Friends Of Mine

Sunday, October 31, 2010

Kenapa Tetiba Iron lady ni jadik Lembik lak?

semalam.. aku rasa sgtlah tidak bermaya. Badan rasa sungguh berat.. dah memang berat pon.. pagi bangun aku rasa ada tak kena.. nape aku rasa baby dalam perut aku senget hingga rasa mcm turun kebawah mencucuk ari2 aku.. tapi aku gagahkan jua pegi breakfast kat paktam ngan hubby.. pastu trs g beli mozek nak touch up kat kitchen sket ari monday ni cina nak datang wat. Waktu tu aku rasa nak jalan pon x larat.. haziq ada kat umh nenek since makngah beliau ada mmg xmo dok umh la.. Hubs pukul 1 da cabut g Teluk Intan men gop.. gasak ar.. aku mmg x masak, x menyapu.. hape pon x wat..sebiji pinggan pon x cuci..tapi dah resmi laki aku x suke tengok umh sepah.. so dia mmg x wat sepah.. tapi tetap kena makan kan.. pas makan aku longgok jek pinggan kat sinki.. Hubs balik pukul sekitar 8.30 mlm setelah aku kirim beli susu haziq.. aku mmg baring jek kat depan tv..pastu balik dia belikan makanan siap hidang sume soh aku makan.. (baru ada akai klw bini xleh bangun ek.. ) Pas mkan layan bola neg 9 lwn Kelantan sampai habeh aku naik ats.. tido...

Esoknya.... aku bangun .. hubs mmg awal2 pagi dah kuar arini ader tornement kat KGS ..

Waa... dapur dah bersih... ruang tamu pun bersih.... waa.... suke2..............aku tinggal cuci baju jek.....

Ginilah..klw selalunya sihat jek.. jangan ingat diri tu mcm Firaun tak pnh sakit segala.. hari ni rasa sangat best.. bole buat apa aku nak..

Wednesday, October 27, 2010

T-shirt Muslimah.... sgt selesa..

I am 6 months ++ pregnant.. kdg2 kelihatan sgt selekeh.. tapi xpela.. just for a few months.. pasni kene gigih berdiet balik.. (mudah2 an) Just bought this:

 from Fiveroses butik ..

arini aku pakai.. amik size giler besar.. pasni kene kurang kan 1/2 size sbb beso sungguh bile aku pakai... dan arini aku pakai.. rasa sgt selesa berada di opis.. huhuhu.. silalah tengok pic dibawah.. tapi mcm biasa snap atas jek .. bwh xleh tgk.. sensored..... tuttttttttt

Tuesday, October 26, 2010

Ubat Hati

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA. Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara dan ubatilah hati kita dengan lima perkara tersebut.
Pertama
Baca Al-Quran dan hayati maksudnya
Kedua
Mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasalah
Ketiga
Bangun (beribadat) di waktu malam
Keempat
Zikir malam berpanjanganlah
Kelima
Sentiasalah berkumpul dengan orang-orang soleh
* * * * *
Pada hati yang belum tenang, tenanglah
Pada kalbu yang masih kelam, jernihlah
Pada jiwa yang masih tandus, basahlah
Pada ikhlas yang kian hilang, ikhlaskanlah
Pada dosa yang begitu banyak, bertaubatlah
Masa begitu mencemburui
Entah berapa banyak waktu insaf sudah terkorban
Oleh nafsu yang duduk ditempat pertama
Oleh lalai yang menyaluti saraf dan raga
Oleh dunia yang tidak jemu memayung ria
Oleh dunia yang tidak ralat menjamu alpa
Yang hanya akhirnya mengundang rengsa
dan hati, kian lari dari tenangnya.
Allah ya Rabbi,
Ku cari damai di hati.

Bilamana duit tidak menjadi masalah.. usahlah kufur nikmat

Bukan sahaja kesusahan adalah dugaan, malah, kesenangan yg diberikan Tuhan jua adalah dugaan. Terpanggil nak tulih macam ni sebab, melihat status hari2 seorang teman umpama menjadi rutin beliau menunjukkan kesenangan yg dikecapi.. Opss.... bukan aku cemburu.. tapi hmm.. sekadar mengingat kan diri sendiri. Usahlah menunjuk2 apa yg ada jika ianya sekadar hasil dari suami yg tak tahu dtg dr mana sumber nya (Ya Allah, ampunkanlah dosa aku jika aku tersilap) Hmmm.. beliau adalah seorang rumah sahaja, bukan graduate, bukan tokeh butik online, dan bukan sape2 pun.. and.. ops.. suami beliau hanyalah Tentera Laut seperti suami aku! Tapi mak aih.. saban minggu bercuti merata2 tempat .. menginap di hotel 5 bintang, mengunjungi kelab2 5 bintang juga. Oh baru2 ini ada juga spekulasi ditempat kerja mengatakan suami beliau sedang diperhatikan.. (Allahualam... taktahu sejauh mana kebenarannya). Aku sebenarnya tahu semua itu cuma xtahu sejauh mana kebenarannya. tapi aku malas nak campur, jangan tutup periuk nasi aku sudah.. Oh jahatnya aku, beliau xde salah apa pun dengan aku.. cuma.. rasa mcm manusia ni terlalu kufur nikmat. Bayangkan dia boleh tulih camni
" sedang mencari samsung corby and N97 saya.. mungkin ada di bakul mainan anak"
mak aih... ada orang pnya lah susah nak cari benda2 macam tu .. tapi dia? hp yg masih punya harganya duduk dialam bakul mainan anak beliau.. Yang lain2 banyak lagi ayat2 beliau yg kadangkala betapa beliau ini kufur nikmat.. Tahu lah senang... usahlah begitu.. kerana segala2 yang ada adalah pinjaman dan ianya adalah sementara.

Sentap lak makcik tetiba.. hehehe..

Monday, October 25, 2010

Petua Mendidik Anak

Dalam kita mendidik anak, kita memang berharap anak kita jadi anak yang soleh, baik, tidak tinggalkan sembahyang dan sebagainya. Jadi setiap hari, setiap masa bersama anak seboleh mungkin kita cuba memberi contoh teladan yang baik, sediakan pelbagai peralatan (buku, CD, komputer, tv dan sebagainya) supaya anak-anak belajar dan mencontohi yang baik-baik, menjaga permakanannya dan sebagainya. Tetapi di samping itu jangan kita lupa, berdoa kepada Tuhan itu juga penting. Segalanya berlaku hanya dengan izinNya. Di sini aku nak letak petua ayat-ayat amalan dalam mendidik anak.
Baca ayat-ayat berikut dan sapu atas ubun-ubun anak sambil berniat dan berdoa kepadaNya apa yang kita hajatkan. Boleh juga amalkan bila nak beri anak minum air, baca ayat-ayat tu tiup-tiup pada air. Tujuannya seperti yang disebut di ataslah, supaya anak-anak jadi orang baik, soleh, lembut hati, dengar cakap mak ayah, taat perintah Tuhan dan sebagainya.
  1. Surah Al-Fatihah (1 kali)
  2. Ayat kursi (1 kali)
  3. Surah al-Insyirah (1 kali)
  4. Surah Toha ayat 1 hingga 7 (1 kali)
Saya rasa ramai yang tahu ayat-ayat di atas, dan ramai yang sudah menghafalnya kecuali surah Toha ayat 1 hingga 7. Jadi di sini saya letakkan ayat itu bagi memudahkan kita mengamalkannya. Mudah-mudahan dengan izinNya apa yang kita hajatkan dimakbulNya.
Maksudnya:


  • Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.




  • Taa Haa.




  • Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.




  • Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah




  • (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.




  • Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.




  • Dialah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.




  • Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi.



  • Didik Anak Dalam Kandungan

    Kenapa remaja hari ini lebih sukakan dendangan muzik dan lagu-lagu dari alunan al-Quran?
    Mereka boleh bertahan berjam-jam mendengar muzik dengan earphone tersumbat ditelinga.
    Terhenjut-henjut tangan, juga kaki.
    Berapa lama mereka boleh tahan jika mendengar alunan al-Quran?
    "Ustaz, bukan remaja belia saja minat lagu, 'remaja tua' pun sama. Mana nak dengar sangat al-Quran dalam kereta. Yang mereka pasang radio atau CD lagu-lagu," kata kawan saya, bila borak pasal muzik.
    "Memang la Sham, kalau kita tak biasakan dengar Quran, macam mana nak timbul rasa seronok. Memang la susah. Tambah pula kalau dari kecik lagi seronok dengan lagu. Kena pulak ibu bapa tak minat Quran," saya menambah
    "Aha, tengok la ni, ada pulak program realiti (hakikatnya: 'fantasi') TV untuk budak sekolah. Tergedik-gedik menyanyi. Mak bapak sokong pulak tu..." ulasnya lagi.
    "Betul tu. Berhibur memang tak salah, tapi bila melampau sangat, hilang haluan. Sebenarnya dari dalam perut lagi kita kena tarbiyah anak jadi soleh," balas saya.
    Allah jadikan telinga punya tujuan. Lantas, ibu bapa perlulah didik anak agar menggunakan telinga untuk tujuan yang betul.
    Sejak dari awal lagi ibu bapa berlu membuat persediaan untuk mendidik anak menggunakan teliga dan segala pancaindera dengan betul.
    Suatu yang pasti, pasangan ibu bapa perlu membuat persediaan awal sebelum menyambut kelahiran anak.
    Persediaan yang penting bukan sahaja dari sudut kewangan dan kesihatan, bahkan juga dari sudut kerohanian dan pendidikan.
    Keinsafan ibu dan bapa tentang besarnya tanggungjawab sebagai pendidik dan ketua perlu ditanam agar anak yang lahir nanti menerima layanan dan asuhan yang sepatutnya.
    Antara persediaan awal termasuklah mendedahkan kepada janin dengan alunan yang murni di samping bersedia memilih nama yang sesuai untuk anak itu.
    Seseorang anak sudah perlu dididik ketika dia masih dalam kandungan ibunya.
    Walau pun anak itu belum mampu berkata-kata atau melihat, namun dia dipercayai sudah boleh mendengar, merasai dan menerima gelombang perasaan dari ibunya atau orang-orang yang berhampiran.
    Oleh yang demikian, ibu dan bapa digalakkan banyak menenangkan perasaan dengan membaca al-Quran, berzikir dan bertafakur.
    Ayat-ayat suci yang dibacakan itu dapat mendamaikan hati ibu seterusnya membantu perkembangan jiwa murni anak.
    Suara bacaan al-Quran juga mampu mendatangkan barakah dan rahmah dalam pembentukan anak.
    Bahkan ada juga yang berpendapat pengaruh pengajaran yang terdapat dalam ayat-ayat al-Quran yang dialunkan itu mampu menyelinap masuk ke dalam sanubari janin, lantas membentuh potensi peribadi soleh sebagaimana terkandung dalam pengajaran ayat itu.
    Sebab itulah, terdapat gesaan agar anak dalam kandungan tadi diperdengarkan bacaan Surah Luqman yang mengandungi pengajaran-pengajaran ke arah menjadi anak soleh, di samping surah-surah lain seperti Surah Al-Fatihah, Surah Al-Insyirah, Surah Al-Alaq, Surah Maryam dan Surah Yusuf.
    Si ibu juga dianjurkan agar bertaubat dan membersihkan jiwa serta mengelakkan dari terjebak dalam maksiat dan lagha sepanjang mengandung.
    Perasaan ibu perlulah damai. Jika tertekan, bayi boleh menjadi lemah.
    Wujudkan suasana girang, gembira dan syukur. Elakkan kemuraman, pertengkaran dan kalimah-kalimah yang kotor.
    Oleh itu peranan bapa selaku lelaki yang paling hampir dengan ibu amatlah penting.
    Bahkan bapa disarankan juga perlu bergilir-gilir membaca al-Quran dan berzikir bagi menceriakan halwa telinga anak yang di dalam kandungan.
    Harap kita semua boleh laksanakan, agar nanti kita dapat anak-anak yang soleh dan solehah - bukan anak-anak yang derhaka pada kita.

    Biodata Kolumnis

    Ustaz Fathi Yusuf merupakan graduan ijazah Undang-Undang Syariah UIAM dan master Undang-Undang UKM manakala isterinya, Ustazah Ros Izanuri Jamaluddin merupakan graduan Bahasa Arab UIAM. Ustaz Fathi sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang PhD di UIAM manakala Ustazah Ros Izanuri mengajar di SMK Taman Melawati, Kuala Lumpur.

    Cara nak Boh Labels kat blog.. From Makbed..

    sgt pantas.... 10 markah untuk kamu.. tapi akk kene simpan dulu.. nanti balik umah baru nak wat:




    Tutorial caner nak boh labels kat blog.

    Memula....

    Kena tahu dulu apakah itu LABELS. Labels ni adalah macam ni ekk..

    Tengok kotak berwarna merah tu. Label ni bertujuan untuk memudahkan aku dan pembaca blog lain menyemak semula entry lama-lama. Antara LABELS yang paling feymes ditekan banyak-banyak kali ialah LABEL berjudul RESEPI RAHSIA MAKBED. Sebab: Kekadang, aku pun terlupa amende yang aku tulis sebagai rencah bahan masakan.

    Cara nak bubuhnya senang aje. Tapi nak explain ni mungkin cam lemau-lemau berikutan tukang explain ni plak weng sket kepala hotaknya. Hormon tak stabil. Tengah makan asam... TETT! Tapi, aku wat gak la sebaik yang boleh. Kalau tak paham, sila telepon saya ye. U have the nambah!!

     Nampak tak menda ni kat bawah new post entry kita?


    Katelah entry pada hari itu berkisar tentang MAKANAN, (kasi contoh makanan la senang sket) jadi letaklah label yang mudah dan senang diingat. Contoh, hari ni masak IKAN SINGGANG. Sangat sedap masakan saya hari ni. Saya sungguh hepi... Nak tau resepi? Saya letakkan kat sini ek.. bla bla bla...

     Jadi... taruk le label kat situ SINGGANG. Ataupun Ikan. Atau 'masakan Ikan' atau pun resepi Ikan. PERHATIAN: BOLEH TARUK BANYAK-BANYAK LABEL UNTUK SATU ENTRY. Suka ati mu. Caranya, taip je perkataan untuk dijadikan Label tu dalam kotak yang Makbed tunjuk ni. 

    Untuk memasukkan LABEL ke dalam BLOG, perlulah anda ke "DESIGN" dan seterusnya sampai ke page cam ni..



    Klik je kat ADD A GADGET dan kendian pilih la menda ni pulak..


    Haa... senang je. Pastu, dia akan suruh korang tentukan LABELs ape nak didisplaykan. Ikut suka la nak display semua ke taknak. Haa.. camne korang nak mendisplaykannye pun ada gak. Aku dah melalut dah ni. Cube awat dulu wahai Semut Merah. semalam saya sudah bagi laksa mi. Sedap tak laksa mi tersebut?


     Untuk entry lelama, buleh gak nak boh Label. Tapi, kena edit post satu persatu la. Leceh sikit. Tapi, kamu kan rajin....

    MakBed.. Tolong Bagi Tutorial sket Bleh tak?

    Makbed.. tolong bg tutorial sket.. cemana nak wat Labels kat blog ek?? Sbb makcik ni mmglah suka explore tapi nape tah  lem... sket nak dapat wat mende2 ni.. tolong ek....

    Ps:  thanks bagi laksa mi ritu.. mmg rezeki betul..baru pas bgn tido prot lapo tetibe laksa mi dtg depan umah... hiks..

    Asik Seronok jek.. bila time x seronok.. camni lah pulak

    Aku mmg seorang perempuan yg home type... dr kecik lagi mmg dok umh jek. klw vacation pun ngan family jek.. klw nak kuar rambu ramba ngan kengkawan , nak g rombongan skolah ke.. mmg jauh skali.. p tuisyen p skolah pun mak anto.. Sampai la kawen.. hubs pun type camtu jugak.. habeh2 pun kitorang g men gop, men bowling, tgk wayang , shopping adala sekali sekala.. tu pun tgk kewangan mcmaana.. Sbb aku mmg x suke klw nak p shoping complex tu takat tgk2 n window shopping jek..

    Ari jumaat ritu hubs bawak balik slip gaji... n SURPRISE........ alhamdulilah.. adalah kenaikan tahunan tu kan.. and yang tak syok nye.. dah start potong pinjaman perumahan kerajaan tuh.... dekat 1k... yownnnnn !!Hmm.. xpela.. bersusah2 dahulu , bersenang2 kemudian, at least ada 1 benda yg dah secure dlm hidup kami sekeluarga. Wlwpon rumah takdelah besar mcm dlm citer hindustan, aku bersyukur la ada jua tempat berteduh berbanding dengan manusia yg masih takde tempat perlindungan. dan peranan aku? mulalah membayar segala utiliti rumah berseorangan.. Sblm ni aku contribute half jek.. oh.. utiliti rumah aku mcm kilang ok... huhuhu... Hubs x suruh, tapi.. silalah faham2 sendiri.. Semoga Allah memurahkan rezeki kami sekeluarga.. Aminnnn...

    Nampaknya lepas ni dok rumah jek la.. Nasib baik haziq pun mmg home type.. petang2 pun xnak kuar main basikal.. Nak vacation tunggu setahun sekali jek la.. Balik kg pun kira vacation gak kan?

    Aktiviti Mengecat





    Ari jumaat aku balik keje awal.. pegi kedai hardware beli cat. Mission adalah nak cat bilik Haziq. aku dah inforn hubs nak mengecat.. dia ckp kat aku ok cat bawah2 jek.. atas biar dia habehkan. So haziq suke sgt warna blue.. so aku beli setong cat 7l untuk cat bilik haziq and plus cat oren nak kasi belang sket . Pastu g beli border animals lak. balik rumah aku salinkan baju haziq , aku pon salin baju mulakan kerja2 mengecat.. haziq bukan ngecat dinding. tapi mengecat lantai (hilang sabar aku kejap!) tapi aku pujuk2 dia soh tido sbb lagi lmbt keje aku nak siap klw dia asik megecat lantai.. mana aku nak ngelap lantai lagi, nak ngecat lagi. Pukul 5 ptg 1 bilik siap spnhnya.Memula tu aku ngecat lah takat aku mampu berdiri jek, tapi last2 aku fikir bila pulak papa haziq ni nak sudahkan kerja aku.. Aku amik tangga, aku panjat sudahkan juga finishing bahagian ats.. sblm naik tangga aku baca doa banyak supaya x jatuh.. huuuu.. and alhamdulilah, sbb niat aku baik untuk sediakan ruang yg selesa n menarik kat anak aku, kerja aku siap gak.. pastu kikis2 cat yg jatuh, buang segala sampah, sapu2, rendam semua peralatan cat.(nanti boleh pakai lagi)aku pun menyapu.. And aku ukur n label nak pasang border lak.. kejap jek.. n.. pukul 7 siap.. and time tuh haziq pon dah bangun.... tapi mak aih... mcm nak kena strok aku rasa lenguh nya tangan n kaki , yelah.. padanlah ibu mngandung x dibenarkan buat keje2 berat mmg beza betul time x pregnant. Bilik haziq bukan besar pun, dulu aku ngecat ruang tamu lagi besar, takde apa pon.. ni sakit nya sampai esok2 nya. Huh!


     **memula cat x sampai atas..


    **yang ni dah siap.. tapi x sempat nak snap bahagian warna oren..


    Saturday, October 23, 2010

    AGAR ANAK MAHIR MEMBACA


    Mama..I'm very busy today..banyak book yang saya nak baca ni..
    Kata orang bijak pandai, "Kunci untuk mendapat pengetahuan adalah daripada pembacaan dan penulisan." Kepada kanak-kanak, keupayaan membaca dan menulis sejak dari usia tiga tahun merupakan satu kelebihan kepada diri sendiri dan kebanggaan kepada keluarga.
    Minat membaca kanak-kanak ada kaitan rapat dengan keupayaan mereka berbahasa. Secara umumnya, kanak-kanak boleh membaca dengan lancar akan suka pada buku seterusnya menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi yang menarik.
    Kanak-kanak patut diajar membaca ketika kecil lagi.
    Ketika berusia 18 bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan kemahiran membaca secara beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi penekanan ialah kesedaran umum mengenai bunyi-bunyi perkataan dan penggunaannya dalam situasi seharian. Contohnya perkataan "mama" dan "papa".
    Kedua-dua perkataan ini boleh ditulis dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana kekerapan penggunaannya.
    Apabila kanak-kanak meningkat usia 3 hingga 4 tahun, mereka sebenarnya berada dalam peringkat pembinaan bahasa yang pesat. Menurut para pengkaji perkembangan kanak-kanak, perkembangan menyeluruh kanak-kanak ialah galakan untuk perkembangan fizikal, mental, emosi, sosial dan bahasa.
    Period yang paling kritikal untuk memperkenalkan kemahiran membaca kepada kanak-kanak ialah 0 hingga 3 tahun. Ibu bapa atau guru yang bijak akan sensitif dengan perkembangan kanak-kanak pada masa ini kerana :
    • Umur 1 ½ hingga 3 tahun adalah peringkat yang paling sesuai untuk belajar dan mengingat maklumat. Kanak-kanak yang diberi kemahiran membaca pada peringkat usia ini akan menyerap jauh lebih banyak pengetahuan berbanding kanak-kanak yang tidak tahu membaca.
    • Semasa membaca, selalunya kita akan mengingat perkataan yang disebut serentak dengan perkataan yang bertulis. Begitulah juga kanak-kanak. Jika berusia 3 tahun dapat membaca, tentulah kemahiran membaca akan mempercepatkan proses pemahaman bahan bacaan yang dibacanya.
    • Kanak-kanak sangat lasak ketika berumur 2 hingga 3 tahun kerana mereka sangat dahagakan pengetahuan. Ibu bapa atau guru dapat mengesan perubahan ini dengan mengamati pertanyaan kanak-kanak seperti, "Ni apa?" atau "Apa tu?" Ujian menunjukkan kanak-kanak sejak dari umur 2 hingga 12 tahun bertanya sehingga 80 peratus daripada percakapan mereka. Apabila ke sekolah menengah, pertanyaan telah berkurangan sehingga 40 peratus.
    Kanak-kanak belajar membaca ketika masih kecil biasanya lebih cepat bertindak dan lebih faham membaca berbanding kanak-kanak yang belajar membaca semasa di sekolah.
    Sebabnya ialah kanak-kanak belajar membaca dengan senang hati dan memahaminya seperti mendengar orang bercakap manakala kanak-kanak di sekolah belajar membaca dengan perasaan takut dan membaca diajar sebagai mata pelajaran yang berasingan.
    Masalah yang menghalang minat membaca kanak-kanak.
    Setiap ibu bapa dan guru sememangnya mengingini kanak-kanak yang dapat membaca dengan lancar dan cepat. Bagi pelajar-pelajar di sekolah rendah, mereka tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru disebabkan salah satunya kerana lemah keupayaan membaca. Antara masalah yang sering membantutkan proses pembahasaan dan pembacaan kanak-kanak dan para pelajar ialah :
    • Tidak dapat membezakan bentuk, kedudukan, nama, turutan abjad dan sebutan huruf yang dilihat.
    • Tidak dapat mengingat ciri dan atribut huruf.
    • Tidak dapat mengaitkan sebutan setiap abjad apabila diadunkan menjadi suku kata dan perkataan.
    • Pengamatan penglihatan yang bercelaru apabila melihat perkataan tersusun rapi.
    • Tidak dapat membezakan bunyi huruf dalam ejaan kerana abjad tidak berkaitan langsung dengan sebutan.
    • Keliru dengan huruf seperti b dengan d, g dengan j dan j dengan z.
    • Tidak dapat bezakan simbol-simbol huruf.
    • Tidak dapat menterjemahkan bahasa baku kepada bahasa loghat untuk mengetahui tujuan dan maksud.
    Kesan tidak tahu membaca.
    Tidak tahu membaca akan memberi masalah. Bermula dari awal lagi, masalah ini berlarutan sehinggalah mereka dewasa. Keadaan ini tentulah mempengaruhi keupayaan untuk bersaing dan berjaya dalam hidup.
    Pengaruhi minat belajar. Kesan yang agak ketara ialah dari aspek psikologi seperti rasa rendah diri, kurang yakin dan cepat mengalah.
    Kajian yang dijalankan oleh Universiti Yale menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai kepercayaan diri yang terhad tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik di sekolah rendah dan situasi-situasi yang baru. Mereka juga sukar belajar menulis dan membaca berbanding dengan rakan-rakan sekelas yang lain.
    Tidak mahu belajar. Bagi mata pelajaran yang sukar seperti sains dan matematik, mempelajarinya adalah suatu bebanan. Lama-kelamaan timbul rasa jemu dan terus tidak lagi minat untuk belajar.
    Bukan sahaja sains dan matematik tetapi mungkin semua mata pelajaran.
    Belajar dalam keadaan tertekan dan tidak khusyuk. Tanpa kata-kata pujian dan rangsangan, proses belajar akan berada di bawah tekanan dan hilang keseronokan. Apa yang berlaku, kanak-kanak belajar kerana takut dan dipaksa bukannya kerana hendak belajar.
    Kurang motivasi dan semangat berlumba-lumba. Apabila tidak dapat membaca dan memahami perkataan, keinginan untuk membaca perkataan-perkataan seterusnya akan menurun dan mengurang. Keadaan ini tentulah merugikan diri mereka sendiri dan ibu bapa terpaksalah memujuk supaya semangat dan minat untuk membaca dapat dipulihkan kembali.
    Bagaimana kanak-kanak belajar membaca ?
    Pelbagai kaedah yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mempelajari bahasa mengikut peringkat umur.
    0 hingga 2 ½ tahun
    • mula mengetahui dan memahami bahasa yang dipertuturkan oleh ibu bapa ketika berusia 18 bulan.
    • belajar bahasa dengan mengumpul perkataan.
    • kaedah belajar ialah melalui rangsangan deria pendengaran secara langsung dan tidak langsung.
    • rangsangan membaca ialah memperkenalkan buku-buku yang mengandungi banyak gambar dan berwarna-warni.
    • kosa kata berkembang sehingga 270.
    2 ½ hingga 4 ½ tahun
    • peringkat kritikal dalam proses belajar bahasa.
    • terbentuk satu unit bahasa dalam otak secara berasingan.
    • perkembangan bahasa akan membantu perkembangan mental dan sosial.
    • kanak-kanak belajar membaca dengan memperkenalkan huruf bersama gambar.
    • pada peringkat ini, kesediaan membaca masih belum terbentuk sepenuhnya dan ibu bapa harus bersabar semasa membimbing anak-anak mereka.
    • mampu mengingat sehingga 1500 kota kata.
    4 ½ hingga 7 tahun
    • perkembangan otak memasuki fasa terakhir.
    • kanak-kanak sudah menunjukkan minat dan kesediaan membaca dengan mengenali banyak perkataan dan suka bertanya serta melihat gambar.
    • corak pengajaran ialah mendedahkan kepada persekitaran seperti membezakan bunyi-bunyi binatang atau kenderaan; cara ini dapat melatih kanak-kanak meningkatkan daya pendengaran mereka.
    • mampu mengingat sehingga melebihi 4500 kosa kata.
    Walau bagaimana pun sesetengah kanak-kanak masih belum dapat membaca biarpun umur semakin meningkat. Keadaan ini mungkin disebabkan mereka tidak memahami tahap-tahap pengajaran bahasa yang betul.
    Membantu kanak-kanak membaca.
    Mengajar kanak-kanak berminat dengan membaca adalah sangat penting. Terdapat beberapa panduan yang mudah bagi melaksanakan usaha anda.
    1. Jadikan membaca satu tabiat. Jemput kanak-kanak membaca dengan anda setiap hari. Bantu anak anda membaca dari kiri ke kanan dan memahami setiap perkataan yang dikatakannya, dari satu perkataan ke satu perkataan.
    2. Bacakan buku yang sukai kanak-kanak berkali-kali. Mereka akan mempelajari perkataan baru dan mengingat cerita yang mereka sukai. Seterusnya akan diceritakan kepada rakan-rakannya pula.
    3. Bacakan cerita dengan rentak perkataan yang berkaitan dan ulang beberapa kali.Contohnya perkataan "terkejut." Tunjukkan bagaimana mimik muka dan nada suara "terkejut" kepada anak anda. Tunjukkan perkataan demi perkataan sepanjang sesi membaca berkenaan.
    4. Bincangkan perkataan baru dan buatkan mereka bermain-main dengan perkataan itu. Contohnya: Rumah yang besar ini adalah istana. Siapa yang kamu fikir akan tinggal di istana?
    Jika ada gambar, tanya apa yang dilihat dan kaitannya dengan cerita berkenaan.
    Bacakan buku yang mempunyai pelbagai jenis cerita kanak-kanak seperti kisah sirah nabi, kamus bergambar, puisi dan buku-buku bermaklumat yang bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak.
    Sumber : I luv Islam.

    Friday, October 22, 2010

    Tanggungjawab Ibu Bapa Terhadap Anak-anak dalam Islam, petikan drp Kitab Anakku Hebat Anakku Saleh Terbitan Telaga Biru

    1)          Menjaganya semenjak bayi di dalam rahim ibu.  Islam tidak hanya menjaga anak selepas ia keluar tetapi sebelum itu lagi dan perkara ini dapat dilakukan dengan cara :-
    a)     Memilih isteri yang sesuai dan baik kerana perkara ini penting untuk dapatkan zuriat yang baik sampailah ke hari mati.  Nabi s.a.w. ada bersabda:
    (تخيَّروا لنطفكم)[1]                     

          Maksud: Pilihlah isteri yang sesuai untuk benih-benih kamu (anak-anak).


                   Diriwayatkan ada seorang datang kepada Saidina Umar menceritakan keburukan perangai anaknya lalu Saidina Umar r.a. memanggil anaknya dan mengingatkannya tentang besarnya dosa menderhaka ibubapa.  Si anak tadi bertanya Saidina Umar : “Tidakkah anak juga ada hak ke atas ibubapanya”? Jawab  Umar : Ya! Anak itu tanya : “Apakah dia hak-hak mereka”?  Saidina Umar menjawab hak-hak anak ialah : “Hendaklah si bapa memilih ibu yang solehah, memberi nama yang baik untuk anaknya dan mengajarnya Al-Quran.  Si anak terus jawab selepas itu : “Dia tidak membuat satu pun daripada 3 perkara itu.  Yang pertama dia tidak pilih isteri yang baik, ibuku seorang Negro (زنجيه) hamba kepada seorang majusi. Kedua dia menamakanku Ja'lun (Ja'ranun). Ketiga dia tak mengajarku satu huruf pun daripada Al-Quran”. Saidina Umar r.a. pun berkata : “Adakah kamu datang untuk mengadukan kepadaku kederhakaan anakmu........ kamu yang telah menderhakainya sebelum dia menderhakaimu”.

          -        Usman b. Abi - Al 'Ash juga ada berkata kepada anak-anaknya : Aku telah memuliakan kamu semua dengan ibu-ibu kamu yang mulia, orang yang nikah itu adalah petani, maka hendaklah seseorang petani itu memastikan tempat dia meletak tanamannya.

    Jika dia berjaya berbuat demikian sesungguhnya dia telah berjaya mendidik anaknya 20 tahun atau lebih sebelum anak itu dilahirkan lagi.  Seorang ahli bijaksana ada berkata : Mulakanlah tarbiyyah anakmu 20 tahun sebelum anak itu dilahirkan.

    b)     Menjaga kesihatan ibu yang hamil :

                Ini termasuk menjaga makan minumnya supaya dapat menjaga kesihatan bayi.  Semua yang baik dan buruk akan memberi kesan pada anak itu.  Juga menjaga hubungan dengan isteri yang hamil itu supaya dia tidak terasa sakit hati.  Ibu juga dinasihatkan tidak mengambil makanan yang memudharatkan semasa mengandung seperti merokok, minum arak dan lain-lain.

                                        Terdapat banyak bukti menunjukkan kesan-kesan sampingan yang dahsyat pada anak-anak yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang memakan bahan-bahan yang merosakkan itu seperti yang tercatat dalam kajian-kajian yang dijelaskan.

                                        Tekanan perasaan, sakit jiwa dan spiritual anak banyak dipengaruhi oleh suasana semasa ia berada dalam kandungan dan semasa ia menyusu.  Seorang ahli perubatan Perancis mengatakan tindak-tanduk anak selalu dipengaruhi oleh keadaannya semasa 5 tahun pertama hidup di dunia.  Kajian juga menunjukkan seseorang yang sakit jiwa selalunya telah terdedah kepada unsur-unsur negatif di zaman kanak-kanaknya.

                                        Realiti ini berkaitan rapat dengan tempoh hidup kanak-kanak yang pertama (5 tahun pertama) semenjak dilahirkan termasuk tempoh dia berada dalam kandungannya.

    c)     Menjaga hak harta pesaka bayi.

                   Jika bapanya mati, maka harta yang ditinggalkan tidak boleh dibahagikan sampai bayi itu dilahirkan supaya masa depannya terpelihara. Jika dibahagikan juga, maka hendaklah dikhaskan sebahagian yang tertentu untuk diberi kepada bayi itu bergantung kepada jantinanya.  Sekiranya anak yang dilahirkan itu tidak tepat seperti yang dijangkakan, maka hendaklah diberikan yang baki yang merupakan haknya atau hendaklah dipotong sebahagiannya.



    d)     Menjaga kesihatan janin.

                                        Islam meringankan beberapa perkara ke atas wanita hamil untuk memudahkannya. Sebagai contoh wanita hamil dibolehkan berbuka puasa.


    e)     Islam juga mengenakan hukuman yang berat ke atas pembunuh anak walaupun ianya masih lagi janin seperti di dalam hadith :
    (في الجنين غرّة عبد أو وليدة) [2]                          

    Maksud: Dalam membunuh janin wajib kifarah (denda) hamba lelaki atau perempuan.

             Begitu juga perempuan hamil kerana zina tidak dikenakan hukuman hudud atasnya sehingga dia melahirkan anak.  Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w.) kepada perempuan Al-Ghamidiyyah yang berzina, Baginda melewatkan hukuman ke atasnya sehingga dia melahir dan kemudian menyusukan anaknya.

    2)          Menjaga anak selepas kelahirannya.

    a)      Menjaga nasabnya iaitu si anak layak dinasabkan kepada ayahnya selepas dilahirkan.  Nasab yang dimaksudkan ialah 'bin' anak itu.  Anak yang dilahirkan mesti di 'bin' kan kepada ayahnya.  Anak-anak ayahnya yang lain adalah adik-beradiknya.
    Anak zina tidak boleh di'bin'kan kepada lelaki yang berzina dengan emaknya walaupun ada ikatan darah daging antaranya dengan anak zina itu. Ini kerana syara' tidak mengiktiraf perbuatan terkutuk itu sebagai cara mendapatkan anak.  Anak zina tidak layak mendapat harta ayah zinanya dan juga tidak berhak mewarisi harta ayahnya itu.

             Nasab itu juga sabit dengan cara tidur sekali bagi suami isteri.  Ini kerana anak itu adalah hasil perkahwinan antara lelaki dan perempuan itu (jika dilahirkan dalam tempoh yang sedia diketahui dalam Islam)

                                        Di antara hak anak juga untuk mengetahui saudara-maranya dan kaum kerabatnya. Budaya hidup dengan maksiat seperti yang berleluasa di negara-negara barat dan  falsafah Karl Marx yang mengajak dan menyeru kepada hidup bebas tidak mengenal hak ini.  Falsafah-falsafah seperti inilah yang melahirkan generasi yang tidak kenal bapa mereka.  Merekalah yang di hina dan dicaci dalam masyarakat disebabkan ketiadaan bapa yang dapat melindungi mereka.  Tempat-tempat penjagaan seperti tadika, nurseri dan sebagainya tidak akan dapat memainkan peranan sebuah keluarga yang dipimpin oleh seorang ayah yang dicurahkan kasih sayang oleh seorang ibu.

                                        Memandangkan kepentingan keturunan inilah, Islam meminta seseorang muslim untuk memastikan kesahihan nasabnya dan Saidina Umar r.a. ada berkata : Pelajarilah ilmu nasab kerana ia merapatkan hubungan kekeluargaan antara kamu.

    b)     Memberi nama yang baik :

                                     Itulah hak-hak anak-anak ke atas bapa-bapa.  Bapa hendaklah memberi nama yang baik kerana Rasulullah ada bersabda :  
    (إنكم يوم القيامة تدعون بأسمائكم،وأسماء آبائكم،فأحسنوا أسماءكم)[3]

    Maksud: Kamu akan di seru Hari Qiamat dengan nama-nama kamu dan nama bapa kamu, maka perelokkanlah nama kamu.

             Nama yang buruk yang menjadi ejekkan pada orang lain perlu dielakkan.  Nama sebenarnya memberi kesan pada jiwa anak-anak itu sendiri.  Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah lalu bertanya : Apakah hak anakku ini, jawab Baginda : Berilah nama yang baik kepadanya, ajarlah ia akhlak  yang  baik   dan  letakkanlah  dia  di tempat   yang   baik.   Di dalam  hadith disebut, sebaik-baik nama adalah nama yang menyembah dan menyucikan Allah .  Sebagai contoh satu hadith dari Ibnu Umar r.anhuma :

    (إن أحب اسمائكم الى الله عز وجل:عبد الله،وعبد الرحمن)[4]

    Maksud : Sebaik-baik nama kamu di sisi Allah ialah Abdullah dan
    Ab. Rahman.

             Al-Mawardi mensyaratkan nama yang baik itu mestilah ada 3 perkara :-

    1)     Nama ibu adalah nama orang-orang soleh.
    2)     Hurufnya pendek, senang disebut dan mudah.
    3)     Sesuai dengan tuan punya nama sendiri.

          Dengan sebab itulah kita lihat Nabi sering mengubah nama-nama sahabatnya yang kurang elok daripada segi makna.  Anak Saidina Umar R.A yang bernama 'Asiah' (آسية) ditukar oleh Nabi kepada Jamilah                      (جميلة) kerana nama yang pertama tadi maknanya orang yang berbuat maksiat.  Nabi juga mengubah nama seorang yang bernama Hazen (حزن) yang bererti duka kepada Sahal (سهل) yang bermakna mudah.  Hazen tadi tidak setuju dengan perubahan itu dengan alasan tidak mahu mengubah nama yang diletakkan oleh bapanya lalu berkekalanlah sifat duka padanya selepas itu.  Demikianlah riwayat Said bin Al-Musayyib.

          Nama menggambarkan apa yang ada dalam naluri seseorang. Ia juga memberitahu cara pemikiran seseorang dan ia akan kekal sampai matinya.  Dengan sebab itulah Islam meminta menamakan dengan nama yang baik.

          Pada hari ini kita lihat banyak nama diambil dari nama-nama yang di import di mana kebanyakkannya mempunyai makna kurang baik.

    c)     Hak anak untuk menyusu :
          Menjadi tanggungjawab bapa menyediakan penyusu bagi si anak dalam tempoh 2 tahun.  Firman Allah :

    (وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلاَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ
    [5] لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ)

    Maksud: Dan ibu-ibu yang melahirkan anak-anak, menyusukan anak-anak mereka 2 tahun bagi yang ingin menyusukan.

          Walaupun jumhur ulama' berpendapat ibu tidak wajib menyusukan anaknya secara hukuman tetapi perbuatan itu dianggap berdosa jika ditinggalkan.  Penyusuan ibu anak itu sendiri lebih memberi faedah pada anaknya berbanding dengan perempuan yang lain.  Saya cenderung untuk menghukum ibu wajib menyusukan anaknya.


    d)     Haknya untuk dapat penjagaan.

          Sekiranya ibu tidak mampu menjaga anak itu, si bapa hendaklah mencari  perempuan lain yang dapat mengganti si ibu. Pengganti itu hendaklah seorang yang beragama, berakhlak dan menepati syarat-syarat yang diletakkan oleh Islam.

    e)     Hak mendapat perbelanjaan. (nafkah sara hidup).

          Wajib atas bapa membelanjakan untuk anak-anak mereka selagi mereka tidak memiliki wang sendiri.  Bagi anak lelaki, tanggungjawab bapanya berterusan sehingga dia bekerja dan bagi anak perempuan sampai berkahwin.  Jika bapa tidak melaksanakan perkara yang di pertanggungjawabkan ke atasnya ini berdosalah dia berdasarkan hadith Nabi S.A.W :
    (كفى بالمرء إثمًا أن يضيّع من يقوت)[6]

    Maksud: “Cukuplah seseorang itu berdosa jika dia meninggalkan memberi makan yang di bawah jagaannya”.

                                     Disebabkan manusia lebih suka anak lelaki, maka Nabi telah mewasiatkan untuk menjaga anak perempuan dengan baik. Sabda Nabi S.A.W  :-
    (من عال جاريتين دخلت أنا وهو الجنة كهاتين،وأشار باصبعيه: السبابة،
     والتي تليها)[7]

    Maksudnya : Sesiapa yang menjaga 2 orang anak perempuan (dengan baik) nescaya akan masuk syurga. Aku dan dia seperti ini dan menunjuk 2 jarinya jari telunjuk dan jari tengah.

                                     Bapa perlu membelanjakan untuk anak-anaknya. Kalau tiada ayah, maka datuk atau yang lain yang bertanggungjawab melaksanakan tanggungjawab itu.  Hendaklah pihak yang bertanggungjawab itu berusaha menjadikan mata pencariannya daripada yang halal supaya ALLAH MEMBERKATI REZEKINYA ITU.

    f)      Haknya untuk belajar.

          Penting bagi bapa mengajar dan mendidik anak-anaknya dengan cara tarbiyyah yang betul supaya dia tidak rugi di dunia dan akhirat.  Antara perkara penting yang mesti dititik beratkan dalam tarbiyyah ialah memahamkan anak tentang tauhid yang betul, cara-cara ibadat, di samping mengajar mereka akhlak, cara-cara berurusan juga mengajar mereka yang halal dan haram.

          Perkara-perkara ini penting bagi mewujudkan kesedaran pada anak tentang keperluan dan tujuan hidup untuk mencapai redha Allah.
    Mendidik dan mengajar ilmu adalah wajib atas ibubapa kerana ilmu penting dalam kehidupan anak tadi.


                Akhir sekali ada beberapa hak yang lain yang perlu juga ditunaikan berbentuk hukum-hakam seperti sunat menggembirakan seorang yang akan dikurniakan anak, ucapkan tahniah bagi yang dikurniakan anak, sunat Tahniq تحنيك  )   (untuk anak yang baru dilahirkan (memberi makan bahan yang manis).  Banyak lagi perkara yang serupa yang sudah di ketahui oleh para pembaca..... Bagi yang berminat bolehlah membaca kitab Tuhfatul-Maudud Fi Ahkamil Maulud ((تحفة المودود في أحكام المولود)) oleh Ibnu Qayy'm Al-Jauziyyah.                                       

                Sekiranya semua ini dilaksanakan sepenuhnya, tentulah generasi yang bakal dilahirkan akan dapat menyelesaikan masalah-masalah. Saya katakan di sini : Lihatlah Islam telah mengiktirafkan kedudukan anak semenjak 15 kurun yang lalu sedangkan di Barat, mereka hanyalah mengambil berat tentang kanak-kanak pada awal kurun ini dengan pelbagai undang-undang yang diwujudkan.  PBB berjaya mengadakan undang-undang untuk melindungi kanak-kanak pada tahun 1959.  Undang-undang ini diwujudkan berikutan usaha-usaha untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

                Undang-undang ini menitikberat masalah-masalah kesihatan, pendidikan untuk melatih kebolehan dan kemahirannya, keperluan untuk pendidikan agama, berakhlak dengan nilai-nilai yang tinggi dan hak untuk menikmati semua peluang yang ada dan untuk melakukan hobinya.Apa yang ada dalam undang-undang ini boleh dikatakan sebahagian kecil dari hak-hak yang dianugerahkan oleh Islam untuk anak-anak.



    [1] Diriwayatkan oleh Ibn Maajah


    [2] Muttafaqun Alaih.


    [3] Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ahmad.


    [4] Diriwayatkan oleh Muslim.


    [5] Surah Al-Baqarah : 233.


    [6] Diriwayatkan oleh Ahmad,Abu Daud,Hakim dan Baihaqie.


    [7] Diriwayatkan oleh Muslim.

    Thursday, October 21, 2010

    Malam Bersenang Lenang

    Selalunya malam2 mcm ni adalah menjadi rutin yg sgt sibuk untuk aku.. after mandi, mandi kan haziq, solat, pastu masak cepat2.. kasi papa haziq makan, then terus naik atas , bukak beg haziq tengok apa homework dia then lepas lebih kurang sejam wat homework bukak tv disney playhouse haziq soh tv plak ajar dia. Pastu aku amik baju basuh plak (2 harisekali basuh baju) , then sembang2 jap ngan hubs kat bawah then sidai baju lak.. then bg haziq ubat, susu segala.. naik atas balik..solat isyak plak. Then bg haziq naik atas katil dia , bg PSP kasi dia main then aku sambil2 tu baca lah buku nak online kadang malas dah.. then nak suruh haziq tido bacakan story book dulu tutup lampu.. buat2 tido..barulah mamat ni tido.. sibuk kan?? sibuk?

    Tapi malam ni, hubs ada kelas malam, aku ambik cuti masak sendiri lepas aku ckp kat dia kirim beli pape mknn after balik klas nanti. So dia paham lah aku x masak arini. Haziq plak aku kasi dia cuti.. sekarang tgh main game (merampas tahta bapaknya pulak depan tv.. mmg aku xde peluang la nak tengok tv. .. ) So aku amik lektop then blog walking, cari peluang2 bisness  nak tambah2 duit poket.. Waa.. heaven sungguh malam ni.. Klw tetiap malam camni kan best.. selalunya dapat wat camni waktu mlm minggu jek.. tu pun lepas masak la..

    Tetiba perut lapar plak.. rasanya baked beans ada kot kat dapo.. nak try wat cam makbed wat lah.. tumis ngan planta n bawang.. pastu nak wat scramble egg makan ngan roti.. kang hubs balik bawak mknn MAKAN la lagi.. thats y i like being pregnant.. takde sape nak sound pun klw makan banyak2.. Tapi pregnant kali ni rasa sgt seronok sbb badan rasa sihat sentiasa.. Alhamdulilah...

    Oh ya..nak citer pasal neber (jiran) i la... jiran2 kat sini nape sombong2 ek? ke aku yg sombong.. terutamanya makcik nurse depan umah ni.. hubs pun kata.. aku punya lah tersengih2 dia bole wat bodo ngan siap panggil anak dia masuk umh lagi masa anak dia tgh lepak depan umh aku.. aku rasa dia muda lagi, tapi sbb dia kelihatan sombong aku nak panggil dia makcik.. hehehe.. pnh sekali masa house warming sblh umh aku, aku saje ar bukak mulut.. tanya dia"duduk depan ni ek?".. pastu dia jawab " a ah.."then terus blah.. sama lah jugak ngan akak yg 2 rumah selang dr umah aku ni. .. hubs mmg x bekenan ngan anak2 dia.. sbb hubs kata mcm anak org kuala.. (aku salu ckp jgn camtu.. x baik..) yelah tengah2 tghri rembang x pakai baju berjemur pastu ketuk tong cat.. buat bising.. then mak dia plak.. jalan2 lalu depan umh aku.. aku yg besar mcm batu bersurat kat depan umh tgh tengok anak aku main beskal ni pun wat tak tau jek.. cam tu ke jiran zaman sekarang? nasib baik orang sblh umh aku ni ok.. peramah.. baru pas bersalin  anak ke 2 .. kiranya klw nak sembang tu adalah modal nak bercerita.. Ops.. aku mmg tak suke bersidai depan umh.. melainkan tengok anak main beskal or menyapu depan umh.. time tu jek la aku nak ada kat depan pun..lain2 mmg ada kat dalam rumah jek.. Mungkin komuniti kat sini masih baru n tak kenal each other lagi.. nanti lama2 ok lah gaknya.. hmmmm hope so..

    Perut i makin lapar lah.. nak off gi dapur .... tadaaaa

    Plan Nak Tukar Skul Haziq

    Tahun depan aku rasa nak tukar skul Haziq. Banyak benda yang aku tak puas hati tentang Smart Reader Seri Manjung ni. Banyak yg x memenuhi piawaian aku . antara nya :

    1. Skul mula 8.30.. tapi biarkan budak main playground until 9.30 .Waktu skul hanyalah until 11.30. Pukul 10 rehat makan plak. Klw nak main petang2 pun aku leh bawak dia pegi main
    2. Kerap bertukar guru - ni adalah tak bagus .. appearance teacher nya saje mmbuatkan aku x bekenan. Tak kemas, rambut da la panjang x rebonding plak tu  . Pakai baju pun x macam cikgu. Macam ni ke nak ajar sivik kat anak aku? Then sejak haziq kat situ da byk kali aku tgk bertukar guru. Guru ni pegi kusus ke?
    3. Bila turun tangga cikgu yg menonong dulu  anak murid berlari2 kat tangga. Klw jatuh cemana? dah la budak2 tu suke tolak menolak.
    4. Takde provide food - ni 1 hal.. dulu ckp ada lah biskut2 and air untuk students. Aku x kisah sgt part ni,sbb haziq mmg x mkn benda bukan2 selain biscuit. tapi bila haziq x bawak food balik dia akan ckp kat aku.. harini haziq makan batrisha punya food. What? aku kata teacher x bg biscuit ke? dia kata xda, air pun xde. Budak mana pandai bohong kan?
    5. Haziq ada resdung. Pagi2 dia akan bersin2 banyak kali. Tapi bila aku amik haziq , teacher tu boleh ckp kat aku. "madam, i think haziq is not well. I think tomorrow he better take a rest at home, I worried haziq will spread the disease to other students" wah.. sesedap jek dia kata xyah anta anak aku g skul dah la bayar mahal. Aku tahu la bila masa anak aku nak rest ke xyah rest. Pundek dia lah!
    6. Aku tengok makin lama makin kurang students. Sekarang tinggal 8 orang jek. Aku rasa aku tahu reason nya kenapa, sbb subject banyak yg dikurangkan (fee x plak kurang!) antaranya ialah music and mandarin. sbb cikgunya kerap berenti jek
    7. Lagi2 menda yang sama belajo xde peningkatan. Balik2 itu2 yg di kasi homework kat anak aku
    7. Owner (kira cam cikgu besar dia lah) india ni mmg.. bila aku complen, time aku ckp, dia nak ckp. Macam ETS lajunya klw dia becakap. Aku customer ke dia customer.

    So this month should be the last month for haziq at Smart Reader. So.. aku mmg x rekemen lah kat kengkawan anak2 p kat sini. Klw mahal bayo tapi puas hati takpe.. Sebulan bayar RM280 tu x termasuk fee2 lain. Klw fee macam tu, baik aku anta anak aku kat nursery jek. 1 hari dia jaga sume dia bagi. Dulu aku choose skul ni sbb aku tgk x ramai student, since haziq baru 3years aku nakla teacher ni focus kat anak aku memandangkan he is the youngest student here.  So friends, let band Smart Reader Seri Manjung! mmg hampeh!

    Aku plan next year nak hantar haziq to Krista ataupun Kika. Since kat situ aku banyak dengar skulnya ok la. Then students ramai bolehlah haziq belajar sosial sket. takdelah dengan 8 orang kawan dia tuh jek. Dah la 2 orang jek lelaki, 6 orang pompuan. Papa haziq pun xde la banyak songeh sangat. Tapi mcm biasalah, mama pegi lah ek.. papa bz.. till now aku x g wat registration lagi. Kang penuh lagi 1 hal pening aku nak pk plak. Baru anak skolah tadika, blom skolah betul2 lagi.  Aku tak kisah sangat , since anak aku bukan ramai pun.. (n tak plan nak ramai2 pun) so focus aku hanyalah pada Haziq buat masa ni. So.. aku nak deliver yg terbaik yg aku mampu. I'allah..

    Baraka Allahu Lakuma Lyrics

    Frankly, aku mmg xdgr lagu2 macam ni.. bukan apa.. aku nmpk lagu2 berunsur agama ni mcm nasyid2 sekarang menggunakan instrument2 yg x bersesuaian dengan  lagu nasyid tersebut.. Sbb walaupun aku tgk secara fizikal nya begini, i skul agama k.. Alang2 nak dgr, baik aku pasang orang baca Quran terus lagi best. Cuma dedulu masa study aku dok sebilik dgn Ita ( tah mana dia sekarang) beliau adalah seorang yg sgt kuat pegangan agamanya. ( Orang mcm ni aku respect ) bayangkan aku kan pemalas sket solat subuh, then masa dia kejut aku sambil menangis (sumpah! mak pun x wat camni) katanya klw aku x solat dia pun sama tanggung dosa sbb dia biarkan aku x solat ( betul what) and klw aku gelak kuat2 dia akan ckp haih robohlah pagar yg saya dah buat (maksudnya mungkin dia ada baca ayat quran untuk mendinding kami dari gangguan2 syaitan. ) and selama setahun aku duduk ngan beliau.. banyak gak lah yg aku belajar dari beliau.. tapi yg penting, she respect my personal life. Semoga beliau berbahagia sekarang ni..

     Aku selalu tertanya..sape ni Maher Zain? Ramai betul yg suke dia.sampai la dia dtg Malaysia haritu aku dgr kat radio n dengar lagu ni.. wa... best rupanya dia.. and I cant stop listening to this song. So aku search and paste kat sini.


    Baraka Allahu Lakuma Lyrics

    By: Maher Zain
    We’re here on this special day
    Our hearts are full of pleasure
    A day that brings the two of you
    Close together
    We’re gathered here to celebrate
    A moment you’ll always treasure
    We ask Allah to make your love
    Last forever
    Let’s raise our hands and make Du’a
    Like the Prophet taught us
    And with one voice
    Let’s all say, say, say
    بارك الله لكما وبارك عليكما
    وجمع بينكما في خير
    بارك الله لكما وبارك عليكما
    وجمع بينكما في خير
    Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
    Wa jamaah baina kuma fee khair.
    Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
    Wa jamaah baina kuma fii khair.
    From now you’ll share all your chores
    Through heart-ship to support each other
    Together worshipping Allah
    Seeking His pleasure
    We pray that He will fill your life
    With happiness and blessings
    And grants your kids who make your home
    Filled with laughter
    Let’s raise our hands and make Dua
    Like the Prophet taught us
    And with one voice
    Let’s all say, say, say
    بارك الله لكما وبارك عليكما
    وجمع بينكما في خير
    Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
    Wa jamaah baina kuma fee khair.
    Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
    Wa jamaah baina kuma fii khair.
    بارك الله
    بارك الله لكم ولنا
    الله بارك لهما
    الله أدم حبهما
    الله صلّي وسلّم على رسول الله
    الله تب علينا
    الله ارض عنا
    الله اهد خطانا
    على سنة نبينا
    Let’s raise our hands and make Du’a
    Like the Prophet taught us
    And with one voice
    Let’s all say, say, say
    بارك الله لكما وبارك عليكما
    Barakallahu Lakuma wa Baraka alikuma

    Wednesday, October 20, 2010

    Mengingatkan Aku dan Semua Ibu..

    Baca ni untuk pengetahuan semua dan mungkin jua boleh dijadikan amalan bersama..Aku dapat dari Iza


    " Anak adalah kurniaan & Amanah Allah .. Jagalah Sebaiknya.. "

    Banyak benda yang orang perempuan sayang. Mereka sayangkan suami mereka, ibubapa, adik beradik, rumah, harta benda, barang perhiasan, kasut dan juga beg tangan. Namun, ada satu lagi benda yang mereka sayangi dan perhubungan kasih sayang ini amat sukar untuk diceritakan dengan kata – kata. Itulah hubungan kasih sayang dengan anak – anak. Menyayangi anak – anak ada sedikit perbezaannya, mungkin kerana susah payah ketika mengandungkan mereka dan juga ketika melahirkan mereka. Mungkin juga kerana susah payah menjaga mereka sewaktu kecil. Hubungan antara ibu dan anak itu sesuatu yang 'special'.

    Anak – anak ini ada pelbagai ragamnya. Ada yang pendiam dan mudah menurut kata. Ada pula yang suka bergelak ketawa dan periang. Ada juga yang suka menangis. Sebagai seorang ibu, kita amat risau bila anak mula menangis. Sayangku, mengapa kau menangis? Ada banyak sebab anak – anak itu menangis. Bagi bayi yang kurang dari 6 bulan umurnya, agak mudah untuk menelah mengapa mereka menangis; samada basah (buang air kecil atau besar), mengantuk, lapar mahupun tidak selesa. Itu saja. Periksalah satu persatu, insyaAllah kita pasti mengetahui puncanya. Namun, jika semua sudah diperiksa dan ditangani, dan anak masih juga menangis, mungkin dia dalam kesakitan. Jika kelakuannya nampak berubah dari biasa, menjadi lembik dan mungkin tidak mahu menyusu seperti biasa, eloklah dibawa berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

    Namun bila anak semakin menginjak usianya, ketika dia mula bijak mengenal ibubapanya dan suasana di sekelilingnya, maka lebih banyak sebab untuk dia menangis. Keadaan menjadi semakin sukar bila dia masih belum pandai bercakap (iaitu sekitar usia 1 hingga 3 tahun) di mana dia mempunyai sebab tertentu untuk menangis tapi amat sukar untuk kita memahaminya lantaran jurang bahasa yang terbentuk antara kita dan dia.

    Adakah sayangku merasa sedih? Merasa kesepian? Merasa ditinggalkan? Merasa tidak disayangi? Merasa cemburu kepada si adik yang lebih kecil? Merasa diketepikan? Perasaan – perasaan sebegini yang mula wujud di dalam diri mereka, sukar sekali untuk dinyatakan dengan perkataan. Maka menangislah caranya. Itulah caranya mereka hendak menyatakan rasa hati mereka.

    Anak – anak itu suci, apa yang mereka rasa, itulah yang cuba dizahirkan dengan cara mereka yang tersendiri. Mereka tidak mempunyai perasaan dendam, busuk hati, ego, mahupun benci. Apa yang mereka ada dan rasa semuanya adalah fitrah. Anak – anak biasanya suka menyayangi, prihatin, sangat curious dengan persekitaran mereka dan suka mencuba. Bukankah kita juga begitu sewaktu kita kecil dahulu?


    Tak kisahlah sebenarnya apa juga sebab mereka menangis, yang penting, sebagai ibu yang bijak, kita harus pandai menangani keadaan mereka ketika itu. Lagipun, apalah gunanya si ibu kalau tak pandai memujuk anak? Tapi sebelum itu, pastikan dahulu yang mereka menangis bukanlah disebabkan kesakitan seperti luka, lebam, demam ataupun disebabkan kelaparan. Setelah dipastikan bahawa dia menangis bukanlah disebabkan masalah fizikal, maka di sinilah peranan kita sebagai si ibu untuk merawat masalah di hati mereka.

    Prihatin, dan tingkatkan sensitiviti kita. Itulah langkah pertama. Cuba memahami hati mereka sebagaimana kita ingin hati kita difahami. Cubalah berada di situasi mereka pada ketika itu, dengan segala kelemahan – kelemahan dan kekurangan yang mereka ada (tidak mampu memberitahu perasaan mereka, merasa insecure dan sebagainya). Pada ketika itu, apa lagi yang mampu mereka lakukan selain menangis?

    Kita sebagai ibu, jangan cepat menganggap yang si anak hanyalah mengada – ngada dan manja. Bersangka baiklah terhadap mereka. Pada kebiasaannya, mereka sebenarnya memerlukan perhatian dari kita. Itulah anak, mereka risau kalau ibubapa tak menyayangi mereka. Mereka takut jika mereka tidak dipedulikan lagi. Maka berilah kasih sayang dan perhatian yang mereka harapkan dan dambakan itu. Belailah mereka, peluklah mereka... mereka hanya memahami bahawa kita sayangkan mereka dengan cara perbuatan kita – peluk dan belai. Itulah ubat yang sangat berkesan.

    Ibu bapa mana yang tak sayangkan anak? Namun tak semua ibu bapa pandai menzahirkan perasaan sayang itu kepada anak – anak mereka. Ketahuilah, kalau sekadar sayang di hati, namun tidak diluah dengan kata – kata, mereka mungkin tak mengetahuinya. Malah, kalau sekadar diluah dengan kata – kata, namun tidak dizahirkan dengan perbuatan, mereka merasa sukar untuk merasainya. Tunjukkan kasih sayang kita kepada anak – anak dengan kata – kata yang lembut dan belaian dan pelukan yang hangat. Mereka amat – amat menghargainya. Tanpa kita sedari, mereka akan mula kurang menangis, mereka menjadi lebih yakin pada diri mereka sendiri dan mereka akan mula menunjukkan kemampuan mereka sebagai anak yang hebat. Anak yang hebat lahir dari didikan ibu bapa yang hebat.

    Wahai ibu, tanamkanlah perasaan sabar di dalam diri. Bersyukurlah kerana Allah mengurniakan dirimu dengan zuriat yang sihat dan comel. Lebih ramai wanita di luar sana yang amat inginkan anak, namun masih tidak diberi rezeki anak. Maka bagi kita yang diberi nikmat perkahwinan, mengandung, dan diberikan kurnia anak, bersyukurlah. Bersyukurlah dengan cara menjaga amanah itu sebaiknya. Janganlah sehingga kurnia itu ditarik balik baru kita menyesal menggigit jari. Bersyukurlah sementara masih diberi kesempatan.

    Jika kita sesungguhnya bersyukur dengan pemberian Allah ini, dari situ timbullah perasaan sabar ketika membela mereka. Anak – anak hanyalah anak – anak, mereka itu fitrah. Mereka bukan dilahirkan semata – mata untuk menyakitkan hati kita. Sebaliknya mereka dilahirkan untuk menguji kesabaran dan kemampuan kita sebagai ibu muslimah yang mensyukuri nikmat Allah. Maka bersabarlah ketika mereka menangis. Tolaklah jauh – jauh perasaan benci, ego, pentingkan diri sendiri yang wujud ketika itu. Sebaliknya lembutkan hati, korbankan perasaan supaya kita dapat melayan mereka dengan penuh kasih sayang. Memanglah, sebagai isteri dan ibu kita sentiasa sibuk di dapur, menguruskan rumahtangga dan sibuk bekerja bagi ibu yang bekerja. Tapi itu bukanlah alasan untuk kita menolak anak ke tepi hanya kerana pada waktu itu dia memerlukan belaian kita. Belajarlah untuk menghargai mereka agar mereka membesar dalam suasana yang positif dan penuh keharmonian.

    Bagaimanakah mahu belajar bersabar dengan kerenah anak – anak? Banyak caranya. Tepuk dada tanya selera. Antara cara yang berkesan adalah dengan berhenti sebentar dan berfikir. Kalau di negara Barat, mereka mengajar begini: jika ketika itu kita sedang merasa sangat marah, maka berhenti sebentar dari melakukan apa jua dan mula mengira sehingga sepuluh. Sambil itu, tarik nafas dalam – dalam dan hembuskan perlahan – lahan. Dengan itu kita dapat berfikir dengan lebih rasional dan tidak melakukan tindakan yang bodoh dan sia – sia. Itu cara orang putih. Maka bagi kita juga, boleh juga digunakan dengan cara yang sama, cuma daripada mengira satu sehingga sepuluh, sebaliknya kita diajar untuk beristighfar. Istighfarlah sehingga hati merasa tenang. Daripada berdiri kita duduk. Daripada duduk kita berbaring. Ambil wudhuk dan tenangkan diri. Kemudian barulah berfikir urusan yang mengganggu kita sebentar tadi. InsyaAllah kita akan terelak daripada melakukan perbuatan yang bodoh dan sia – sia.


    Ada juga ibu yang membelai dan berlaku baik kepada anaknya hanya di depan suami atau ketika bersama orang lain. Sebaliknya di belakang mereka, dia menengking anak itu, menarik telinga sekuat hati, dan mencubit sehingga lebam – lebam bila anak itu menangis atau mengganggu urusan si ibu. Tapi terlupakah si ibu bahawa Allah sentiasa memerhatikan kita? Malah Allah sentiasa mengetahui isi hati kita yang terdalam jauh di lubuk sana. Tak guna jika kita hanya baik dengan anak di hadapan orang sedangkan kita sebenarnya hanyalah menipu diri kita sendiri. Ingatlah, kita bertanggungjawab untuk menjawab di hadapan Allah di akhirat kelak akan segala perbuatan kita sekarang. Dan bukan sekadar menjawab kepada suami, keluarga atau orang sekeliling. Oleh itu sentiasalah berlaku baik kepada anak – anak pada bila – bila masa. Baik ketika keseorangan mahupun ketika bersama orang lain.

    Ingatlah, kita diwujudkan di muka bumi ini hanyalah semata – mata untuk beribadah kepada Allah Taala. Orang yang paling Allah redha adalah mereka yang paling bertakwa dan banyak amalan solehnya. Maka jadikanlah tugasan seharian kita sebagai ibu dan isteri sebagai satu ibadah dan amalan soleh yang diterima oleh Allah Taala. Lakukan yang terbaik dan ikhlas hanya kerana Allah Taala. Semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal untuk kita.

    Amalan BerPantang ... Masih Relevan atau pun Tak..

    aku search macam2 tentang berpantang ni.. since aku akan melaluinya sekali lagi pada bulan Feb. akan datang. Dan 1 yg membuka mata aku adalah, anak buah hubs punya wife koma setelah 43 hari melahirkan! apa yg menyebabkan jadi begitu? (tak tau knp.. doctor pun x tahu dia sakit apa sudden jek demam n terus collapes.. maybe tersalah makan or apa2 no comment..)


    Berpantang kali ni Opah dah takde, dulu masa haziq Opah masih ada. Opah adalah bidan.. jadi mmg aku rasa amat "terseksa" ketika melalui waktu berpatang ni. Bayangkan.. dah la bersalin Caesar.. pergerakan mmg terbatas, Haziq plak masa tu xmo tido malam, pukul 2pagi hingga 6 pagi berjaga.. Bila siang mmg mak n arwah Opah tak bagi tido, sembab katanya.. klw nak pejam pun kene duduk alas belakang ngan kusyen or bantal jek. Pastu kene bangun pagi2.. mandi semua air bunga ke herba apatah.. sbb bersalin caesar , takdelah berurut beria sgt. Tungku pun kat kaki jek.. Haziq mmg mak and Opah yg uruskan klw siang.. budak tu mmg tido jek. Klw bab makan plak.. Breakfast makan biskut and Air Kopi panas, Utk lunch and dinner lak.. makan nasi panas yg bersukat . Nasi sukat takpela. Ni air pun bersukat, xleh minum air bebanyak. haih ni yg aku lemah. Tempoh 44 hari aku rasa macam nak giler dok kat umah.. Tu belum masuk lagi berpilis bukan takat dahi jek, dah la panas, econ xleh bukak, baju plak xleh pakai lengan pendek, mak aih mmg panas giler ar.. Klw aku ckp panas, derang akan cakap.. mmg nak bagi kamu panas pun.. Huwaaa...

    Tapi sekarang baru aku faham kenapa kena berpantang. Sbb proses mengandung pun dah cukup mengembangkan segala2 nya and bersalin plak.. dengan urat2 yang putus lagi. Mmg rasa sihat, tapi x boleh ikutkan sgt, pergerakan kene batas kan.. Ni pun.. mak kata nanti bersalin x payah balik rumah even rumah dekat pun.. Kang balik umah main air ( maksudnya buat keje2 rumah la.. basuh baju, kemas umah, basuh pinggan.. dia tahu aku mmg x geti dok diam). Tapi yelah.. ada amalan yg masih relevan, ada jugak yg x.. klw jenis yg xde orang tua jaga tu? camane? keje2 umh sape nak buat x? suami2 pun dapat cuti cuma seminggu jek. Tapi pada aku, apa yg penting ialah, jaga pemakanan diwaktu pantang, yg sejuk2 mmg x payah makan lah. Haziq dah umur dekat 4 thn dah.. hingga kini aku x makan tembikai & timun.. tah kenapa aku mmg x sentuh.. bukan x suka.. tapi tah la.. mmg dah taknak kot.. Wlwpon aku xdelah kurus mcm Nyonya mener.. tapi alhamdulilah, aku sihat..  Thanks to mak & arwah Opah juga..  (ada orang tertunggu2 nak cuti 60hari bersalin tu, tapi aku mak aih.. jenuhnya nak berpantang....)

    Ni aku petik amalan2 berpantang yg perlu diamalkan.. Untuk aku dan juga yg lain2..



    Betapa pahit dan manisnya pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang baru bersalin. Walaupun tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan sebilangan besar wanita Melayu masih tekun dan rela mengikut tradisi ini. Dikatakan wanita yang rajin berpantang dijamin akan mendapatkan kembali potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekal minat suami.

    Disamping itu, ada kajian moden yang menyokong peranan yang dimainkan oleh bidan kampung yang mendamping ibu selepas bersalin. Kajian juga mendapati yang beberapa amalan pantang-larang ada kebaikannya. Antaranya, perlanjutan tempoh penyusuan ibu, larangan atas pergerakan ibu yang berlebihan dan urut-mengurut.


    Pakar-pakar antropologi menerangkan bahawa asas amalan pantang-larang kaum Melayu berlandaskan teori empat elemen berkurun dahulu. Elemen-elemen itu ialah tanah, yang bersifat kering; api, bersifat panas; udara, sejuk; dan, air, bersifat basah. Elemen-eleman ini mestilah berada dalam keadaan seimbang pada badan seseorang.


    Proses bersalin membuatkan tubuh ibu tidak seimbang. Kehilangan darah semasa bersalin membuat badan menjadi sejuk. Dikatakan pantang-larang Melayu, sekiranya diamal secara lengkap, iaitu mengurut,
    berbengkung, mematuhi larangan makanan, serta mengambil jamu dan herba, mujarab untuk mengembalikan tubuh badan wanita kepada keadaan sihat dan juga dapat mengimbangkan kembali elemen dalam badan.

    Ilmu perbidanan juga dikatakan satu anugerah Tuhan bagi individu dan keluarga yang terpilih sahaja, dengan tujuan supaya mereka membantu wanita dari semua lapisan masyarakat. Bidan kampung dianugerahkannya bagi membantu wanita desa.


    Kini, wanita Melayu di bandar tidak dapat melakukan kesemua pantang-larang sebab tiada keluarga dan masyarakat keliling untuk menyokong seperti kehidupan masyarakat di kampung dahulu. Apabila ditanya empat orang wanita, hanya seorang daripada mereka, Nuri, 46 tahun, yang dapat melakukan semua amalan dengan lengkap dan sempurna. Hajar, 34 tahun, mengamalkan sebahagian besar daripadanya, manakala, Linda, 30 tahun, tidak melakukannya untuk sepanjang tempoh pantang. Suria, 42 tahun, yang melalui
    pembedahan caesarean tidak mengamalkannya langsung.

    Lazimnya, hanya wanita yang mampu menempah bidan, atau pengasuh khusus atau mendapatkan emak sendiri menemani untuk 44 hari, yang dapat mengamalkan pantang dengan lengkap dan sempurna. Namun begitu, beberapa amalan utama masih banyak dipraktikkan oleh wanita Melayu.


    Berbengkung amalan utama

    Berbengkung merupakan amalan utama dan anda boleh membeli bengkung dan tak perlu menjahitnya sendiri seperti dahulu. Belilah dari Internet atau kedai-kedai tertentu. Anda boleh pilih antara tiga jenis bengkung: bengkung barut yang sama seperti barut kanak-kanak, bengkung Mia yang lebar dan diikat bersilang-seli dari bawah ke atas dan bengkung Jawa atau bengkung lilit yang merupakan kain lebar sepanjang 15 meter dililit kemas dari pinggul sampai ke payudara

    Baca lebih lanjut mengenai
    amalan bengkung.

    Urut-mengurut

    Berurutlah sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut; kalau boleh lebih, lagi baik. Mengikut Datin Sharifah Anisah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, ini akan:

    • melancarkan perjalanan darah;

    • mengeluarkan darah yang terperangkap dan tertakung;
    • menaikkan rahim;
    • membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya
    • memecahkan lemak;
    • mengetat dan membentuk tubuh.

    Urutan di bahagian payudara juga melancarkan susu ibu dan ini disokong oleh pakar perubatan juga.


    Bertungku

    Sebelum berbengkung, wanita bertungku supaya rahim kecut dan darah beku keluar. Darah dan lendir mestilah mengalir keluar sepanjang tempoh pantang 44 hari mengikut kepercayaan Melayu. Rahim tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal dan ini mengugatkan kesihatan. Biasanya, dikatakan bertungku juga:

    • memecahkan lemak;

    • mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin;
    • mengembalikan semuanya kepada keadaan asal.

    Rahim juga disengkak ke atas untuk mengelakkan daripada rahim jatuh dan penyakit tombong di usia tua.


    Bakarlah tungku dan balutlah dengan daun serai, lengkuas, pandan, dan lain-lain, kemudian lapitlah dengan kain. Bertungkulah selama sejam, tapi jika masa tidak mengizinkan, sekurang-kurangnya setengah jam. Tungkukan paha juga.


    Jamu

    Ibu baru disarankan memakan jamu serta herba panas seperti halia dan berpantang dari mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang "sejuk". Anda tidak digalakkan memakan hidangan berminyak, dan ini akan membantu anda kembali kepada berat badan asal (baca lebih lanjut mengenai cara pemakanan yang boleh membantu anda kembali ke berat badan yang asal). Ibu baru juga dilarang meminum air ais atau minum secara berlebihan sebab perut yang kembang akan sukar untuk mengecut. Bidan biasanya menggalakkan makan kunyit banyak-banyak sebagai ulam atau jus sebab ia berkhasiat untuk mengecutkan rahim.

    Jamu juga dikatakan berkhasiat untuk:


    • mengembalikan tenaga;

    • memanaskan badan;
    • mengeluarkan lemak dan toksin;
    • dan, melawaskan ke bilik air.

    Segala organ, otot dan urat, juga, akan mengecut dengan jamu dan kandungan air berlebihan dalam badan akan keluar. Jamu membuang angin dan menghempiskan perut. Mengikut Datin Sharifah Anisah, apabila semua toksin keluar, badan akan berbau harum dan berat badan pun akan turun. Makan jamu selama 44 hari memastikan yang segala kotoran dan toksin keluar dari dalam badan.


    Anda boleh membeli set jamu cukup untuk tempoh pantang 44 hari. Anda juga boleh menempahkannya khas dari bidan kampung. Jamu NR popular di Malaysia di samping Bidan Ratu, jamu Mak Dara dan jamu Afiat. Nyonya Maneer dan Mustika Ratu dari Indonesia juga digemari.


    Hajar juga amat tekun mengamalkan jamu sepanjang pantang. Katanya, “Apabila saya kembali bekerja setelah cuti bersalin, semua kawan-kawan mengatakan tubuh saya langsing dan muka saya kelihatan berseri-seri." Linda dan Nuri juga melaporkan bahawa ramai rakan sejawat, lelaki dan perempuan, mengatakan yang mereka kelihatan cantik, jelita dan langsing! Semuanya akibat jamu.


    Mandi-mandian herba dan akar kayu

    Ramai ibu baru juga bermandi air rebusan herba, akar kayu dan rempah semasa dalam pantang. Ia akan mengembalikan kecergasan, membuangkan angin, menghilangkan bau hanyir dan merawat urat yang terputus.

    Lain amalan pantang

    Cucian untuk bahagian sulit wanita juga banyak digunakan dan bertujuan untuk membersih, membunuh kuman dan juga menyembuh dan merapatkan vagina untuk kembali kepada keadaan asal. Ada juga amalan rendaman faraj yang dikatakan efektif untuk menyembuhkan jahitan.

    Selain itu, minyak sapu digunakan di perut, di kaki dan lain-lain tempat yang terasa lenguh atau sakit. Ini menghilangkan angin, melegakan kesakitan dan melicinkan kulit.

    Lulur digunakan untuk melicin, melembut, menyerah dan memutihkan kulit.

    Lain-lain amalan seperti berdiang, bertangas dan pilis amat jarang dilakukan oleh wanita Melayu moden sebab kekangan tertentu.

    Sesungguhnya, amalan-amalan pantang adalah satu proses menyeluruh bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan perempuan Melayu. Mengikut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR), kepercayaan berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan "penyawa" wanita yang menentukan kesihatan diri keseluruhan. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri dan menarik pada pandangan. Tidak hairanlah jika wanita Melayu masih berpegang kepada amalan berpantang.