Friends Of Mine

Sunday, January 30, 2011

Klw Keje X bleh kene marah len kali jadik Boss jgn jadi kuli

Susah klw deal or keje ngan org yg mental x fit nih. Tegur sket mogok!
tegur sket termenung sana sini
satu keje pon x jadi!
bukan nak take as a challenge
ni lg nak pk bukan2 malalut2 sampai kutub utara selatan
kunun xmo jaga kebajikan lah, tak phm itu ini ko lah
klw nak pk sume tu x leh buat bisness lah .. keje nak pk wellfare ko jek

Aku ni keje ngan AYAH sendiri tau
aku ni anak KESAYANGAN ayah tau..
tapi bila time keje, aku adalah kuli dan beliau adalah boss
mcm hubby salu ckp BOSS is always right
bila aku praktikkan
mmg betul
klw dipikirkan aku kdg nak hangin jugak bila dia drafkan apa2 ngan spelling lama
skolah inggeris sblm perang jepun dulu
tapi nak wat cemana kan..
wlwpon aku blajo samapi Uni, sume business letter format aku dah hapal
tapi klw dia kta x betui
means x betui lah kan
dia nak wat cemna tu suka dia la
company, company dia
imej dia yg jaga
so.. ikut jek la

Ni kau.. bukan sape2 pun, bila tegur sket nak marah aku balik lak
then what?
harap aku bg gaji buta kat ko?
klw keje gomen pun ader PTK , exam hape segala tau
ni plak keje camni
huh!
mmg la betui org kata
"EDUCATION ROOTS EVERYTHING"
mentaliti lemah, takuk lama, x tahu nak majukan diri

ayah salu ckp kat aku
"KLW X TAHU BACA, TENGOK GAMBO"
tahu x apa maknanya

maknanya

klw x tau sgt , tgk lah apa2 petunjuk yg bole kasi paham,
maknanya
FIKIR PAKAI OTAK LA BEB!
jalankan otak tuh
klw mesin lama x jalan pun kene boh gris nak bg smooth semula
sama lah otak kita ni
klw x berhubung antara 1 sama lain,
lost contact lah
haih


dah la sekian .. entri emosi dimalam hari

MELAYU MUDAH LUPA

Hari2 Terakhir Sebelum Nak bersalin

Tah bape lah gaknye berat aku skrg. Rasenye dah qualified masuk thebiggest loser asia nih
Nak tido pon dah x bape nak comfort. Tapi I lene jek tido sampai pagi
kdg2 terjaga time kaki diserang biawak eh simpul biawak
klw x series aku x kejut la papa haziq tuh
klw series cthnye sampai x leh gerak lgsung
aku kejut la.. dgn penyayang nye dia bangun urut2 kaki kdg tempat x sakit pun dia urut  (luv la babe!)
tapi bila aku tanye esok nya, dia siap tanye aku balik
"eh yeke pa bangun smlm?"
haha.. klw aku tak tau dia mimpi sambil urut aku, aku soh dia nyapu sampah ke kemas umh ke..

Pagu tadi awal pagi hubby dah g main gop
semoga beliau berjaya bawak hadiah Rm10k tv plasma jap g.. huhuhu
Dari pagi td rasa x larat jek
sakit pinggang rasa mcm mkn kuat jerk
pastu ari2 pon start sakit
aku pon x pasti, ni contraction ke
dulu, masa nak deliver aziq ader kuar darah plus air
ni tade pon.. blom lagi kot
klw ikut due date ader lagi 7 hari
ni la.. klw da lama x beranak, sume pon lupe
aku pon wondering, aku leh bersalin normal ke czer lagik
x sabar rasa nak tgk baby gurl nanti mcmana.

skrg ni nak wat hape pon x larat, makan jek lalu
skrg kat umh mak, mak msak pe tah..
asam pedas ngan kangkung goreng kot
sodap tuh!

skrg ni asik ujan jek
aritu ingat dah nak musim panas  balik
ni start ujan jek..
baju pon jemur asik x kering jek
klw jemur dlm umah kering lah, tapi rimas lak tgk mcm umh indon jek dlm rumah ader sangkut2 baju
asik nak tegelincir bilik air jek
aku x pasti bilik air tu mmg licin atau aku yg mmg jalan x betui
sekali tu sib baik aku sempat paut kat sinki
klw x beranak free aku dlm toilet
hubby baru jek cuci bilik air setelah sebulan aku bebel
ni nmpknya cam da kotor balik
x larat argh nak bebel lagi
pinjam maid mak la kejap cuci bilik air 3 ketul tu kang

bibik ni td ckp kat aku
nanti sore mau dipicitin kakinya
sbb dia tgk aku jln dengkot2
sakit kaki sbb kene serangan simpul biawak

ayah kata esok xyah keje dah, boleh rest dah sbb tinggal seminggu jek lagi until d due date
hmm. tgk la kang
klw boring masuk gak la opis buat kacau ke buat sepah ke
haha
dok umh pon wat apa
kang tgk habuk nak sapu, tgk baju nak basuh
nak dok umh mak plak, brg2 sume kat umh
aziq still skolah lagi esook
hari rabu baru beliau cuti

Oh ye.. haziq smlm nampk mcm dah makin ok
harini pon nmpk ok
semoga beliau terus sembuh xde ulangan2 dah
baru aku tahu
kawan aziq kat skolah ader sorang positive H1N1
tu pon aku sms mama dia, katanye dah 2 minggu budak tu x skolah
masuk wad
dia ckp , nurin pon mula dengan cirit birit  then terus demam n semput
oh.. risau nya aku
nmpknye haziq dah recover
to all mothers outside yg ader anak kecik, yg pregnant
toksah asik kuar lah.. aku dgr kat manjung ni byk kes H1N1
budak2 paling senang nak kene
jaga kebersihan

nak duduk pesen apa pon aku tak tahu dah ni
aku besila kat bawah dah semut2 kaki ni, nak nyarap ats katil x upaya, nak dok kat meja
cam x syok plak
sume pon dah x kene ni
nak solat then nak tido lah
till then bye2

Saturday, January 29, 2011

Susahnye Hati Mama..

Buah hati aku baru tido
kesian dia.. sakit perut.. cirit birit pakej muntah sekali
nmpknye ubat Klinik Dr Azhar tu x bekesan mengubati cirit birit haziq

Pagi td haziq ok jek. Hari ni aku x keje
jadi aku g breakfast ngan dia, aku x bg dia skolah
kang dia buat onar kat skolah plak sian lak teacher2 dia kene jd pekerja indah water plak
Pagi td breakfast mi sup, byk dia mkn
anak aku ni mmg susah makan, jd klw tgk dia mkn sekali sekala aku suka
aku tgk dia ok jek
aku g la Tesco, hajat nak beli brg2 rumah sikit mana yg takde tu
plus stock food haziq  cococrunch, roti sume dah habeh
sbb dia baik aku belikan dia set gop 1 (tah set gop yg ke berapa aku tak tahu lah)
sampai rumah ok jek.. takde plak dia nak berak ke hape
aku ingat ok la..

tetibe jek dia nak g toilet,
aku tgk dia cirit birit lagik
hadoi........
masa tu papa x balik lagik
pastu siap muntah skali
habeh sume mknn yg dia mkn pagi td plus air milo sume

pastu aku kasi dia mkn ubat
garam ORS tu mmg dia xmo lgsung
minum air garam tuh buat dia tmbh muntah lagik
aku pump dia ngan air masak jek
takut dia dehidrat jek

pastu dia tido, mintak susu plak lapo kot
then lama gak dia tido dr kol 2 sampai kol 5 kot
papa dah selamat menggop
gasak ar!
bgn tido tuh dia ckp kat aku dia sakit prot lak..
dlm keadaan begulung badan dia cam tenggiling
aku ckp xleh biar camni
aku call hubby info jek
nak bawak p spital la tgk conds mcm nih
dia ckp nak dia balik ke? ada 2 lobang g
aku ckp habeh kan lah.. kang trs p spital jek
dgn terbondong2 aku bwk haziq g spital
mesti org ingat aku paking kat emergency tu nak g beranak
haha
pas regi sume, kejap jek
trs doc panggil
bgs jugak sebis hosp gomen skrg ek?
doc cek sume cam biasa lah.
doc kata anak aku x dehidrat lagik
sbb dia cuma 3 x melabor jek arini
muntah pon baru sekali
badan dia pon xde tanda2 diserang cirit birit kronik
dia soh aku bg minum air byk, klw dia berak byk lagi bgs sbb
dr najis tuh dinyah kan bakteria2 yg ada dlm perut
doc bg garam ORS lagik
hadei.... haziq bukan nak pon

tetibe hari hujan nak g amik ubat
dah la dr emergency g farmacy nak jln jauh
aku bawak kete g paking depan farmacy
aku paking kat menurun dan menaik penumpang sahaja
lantak ar,, hujan la pastu takkan aku nak bg anak aku kene ujan kan..?

bg prescription trs dpt no
tp pharmacies tuh lembab
carik garam ORS pon x jumpa
haziq muntah lagik kat depan farmacy tuh
hamik ko!
patut dia muntah kat muka pharmacies tuh sbb lembab sgt p ckp tipon lak
pastu ckp
"akak..dia muntah ye.. balik bancuh ORS ni bg dia minumj ye.."
aku x ckp pape  sbb dah mandi muntah
nak naik hangin x psl2 kat org la ni!
baik aku x ckp pape
kang dia ckp aku tgh contraction nak banak plak kan.

amik kete trs balik
hujan lebat giler
laki aku x balik lagik
tetibe nak hangin ...sbb di x balik g kan
tp bila aku pk2 balik,
singkat sgt masa aku g spital td
perjalann dr lumut ke manjung pun dah amik masa 20min
blom lagi nak cari2 kunci kete, nak toleh kiri kanan melintas, trafic jam lagik
ih ih ih...

pas magrib td sakit perut mcm dah kurang
sbb dia main mcm biasa
boleh terbalikkan rumah
oklah tu
aku bg can jek sbb x sehat kan

aku susah hati bukan apa
kang x baik lagik,
time aku nak deliver dah dekat
papa nak jaga camno.. asik main poker jek
papa bz kerja
bz training sbb ade piala menteri beso hari ahad ni
mama soh papa bawak balik hadiah hole in 1 rm 10k
takpon at least  tv lcd ke..
boleh la kite tgk tv lcd kat ats ni.. kat ats ni tv tong
kdg2 kaler pon hilang
bayo astro jek mahal

Esok klw x baik gak aku nak bawak haziq g jumpa pakar kanak2
kat sitiawan nu
kang klw bawak spital lagi
sure kena thn tuh
haih la hati...
kuat lah engkau
juga badan yg gagah perkasa, silalah jgn letih selalu
dan anak mama yg dalam perut....
dok diam2 k.. sian abg haziq...
nak dpt adik dia boleh sakit lak
dan papa...
tornement ahd ni, jgn la berjaya bawak balik setin milo jek
tak baloi mama bg pa training hari2.

Sekian... nak tido..

Friday, January 28, 2011

Info : Cirit Birit aka diarea

Cirit-birit adalah masalah sistem pencernaan yang disebabkan oleh :
  • jangkitan kuman seperti virus,bakteria dan parasit
  • alahan makanan
  • ubat-ubatan
  • pengawet makanan
  • pemakanan kimia
Organisma yang boleh menyebabkan cirit-birit berlaku ialah melalui pemakanan makanan dan air yang tercemar. Di anggarkan terdapat 4000 juta kes cirit-birit yang berlaku di seluruh dunia pada tahun 1996 yang menyebabkan 2.5 juta kematian.
Tanda-Tanda:
Cirit-birit di definasikan sebagai najis yang lembut atau berair yang lebih kerap dan banyak daripada biasa. Ia akan diikuti dengan tanda-tanda lain seperti :
  • Sakit dan kekejangan perut
  • Loya dan muntah
  • Keletihan
  • Demam
Komplikasi
Cirit-birit yang teruk mengakibatkan dehidrasi (kekeringan akibat kehilangan air) dan sekiranya mengandungi darah ia dikenali sebagai disenteri. Jika tidak di rawat, ia boleh menyebabkan kematian.

Rawatan
Kebanyakan kes cirit-­birit akan pulih dengan sendirinya tanpa rawatan. Untuk mencegah dehidrasi dan mengurangkan tanda-tanda cirit­-birit, lakukan seperti berikut :
  • Minum banyak air.
  • Tambahkan makanan separa pejal dan kurang serat dengan beransur­ansur
  • Elakkan produk tenusu, makanan berlemak, tinggi serat dan bahan makanan yang mempunyai bahan pengawet yang tinggi.
  • Elakkan kafein dan alkohol.
Jika cirit-birit berterusan sekurang-kurangnya seminggu atau jika anda mengalami dehidrasi atau najis yang mengandungi darah, sila berjumpa doktor.
Tanda-tanda dehidrasi adalah :
  • Haus yang berlebihan
  • Mulut dan kulit kering
  • Kurang atau tiada air kencing
  • Keletihan yang teruk
  • Pitam
  • Kulit menjadi gelap
Cirit-birit dikalangan kanak-kanak lebih mudah mengalami dehidrasi. Sila berjumpa doktor jika cirit-birit berterusan lebih dari 12 hingga 24 jam atau bayi anda mengalami :
  • Lampin kering dalam masa 3 jam atau lebih
  • Demam panas
  • Najis mengandungi darah atau berwarna hitam
  • Mulut kering atau menangis tanpa air mata
  • Kerap tidur, tidak aktif, mudah meradang
  • Perut, mata atau pipi yang cengkung
  • Kulit yang tidak tegang / kembali ke asal sekiranya di cubit.
Jika doktor mengesahkan cirit-birit disebabkan ubatan / pemakanan, anda perlu hentikannya.
Doktor akan memberikan antibiotik jika cirit-birit disebabkan parasit atau bakteria. Tetapi ia tidak berkesan dalam jangkitan virus .

Pencegahan
Berikut adalah cara-cara mencegah jangkitan cirit-birit:
  • Cuci tangan sebelum makan
  • Makan makanan semasa masih panas, yang disediakan dan dimasak dengan betul.
  • Elakkan daripada makan buah-buahan, sayur-sayuran yang belum dibasuh dan elakkan dari makan makanan tenusu atau daging mentah. Basuh sayuran dengan bersih atau makan buah-buahan yang telah di kupas .
  • Elakkan makan makanan yang anda alah dan ubatan yang menyebabkan cirit­birit.
  • Minum air dari bekalan air bersih, di botolkan atau air yang telah dimasak. Elakkan minum minuman keras dan berkafein kerana cirit-­birit boleh bertambah teruk.
  • Pastikan anak anda berada dirumah semasa mengalami jangkitan cirit­-birit


Thursday, January 27, 2011

Haziq Kene Cerry Berry

Pagi td masa kejut bgn pagi nak g skul mcm biasa jek.. dah siap2 tu haziq tanye kat aku
"mama nape suar ajiq ni basah, ajiq kentut jek"
aku : ha?? (sambil cek2)
lorr.... ajiq sakit perut ke aku tanye?
dia ckp haah.. lantas aku pun bukak balik segala suar dia, stokin etc bawak dia p tandas
dah siap2 tu aku tanye lagi
"ajiq nak g skolah ke ni? sakit perut g tak? klw xmo pegi pon mama bg excuse.. mama x marah"
dia jawab "tamo..ajiq nak g skolah"
aku hantar cam biasa.

pukul 10 camtu aku dpt call dr kindergarden ckp  haziq dah 2 kali cerry berry dlm kelas..
aku ckp..la.. camner tu.. dlm suar ke? cikgu dia ckp , tak pon dia dok dlm tandas jek..
Pulak??
aku begegas g amik dia.. hajat nak bawak g klinik la.. sbb dah 3 kali la kan dia malabur tu. siap ngan pakej muntah sekali

terus bawak g Klinik Dr Azhar, dr tak ckp apa, agaknye biasalh kot bebudak kene diarea.. tapi bg aku, pelik sbb haziq mmg x pnh kene cery berry ni..

Aku semes la papa haziq,
macam biasa mcm polis siasat itu ini dak tu mkn apa, botol susu rebus ke idak,
ada lipas lalu ke idak (mcm la aku jaga lipas kat umh tu) sukatan susu betoi ke idak, mkn beger kat ner lah smlm..pok pek pok pek malas nak layan

sekarang dah bg makan ubat, lepas muntah melambak2. sakit pinggang aku mop lantai basuh segala saki baki cerry berry tuh. penat ok! perut dah la beso.

Cepat la baik haziq, mama x larat la..

tadi biras aku sms. tah apa angin plak tanya kabar aku.. hmm.. takpela.. at least ader inisiatif nak bertanya kabar.. aku? hehe.. i lupa la.. byk komitmen.. haha.. anyway dia akan bersalin end april nanti, nmpknya MIL akan dapat 2 cucu tahun ni.. murah..rezeki.. baby dia mungkin lelaki.. takpela..lelaki pompuan same jek.. janji sihat, sempurna, didik elok2.. I'allah jadi orang.. Semoga dia juga selamat melahirkan nanti..

Petua Agar Rumahtangga Sentiasa Aman

Orang tua-tua berpesan kepada kaum wanita agar sentiasa hidupkan suasana iman dan amal di dalam rumahtangga. Apabila ada suasana agama dalam kehidupan, maka hidayat dan nusrah (pertolongan) dari  Allah s.w.t. , rumahtangga akan dirahmati Allah, keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan dalam jiwa kita.
Amalannya ialah:-

1. Solat di awal waktu.

2. Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir.  Al-Quran hendaklah khatam 2 kali setahun. Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk membacanya. Di samping itu hendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan di mana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah, kita dapat mengingati Allah s.w.t.

Dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir, iaitu  "Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar". Jika mampu atau berkesempatan,  boleh di sambung "Wa lah hawlawalaquwataillabillahi 'aliyil'azim" 100 kali. Selawat ke atas Nabi 100 kali  dan beristighfar 100 kali.

Selain daripada itu amalkanlah doa-doa masnun, yakni  doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan seperti masa hendak makan, tidur,masuk dan keluar tandas dan sebagainya.
3. Mendidik anak secara agama dan sunnah.

4.  Hidup sederhana walaupun kaya dengan wang dan harta.

Wednesday, January 26, 2011

Mkn beger Plak..

Harini haziq dah tukar menu makan.. beger daging plak.. beli beger kat stall abg depan umah jek.. senang koje aku.
Esok mintak lagi pon xpe..
mama bukan apa..
mama x larat nak bawak kete jejauh g giant beli KFC
klw g Tesco, mama x larat panjat tangga
boleh la mama save budget sket


sehari 3x pon xpe.. jalan sket da sampai kedai beger
mama tau Haziq suke mama goreng nuget jek tu pon sebab bawak bekal p skolah mkn ngan kawan
klw mama goreng ayam, haziq kata x sedap la.. keras la, pedas la
samelah klw mama buat beger pon, mesti haziq ckp x sedap

Bila haziq nak pandai makan nasik ni?
nasik sedap tau!
bila mkn nasik jek ckp nasi tu tawar
bila mama buat nasi goreng haziq kata pedas
klw mama buat nasik goreng bodo kang papa plak x mkn
haih!

Mlm kang nak g umah untie epi.. apa gaknye untie tu masak ye...
syok nye makan preee

Info : Gila Meroyan

DI KALANGAN orang Melayu masalah tekanan perasaan dalam atau selepas pantang disebut ‘gila meroyan’ dan kerap kali dikaitkan dengan masalah gangguan makhluk halus atau melanggar pantang.
Dari sudut perubatan, gila meroyan sebenarnya lebih kepada masalah tekanan perasaan, keletihan dan gangguan emosi kerana tidak mendapat kerjasama dan persefahaman terutama daripada suami dan ahli keluarga.

Gila meroyan atau nama saintifiknya ‘postpartum psychosis’ mula dikenal pasti pada 1850. Ia adalah masalah mental yang serius dan memerlukan rawatan. Sejak dikenal pasti seabad lalu, jumlah wanita yang mengalaminya tidak pernah berubah.
Penyakit ini terjadi satu dalam 1,000 kes wanita yang melahirkan anak atau 0.1 peratus saja. Postpartum psychosis ini selalu disalah tafsir sebagai postpartum depression, satu lagi jenis masalah mental wanita ketika dalam pantang.
Pensyarah dan Pakar Psikiatri, Jabatan Perubatan Psikologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Ahmad Hatim Sulaiman, berkata masalah tekanan perasaan yang dihadapi wanita selepas bersalin ada tiga peringkat.
“Hampir 40-50 peratus daripada wanita yang bersalin akan mengalami masalah tekanan perasaan peringkat pertama dikenali sebagai ‘postpartum blues’. Ia masalah tekanan perasaan yang ‘mild’ dan biasanya akan sembuh sendiri.

“Gila meroyan adalah masalah tekanan perasaan sama ada peringkat pertama, kedua atau ketiga boleh dialami semua wanita tanpa mengira bangsa. Dalam sesetengah kes, wanita yang mengalami gila meroyan tidak pernah mengalami sebarang perubahan mood sebelum hamil.

“Gila meroyan boleh terjadi seawal dua minggu selepas melahirkan. Ia boleh menyebabkan wanita sentiasa paranoid dan berhalusinasi. Selain itu dia akan hilang selera dan sukar tidur malam.
Sesuatu yang paling ketara dia akan kerap menangis, berasa keseorangan dan malu dengan masalah yang dihadapinya,” katanya.
Wanita yang menghadapi penyakit ini, kata Dr Ahmad Hatim, sangat berbahaya jika dibiarkan sendirian tanpa pengawasan. Ini kerana mereka berupaya membunuh anak sendiri kerana selalu merasakan anak itu bukan anaknya.
Selain itu dia juga berupaya mencederakan diri atau membunuh diri. Pada peringkat ini, rawatan sangat diperlukan.

“Rawatan boleh menjamin wanita gila meroyan untuk sembuh 100 peratus.
Tetapi ia tidak boleh menjamin kes berulang pada kehamilan akan datang,” katanya.
Masalah tekanan perasaan ketika dalam pantang berbeza dengan masalah tekanan perasaan yang dialami orang lain. Ia tidak sama dengan skizofrenia, kemurungan atau tekanan perasaan.
Masalah tekanan perasaan dalam pantang hanya dialami wanita dalam pantang dan selepas sembuh dia tidak akan mengalaminya lagi hinggalah pada kehamilan berikutnya jika dia tidak bernasib baik.
Sesuatu yang perlu anda tahu juga, gila meroyan juga boleh dikaitkan dengan faktor genetik walaupun ia bukan kemestian. Jika wanita itu secara peribadi pernah berhadapan dengan masalah kemurungan, skizofrenia sebelum hamil, ia mungkin akan meningkatkan lagi risiko mengalami gila meroyan.

Jika tidak pernah mengalami perubahan mood, tetapi ada ahli keluarga yang pernah berhadapan dengan gila meroyan, risiko untuknya tetap tinggi untuk dia mengalaminya.
Selain itu masalah yang dihadapi sepanjang kehamilan seperti masalah rumah tangga, kewangan atau tekanan kerja di pejabat boleh menyumbang kepada faktor terjadinya tekanan perasaan.

“Kadang kala wanita mengalami masalah tekanan selepas habis pantang. Kes begini membabitkan wanita bekerjaya. Balik ke pejabat, kerjanya bertimbun, di rumah anaknya asyik menangis, suami pula tidak langsung membantu memang ia akan membuatkan wanita itu tertekan,” kata Dr Abdul Hatim.

Katanya, wanita dalam pantang seharusnya pandai mengawal emosi.
Selain itu penjagaan makanan seperti pengambilan makanan berprotein tinggi bagus untuk menambah darah dan mengembalikan kecergasan tubuh.
“Dalam dunia perubatan moden, tidak ada istilah makanan sejuk atau panas. Semuanya boleh dimakan.
Wanita seharusnya menikmati makanan yang boleh memberi tenaga. Apatah lagi mereka penat selepas bertarung berjam-jam untuk melahirkan bayi selain terpaksa pula menyusukan bayi,” katanya.

Berurut, jaga makan ketika berpantang
SEORANG pengamal perubatan tradisional, Siti Rosemynah Othman, berkata kebanyakan wanita yang menghadapi masalah gila meroyan berpunca daripada keletihan dan tidak menjaga pantang.
Beliau berkata, penyakit ini memang biasa terjadi di kalangan ibu selepas bersalin jika mereka tidak dapat mengawal perasaan dan mengawal keadaan keliling.

“Bayangkan apabila bersalin kita bertarung berjam-jam untuk melahirkan satu nyawa ke dunia. Apabila badan letih, ditambah dengan tidak menjaga pemakanan sewaktu pantang, anak pula menangis tidak henti-henti, malam terpaksa berjaga kerana anak hendak menyusu, suami pula tidak membantu, memang seseorang itu tertekan,” katanya.

Gila meroyan tidak semestinya terjadi sebaik melahirkan anak tetapi mungkin beberapa hari atau beberapa minggu selepas itu. Malah gila meroyan juga boleh berlaku antara tiga hingga enam bulan selepas pantang.
“Ada dua jenis gila meroyan iaitu meroyan besar dan meroyan kecil.
Meroyan besar dikenali juga sebagai ‘depression’ dalam bahasa perubatan moden. Biasanya wanita yang mengalami meroyan besar tidak mengenali diri dan ahli keluarganya. Dia selalu merasakan anak yang dilahirkannya bukan anaknya,” kata Rosemynah.
Dalam keadaan itu, tidak mustahil si ibu sanggup membunuh anak sendiri!
Meroyan kecil pula, kata Rosemynah, membabitkan tekanan perasaan yang kecil misalnya dia berasa sedih dan menangis.
“Dalam dunia perubatan tradisional, kita juga percaya meroyan ini disebabkan makhluk halus. Darah yang keluar itu memang sangat disukai makhluk begini. Sebab itu ibu dalam pantang harus membasuhnya sebersih mungkin. Jika tidak makhluk halus suka pada darah itu,” katanya.
Katanya, dalam tempoh berpantang perkara paling penting selain menjaga pemakanan adalah berurut.

“Urut badan penting kerana ia memberi tubuh keselesaan. Wanita berpantang juga jangan abaikan pengambilan ubat-ubatan tradisional. Jangan pandang ringan segala pantang larang ketika berpantang. Kesannya mungkin tidak nampak sekarang tetapi dalam tempoh jangka panjang,” katanya.

Meroyan Ke Pompuan Nih?

Haih.. tak tau nak kata pe ngan dunia sekarang ni, seorang ibu yg patut melindungi anak, jadi pembunuh anak sendiri. Dlm hati ckp, beliau ni meroyan ke? ke.. anak H**** ke baby tu.. kot ye pon, dia x salah ok.. Ko yg salah. Tapi klw nak kata dia gila, nape dia sembunyi lps dia bunuh baby tu?

Dlm hati aku selalu terlintas klw org buang baby ke, bunuh baby ke? aku teringin nak teview org2 ni nak tanya soklan spt berikut :

Ko tak sakit beranak ke?
Masa ko ngandung 9 bulan tu ko x rasa berat ke budak tu duduk dlm prot ko sampai ko rasa x selesa? or x bleh tido mlm ke? 
Mana gi jantan yg bunting kan ko tuh?

Patutnya org2 mcm ni patutnya bunuh jek dia mcm dia bunuh baby tu. Apa lah gaknye budak kecik tu rasa ek? Ya Allah, kejam sungguh orang2 macam ni.

Untuk berita penuh sila ke BERITA PENUH

Tuesday, January 25, 2011

Terharu2..

Syok nye pegnen....

baru mintak resepi kat org je.. org da willing to buatkan..
aritu mintak resepi laksa kat makbed, beliau buatkan jugak,..
semalam mintak resepi Cheesetart kat cik oyin ,
dia email resepi then nak buatkan jugak..
mlm td dah mintak add nak post kan..
sob sob sob.. terharunya..

tau x cik oyin dok kat ner? kat JB tau.. dia untie i...
sedap nye Cheesetart..
act nak beli cheesetart kat bakery kat sini pon ader..
tapi klw homemade punya kat sedap..
emmmm x sabo nak tunggu cheesetart sampai...
Tq cik Oyin!

tinggal 2 minggu jek nak tambah berat badan..
pasni kene diet :(
sedey gak..

Beginikah Rasanya?

Bangun pagi tadi sakit btol pinggang nih. Mungkin aku tido mengiring sebelah jek kot..
baby kan dah besar..  tido sebelah mesti ada effect nye kan

Tapi sbb ada tanggungjawab nak kene buat, bangun jek la.
klw aku sorang, mmg sumpah aku x bangun
tp pk anak nak g skolah, nak siap bekal dia, baju segala..
gigih jugak la bangun

Sampai lepas hubby pegi keje sakit lagi,
aku ckp kat baby
"tamo kuar dulu ye.. mama nak nak anta abg ajiq p skul"
bleh ke ckp gitu ek?
sbnrnya segala2 nya aku dah ready
cuma aku pk, klw nak p spital tunggu lah minggu depan ke, sampai koje kat opis aku settle
sian plak kat ayah kang cari dokumen sume nak jumpa
byk mende nak claim awal2 tahun ni
dgn blom anto audit lagi

Aku rasa Feb nanti is the best la klw nak beranak,
sbb time tu sume dah settle
hehe.. boleh? boleh?
Act aku dah x larat nak tampung berat badan , klw bole nak beranak cepat jek
tapi komitmen kerja, suami, anak..
klw aku takde kang?
eh?? org lain kan ader?
mesti aku x leh tenang nye..
klw kat opis mesti soklan ni yg kuar
" file ni, mana? file tu mana? apa num tipon org tu org ni? cemana nak wat itu, ini?"
klw kat umh plak..
" ma, sepender  baju pa mana? kat mana tempat gosok baju? baju haziq kat ner? "
dll lagi.. hahha
wlwpon sume2 tu aku dah organise dr awal2 lagi..

Lately aku mmg selalu rasa camni..
Pra contraction kot..
cuma lom kuar air n darah je..
once dah kuar have to la gi hospital

Aku bukan x caya orang,
boleh put on trust.. tapi kesudahan harinya nanti aku yg penat balik (ceh ckp budget mcm bagus!)
The most yg aku kesian..
mesti lah buah hati aku..
haziq mmg cerewet..makan, pakai, nak g skul, nak study.. sume nak ikut cara dia..
aku jek yg paham.
Papa? paham.. tapi papa pun kdg naik hangin  sbb haziq lg cerewet dr beliau.
Contoh?
haziq hari2 makan KFC, papa malas nak g giant q segala nak beli ayam seketul, then drive tru jek kat mc D, ajiq xmo, x suke Mc D ayam pedas plus keras.. C?

papa plak, satu hari mesti sekali nak mkn nasi yg ada lauk tuh.. lauk mesti ada 1 sumber protein n 1 jenis sayur.. tak boleh kering, mesti 1 jns berkuah, anak plak xmo mkn nasi.  tapi yg pasti kicap mesti kene ada untuk 2 org ni klw makan nasik.

hah? camno?
klw xde mama??

nenek ngan atok boleh jaga dorang 2 org, tapi sian la plak kat mak n ayah aku haha... sbb kitrorang sume x cerewet..mak goreng telo pon leh mkn dah.. ikan bilis goreng ngan bawang n cili padi pon leh tambah berpinggan2..

klw sume nak pk.. mmg x jadi apa.. let it be jek la.. tgk jek la apa jd nanti..
dulu aku beranak lain.. anak takde.. hubby sorang nak jaga itu ini
da da.. takmo pk dah.. dah dekat kol 9.. nak cont keje.. kang nak g majlis perbandaran
buat acceptance bangunan stor yg baru siap tu. Jgn ada hal sudah..
soklan org mesti tanya...
"eh larat g ke keje?? "
nak jawab pe?
" dlm hati nak jek jawab, dah kene keje, keje lah.. mcm kene mkn jugak kan? hari2 mo makan punyo.. saya klw dok kat opis jwbnya sume mende x jalan, bayo utiliti pon x cukup kang "

till then..  bye..

Personaliti Ibu Bapa Cemerlang

  • Berketrampilan dalam pelbagai bidang Ibu bapa yang cemerlang harus mempunyai pengetahuan yang agak luas dalam pelbagai bidang. Ini akan dapat mengukuhkan kefahaman mereka dalam mendidik anak-anak mengenai bidang-bidang yang berkenaan.
  • Yakin terhadap diri sendiri Keyakinan yang tinggi menjadi pemimpin dalam rumah tangga adalah tunggak kepada kekuatan seseorang suami dan keyakinan yang jitu dalam mendidik anak-anak adalah tunggak kepada isteri yang solehah. Tanpa keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri, kedua-dua ibu bapa tidak dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih berkesan. Ingat "bagaimana acuan, begitulah kuihnya".
  • Konsisten dalam melakukan sesuatu Sesuatu amalan yang dilakukan secara konsisten oleh kedua-dua ibu bapa seperti sembahyang jemaah, melakukan aktiviti-aktiviti yang mulia, memberi arahan dan mengenakan hukuman akan dapat menanamkan rasa hormat dalam diri anak-anak terhadap kedua-dua orang tuanya.
  • Pemikiran yang kreatif dan positif Ibu bapa yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan positif akan dapat mewujudkan suasana yang ceria dalam rumah tangga. Kreatif dalam mengemas rumah, memilih makanan, beriadah dan sebagainya akan dapat mengubah selera dan suasana dalam rumah tangga.
  • Boleh diharap Ibu bapa adalah tempat bergantung oleh anak-anak. Oleh yang demikian, ibu bapa hendaklah sentiasa bersedia untuk melayani dan melindungi ahli-ahli keluarga apabila diperlukan.
   

        Monday, January 24, 2011

        PETUA ORANG TUA

         PETUA ORANG2 TUA
         1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

         2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali<

        3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya..apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur

         5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.
         
        Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.

        cilok from :realiti alam perkahwinan at fb

        Fetal development in pregnancy week 38

        Fetal development in pregnancy week 38

        Week38~length19.6 in | 49 cm~weight6.8 lbs | 3 kg
        As you know, you've arrived at the final leg of your pregnancy journey, and if you're still carrying your little love around, they've just about reached their birth weight (somewhere between 6 to 8 pounds is average depending on whether they're a boy or girl). There really isn't a lot to report on baby this week, so lets do a quick recount of where we're at: all internal organ systems are pretty much ready for the outside world, they've got their meconium stockpile building up (their first black baby poo), lots of healthy baby fat, a rapidly developing brain (that'll keep growing with them for years to come), and they've more or less reached official baby status-- all they need to do is "head out" and say hello to the rest of the world and especially their ready-to-pop momma.

        And how's mom doing?
        Hang in there momma, it's only a matter of time before the obnoxious and painful fake contractions you felt in your back, lower belly, and pelvic region will be replaced by realcontractions... which are even more obnoxious and painful. You'll know when the real ones kick in because they're if you're feeling weird electrical tingles in your legs and inside your vagina, this would be none other than your not-so-little baby hitting various nerves as they settle into the pelvic areamore intensely painful (woo!) and they spread over the entire uterus, through the lower back and into your pelvis.
        If you're having trouble sleeping (which about 100% of women in this phase of pregnancy are), try to take little catnaps during the day, get one of those neato full-body pregnancy pillows, or at least lots of pillows that you can shove between your legs and under your belly to support your awkward shape more comfortably. Also, if you're feeling weird electrical tingles in your legs and inside your vagina, this would be none other than your not-so-little baby hitting various nerves as they settle into the pelvic area. If you're feeling sharp shooting pains instead of tingles, this would be your extra-evil-but-adorable baby pressing on your oh-so-very sensitive sciatic nerve. All we can recommend is some wincing, sitting down, and putting your feet up.

        Saturday, January 22, 2011

        Citer Cari makan lagi

        tinggal 2 weeks je lagi nak deliver.. mcm2 plak tekak ni nak mkn. aku rasa bukan baby yg nak mkn ni, aku yg melampau2.. dari cuti Thaipusam ritu aku nak g makan Kenny Roggers.. ajak hubby, dia ckp ada keje nak buat aritu plus x request 48kms (For info askar klw nak g lebih 48km kene request dulu ye..) aku tak kisah pun.. aku ckp nak g Ipoh ngan aziq la.. dia x bg sbb masti jln sibuk sbb aritu Thaipusam. Aku ckp soh adik tunggu kat sana tolong aku jaga2 aziq.. (adik2 aku sume bole jaga aziq punye.. yela. anak sedara baru sorang tu.. syg la sgt kan.. klw da 10 mesti rimas..) tapi hubs tak bg gak.. rasa nak nangeh gak (nangeh lagi! gembeng sungguh) tapi beliau ckp nanti cuti wiken kite g tapi jgn la beranak dulu (ceh! klw nak beranak leh tahan ke?)

        tadi pepagi da kejut aku soh siap g Ipoh kata nak mkn kenny roggers.. aku ckp pehal pepagi nak g kenny roggers lak.. last2 siap jek la wlwpon aku sbnrnya dah x larat nak angkat kaki. sampai Ipoh pukul 10.30 nak makan pon x lalu awal sgt, then pegi MPH beli2 story books n activity books kat aziq, beberapa buah novel kat aku, buku motivasi sebijik  then g tgk2 kat Golf section.. biasalah hubs dah lama x upgrade segala tools golf dia. Aku? tengok jek la. Aku tak tahu pasni aku leh main golf lagi ke x.. Ada byk plan lepas bersalin ni. Yang pastinya plan nak carik duit dengan lebih gigih. Golf tu mesti main, tapi klw main pun swing mcm hampeh aku mesti cepat bosannnya.. dah dekat setahun x pegang kayu. Then boring kat situ g kids section, beli baju tido ajiq.. nak beli brg baby sume dah cukup.. then dah sudah sume g makan.. melantak sampai licin suku ekor ayam aku keje kan. Tak baik bazir! pastu beli biskut fav aku famous amos.. terus balik umah..

        sampai awal, aziq da tido penat plus mengamuk sbb x berjaya buat puzzle yg baru beli td. aku x nak belikan sebenarnya sbb x sesuai ngan age dia, dia mesti x leh buat nya. Bila x leh buat mulalah nak ngamuk. Aku paksa dia tido . Skrg nak layan badminton lak..
         Chaiyok Chong Wei!

        suke betul mkn mende alah ni skrg.. dulu suke gak.. skrg sgt2 suke.. sampai adik terpaksa balik tiap2 minggu anta bekalan mende ni kat aku. syoknye pegnen kan.. mende ni xde kat hometown aku maklumla duduk kg cina kan..

        Petua Mendidik Anak Menjadi Cemerlang

        1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik -Apabila bila anak kita dipanggil dengan nama yang tidak baik, atau nama yang baik tetapi beri pula gelaran yang tidak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Dalam Islam pun sangat digalakkan kita beri nama yang elok untuk anak-anak.

        2. Berikan anak anda pelukan setiap hari - Anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk anak kita setiap hari, dia akan tahu serta dapat merasa yang kita sayangkan dia. Dia tahu kita akan jadi penyokong dia yang paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada, jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

        3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - Ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Ada masa kita perlu marah tetapi janganlah buat muka marah sampai dia gentar untuk menghampiri diri kita.

        4. Berikan penghargaan setiap kali anak anda berbuat kebaikan -Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Setiap kali kita menghargainya dia akan rasa ingin buat lagi dan ingint lebih baik lagi.

        5. Jangan harapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan - Mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang.  Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat kesilapan. Sebenarnya, mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.
        gambar hiasan


        Petua Untuk Memberi Arahan/Pesanan Kepada Anak-Anak

        Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. Anak anda hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka? Apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan? Jika tidak berkesan, maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan.
        Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan, supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik.

        Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak:

        • Mengenai solat di awal waktu
        • Adab dengan orang tua-tua
        • Adab dengan guru
        • Adab dengan kawan-kawan
        • Tugas harian di rumah
        • Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
        • Tatacara makan mengikut sunnah nabi
        • Cara belajar yang berkesan
        • Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
        • Keselamatan jalan raya
        • Tanggungjawab melindungi adik-adik.

        Friday, January 21, 2011

        Dah Beli dah

        TYT Confinement Herbal Bath
        tadi dah beli dah benda ni.. beli 3 pack.. ingat kan untuk 3 hari.. tapi baca2 balik sepack ader 2 sachet so bole pakai untuk 6 hari. Tak yah susah2 masuk hutan cari daun2an nak mandi pas bersalin kang.. so dengan ader nya menda ni lengkapla sudah tinggal nak beranak jek.  Ingatkan mahal sgt sbb dia contents mcm2 herba.. tapi RM5.90 jek 1pack.. tak recommend kat sape2.. sbb aku lom pakai lagi. tak tau elok ke x.. nanti dah pakai aku tulih testimonial nya plak

        Petua ISLAM Untuk Hati Runsing

        1. Apabila hati kerunsingan bacalah " La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin " (doa Nabi Yunus) banyak kali.

        2. Apabila ditimpa musibah ucapkan " Inna lillahi wainna ilaihi raji'un "

        Dengan mengamalkan doa-doa ini dalam kehidupan seharian, hati anda akan tenang.

        testing upload video

        ckp org buta IT..yg tulih ni pon sama la.. tak pnh nak explore apa yg ada ikon ats2 tu sume.. tapi cemana nak rotate video eh??

        Devil!please go away!!!

        Oh Tuhan...
        jauhkan lah aku dari prasangka yg jahat..
        hati yg kotor, hati yg dengki,
        murahkanlah lagi rezeki Kami..
        amin.........

        tetiba rasa nyampah pd seseorang yg x sepatutnya..
        sgt tak baik..
        x suke perasaan mcm ni..
        aku kene positif!
        xleh nak suke2 judge org yg aku tak x kenal hati luar dlm.
        dah byk kali dia buat citer bohong, (bohong ke? hanya Allah yg tahu)
        tapi aku mmg susah percaya orang, terutama bab PINJAM duit.. ok..
        klw rasa x mo bayar, ckp jek MINTAK.. tak payah reka cerita sadis.
        dan akhirnya.. hmm.. malas nak ckp..
        NYAMPAH tau x!
        x tolong kang aku tau.. orang tu akan kesian kat ko..
        tapi please la..
        KALAU TAK DIPECAHKAN RUYUNG MANA DAPAT SAGUNYA.
        tau tak maknanya?
        maknanya, klw x berusaha mana nak dpt hasil NGOK!
        klw asik2 buat citer kesian, lelama org tak kesian dah, nyampah lagi ada..
        baik2 tolong leh dpt pahala, jadi lagi byk dosa .
        Oh please.. la usaha.
        aku ni pregnant tau, dah sarat, masih boleh kehulu kehilir cari rezeki.. tambah pendapatn keluarga
        aku kesian kat anak2 aku klw dorang x dpt apa sepatutnya diorang dapat
        tapi , please la FIKIR, dah tua.. mmg ko x BESAR mcm aku.. tapi kau dah TUA ok..
        klw ckp x larat, sakit.. mmg itulah Tuhan akan beri..
        hidup cuma sekali, bukan 2 kali, klw Hindu mmg ada kehidupan selepas kematian, tapi kita bukan hindu
        KEHIDUPAN YG KEKAL ADALAH DISANA...
        Tapi Tuhan dah ckp...

        BERIBADATLAH MCM KAMU NAK MATI ESOK
        BEKERJALAH MCM KAMU NAK HIDUP 1000 TAHUN

        bukan nak riak dengan apa yg aku ada,
        tapi ni semua adalah usaha aku dan suami..
        USAHA ok..

        takkan aku nak ckp,
        ayah aku yg umur dah lebih setengah abad tu pun masih gigih mencari  rezeki
        tak kenal erti penat,
        sehari mcm tak cukup 24jam beliau bekerja
        beliau ckp, klw duduk goyang kaki kat umh nanti lg cepat mati..
        Aku rasa betul
        klw dok saja tak buat apa2 mmg la.. sume penyakit mai hinggap pon..
        kejap jek

        banyak menda nak ckp, banyak contoh boleh beri..
        tapi LU PK LA SENIRI BEB!

        ** tak de kene mengena dengan yg mati.. dengan yang hidup je.. tapi beliau buta IT.. nebermain..,..

        to be continued...

        Wednesday, January 19, 2011

        Im Ready...

         Tinggal lg + - 2weeks jek lagi time nak deliver.. brg2 baby n aku dah siapkan.. tinggal nak beli herba2 mandian TYT and minyak daun ubat TYT tu.. smlm baca kat Pa & Ma cam bgs jek.. dulu arwah opah yg carikkan segala daun tu, sekarang opah dah takde.. mak plak nak carik kat ner.. daun pisang, dun pokok bunga dia adalah kat blakang umh dia tu. tamo tamo...




        ni brg x pack lagi

        ni dah pack, 2 bakul dibelakang adlah persediaan berpantang yg beg tuh plak beg nak bwak g spital.. agak2 dah sakit hangku jek n drive tru je trus

        teknik pernafasan semasa bersalin

        Pagi ni search teknik pernafasan semasa bersalin, wlwpon ni anak ke-2 tapi masa haziq dulu aku bersalin kaedah caesarean so mmg xde meneran2.. sempat rasa contraction sampai bukaan 6 cm jek.. tu pun..wauweeeeee... 12 jam oo sakit.. kali ni  doktor cakap posisi baby and baby x besar sgt mcm dulu, aku boleh cuba untuk bersalin normal.. (oke .. kite cuba ye doktor.. ) 



        Pernafasan Peringkat Pertama
        Teknik Pernafasan Peringkat Pertama semasa permulaan dan penghujung suatu kontraksi, anda dikehendaki bernafas secara dalam dan tetap. Masuk melalui hidung dan keluar melalui mulut. Ketika kontraksi berada dikemuncak, cuba pernafasan yang lebih ringan dan cetek. Kedua-dua pernafasan sepatutnya melalui mulut. Jangan lakukan terlalu lama bagi mengelakkan anda berasa pening (hyperventilation).


        Teknik pernafasan peringkat Transisi

        Sekiranya anda berasa hendak meneran terlalu awal, sebutlah â€Å“huf, huf, tuip” kepada diri anda sendiri sambil mengambil dua pernafasan masuk dan keluar yang pendek, diikuti satu hembusan yang panjang. Apabila desakan untuk meneran hilang, hembuskan keluar nafas yang lembut dan tetap.


        Teknik pernafasan peringkat kedua

        Ketika hendak meneran (ia mungkin berlaku beberapa kali setiap satu kontraksi), tarik nafas yang dalam dan bertahan untuk satu masa yang singkat ketika anda menekan ke bawah. Adalah penting untuk melakukan gerakan dan pernafasan mengikut kehendak badan anda. Ketika meneran, ambil beberapa nafas tenang yang dalam. Apabila kontraksi reda, rehatkan diri perlahan-lahan.


        Teknik Meneran

        Sebelum ini, mungkin kita menjangkakan hanya ibu yang terpaksa bekerja keras mengerah sepenuh tenaga untuk memastikan bayinya selamat dilahirkan. Sebenarnya tanggapan ini adalah salah sama sekali. Semasa peringkat pertama kelahiran, bayi dalam kandungan akan berputar untuk mencari jalan kelahiran. Manakala peringkat kedua kelahiran pula uterus akan mula menolak bayi keluar begitu juga si ibu. Dalam pada itu, bayi juga menolak dirinya keluar dari jalan kelahiran. Oleh itu memilih kaedah meneran yangs esuai dapat membantu melancarkan proses kelahiran. Ikuti beberapa tekbik meneran yang lazim digunakan dalam bilik bersalin.


        "Overwhelming Urgeâ€Å“

        Teknik meneran ini merupakan teknik yang tidak terkawal. Ada kalanya anda tidak perlu meneran apabila berlakunya kontraksi kerana pembukaan rahim masih belum terbuka dengan sempurna (10cm). Namun, setiap kali berlakunya kontraksi anda mungkin tidak mampu mengawal keinginan untuk terus meneran. Sekiranya tidak mahu berlaku sebarang koyakan, meneranlah sekuat hati setelah mendapat keizinan dari doktor. Tarikan graviti pada posisi semula jadi mungkin akan membantu ibu melahirkan bayi. Namun ada juga kemungkinan graviti tidak mampu meningkatkan tekanan atau desakan sekiranya kelahiran berlaku terlalu cepat.


        â€Å“so-so urgeâ€Å“

        Si ibu mungkin mempunyai keinginan untuk meneran setiap kali datangnya kontraksi atau ketika kontraksi berada di kemuncak. Bagaimanapun desakan ini mungkin juga berlaku pada peringkat awal fasa kedua yang mana bayi masih belum mencecah saraf-saraf yang menghantar isyarat agar si ibu mula meneran dengan kuat (overwhelming urge).


        â€Å“No Urgeâ€Å“

        Hampir sama seperti so-so urge, kali ini ibu tidak mengalami desakan, oleh itu posisi yang tepat semasa bersalin dan masa adalah jalan terbaik untuk membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah meneran semasa proses kelahiran.

        Teknik spontan 
        Kaedahnya amat mudah, si ibu hanya mengikut gerak bahasa tubuhnya dan akan meneran jika dia merasakan dia perlu untuk berbuat demikian. Ibu-ibu yang mempraktikan kedah ini biasanya tidak akan menahan nafas lebih dari 6 saat yang sekali gus menyalurkan lebih banyak oksigen kepada bayinya. Istimewanya kaedah ini banyak membantu mengurangkan tekanan pada ibu dan bayi, malah ia membantu menyingkatkan proses kelahiran. Secara umumnya, ibu yang mengikut naluri sebelum meneran harus menahan nafas untuk satu tempoh masa yang singkat dan merehatkan tubuh badan. Ingat, bahagian uterus akan membantu anda meneran walaupun anda tidak berbuat apa-apa.


        Teknik Purple Pushing

        Mengapa ia dipanggil Purple Pushing, ia kerana wajah ibu digambarkan seolah hampir kebiruan dengan mata yang besar cuba untuk menahan nafas sambil meneran hingga kiraan 10 berakhir. Teknik ini semakin popular, ia banyak membantu para ibu yang tidak mampu ‘mentafsir’ bahasa tubuh agar meneran dengan efektif. Teknik ini bermula dengan menarik nafas dalam-dalam, melepaskannya, menarik nafas semula dan tahan nafas tersebut, bongkokkan sedikit badan dan meneran seiring dengan kontraksi. Sementara itu, suami atau jururawat akan menjarit â€Å“PUSH!” dan mengira hingga angka 10 sebelum anda melepaskan semula nafas. Ulang teknik yang sama sehingga bayi selamat dilahirkan.

        Teknik Laboring Down
        Kaedah ini pula popular digunakan oleh doktor dan jururawat terhadap ibu-ibu yang disuntik epidural. Caranya mudah sahaja, biarkan tubuh meneran secara semulajadi tanpa perlu tolakan yang aktif dari anda. Biarkan sehingga kepala bayi mula kelihatan. Cara ini adalah lebih baik dan kurang meletihkan, malah sesuai dipraktikan oleh si ibu yang tidak mampu meneran.


        Selamat mencuba!

        Monday, January 17, 2011

        Sory Haziq!

        Tadi mcm biasa haziq balik skul, klw dulu g giant mkn kfc, skrg da ader tesco,ke tesco la plak..

        dah lama sebey kat tenet nakbeli kan ajiq benda ni..
        tapi sbb nak kene beli kat toy r us .. kene lah hold dulu.. mamat ni mmg suke sgt transformers.. decepticon punye robot da ader.. tapi otobot punye collection 1 pun beliau takde.. masa hangat transformers dulu, biasalah mmg asik sold out jek benda2 ni..

        tadi jumpa plak masa jenjalan kat Tesco, aku pon terusjek lah beli, tanpa tunggu haziq mintak pun,. aku tahu dia mmg suka.. aku tanya nak bumblebee ke nak optimus prime.. dia ckp nak bumblebee.. so okla.. aku pun tak byk citer terus amik.. hajat nak g sambung beli brg2 basah sket nak masak mlm2 kang.. tetibe dia soh aku bukak kotak.. aku ckp blom bayo mana leh bukak, dia nangeh2 mcm budak kecik soh bukak gak (tau lah exited) aku masa tuh tgh x larat nak tolak troli, nak pilih barang lagi, habeh lupa sume apa yg aku nak beli. Tah tetibe dtg setan mana darah naik atas pala, aku terus cubit perut dia sekuat hati!.. ha..amik kau! melalak sampai merah2 muka.. org keliling tgk slek jek kat aku.. tapi aku peduli hape kan. haziq tgk aku naik antu terus senyap. aku pon letak sume brg, amik cococrunch, fresh milk, potato bun terus blah g kaunter bayo. aku tanye dia.. haziq nakmkn kfc x.. dia kata nak.. aku soh dia tunggu kat meja sementara aku g order. tgh2 nak  mkn tu sekali lg dia suruh lagi aku bukak wrapper bumblebee tuh.. aku pon bukak la.. sbb dah bayo kan.. pastu dia soh aku transponm benda tuh jd robot.. aku pon pulas2 tercabut kepala bumblebee tu.. aku pon naik hangin lagi.. aku bebel.. tak sabo2! dia nangeh lagi.. aku soh dia cecepat mkn aku terus pegi kat kete nak balik...

        dlm kete aku selak baju haziq, tengok mak ai.. merah.. sian anak aku.. rasa nak nangeh pon ader sbb xleh nak kawal emosi aku.. dah nama pun budak kan.. dia pon mestilah exited nak main benda tu.. dlm kete aku bebel lagi, aku ckp aku syg dia.. blabla bla.. die tertido sementara nak sampai umh.. sian dia.... rasa nak nitik airmata aku.. anak blom pon 2 org, aku dah boleh jadi camni.. esok2 2 org camana lah aku nak handle gaknya.. apa lah sgt kepala bumblebee yg patah tuh berbanding dgn perasaan hati kecil anak aku.. balik rumah aku tgk rerupanya kepala tu bole pasang balik .. Hubby balik makan tadi, aku bg mende tuh soh dia transpom kan jd robot, bgn tido haziq terus riang tgk mende tuh dah jadi robot.. terus lupa aku cubit dia sekuat hati td.. bila lah aku boleh jadi penyabar gaknya.. aku mmg sabar dgn kerenah haziq, kengkadang bila darah dah naik atas kepala , aku mmg lupa semua.. dah la aku kawan ngan anak aku jek.. series.. aku mmg xde kawan.. haha.. caya? adalah kawan.. tapi xde kawan yg nak g hangout2 ni.. sbb tu aku selalu hangkut jek anak aku g tengok wayang, gi spa, gi saloon.. seingat aku, dr usia beliau 6 bulan aku tolak dia dlm stroller g cuci rambut.. sbb tuh la sampai sekarang dia mmg rapat ngan aku.. klw aku kuar ngan kengkawan pon aku bawak dia.. nak bergosip ke lepak ke.. dia selalu mmg x kacau, janji bawak sume peralatan dia, dia mmg x kacau dah.

        Haziq, mama mintak maaf ye sbb cubit haziq sampai jadi camtu perut ajiq... jgn nakal2 lagi.. nanti mama buat lagi..hukhukhuk..