Friends Of Mine

Monday, May 23, 2011

Rambut gugur selepas bersalin?

Series! aku risau giler rambut aku byk gugur. Rambut aku dah la lebat, bila jatuh segengggam.. mak ai.. mmg sgt merisaukan.. Sabtu lalu aku pegi la saloon ats ikhsan husband yg nak tolong jaga anak. (tapi anak siap2 tidokan la) Amoi yg biasa tgk rambut aku tuh mmg ckp rambut aku mcm sikit dr biasa, selalu dia pegang tebal. Aku tanya dia, dia kata biasa.. nanti baby dah 6 bulan akan ok.. Aku buat scalp treatment, sgt best! lega pala otak aku then beli sekali scalp tonic untuk mengurangkan keguguran rambut. Best, bila spray kat kulit kepala, sejuk jek. Then potong rambut sekali. Pendek sket la rambut aku dr biasa then potong fringe kasi pendek lg. aku rasa comei! hehe..

Kepada ibu2 yg ada masalah macam aku , usahlah risau, tp info2 yg aku google ada ibu yg sampai botak disebabkan keguguran rambut. Scary! nasib baik rambut aku tebal, tapi prevent la sebelum botak. Aku tak percaya klw org ckp sebab baby main air liur sebab keguguran rambut baby. Sebenarnya pertukaran hormon yg menyebabkan ianya jadi begitu. Sini aku paste kan sikit info yg aku dpt dr Yun Nam.

Keguguran Rambut Selepas Bersalin
Keguguran rambut sebelum dan selepas bersalin merupakan keguguran rambut yang biasa pada wanita. Wanita bukan sahaja perlu menjaga anak-anak malah mereka juga perlu menjalankan kerja di rumah dan pejabat. Masalah keguguran rambut merupakan cabaran terbesar bagi mereka!
Apakah keguguran rambut sebelum dan selepas bersalin?
Wanita dikatakan kelihatan paling berseri semasa mengandung. Rambut adalah cantik dan muka mereka penuh dengan kegembiraan… wanita-wanita ini memang bahagia. Jadi kenapakah masalah keguguran rambut dihadapi? Sebenarnya semasa tempoh hamil, wanita-wanita akan mengambil pelbagai jenis antibiotik. Ini menyebabkan sistem imun dan fungsinya tidak lancar dan seterusnya menyebabkan keguguran rambut. 
Selepas kelahiran anak, jumlah kehilangan darah yang banyak dan perubahan yang besar pada peredaran darah serta kadar metabolisme menyebabkan hormon sukar dilaraskan. 3 hingga 5 bulan selepas bersalin, kira-kira 30% daripada jumlah rambut akan gugur. Wanita-wanita ini juga kehilangan rambut kerana stamina dan kesihatan yang lemah selepas bersalin. 
Ciri-ciri keguguran rambut selepas bersalin
  • Keguguran rambut 3-5 bulan selepas bersalin
  • Keguguran rambut berjumlah kira-kira 50%
  • Dalam kes yang lebih serius, rambut gugur sercara bertompok-tompok.
Ciri-ciri keguguran rambut selepas bersalin
           Kulit kepala berminyak atau gatal
Kelenjar minyak yang terlalu aktif akan merembeskan banyak minyak sehingga menjadikan rambut berminyak. Apabila ini berlaku, anda tidak akan dapat membersihkan kotoran-kotoran itu dengan syampu biasa.
Keguguran “Rambut Bayi” Rambut jenis ini akan mula gugur jika terdapat masalah pada folikel rambut.
 

4 comments:

fazkinchi said...

betul..sama macam faz lepas bsalinkan isha dulu..ingatkan akan berlarutan..nasib baik skarang dah okey..time pegi salon blakang billion tu org tu siap tegur lagi ada tempat2 yg takdak rambut..huhuhu

Izza-Crystal said...

Ye betul 2. :-)

nana shah said...

gud info..
aku baru nak tulis entry ni..
tensen.. dh nak botak dh ni..
dah la rambut mmg sedia nipis..
takpe2.. nantikan entry pasal rambut dr aku lak eh..

cewah.

armouris said...

lagi info tentang rambut gugur di SIHAT SELALU - Botak, Keguguran Rambut Masalah Keturunan