Friends Of Mine

Monday, May 30, 2011

Bila Rasa Down Apa nak buat ek?

Sejak semalam asyik rasa tak besh jek

g Ipoh konon nak bershopping,
penyudahnye aku bawak balik sepasang kasut jek
tengok handbag, baju semua aku tak lalu
beli baju haziq
POONEY ada sales sampai 50%. dapat lah haziq 3 pasang baju, 2 pasang seluar
Amni? aku x bawak dia.. mak kata tinggal aje..
so aku tinggal.. belilah jugak sepasang baju beliau,
wlapon husband kata jangan beli da.. amni baju da muntah lemari
umur baru 4 bulan
mana tak nye.. mak dia gile beli baju girl mcm lepas gian
pastu orang kasi lagi..
Auntie makbed pun rajin kasi baju

Aku? belilah sepasang kasut
kasut pun mcm hape tah
tengok bag.. aku ingat nak beli bagpack
senang nak bawak anak, xyah nak sebok handbag da..
tapi 1 pun aku x bekenan
penyudahnye aku ajak husband balikManjung
percaya x? x habeh pun voucher RM500 yang husband menang tornement gop last month
masih berbaki RM200
ntahla..selalunye.. klw kasi duit kat aku soh shopping sampai habeh max xleh amik dah duit kat ATM haritu (klw time beduit la)
klw kasi kredit card plak, mmg bengkok la nak perabeh hutang pastu
ni??
shopping pun xde rasa
voucher pun bole x habeh? camno?

yang pastinya aku singgah Bota pastu makan sate kat Bota baru ada RASA.. haha..
memang tekak jek la masih berasa setakat ni
klw tekak pun da xde rasa, mmg nak matilah gaknye aku ni

Tetibe malam tadi rasa cam down sangat
mcm2 pk
pk pasal masa depan,
masa belakang
Husband takde  ni,.. seminggu
kusus kat Melaka

Aku n anak2 x tau cemana nak sampai johor ujung minggu ni
ni pun xde rasa nak balik
sebab rasa cam membazir jek
kejap sgt balik
letih tenaga, poket dsbnya
tapi apakan daya
adik ipar kawen.. takkan xmo balik

Nak naik bas sampai melaka x larat aku nak pikul segala tin susu budak2  ni plus lain2 aksesori
ada 2 option sekarang.. naik ETS sampai melaka. atau adik hantar sampai KL, husband pickup kat KL
adik no hal nye, since kelas beliau sampai Rabu jek
keje kat opis melambak, ader tender MINDEF closing minggu depan
ntahla.. tgk la mcmana nanti
nak tinggal Amni, husband x kasi
klw x, mmg laju jek aku sampai Melaka
nak suruh husband patah balik amik aku mmg x ekonomi plus badan beliau letih nak naik semula g Johor
bukan dekat kawan2

Sekarang aku mcm xde mood,
rasa nak nangeh jek
pesal tah rasa nak nangeh
susah jugak ek jadi INDEPENDENT sangat ni?
org suka take advantage.
tak kira la sape
sume aku yg nak kene pk!
nyampah!
;;;;;
;;;;;;


;;;;



sekarang aku da jumpa jawapan tajuk diatas,


















MAKAN! yes! jommmmmmmm

Thursday, May 26, 2011

Petua Mendidik Anak Menghormati Ibu Bapa

1. Jika si ibu marahkan anak, bapa mesti diam dan jangan campur tangan semasa anak itu dimarahi. Begitulah sebaliknya. Jika tidak, anak akan hilang rasa hormat terhadap ibu atau bapa yang memarahi anak. Anak mencontohi apa yang diajar atau dididik oleh ibu bapanya. Apabila berlaku percanggahan arahan atau peraturan, anak akan menjadi keliru siapakah yang patut dia patuhi, si ibu atau si bapa?

2. Bapa jangan menengking, mengherdik atau bertengkar dengan Ibu di hadapan anak-anak. Begitulah sebaliknya. Anak mencontohi tindak-tanduk ibu bapa. Satu rutin putaran kehidupan akan kembali dilakukan oleh anak ke atas ibu yang sering ditengking oleh bapa di hadapan anak-anak.

3. Sentiasa masak untuk anak dan ajak anak sama-sama masak atau makan. Makanan hasil tangan ibu dapat mengeratkan hubungan rohani anak dan ibu.

4. Ibu bapa MESTI makan bersama anak-anak.


Sumber: SINI

Wednesday, May 25, 2011

Selamat Hari Lahir Sayang mama... Haziq 4 thn

eh dah 10.16.. genaplah 4 thn aku lahirkan Haziq ke dunia ni.. Selamat hari lahir sayang.. Mama sayang haziq.. takde perkataan yg ada dlm kamus nak menggambarkan betapa sayang nya mama pada Haziq. Semoga Haziq panjang umur, murah rezeki dan segala yang baik untuk Haziq mama doakan. Mama tak sempat nak tulih entry ni panjang2..sebab adik demam, nak tumbuh gigi.. dia meragam jek.. nenek pulak offer Haziq tido umah nenek.. waa... mama tengok suke betul Haziq ye malam ni x payah belajo! takpela. mama kasi can kat Haziq malam ni, esok2 takde dah. memang mama siap2 hanger kat meja tulih Haziq. Nanti mama sambung entry ni lagi.. mama nak cerita pasal 2 biji kek Haziq tahun ni.. Memang semua orang sayang kat kamulah Haziq, tapi kamu jek kadang2 kepala hangin.. Walaumacamana pun peel kamu, mama tahu kamu mewarisi apa yg ada pada mama dan terutamanya papa kamu, mama tetap sayang Haziq.

tulih entry camni pun nak nageh mama haziq nih!tau,.. beranakkan kamu adalah sgt sakit Muhammad Haziq, tapi sangat berbaloi punya anak secerdik kamu!Terima Kasih Ya Allah

Monday, May 23, 2011

Tanah Runtuh lagi.. Takziah kepada mangsa

KUALA LUMPUR: Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat, dekat sini, hari ini.
Setakat 7 petang ini, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis.
Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.
Semua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Semua penghuni rumah itu adalah lelaki. 
Ketika kejadian 2.30 petang, semua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual 5 petang.
Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serbaguna yang terletak di lereng bukit itu menyebabkan bangunan setingkat itu musnah sama sekali. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau. "Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.
Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada 6.10 petang.
Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Morni Mamat, berkata sehingga 7 petang ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat. - BERNAMA 


Aku berkata:
Aku sgt sedih dengar berita ni, sebab kebanyakan mangsa terdiri dr golongan kanak2.. plus mereka adalah anak2 yatim.. masa aku tgk berita pukul 8 hari kejadian, tak semena2 air mata jatuh.. semoga syurgalah tempat mereka..Ameen.. al-fatihah..

comelkan mereka??

Dah ! Pasni Jangan Makan Kat Sini Lagi Dah!

Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjayaberikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut.


Sumber : Sini




Ya Allah Ya Tuhanku Ampunkan lah dosa hambamu ini..


Kenapalah dorang letak ingredients ni dlm makanan yg orang Islam suka makan ni.. Actually aku xde la suke sgt kek2 kat Secret REcipe ni.. tapi kdgkala adlah jugak teringin nak mkn desert kek2 dr sini. Tapi adalah termakan jugak kan. Inilah secret recipe mereka ye? 


Sempena birthday Haziq yg ke-4 nanti mama beli jek kek kat muslim bakery kat Manjung tu ye.. Bersih Dan Halal.. x payah glamer2 xpun.. nanti mama buat jek kek malam tu nanti. Kek Birthday haziq yg bentuk ultraman tu mama dah tempah.. tu untuk haziq potong dengan schoolmate haziq pagi 25/5 tu nanti (atok n nenenk sponsor kek ni) malam tu nanti sesi potong kek dgn pakcik2 , atok n nenek haziq plak.. Gini lah haziq.. kesayangan semua orang.. klw birthday mmg takkan miss potong kek, semoga kamu jadi anak yg soleh. 

Rambut gugur selepas bersalin?

Series! aku risau giler rambut aku byk gugur. Rambut aku dah la lebat, bila jatuh segengggam.. mak ai.. mmg sgt merisaukan.. Sabtu lalu aku pegi la saloon ats ikhsan husband yg nak tolong jaga anak. (tapi anak siap2 tidokan la) Amoi yg biasa tgk rambut aku tuh mmg ckp rambut aku mcm sikit dr biasa, selalu dia pegang tebal. Aku tanya dia, dia kata biasa.. nanti baby dah 6 bulan akan ok.. Aku buat scalp treatment, sgt best! lega pala otak aku then beli sekali scalp tonic untuk mengurangkan keguguran rambut. Best, bila spray kat kulit kepala, sejuk jek. Then potong rambut sekali. Pendek sket la rambut aku dr biasa then potong fringe kasi pendek lg. aku rasa comei! hehe..

Kepada ibu2 yg ada masalah macam aku , usahlah risau, tp info2 yg aku google ada ibu yg sampai botak disebabkan keguguran rambut. Scary! nasib baik rambut aku tebal, tapi prevent la sebelum botak. Aku tak percaya klw org ckp sebab baby main air liur sebab keguguran rambut baby. Sebenarnya pertukaran hormon yg menyebabkan ianya jadi begitu. Sini aku paste kan sikit info yg aku dpt dr Yun Nam.

Keguguran Rambut Selepas Bersalin
Keguguran rambut sebelum dan selepas bersalin merupakan keguguran rambut yang biasa pada wanita. Wanita bukan sahaja perlu menjaga anak-anak malah mereka juga perlu menjalankan kerja di rumah dan pejabat. Masalah keguguran rambut merupakan cabaran terbesar bagi mereka!
Apakah keguguran rambut sebelum dan selepas bersalin?
Wanita dikatakan kelihatan paling berseri semasa mengandung. Rambut adalah cantik dan muka mereka penuh dengan kegembiraan… wanita-wanita ini memang bahagia. Jadi kenapakah masalah keguguran rambut dihadapi? Sebenarnya semasa tempoh hamil, wanita-wanita akan mengambil pelbagai jenis antibiotik. Ini menyebabkan sistem imun dan fungsinya tidak lancar dan seterusnya menyebabkan keguguran rambut. 
Selepas kelahiran anak, jumlah kehilangan darah yang banyak dan perubahan yang besar pada peredaran darah serta kadar metabolisme menyebabkan hormon sukar dilaraskan. 3 hingga 5 bulan selepas bersalin, kira-kira 30% daripada jumlah rambut akan gugur. Wanita-wanita ini juga kehilangan rambut kerana stamina dan kesihatan yang lemah selepas bersalin. 
Ciri-ciri keguguran rambut selepas bersalin
  • Keguguran rambut 3-5 bulan selepas bersalin
  • Keguguran rambut berjumlah kira-kira 50%
  • Dalam kes yang lebih serius, rambut gugur sercara bertompok-tompok.
Ciri-ciri keguguran rambut selepas bersalin
           Kulit kepala berminyak atau gatal
Kelenjar minyak yang terlalu aktif akan merembeskan banyak minyak sehingga menjadikan rambut berminyak. Apabila ini berlaku, anda tidak akan dapat membersihkan kotoran-kotoran itu dengan syampu biasa.
Keguguran “Rambut Bayi” Rambut jenis ini akan mula gugur jika terdapat masalah pada folikel rambut.
 

Thursday, May 19, 2011

Bila Berdua dengan Amni

Haziq ikut makngah, pakngah balik KL.. ayah n mak pun pegi..konvoi 2 kereta.. ayah ada urusan kat MINDEF esok. Haziq punya lah pujuk aku nak ikut diorang, sebab dia berkelakuan baik, aku kasi lah jugak.. esok mmg tuanglah sekolah beliau. Takpela.. sekali sekala. lagipun aku tgk dia membaca dah ada good progress banyak perkataan 2 suku kata dia dah boleh bunyikan. So ok la. Ayah kata balik esok jugak sebab lusa beliau ada reunion dah tua2 pun ada reunion.

husband belum balik kerja lagi, aku sms dia kata lom habeh meeting ngan panglima gagak hitam. Deme ni tak semayang magrib ke?Amni plak tido, aku lepas solat tadi tak tau nak buat apa, boring jugak kalau x gado ngan haziq ek? baru pegi 1 jam dah rindu. Macamana lah agaknye kalau mmg xde anak aku ni ek? ting tong jugak. Wlwpon kdg2 bila dengan budak berdua ni.. aku rasa nak mintak cuti, tapi masa bersama diorang berdua tu lah the best moment aku rasa. Itula.. rumah mmg sunyi tanpa gelak tangis anak.. huwaaaa..sampai ati ajiq tinggal mama... takpela.. esok ajiq balik dah..

tetibe tekak rasa nak mkn pizza pulak.. oh.. kene g tipon delivery pizza nih.. sekarang jugak! zassssssssssss!

kenapa astro citra ni asik tayang citer setinggan jek?? lemas aku! busuk!

Tuesday, May 17, 2011

Dapat Anak Sedara baru

Semalam tengahari dapat anak sedara sorang lagi. Ni belah husband punya, adik beliau yg no-2 punya anak ke-4. Tahniah kepada mereka.. Oh ya lupa cakap, baby itu boy.. berat tak tau, bersalin jam berapa tak tau.. haha.. baru ckp kat MIL jek.. call mereka asik x dapat, mungkin dah tukar no phone. Nanti bila dah tau details pasal baby ni plus pic nanti update k..


Update: baby lahir 3.3kg, normal delivery,nama Muhamad Mursyid Mu'Min.. sedap.. mestilah baik maknanye.. semoga jadi anak yg soleh..

dpt mms dr hp mil.. hehe..tatau sape anto.. mungkin mak dia..

Laksa MakBed!

Tadi pagi mati kutu nak masak apa.. last2 aku  g kedai nmpk sume brg2 wat laksa ader kat kedai tu plus ikan sardin segar2. So aku try lah wat. Actually dah 2kali aku test buat laksa ni. Biasala.. klw aku buat apa2 selalunya jadi jek.. kali ni aku fully pakai ikan sardin, dulu mmg ikan sardin ni aku tak pndang, sebab x hensem! aku prefer ikan kembong gemok tuh. aku tak tau start bila aku suka makan laksa, dulu aku makan gitu2 jek la.. aku prefer laksa johor yg mak buat dari laksa penang yg beliau buat, yelah dah nama pun org selatan. Seingat aku, aku g buka puasa rumah makbed last year kot yg aku start jatuh cinta dengan laksa yg beliau buat. Start dari tu keje nak mkn laksa jek, masa tu aku pegnen Amni, adalah sekali lagi beliau buat kan n hantarkan kat umh.. punyalah baik makcik ni! Aku letak sekali resepi yg beliau kasik kat aku kot kalau sesape teringin nak wat kang.

ikan sardin setengah kiloikan kembong setengah kilocili kering 25 bijik - blenderbelacan (ikut nak manyak mana) - blenderbawang merah (yg besau tu) 3 bijik -blender2 tangkai bunga kantan6 keping asam kepingdaun kesum (saya boh banyak..)


cara-cararebus ikan-ikan suma dengan asam keping dan garam sikit. kendian, perisi ikan. Asingkan isi, dengan tulangnya. Masa nak blender, blender isi ikan dan masukkan air rebusan ikan tu skali. Masukkan dalam periuk. PAstu, blender la pulak tulang dia. Sama gak. Guna air rebusan ikan tadi. Then tapis, untuk asingkan tulang kecik. KAng tercekik lak. Air tapisan tu, masukkan dlam periuk. INI SYARAT UTAMA UTK LAKSA YANG BESH.
Kendian, masukkan menda cabai kering ,bawang, belacan yang diblender tu skali dengan isi ikan yg diblender tu. Bukak api. Masukkan asam keping, bunga kantan dan daun kesum. Tambah le air bagi cair. Nak tambah air rebusan ikan yang lebih2 tu pun buleh gak. 
pastu jangan lupa garam kan. 
laksa tu memula rendam dulu. Pastu, rebus sampai lembut.
brg ulam utk laksa ialah...timun,bwg, salad, cili api, telur rebus.

Monday, May 16, 2011

Jatuh chenta lagi! lagi2 ku jatuh cinta

Kali ini dengan yg ini

Sebenarnya da takmo pakai smart phone, sebab bateri tak tahan. tapi yg ni comey plus ader keyboard, as known aku mmg takmo pakai hp yg fully touch screen dah sebab malas! harga pun takde la mahal sgt plus ada IM .. hohoho.. petang kang jugak nak beli! (menjadikan hp semua ada 4bijik) gilos makcik ni!

Selamat Hari Guru

Guru

Ibarat lilin yg menerangi .. membakar dirinya sendiri demi kepentingan yg lain..

Terima kasih cikgu! teacher!

Saya dah jadi manusia sekarang, wlwpon saya bukan angkasawan pertama negara,wlwpon saya bukan orang yg berjawatan tinggi, tapi ilmu yg cikgu ajar saya aplikasikan dalam kehidupan saya. Terima Kasih Cikgu!

Selamat Hari Jadi Abah Mertua -15 Mei

Patutnya entri ni aku tulih semalam, tapi x sempat , well.. semalam harijadi abah mertua saya Ab Rahman B Abdullah yg ke -61 thn.. Semoga Abah panjang umur, murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yg baik ..

Tak dapat call beliau, sebab beliau takde hp. sms mak mertua jek.. harap mak da sampaikan.

Sunday, May 15, 2011

Kongsi is Awesome!





Aku tengok citer ni malam jumaat yg lepas.. mmg syok la.. syok tang gelak jek la.. tapi plot citer ..hmm... no komen..Haziq biasa la kalau tengok Nan sempit ni mmg suke dia.. Aku rekemen lah sape2 yg nak release tension, nak gelak2 tu.. okey la.. jangan compare ngan citer omputeh k.. mmg jauh beza.. papepun lebiuw la Sam!!

Amni's Progress

Amni dah 3months ++. Berat dah 6.6kg. Tinggi tak ingat. Sekarang dah pandai meniarap. Amni ni malas sket nak meniarap sendiri mungkin beliau tembun kot. Dah pandai mengelekek bila diagah. N now aku dah masuk kan dia dlm walker. wlwpon para ahli perubatan ckp tak elok walker ni, aku tetap nak masukkan jugak. Haziq dulu pun aku dudukkan dlm walker ni , then 8month jek beliau dah jalan, senang, takde mengutip2 kat lantai ni. Amni hepi sangat bila 1st time aku masukkan dlm walker ni. Mungkin boring agaknya asik baring jek.



abaikan rempit diraja malaysia itu. pakusu yg tampal
sweetie Amni~ sweet like mama yo!

Quick Update

Seperti biasa, weekend ni aku duduk rumah lagi. hujan dari tghari tadi, wlwpun hujan tapi bahang jugak, tp alhamdulilah sebab hujan masih sudi turun di bumi Sitiawan ni. At least kurang sket bil letrik aku bulan ni. wlwpon aku dah bersedia bengkok nak bayo bil bulan ni.

Pagi td buat nasi lemak. terbaekkk la.. mkn sampai sakit kepala pastu tido.. kan terbaekkkk. ! :) Pagi lagi aku dah buat sebab husband duty nak pegi awal pagi, lagipun amni malam td tak berapa nyenyak tido, sejam sekali bangun sebab beliau tak berapa  sihat, mcm dah ada ura2 nak batuk. Kol 8a.m nasik lemak aku dah siap, call mak suruh fidaus amik nasi lemak sebab aku nak g klinik bawak Amni. Aku takmo tunggu lama2 coz batuk ni kang klw dibiarkan lama, kene lung infection plak. takyah tunggu lama la ..2hari cukup. mmg akan kene infection punya.

Disebabkan malam tadi aku x bape tido, lepas balik klinik 10pagi tu, aku jemur kain makan nasik lemak 2pinggan pastu bagi Amni makan ubat, aku pun lelap sekali. Haziq aku kasi dia main lego n pasang kan kartun, senyap lah dia. aku pesan kat dia jgn turun bawah, anak aku ni lah aku boleh puji, dia mmg akn dengar pesan aku klw aku nak tido. Kdg tu aku monitor gak,. tapi so far dia mmg takkan buat apa yg aku ckp "JANGAN" tu la.. tapi klw aku x tido, mmg mcm2 kelaku beliau yg buat aku naik darah.

Bangun tido, masih terasa letih.. aku rasa aku gain weight lagi ni.. sebab tu lemah semacam jek.. kena wat sesuatu ni.. next week aku  nak puasa la.. klw berdiet mmg x berdisiplin, klw puasa tu mmg takleh main2. Amni dah 3 bulan ++ dah.. aku masih lagi takleh pakai baju b4 pegnen.. hmmm. mungkin kene stop minum ais kot.

Mana tak gain nya.. semalam ada kenduri kat kampung belah ayah, melantak tak henggat punya. nak2 jumpa sedara mara.. agenda sudah pastilah makan kan? klw x makan kang kata sombong lak, bila dah makan tak tahu berenti. aku kene balik cepat sebab husband tak ikut, anak2 plak meragam, biasalah panas plus takde tempat untuk diorang lepak2 dengan comfort.hehe.. Sudahnye Amni meragam, kene lah balik cepat, aku tumpang adik akim, beliau sempat g air terjun semua, aku tergedi2 nak mandi air terjun gak tp apa kan daya, anak 2 ni, kene la behave sket, lgpun amni kecik lagi nak bawak. Jadi dok je la kat umah dengo untie2 aku membebel. Teringin nak tangkap gambo, tapi deme sume bz wat koje. dah nama kenduri kan.. tapi aku sempat gak lah snap beberapa pic. So tengok lah ek..

budak gebeb ni panas, tuh yg tanggal baju

abang yg kunun rajin baca buku,(yg sebenarnya takde gang

Dah penat, carik port tido ar





Wednesday, May 11, 2011

day nine : 10 ways to win your heart

  1. Sila jujur dengan setiap kata dan tingkah laku kata, yg lebih mudah is transparent.
  2. Hargai setiap apa yg saya lakukan untuk anda semua.. terutamanya suami saya * cincin platinum 1!
  3. Give me your shoulder to cry on
  4. I like flowers... carnation please...
  5. Masak sedap2 untuk saya
  6. Say sorry kalau buat silap
  7. Kalau dengan husband, aku suka kalau dia keep on inform kalau dia kemana2.. 
  8. Kiss me ~gudmorning kiss, gudbye kiss, gudnite kiss, kiss kiss. ehem ehem (strictly for husband n kiddos only!)
  9. Belikan saya BMW sport 1
  10. Korek swimming pool 1! untuk saya berenang..

no 9 n 10 tu mengarut semata2.. haha. klw husband terlebih duit nak belikan 2 mende tu silalah ye Pa... tulih camtuh sebab da takdo idea .. sebab aku tak perlukan sesapa untuk win my heart lagi selain husband dan anak2.

Tuesday, May 10, 2011

Harga Gula naik lagi 20sen

baru jek lepas naik rege petrol Ron97.. ni gula plak..

ini semua untuk kebaikan rakyat, nanti xde la org kene kencing maneh..
bila kene kencing maneh, kerajaan kene keluar byk subsidi perubatan,
hemodialisis, ubat2 an dan sebagainya

aku tak heran takat naik 20sen tuh..
apalah sangat.. sbb rumah aku sekilo gula pun x habeh sebulan
tapi yg aku heran...

kang.. nak mkn cendol yg pakai gula merah tuh naik rege
alasan: gula naik 20sen (eh dia pakai sekilo gula ke nak buat cendol?)

rege susu anak aku pun naik..
alasan : gula naik , (tapi ada kempen susu takde gula kan? susu xde gula pun naik rege! *tepuk dahi jap)

dan banyak2 lagi alasan yg sering kita dengar.

Seperti kebiasaan, kakitangan awam akan mintak naik gaji kat CUEPACS,

tapi aku?
aku bukan kakitangan kerajaan, bini org kerajaan jek. Boleh ke aku mintak naik gaji kat laki aku?
or.. kat boss aku?

Sket lagi malaysia ni jadi cam India.. sekarang pun dah ada sket2.. graduate pun xleh dpt gaji byk. and dan masih ramai yg mengangur. (Mereka kata: Graduan perlu kreatif~g bajak sawah ke! bela ikan talapia ke..)

Dah.. malas , nak komen byk2.. apapun HARGA GULA MASIH RENDAH jika nak dibandingkan dengan negara lain *abah kau!

papepun... layan jek la.... deme boleh la.. dpt gula free..

Monday, May 9, 2011

day eight : 10 of your favourite songs

  1. Sedetik lebih -Anuar Zain
  2. Without You - Mariah Carey
  3. Jika - Melly Goeslow
  4. Please Forgive Me- Bryan Adams
  5. Smells Like a Tin Spirit - Nirvana
  6. I'll Make Luv to You - boys II men (auwww)
  7. Cinta Kain Putih - x ingat sape nyanyi
  8. Cinta Kristal- Awie (HKLBR)
  9. Taman Rashidah Utama- Wings
  10. Bad Romance - Lady gaga
Lagu2 lama tu semua lagu nostalgia..  me and husband of course..

Aku Tak suke hina orang! Series..

Entri ni aku tulih bukan nak kata sesape.. cuma kalau rerasa tertuju pada korang tuh, nasib lah kan.. sape soh stalk blog aku. Meh hamik sorang 1.

Aku tak ske hina org, mak ayah aku tak ajar gitu,, terutamanya dengan orang yg lebih tua, lagi2 dengan adik beradik mak mahupun ayah (pakcik makcik lah kiranye ni) sampai sekarang pun, klw ada mereka/anak mereka yg mengata aku menghina aku ke, xde sampai aku nak maki hamun mak pak derang. Aku suke ckp depan2 klw x ske. Tulih kat fb pun aku tak ske , nak2 pasal status sentap menyentap nih! sebab aku rasa klw aku tulih camtuh nmpk BODOH . Sebab klw aku baca status org yg sentap n maki hamun dlm fb ni mmg kelihatan sgt bodoh.

Wlwpon aku blajar takat degree sahaja.. (aku tak tau brape degree tahap kepanasan degree itu) tapi degree bukan lah ukurannya, ukuran untuk sukat panas kite pakai degree ye adik2. Bukan masalah sape blajo pandai sape blajo tak pandai, sape masuk U obersea, sape masuk U in d sea.Tapi org ader degree of course la org yg cerdik ye dak? And not the questions sape hantar mak pak p jalan2 luar negeri atau tak ( well.. aku pun hantar gak mak pak aku g obersea.. takat airport jek la) . Wlwpon usia perselisihan faham ni dah lama, tapi aku rasa macam dah bernanah rasanya. Makin dibiar makin melampau! Sampai ada yg telefon maki hamun bapak aku. Oh itu sudah lebeh man... Bila adik aku call, siperekecipta cerita, semua mcm tikus kat umh derang nak angkat fon. Ckp adik aku meroyan lah hape. Yang derang meroyan mcm org bodo dlm fesbuk ngata kat kami takpe plak.

Aku kesian.. bukan hape.. sbb mereka mmg totally tak bgs pun.. tapi nak tunjuk bagus kat orang2.. kat sedara  mara. Klw ko bagus kan..ko takyah ckp org dah nampak ko bgs. Yes admit, korang mmg rajin koje. Tapi koje apa aku tak tau! Janji dpt duit halal ye dak? Yes! korang mmg kawen.. tapi kawen ngan sape? ngan laki orang? kawen jugak kan? kawen pastu cerai? main dulu sblm kawen?main tak kawen2 pun ado!pun kawen jugak kan?? oh oh my.. Mmg korang tanggung mak pak korang. mcm kitorang takyah tanggung mak pak kitorang, sbb mereka mampu sara diri sendiri. Klw kitorang bg duit kat mak pak kitorang kene sms korang dulu ke? wlwpon pak aku ada bunglow tapi aku takde numpang umh derang plak kan.. takde lah plak aku kudakan mak pak aku soh jaga anak aku sampai mak pak aku nak jalan pun x bleh.

Aku pun tak tau klw aku publish post ni esok2 akan jadi isu atau pun tak.. btw.. aku cuma nak ckp, aku tak suke hina orang melainkan orang itu mintak dihina. Sedarlah .. dah tua masing2.. (beranak nmpk cam cucu pun ado!) Lepas ni sape nak nangeh2 la.. nak sentap2 la..  aku x peduli.. jgn sampai entry ini ber Part 2..

Operator Rumah Azri

hehe.. rumah aku tkde nama.. xde teratak cik senah ke hape ke.. yg aku tahu itu adalah sebuah rumah, bukan reban ayam atau sarang tikus ops! Rumah aku ader telefon atau talian tetap nama saintifiknya, just untuk pakai tenet jek , tapi nampk x dak kecik kat bawah tu? setiap hari mmg ader jek call untuk beliau, klw bunyi jek takpayah angkat la..mmg semua untuk dia, Nak tau siap yg call? Makngah beliau mmg pelanggan pemanggil tetap beliau dan yang terkini makcik aku, pah mie dia panggil (adik ayah aku) mak mie pun rajin call dak kecik ni, aku tak tau apa yg disembang nye. tapi itu lah.. klw bergayut bukan sekejap, mmg makan 10 menet punye..

ni lah dia operator kecik

Suatu Ketika Dulu..



Aku selalu cakap husband tak romantik.. tapi kan... masa aku tgh kemas2 rumah tadi.. tau x apa yg aku jumpa? haha.. jeng jeng jeng


dah lebih 10thn usia surat ni taw!.. 3 helai surat ni adalah surat terpendek yg husband bagi masa kami kawan.. klw tak, surat beliau mcm assignment taw! and plus tulih tgn lagik! masa bercinta mmg camni lah kami, saling berutus surat, aku study kat UUM, dia plak kursus nak jadi pegawai navy di hometown aku ketika itu.  Klw aku nak citer cemana aku leh kenal and boleh bercinta, cerita nya terlalu panjang nak diceritakan. Yang aku tau.. dialah boypren aku awal dan akhir. (bukan makcik takde org nak, cume masa tu i rasa i ada value n standard sendiri~ so klw u takde aset hatta kereta buruk sekalipun jgn cuba dekat.. haha.. ~ riaknya!)yg husband pun ketika tuh naik bas jugak, masa tu aku dah ader seekor kancil.. tapi disebabkan aku tahu dia future pegawai navy.. n plus Tuhan itu maha mengetahui beliaulah jodoh aku, aku terima beliau sebagai boypren.. kenal suami sekitar October 2000. itulah yg aku ingat. Dizaman itu, hp adalah sgt2 mahal, 1 sem punye PTPTN pon masih x mampu beli, jadi apa yg boleh , kami utus surat lah.. surat banyak taw..... seminggu paling kurang ada 2.. kami tulih surat tetiap hari.. haha.. time tuh mana ader fb, ym , mirc chat adalah, tapi mana ader broadband mcm sekarang, nak wat assignment pon kene Q kat lab taw .. klw nak senang g yg bayo punya kat Mall, RM5 sejam. mahal kan? pastu kdg2 nak load yahoo mail pon x sempat sejam tu, punya lah mcm siput sedut line tenet ketika tuh.. dah tu, cemana nak tulih email? nak skype ke? nak gtalk dll lagi.  Beliau pulak kadet busuk ketika itu.. mana ada masa nak call ke hape.. yg dia ada masa mungkin tgh mlm tu yg tulih surat ala2 bulan ngambang kat aku tuh! tu baru citer surat, blom masuk kad raya, kad valentine, kad congratulations dsbnya.. cube klw sekarang? valentine haram katanya* bluek!

Seingat aku thn 2002 kot baru aku ada hp sendiri, masa tu ada lah sorang kawan ni ada hp, semua org dok bg kat boypren no kawan ni, so nak gayut pon kene rotate, husband dah ada hp masa dia sub leftenan.Nak bergayut ngan dia, kene lah aku call dia, nak gayut tuh mak ai.. kene Q dulu kat public phone, makcik cafe pon tau dah  aku mmg suka nak tuko duit syiling. Wlwpon masa tu dah ada hp, tapi hp tu cuma ada kredit bila PTPTN masuk jek. yela.. mahal tu topup ticket ketika tu..paling murah pon RM60. dah tu call mahal lak tu, 40sen seminit klw x silap, sms 20sen. habeh kredit tuh.. pikul lah hp tu kehulu kehilir, bila gado jek nangeh sbb boypren x talipon.

Bila kenang2 balik, aku ni bercinta mcm era 80 an. mcm era mak n pak aku bercinta kot pakai surat2 ni.. sebab couple2 seangkatan dgn ku takde pun main surat2 camni. haha.. tu yg aku tak soba soba nak perabih study nak kawen ngan boypren nih.. tapi series.. aku leh habehkan degree aku dlm 6 sem jek.. giler laju nak kawen punye pasal. sbb ayah kata x habeh study xleh kawen, husband pulak ketika tu dah habeh kursus, dah beli kete wira.. haha..bleh lah kawen kan? aku balik2 rumah jek.. ayah kata xleh kawen lagi..lom dpt keje.. bile dah dpat keje, aku upgrade kancil aku beli satria plak.. then lepas konvo jek, husband dtg meminang, 8 bulan pastu kawen.. dgn hantaran yg biasa2 aje.. dan kawen pon biase2 aje..

Korang bacalah surat yg aku scan tuh klw nmpk, klw x nmpk sila klik utk tumbesaran. Dan aku percaya, surat2 aku untuk husband pon husband masih simpan kat kotak dlm stor! hehe.. papepun alhamdulilah lah.. bercinta macam nak rak akhirnya kami kawen jugak.. kat bawah ni pic yg aku jumpa sekali .. yg husband dok cium malam2 sblm beliau tido.. yelah dulu mana leh cium lg kan?? cium pic jek la.. skrg dpt cium live pon skip2 taw


Sunday, May 8, 2011

A song For Mama

Dedicated this song to my mum and myself~





you taught me everything 
and everything you've given me 
i always keep it inside 
you're the driving force in my life, yeah 

there isn't anything 
or anyone i can be 
and it just wouldn't feel right 
if i didn't have you by my side 

you were there for me to love and care for me 
when skies were grey 
whenever i was down 
you were always there to comfort me 
and no one else can be what you have been to me 
you'll always be you always will be the girl 
in my life for all times 


mama, mama you know i love you 
oh you know i love you 
mama, mama you're the queen of my heart 
your love is like 
tears from the stars 
mama, i just want you to know 
lovin' you is like food to my soul 

you're always down for me 
have always been around for me even when i was bad 
you showed me right from my wrong 
yes you did 



and you took up for me 
when everyone was downin' me 
you always did understand 
you gave me strength to go on 

there was so many times 
looking back when i was so afraid 
and then you come to me 
and say to me i can face anything 
and no one else can do 
what you have done for me 
you'll always be 
you will always be the girl in my life 

mama luv u both.. 





Saturday, May 7, 2011

day seven : 10 important people

My Son : Muhammad Haziq B Azri
My Daughter : Amni Aqilah Bt Azri
My Partner : Lt Azri B. Ab Rahman
My Mother : Hapsah Yusof
My Father: Mustafar Kamar Yeob Shaari
My sister: Nurulhanim Mustafar

My Youngest Brother: Muhammad Nur Hakim Mustafar 

My Brother : Muhammad Firdaus Mustafar

My Auntie aka bestfriend : Hayati yusof @tet
yg pakai tudung tu taw
My Only GrandMother : Amnah Abdul Moin