Friends Of Mine

Wednesday, October 20, 2010

Amalan BerPantang ... Masih Relevan atau pun Tak..

aku search macam2 tentang berpantang ni.. since aku akan melaluinya sekali lagi pada bulan Feb. akan datang. Dan 1 yg membuka mata aku adalah, anak buah hubs punya wife koma setelah 43 hari melahirkan! apa yg menyebabkan jadi begitu? (tak tau knp.. doctor pun x tahu dia sakit apa sudden jek demam n terus collapes.. maybe tersalah makan or apa2 no comment..)


Berpantang kali ni Opah dah takde, dulu masa haziq Opah masih ada. Opah adalah bidan.. jadi mmg aku rasa amat "terseksa" ketika melalui waktu berpatang ni. Bayangkan.. dah la bersalin Caesar.. pergerakan mmg terbatas, Haziq plak masa tu xmo tido malam, pukul 2pagi hingga 6 pagi berjaga.. Bila siang mmg mak n arwah Opah tak bagi tido, sembab katanya.. klw nak pejam pun kene duduk alas belakang ngan kusyen or bantal jek. Pastu kene bangun pagi2.. mandi semua air bunga ke herba apatah.. sbb bersalin caesar , takdelah berurut beria sgt. Tungku pun kat kaki jek.. Haziq mmg mak and Opah yg uruskan klw siang.. budak tu mmg tido jek. Klw bab makan plak.. Breakfast makan biskut and Air Kopi panas, Utk lunch and dinner lak.. makan nasi panas yg bersukat . Nasi sukat takpela. Ni air pun bersukat, xleh minum air bebanyak. haih ni yg aku lemah. Tempoh 44 hari aku rasa macam nak giler dok kat umah.. Tu belum masuk lagi berpilis bukan takat dahi jek, dah la panas, econ xleh bukak, baju plak xleh pakai lengan pendek, mak aih mmg panas giler ar.. Klw aku ckp panas, derang akan cakap.. mmg nak bagi kamu panas pun.. Huwaaa...

Tapi sekarang baru aku faham kenapa kena berpantang. Sbb proses mengandung pun dah cukup mengembangkan segala2 nya and bersalin plak.. dengan urat2 yang putus lagi. Mmg rasa sihat, tapi x boleh ikutkan sgt, pergerakan kene batas kan.. Ni pun.. mak kata nanti bersalin x payah balik rumah even rumah dekat pun.. Kang balik umah main air ( maksudnya buat keje2 rumah la.. basuh baju, kemas umah, basuh pinggan.. dia tahu aku mmg x geti dok diam). Tapi yelah.. ada amalan yg masih relevan, ada jugak yg x.. klw jenis yg xde orang tua jaga tu? camane? keje2 umh sape nak buat x? suami2 pun dapat cuti cuma seminggu jek. Tapi pada aku, apa yg penting ialah, jaga pemakanan diwaktu pantang, yg sejuk2 mmg x payah makan lah. Haziq dah umur dekat 4 thn dah.. hingga kini aku x makan tembikai & timun.. tah kenapa aku mmg x sentuh.. bukan x suka.. tapi tah la.. mmg dah taknak kot.. Wlwpon aku xdelah kurus mcm Nyonya mener.. tapi alhamdulilah, aku sihat..  Thanks to mak & arwah Opah juga..  (ada orang tertunggu2 nak cuti 60hari bersalin tu, tapi aku mak aih.. jenuhnya nak berpantang....)

Ni aku petik amalan2 berpantang yg perlu diamalkan.. Untuk aku dan juga yg lain2..



Betapa pahit dan manisnya pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang baru bersalin. Walaupun tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan sebilangan besar wanita Melayu masih tekun dan rela mengikut tradisi ini. Dikatakan wanita yang rajin berpantang dijamin akan mendapatkan kembali potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekal minat suami.

Disamping itu, ada kajian moden yang menyokong peranan yang dimainkan oleh bidan kampung yang mendamping ibu selepas bersalin. Kajian juga mendapati yang beberapa amalan pantang-larang ada kebaikannya. Antaranya, perlanjutan tempoh penyusuan ibu, larangan atas pergerakan ibu yang berlebihan dan urut-mengurut.


Pakar-pakar antropologi menerangkan bahawa asas amalan pantang-larang kaum Melayu berlandaskan teori empat elemen berkurun dahulu. Elemen-elemen itu ialah tanah, yang bersifat kering; api, bersifat panas; udara, sejuk; dan, air, bersifat basah. Elemen-eleman ini mestilah berada dalam keadaan seimbang pada badan seseorang.


Proses bersalin membuatkan tubuh ibu tidak seimbang. Kehilangan darah semasa bersalin membuat badan menjadi sejuk. Dikatakan pantang-larang Melayu, sekiranya diamal secara lengkap, iaitu mengurut,
berbengkung, mematuhi larangan makanan, serta mengambil jamu dan herba, mujarab untuk mengembalikan tubuh badan wanita kepada keadaan sihat dan juga dapat mengimbangkan kembali elemen dalam badan.

Ilmu perbidanan juga dikatakan satu anugerah Tuhan bagi individu dan keluarga yang terpilih sahaja, dengan tujuan supaya mereka membantu wanita dari semua lapisan masyarakat. Bidan kampung dianugerahkannya bagi membantu wanita desa.


Kini, wanita Melayu di bandar tidak dapat melakukan kesemua pantang-larang sebab tiada keluarga dan masyarakat keliling untuk menyokong seperti kehidupan masyarakat di kampung dahulu. Apabila ditanya empat orang wanita, hanya seorang daripada mereka, Nuri, 46 tahun, yang dapat melakukan semua amalan dengan lengkap dan sempurna. Hajar, 34 tahun, mengamalkan sebahagian besar daripadanya, manakala, Linda, 30 tahun, tidak melakukannya untuk sepanjang tempoh pantang. Suria, 42 tahun, yang melalui
pembedahan caesarean tidak mengamalkannya langsung.

Lazimnya, hanya wanita yang mampu menempah bidan, atau pengasuh khusus atau mendapatkan emak sendiri menemani untuk 44 hari, yang dapat mengamalkan pantang dengan lengkap dan sempurna. Namun begitu, beberapa amalan utama masih banyak dipraktikkan oleh wanita Melayu.


Berbengkung amalan utama

Berbengkung merupakan amalan utama dan anda boleh membeli bengkung dan tak perlu menjahitnya sendiri seperti dahulu. Belilah dari Internet atau kedai-kedai tertentu. Anda boleh pilih antara tiga jenis bengkung: bengkung barut yang sama seperti barut kanak-kanak, bengkung Mia yang lebar dan diikat bersilang-seli dari bawah ke atas dan bengkung Jawa atau bengkung lilit yang merupakan kain lebar sepanjang 15 meter dililit kemas dari pinggul sampai ke payudara

Baca lebih lanjut mengenai
amalan bengkung.

Urut-mengurut

Berurutlah sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut; kalau boleh lebih, lagi baik. Mengikut Datin Sharifah Anisah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, ini akan:

• melancarkan perjalanan darah;

• mengeluarkan darah yang terperangkap dan tertakung;
• menaikkan rahim;
• membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya
• memecahkan lemak;
• mengetat dan membentuk tubuh.

Urutan di bahagian payudara juga melancarkan susu ibu dan ini disokong oleh pakar perubatan juga.


Bertungku

Sebelum berbengkung, wanita bertungku supaya rahim kecut dan darah beku keluar. Darah dan lendir mestilah mengalir keluar sepanjang tempoh pantang 44 hari mengikut kepercayaan Melayu. Rahim tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal dan ini mengugatkan kesihatan. Biasanya, dikatakan bertungku juga:

• memecahkan lemak;

• mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin;
• mengembalikan semuanya kepada keadaan asal.

Rahim juga disengkak ke atas untuk mengelakkan daripada rahim jatuh dan penyakit tombong di usia tua.


Bakarlah tungku dan balutlah dengan daun serai, lengkuas, pandan, dan lain-lain, kemudian lapitlah dengan kain. Bertungkulah selama sejam, tapi jika masa tidak mengizinkan, sekurang-kurangnya setengah jam. Tungkukan paha juga.


Jamu

Ibu baru disarankan memakan jamu serta herba panas seperti halia dan berpantang dari mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang "sejuk". Anda tidak digalakkan memakan hidangan berminyak, dan ini akan membantu anda kembali kepada berat badan asal (baca lebih lanjut mengenai cara pemakanan yang boleh membantu anda kembali ke berat badan yang asal). Ibu baru juga dilarang meminum air ais atau minum secara berlebihan sebab perut yang kembang akan sukar untuk mengecut. Bidan biasanya menggalakkan makan kunyit banyak-banyak sebagai ulam atau jus sebab ia berkhasiat untuk mengecutkan rahim.

Jamu juga dikatakan berkhasiat untuk:


• mengembalikan tenaga;

• memanaskan badan;
• mengeluarkan lemak dan toksin;
• dan, melawaskan ke bilik air.

Segala organ, otot dan urat, juga, akan mengecut dengan jamu dan kandungan air berlebihan dalam badan akan keluar. Jamu membuang angin dan menghempiskan perut. Mengikut Datin Sharifah Anisah, apabila semua toksin keluar, badan akan berbau harum dan berat badan pun akan turun. Makan jamu selama 44 hari memastikan yang segala kotoran dan toksin keluar dari dalam badan.


Anda boleh membeli set jamu cukup untuk tempoh pantang 44 hari. Anda juga boleh menempahkannya khas dari bidan kampung. Jamu NR popular di Malaysia di samping Bidan Ratu, jamu Mak Dara dan jamu Afiat. Nyonya Maneer dan Mustika Ratu dari Indonesia juga digemari.


Hajar juga amat tekun mengamalkan jamu sepanjang pantang. Katanya, “Apabila saya kembali bekerja setelah cuti bersalin, semua kawan-kawan mengatakan tubuh saya langsing dan muka saya kelihatan berseri-seri." Linda dan Nuri juga melaporkan bahawa ramai rakan sejawat, lelaki dan perempuan, mengatakan yang mereka kelihatan cantik, jelita dan langsing! Semuanya akibat jamu.


Mandi-mandian herba dan akar kayu

Ramai ibu baru juga bermandi air rebusan herba, akar kayu dan rempah semasa dalam pantang. Ia akan mengembalikan kecergasan, membuangkan angin, menghilangkan bau hanyir dan merawat urat yang terputus.

Lain amalan pantang

Cucian untuk bahagian sulit wanita juga banyak digunakan dan bertujuan untuk membersih, membunuh kuman dan juga menyembuh dan merapatkan vagina untuk kembali kepada keadaan asal. Ada juga amalan rendaman faraj yang dikatakan efektif untuk menyembuhkan jahitan.

Selain itu, minyak sapu digunakan di perut, di kaki dan lain-lain tempat yang terasa lenguh atau sakit. Ini menghilangkan angin, melegakan kesakitan dan melicinkan kulit.

Lulur digunakan untuk melicin, melembut, menyerah dan memutihkan kulit.

Lain-lain amalan seperti berdiang, bertangas dan pilis amat jarang dilakukan oleh wanita Melayu moden sebab kekangan tertentu.

Sesungguhnya, amalan-amalan pantang adalah satu proses menyeluruh bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan perempuan Melayu. Mengikut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR), kepercayaan berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan "penyawa" wanita yang menentukan kesihatan diri keseluruhan. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri dan menarik pada pandangan. Tidak hairanlah jika wanita Melayu masih berpegang kepada amalan berpantang.

2 comments:

Makbed said...

cari le bidan besh. nanti pas kat saya lak.

Izza is my name said...

Aku pas smggu urut panggil Cik Yah Fasa 2A..kat umah tini. dia urut ok...tak sentuh pun tpt belah tue...pastu aku pakai bengkung utk bersalin tu...yg ko cakap ada dalam internet..aku jumpa dah. alhamdullillah...tak la mengeleber perut...skrg nie aku pki girdle jer lynn