Friends Of Mine

Friday, October 15, 2010

http://blekros.blogspot.com/2010/10/kenapa-isteri-selalu-nampak-tua-dari.html

 Entri Kopi & paste dr blog mak bed.. ( aku suka baca hasil tulisan beliau.. sgt ikhlas ..& jujur)

Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk... Tapi tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri dan ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?



Masalah Penghadaman yang tak berkesudahan

Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar² hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju-laju, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Takleh masuk makanan, tolak ngan air pulak. Kesian kan? Nak berak pun kena sepantas yang boleh. Biasanya tak habih lagi melabur dah kena keluar jamban dah. Sebab, nu...anak dok nangeh nu!

Tapi si suami.. layan jer sambung makan, buat2 x dengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan x sempat nak hadam betul2. Berak dah le lama!


Tak suka membazir

Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya... takut membazir. Membazir tu kan amalan syaitan. Penat suami cari rezeki.  Ada jugak yang bila si isteri masak beria, si suami pulak nak keluar makan dengan kawan-kawan kat kedai kopi. Konon nak minum-minum je. Bila balik, dia dah bedal roti canai dan sudah takmau makan lagi. Terpaksalah si isteri habihkan makanan yang dimasaknya tu.

Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "kau ni kuat betul makan!"



Tak cukup rehat

Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus. kalau yang dengar pun buat-buat tido mati sbb malas nak bangun, malas nak ganggu tido nya. Jangan terkejut wahai suami. Memang sanggup tengok isteri bangun memalam buat susu. Wanita lah yang dalam satu malam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak. Bila x cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut-kedut pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker... x kan nak hilangnya. Petua utk cantik kan ada dua yang penting,minum air banyak dan TIDUR SECUKUPNYA.

Yang suami slamber je kutuk isteri tak bersiap, nampak tua, letih tak bermaya. Tapi KEDEKUT nak berbelanja untuk mengembalikan tenaga isteri. Yang dia kira, tenaga dia je. Tongkat Ali la, rokok Dunhill la. Isteri punya mana?


Selalu marah-marah dan membebel

Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak-anak, perangai bapaknya... nak itu, nak ini.. So, wanita pun membebel, marah-marah... dan bila marah-marah, banyak leter, so cepatlah jadi tua.. Nak tak marah, tak bergerak lansung isi rumah tu!

Suami lak cakap kat kengkawan yang isteri dia macam singa kat umah. Malas nak balik.



Suami asyik nak 'guna' je , servis tak mau!

 Ha.. yang ni lebih kurang macam yang aku cakap tadi la. Kira tenaga dia je. Kereta pun kalu asyik kena lenjan, sebulan skali musti minta serbis. Kalau pasai kereta tu, sanggup buat apa saja. Yang si isteri tu, tiap-tiap malam disentuh, diramas sana sini sampai kendur. Belum campur ngan kesan lepas bersalin lagi. Masa nak , pandai je mintak. Tapi, lepas dapat, lansung tak tanya "Ok ke?" , "ada pape tak kena ke?" takpun, kalau nak komplen .."oh..awak punya breast dah kendur. kesian awak. esok saya bawak awak gi Marie France Bodyline ye... Kasi overhaul sket." HAMPEH.. Memang HARAM takkan cakap punya. PAsal itu la wanita khususnya isteri cepat nampak tua.


KEsimpulannya, jangan salahkan isteri bulat-bulat kalau dia nampak tua. Sebagai suami, hargailah pengorbanan isteri tu. Cuba kalau isteri tu pulak komplen "Abang ni... busuk la!.." atau "Abang ni....'pancit awal je. Tak sama macam dulu-dulu." Agak-agak ko sentap tak??

2 comments:

Makbed said...

hahahaa... ekceli kann, saya pon kopi paste gakk. cuma saya olah kasi macho sikit.berpengalaman kan? yang original dari saya ialah yang last tu iaitu Guna mau, serbis tak mau. ITU MEMANG SAYA YANG TAMBAH. ngeee~

Izza is my name said...

Suka..suka...nak minta share sekali buleh takkk.....