkataan diletakkan BAKAT - (darat, laut atau udara)

Cogan kata BAKAT "Bersama Berbakti" (Together we serve)

Objektif utama : Memberi khidmat kebajikan kepada keluarga


Bila aku jadi wife pada tentera, maknanya aku automaticaly jadik ahli BAKAT k! samada aku rela , xrela atau paksa rela..

so bak kata datin semalam, "sape xnak join BAKAT, sila kawin dengan posmen!"
(aku nak ckp kat datin tuh, datin.... jodoh saya dengan navy.. nak wat gane... )

Perspektif aku Tentang BAKAT;

Memandang kan BAKAT itu sendiri daripada shotfom Badan kebajikan Angkatan Tentera Malaysia, so sesuai lah dengan namanya menjaga kebajikan ahli2 nya.. tapi sejauh mana badan kebajikan ini memainkan fungsinya?
setakat yg aku tahu,
  •  ahli2 BAKAT /ahli jemaah tertinggi dari sesuatu unit akan melawat apabila ada kes masuk hospital, bersalin , meninggal dunia dan sebagainya
  • membuat lawatan kerumah anak2 yatim
  • ceramah agama, ceramah kesihatan dan juga ceramah2 ilmiah yg lain.
  • membuat aktiviti kraftangan
  • aktiuviti kebuadayaaan
  • aktiviti sukan ( ni aku suka)
  • aktiviti masakan dan sebagainya
Bukan kah aktiviti yg aku listedkan diatas merupakan aktiviti2 yang berfaedah?


TAPI....


----




----


Selalunya bila ada aktiviti2 BAKAT ni adalah nama2 isteri yg x pnh datang, dipanggil datang dengan kata lain kene detail lah.. Tapi mereka merungut... kenapa??


nak p BAKAT pon kene paksa
saya bekerja datin, pn seri puan2 sekalian
anak2 xde sape jaga, anak saya menyusu badan..


aku x ckp aktiviti BAKAT ni perlu dimansuhkan.. tapi mungkin kene di justify balik supaya ia masih boleh digunapakai pada hari ini. Kerana pada zaman kini, para isteri juga bekerja untuk memebantu ekonomi keluarga, ada juga isteri yg hanya menjalankan titlenya hanya dihujung minggu. Tak seperti dulu, para isteri trend nya duduk dirumah, tidak bekerja dan boring kala suami2 pergi berkhidmat untuk negara. So, aktiviti BAKAT ni sangat berfaedah kepada mereka. Zaman ekonomi pada kala itu pon x mencabar seperti sekarang. Dulu nak jumpa sebiji kereta di parking lot pun susah, motor boleh dikira, basikal.. huh! sgt banyak. Pada isteri2 yg bekerja tu diberi kelonggaran contohnya hanya dtg BAKAT 2/3 kali dalam kalendar aktiviti BAKAT. Klw datang dari paksaan pun tak guna juga. Ilmu2 yg didapati dari BAKAT pun x berkat.


ada org ckp wat pe pegi BAKAT, pegi dgr org mengata org jek.. hmmm.. dimana2 pun ader agenda ini aslkan persatuan perempuan, itulah agendanya. So Lu Pikirlah sendiri!  Sesuai dengan imej sebagai badan kebajikan, jemaah tertinggi sepatutnya memainkan peranan dengan lebih lagi, contohnya usahlah bila org mengadu tentang masalah rumahtangga, dicanang hingga semua ahli BAKAT boleh tahu, jadi mainkanlah peranan sebagai badan kebajikan disitu, contohnya, rujukkan kepada kaunselor atau sebagainya.Usahlah bila duduk ditempat yg tinggi, dok asik tengok baju org tu bersulam ke x bersulam, pastu ckp kat org tuh, hanya isteri CN sahaja yg boleh sulam baju BAKAT ye.. Huh!  Awak tu bukan nya dari persatuan isteri2 menteri.



Ada buruk ada baiknya, persatuan ini. Jika kita memandangnya dengan baik, maka baiklah ia.. sekiranya tidak, buruklah ia.. pokok pangkal dihati sendiri.



Aku join BAKAT bukan sebab aku nak laki aku naik pangkat cepat, tapi aku hanya menunaikan tanggungjawab aku sebagai ahli.Sbb aku tahu, klw aku tido kat umh BAKAT sekalipun klw laki aku tak lulus exam, tak jugak dia naik pangkat. ada juga aktiviti yg buat aku mual.. so aku tak pegi! senang citer. 


***gambar hiasan..



No comments: