"Pada minggu ke-24 pula, puan akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan puan. Kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya puan dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan."
Kandungan aku da masuk 24 minggu minggu ni.. dah masuk 3rd trimester rupanya. Sekejap aje. Mungkin pregnant kali ni rasa sekejap sebab happy jek kot.. Sbb no morning sickness.. masa haziq dulu sampai muntah monggek rasa nak putus nyawa.. Betullah mak kata, setiap anak lain pembawakannya. Alhamdulilah hingga kini, aku dan kandungan sihat. Selera makan jangan cakap la.. tapi aku cuba untuk kawal, sbb kaki adalah sgt sakit ketika nak pijak lantai diwaktu pagi. Yang penting aku amik Vitamin2 yg doktor bagi and minum susu, lain2 meal aku amik macam biasa, Klw rasa lapar selalunya aku makan biskut atau roti. Check up baru ni Dr Lee kata simptom2 yg aku alami macam bengkak kaki, selalu kebas adalah kerana badan aku byk contents air. Tapi so far muka aku belum sembab lagi. Masih anggun! phewwwww. Lain2 berat baby dah menjangakau 850gram. sementara berat aku adalah.. 7++ phewwwwwwww dah dekat 80 kg . mak ai.. mmg giler ar peningkatan badan pregnant kali ni. Jenuh lah mama nak berdiet balik ni karang. Aku harap baby kali ni aku boleh bagi fully breastfeed. Sbb masa haziq dulu, x berkesempatan sbb masa aku masih belum sedar, doktor dah bg susu formula. So mmg dgn keadaan susu yg kurang mmg baby pun mengamuk jek time nak menyusu tu. Penyudahnya mmg kesudah beliau minum susu formula. Apa yg aku nmpk kebaikan budak minum susu formula ni, x pernah ada kembung or sakit perut. So bila xde menda2 tu semua jadi xdelah meragam diwaktu malam. Wlw mcmana pun, susu ibu adalah yg terbaik sbnrnya. Dlm Quran terang2 dah sebut.
Aku harap aku dikurniakan dengan kesabaran yang tinggi lagi selepas ni, sbb nak mendidik zaman sekarang adalah sgt mencabar fizikal dan mental. Biarlah aku sentiasa sihat, dan tabah untuk membesarkan mereka berdua ini. Eh Ber-3 termasuk bapaknya. Bapaknya pun dah makin membesar. Tak caya? mak mentua aku pun ckp badan laki i dah besar tau! dulu masa kawen 50kg jek tau.. skrg dah 66 kg tau!!! Tapi kadang nyampah gak asik nak kene prepare makan jek.
Esok rutin cek up kat hosp gov plak.. layan jek la.. sbb buku pink tu kan kene ada. Kot la pape..
No comments:
Post a Comment